18 December 2016

PROUDLY PRESENT: ELMA COSMETIC

Hye. Assalamualaikum.

Lama tak update. Akak busy. Keje hakiki busy. Pastu ni tambah lagi satu jawatan. *sengih* Mana yang dah maklum tu, tau lah apa jawatan terkini akak kan. *angkat kening*

Akak sekarang dah bergelar USAHAWAN. Fuyoo!! Usahawan. Pergghh.. Hebat sungguh akak kan. Hahaha.. Actually, lama dah akak pendam keinginan ni. Tapi tak berani nak mulakan. Akak kan jenis takut nak keluar dari comfort zone. Tapi bila suami akak, beriya dan dia semangat lebih. Bersungguh-sungguh, terus akak yakin. Jom kita BUAT. Marilah realisasikan keinginan memilik produk sendiri. Kalau harap akak sendiri, jangan harap. Berangan je lah.

Dan hari ini, secara rasmi dan dengan penuh bangganya akak nak perkenalkan :

Lama gak brainstorming nak dapatkan nama. Macam-macam nama kuar. Segala jenis bahasa guna, sudahnya marilah kita gunakan nama anak sendiri. Cliche sangat kan. Tapi itulah lebih afdal. Tapi boleh pulak bila nak creat FB page, nak register domain.. semuanya dah taken.. Hangin lak rasa. Lagi hangin sebab semuanya dah tak aktif actually. Ikut rasa hati nak je contact derang suruh delete akaun. Hahaha.. Kuasa veto sangat kan. Tapi setelah mengharung onak duri *kau tak yah drama lebih dayu* Akhirnya officially ELMA COSMETIC yang terpilih. Dan terus proceed design.

Dan produk pertama ELMA Cosmetic adalah BB CUSHION. Nak buat BB Cushion sebab aku nak guna. Hahaha.. Ianya keperluan untuk aku. Mak yang tak kecukupan masa nak bersiap cantik-cantik bila nak keluar rumah. lagi2 time nak gi kerja pagi-pagi. Dan aku tahu ramai yang ada masalah yang sama. 

Processing pun lama. Yelah, BB Cushion ni bukannya kami re-sell atau re-pack. Ni formula sendiri okay. Nak adjust ingredient dia. Bukan boleh setakat 1-2 bulan. Sendiri kena puas hati, barulah confident nak share dengan orang lain kan.


ELMA INSPIRE BB CUSHION.
Sambil make-up. Sambil rawat kulit muka.

Akak cerita lebih lanjut pasal BB Cushion ni di entry akan datang ye. Doakan lah kejayaan ELMA Cosmetic dan usaha akak nak memperkenalkan ELMA Cosmetic ni dipermudahkan. Ni akak sharekan semua link ke landing page ELMA Cosmetic. Jangan lupa LIKE dan FOLLOW. 


Instagram : https://www.instagram.com/elmacosmetic

Okay, jumpa next entry. Akak nak kena buat poster ni. Boss dah tanya-tanya tu.




12 October 2016

Rabbit Feeding di Denai Alam Recreational Club

Kejadian 2 bulan lepas. Maafkan lah akak. Ini kebