Showing posts with label Hotels review. Show all posts
Showing posts with label Hotels review. Show all posts

29 May 2015

Hotel Review: Marina Island, Lumut

Masuk-masuk je bilik hotel ni, reaksi aku adalah 'Wow!!! Besarnya bilik!!' Kagum bebenor. Pastu bukak pintu bilik air, sekali lagi 'Bestnya!! Ada bath tub, boleh berendam jap lagi' Kesimpulannya, memang terbaik lah Marina Islannd  ni. Dulu nama dia Best Western resort. Marina Island ni terletak di Lumut. Betul-betul depan Jeti Marina Island nak ke Pangkor. Kalau rajin dan gigih, boleh je jalan kaki dari hotel ke jetty. Dari balkoni bilik pun boleh nampak jeti tu, dekat lah tu maknanya kan. Tapi akak malas, nak gi ke pulau aritu, akak ajak naik kereta. Tak kuasalah nak basah-basah ketiak jalan kaki. 

Meh akak bawak semua tour ke 2 Bedroom Superior type kat Best Western Marina Island Lumut ni. Marilah sama-sama merasa kagum.

Pandangan dari balkoni
Pandangan dari family area/pintu bilik air.

Blur lak gambar atas tu. Maafkan lah kamera handphone akak. Sajalah tu buat perangai bila akak usik-usik kata nak beli Iphone. Merajuk lah tu.. LUAS. Tu perkataan paling sesuai nak describe bilik Superior dia ni. Boleh duduk 4 orang. Kat sebelah pintu masuk tu ada 1 lagi bilik dengan katil single.

Single bedroom kat sebelah pintu masuk. Bilik air boleh di akses terus dari dalam bilik.

Bilik air yang luas. Air paip pun laju je. Kadar kelajuan air paip adalah kriteria yang mempengaruhi nilai markah yang aku nak bagi kat sesebuah hotel. Tak guna tiles bilik air berkilat, bottle toiletries comel bagai nak rak, tapi bila nak mandi air kuar dari shower macam kena catuan.

View daripada bilik. 2 pemandangan ni je yang kita akan hadap. Menghadap ke jeti Marina Island.

Ni gambar dari bilik aku. Memandang ke kawasan laut buatan. Petang-petang bolehlah jengah orang berendam dalam pool.*isskk..apa kenalah kamera handphone aku ni..blur je*

Pool area. Nak ke laut pun boleh jalan kaki je dari kawasan kolam ni. Tapi akak tak berendam pun petang tu, sebab tak bawak baju dan akak nak menikmati keempukan tilam dia puas-puas.

Channel TV best. Walaupun bukan flat screen, asal gambar clear sudah. Aircond ok, sejuk aku malam-malam. Nasib comforter tebal. Tapi compressor dia kuat giler bunyi, kalau bukak sliding door tu memang macam dalam kilang je rasa. Nasib bila tutup sliding tak dengar langsung, boleh lah tido dengan lena. Mini fridge pun ada disediakan. Seterika semua  disediakan, jangan risau. Call je, nanti dia hantarkan. Lagi satu yang best, dia siap sediakan Dryer kat setiap level. So lepas mandi-mandi kolam, boleh sumbat baju masuk dryer. Takdelah nak kena angkut bawak balik baju basah, memberat beg je. 

Setiap bilik akan dibekalkan dengan 2 kupon sarapan pagi. Sarapan dia best lah, standard breakfast kat hotel. Menu dia agak variety. Tapi tetap tak boleh lawan breakfast kat Grand Dorsett lah. Menu melayu ada, menu western ada. Boleh pilih nak makan kat dalam atau kat luar. Kat luar boleh lah breakfast by pool side, tapi takdelah poolside sangat. Kalau macam kat Flamingo by The Beach Penang, tu betul-betul tepi kolam. Seronok. Tapi pagi-pagi, banyak mana pun nak makan kan.. Aku kalau breakfast kat hotel memang tala western je. Kat rumah jarang dapat.


Kadar harga Marina Island. Kemudahan yang disediakan bersesuaian dengan harga. Kalau pergi 2 family, sesuai sangat ni. Share 2 family, baru RM100++ je semalam.

Kalau ada plan nak ke Pulau Pangkor dan perlukan hotel persinggahan, bajet besar, Marina Island sangat sesuai. Lagi-lagi kalau bawak anak-anak. Macam aku n amik yang 1 bedroom pun cukup dah. Paling best sebab dekat sangat nak ke jetty. Kalau tak, banyak je lagi hotel-hotel lain area Lumut yang boleh dipilih.

Ok, sekian. Berjumpa lagi di next hotel review.

23 March 2015

Riverside Majestic, Kuching

Aku ni time out-station je merasa duduk hotel 3,4 bintang. Kalau bayar sendiri, time-time holiday, memang jaranglah aku amik hotel mahal-mahal. Asal selesa aku nak tidur 4 beranak, dah cukup. Nak spent duit lelebih kat hotel..alah, sayang lah. Kalau untuk makan-makan takpe, aku memang sanggup. Dayu kan memang mengutamakan tekak lebih dari segala-galanya. Tu sebab dia makin lama makin membesar. Maka, bila berpeluang merasa bilik best-best sesambil pergi bekerja. Seronok pulak rasa. Walau dalam sedih tinggalkan anak, terubat lah sikit. Dapat tidur atas katil empuk dalam bilik hotel best. 

Dan 3 minggu lepas kena pergi Kuching. Dari Sibu ke Kuching. Perrgghh, 400km travel dengan bas. Memang pengalaman 'istimewa' sepanjang keje. Tak kan dilupakan. Bila masuk area Kuching, dari dalam bas aku dah nampak Riverside Majestic. Tak sabar nak masuk bilik. Tapi orang lain semua duduk kat Pullman. Aku tercicir sebab booking lambat kan. Lagipun aku uruskan sendiri hotel, rate Pullman memang layak. Tapi mahal lah, tak kuasa nak dulukan duit sendiri sampai 200+ Lambat lagi nak tunggu untuk claim. Riverside pun mencukupi dah bagi aku. Aku booking bilik superior je, tapi masa check-in dia upgrade kan ke Deluxe pada harga yang sama. Akak adalah kesukaan. Boleh golek-golek atas katil besar.

Luas dan Selesa. Kalau lah EE's ada sama. Mesti Eisya dah main lompat-lompat atas sofa ngan katil. Elma masuk dalam almari.

bilik air pun best. aku kalau dah bayar hotel mahal-mahal, memang aku manfaatkan kemudahan yang digunakan. best betul rasa badan berendam dalam air panas lepas letih seharian dalam bas.

Laks Sarawak Special. Peergghh memang terbaik. Aku makan sampai menghirup kuah. Rasa nak je minta tambah kuah je kat pakcik tu, tapi malu. Terus tapau lagi sebungkus mee kolok. Balik hotel, makan sambil sediakan slide presentation untuk keesokkan harinya. 

Dan inilah bestnya duduk kat Riverside Majestic ni. Lokasi sangat strategik. Nak lagi best duduklah kat Grand Magharita. Betul -betul tepi sungai. Riverside Majestic pun tepi sungai. Lintas jalan dah sampai. Nak gi beli kek lapis pun senang. Kalau Pullman, jauh. Memang tak dapatlah nak berjalan kaki je. Pastu yang best, dia sediakan broadband internet access. Memang gembiralah aku berinternet malam tu. Konon penat, tapi sempat lagi layan facebook, youtube, blog dan sebagainya. 

Next time, kalau ke Kuching lagi. Memang aku duduk sini je. Kalau bos aku nak dok Hilton ke, Pullman ke.. Silakan lah. Saya tetap nak Riverside Majestic ni. Breakfast pun sedap. 

17 September 2014

Flamingo Hotel by The Beach

Aku kalau bab carik hotel, memang google je lah. Taip aje 'hotel pulau pinang' Melambak kuar, pepandailah pilih, siap dengan review lagi. Lagi-lagi sekarang ni ada macam-macam website yang dengan baik hati tolong compare kan harga. Memang sangat memudahkan kerja. Bagus. Akak memang suka. 

Aku jumpa hotel ni masa tengah belek-belek review pasal Copthrone, harga pun masih dalam range bajet. Expedia bagi harga paling murah. Kat Agoda, Booking.com semua RM250++ tAPI Expedia nyer harga RM 187 je. Apa lagi. Try lah klik. Macam menarik. Menepati segala kriteria yang diperlukan. Bilik Hillview pun apa kesah. Janji tak over budget. Maka, teruslah aku booking. Dan dengan yakin nya bayar RM 434 kat Expedia. Lepas je bayar aku terus Whatsapp Ekwan 'sila jangan cancel, kalau tak refund semula duit hotel' Kalau tetiba kena cancel memang nangis lah aku.

Sebelum pergi, puas aku belek segala gambar dan review. Semua macam okay. Dan aku berharap sangat semua itu indah bagai dikhabar. And Alhamdullilah, bila sampai tu..aku impress sangat. rasa sangat untung dapat bilik hotel selesa macam tu dengan harga RM 187 semalam. 


Deluxe Hillview. Ni gambar from website. Walaupun hillview, aku tetap boleh tengok laut dari balcony. 

ini gambar visitor. Cik Eisya dah rasmi dan kecahkan dulu, tak sempat ibu nak amik gambar setiap angle.

jadiklah nampak laut sipi-sipi. takdelah duduk kat balkoni nmpak dinding bilik orang. padan lah dengan rege.

Breakfast pun best. Pilihan makanan banyak. Memang puaslah. Swiming pool best. Nak ke laut pun boleh akses dari pool je. Tapi kitaorang tak pergi pun. Malas. Macam apa je kan.. boleh malas. Nasib Eisya tak beriya nak ke laut. Dia puas kot mandi kolam je.

nampak kolam, semua dia tak peduli dah

coffe house dia *ni gmbr website* merasalah bfaz kat tepi kolam renang. kalaulah dapat camtu setiap weekend..nikmatnya lah hidup

semua tak mandi lagi ni. hahaha..pinggan dlm gmbr tu, tuan blog yang punya. pinggan pertama, ke-2, ke-3 tak payah amik gambar. tgk gambar Elma ni, rasa macam 'ek eleh, tak mandi tapi beriya pakai headband' anak sape lah tu..

*tutup mata pun tetap nak upload sebab ni je gmbr yg ada*
ekwan makan, aku dukung Elma. bawak jalan-jalan tepi laut. itu perkara biasa. redho dah walau perut lapar beriya. stroller tu memang beli buat penuh rumah je kan dik kan..

Banyak je facilities dia. Gym ada. Ekwan siap manfaatkan. Gigih. Ada gak kid club, indoor playground untuk budak-budak. Tapi kena booking kalau nak guna. Ingatkan boleh main terjah je. So tak dapatlah masuk. Nasib Eisya tak beriya. Sebab tak berapa menarik, biasa-biasa je. Kalau lah ada slide bagai, mau dia merengek-rengek gak aku rasa.

Kesimpulannya, memang berbaloi dan kalau orang minta suggestion nak dok mana kalau gi Penang, silalah cuba Flamingo Hotel ni.

20 May 2013

Hotel review: 360 Express, Kuching

Lama tak buat review hotel. Sedangkan ada beberapa hotel baru aku cuba. Lagi-lagi sejak asyik kena outstation ke Malaysia Timur ni. Aku buat review hotel yang aku duduk masa gi Kuching hari tu dulu lah ye.

Seperti biasa, setiap kali nak gi holiday aku yang akan uruskan bab hotel. Dan aku adalah pengguna tegar segala kemudahan menempah hotel secara online dan selalunya aku akan gunapakai perkhidmatan agoda.com. Tapi untuk sesi percutian kali ni, setelah membuat beberapa semakan dan perbandingan harga yang ditawarkan, aku akhirnya memilik booking.com. Sebab harga yang dia tawarkan untuk hotel yang aku pilih tu yang paling murah.

Dan untuk edisi percutian ke Kuching kali ni, aku pilih 360 Xpress sebagai rumah hinggap kami. Rumah hinggap katanya. Hahaha... Selalunya aku akan survey butik-butik hotel yang berbaloi harganya untuk dihuni. Yelah nak duduk 2 malam kan. Walaupun sekadar untuk tidur dan tempat melepas lelah, kenalah carik yang selesa. Murah sangat pun kalau tak selesa tak guna juga. Dan setelah browse gambar-gambar kat website dia dan segala reviews, aku terus buat tempahan. Dengan yakinnya. Pastu cuak. Takde sebab pun tapi aku memang macam tu, tiap kali lepas buat payment online beratus-ratus cuak tak tentu pasal.

Sebaik ketibaan. Marilah kita posing dulu depan hotel.

Tapi dengan Booking.com, ada sesetengah hotel dia tak deduct terus dari kad. Just for guarantee. Tapi kalau kau tak muncul, dia tolak lah terus. Bagus juga. Tapi yang tak bagusnya, dah aku feeling duit dalam akaun masih menimbun, dah shopping lupa diri jap. Berbaloi harga bilik dia. Aku amik Standard Twin Room  untuk 2 malam, RM224 je (tak termasuk segala taxes lah) 

Masa mula sampai dan masa tengah carik hotel ni (ikut arah panduan oleh Papago) aku dah ala-ala cuak sebab rupa hotel tu macam sangat berbeza bagai yang ditayang kat website. Habislah aku kena bambu dengan rakan-rakan sepercutian. Tapi nasib baik, apa yang ditunjuk kat website adalah serupa dengan keadaan sebenarnya. Yang kami mula-mula nampak tadi adalah bahagian belakang hotel, memanglah buruk bebenor rupanya. Aku kagum gak sebab dia boleh offer facilities yang begini pada harga yang aku rasa mampu bayar untuk golongan marhaen macam aku ni.

Ruang menunggu di lobi. Best sofa dia. Keadaan sebenar 100% sama macam gambar dalam website. Tahniah kerana tidak memberi harapan palsu kepada kami.

Di ruang lobi hotel. Masing-masing sedang meng'google tempat makan.

Stairways to Lobby

Standard Twin Room
Bilik aku duduk serupa macam ni. Cukup selesa untuk kami 3 beranak. Seperti biasa, rapatkan katil dan terus dapat katil Super King size. Seronok kami anak-beranak golek-golek, main bawah comforter. Kalaulah kat rumah ada katil macam ni. Cuma tak baper seronok bilik air dia takde getah paip. Susahlah sikit nak beristinjak, kenalah cari apa-apa bekas yang boleh ditranform menjadi gayung.

Lokasi pun strategik. Dekat je dengan Waterfront. Tapi kalau nak jalan kaki berpeluh lah jugak ketiak. Kedai pun banyak. Turun-turun ada kedai runcit. Dengan Topspot pun dekat. Dan yang paling best, dia sediakan mesin basuh okay. Kau bawak sabun je. Kalau duduk lama memang bestlah, tak payah bawak balik baju kotor. Next time kalau kena outstation ke Kuching, 360 Xpress ni akan jadik antara pilihan aku. Tapi kalau Kerajaan dah bookingkan Grand Magharita ke, Pullman ke.. tak kan nak tolak rezeki pulak kan.

So kepada sesiapa yang ada perancangan nak ke Kuching dan mencari hotel-hotel yang ala-ala bajet tapi memuaskan, bolehlah pertimbangkan 360 Xpress ni. 

Sekian, saya melaporkan.
**gambar-gambar dalam bilik tak boleh tayang sebab 'senonoh' sangat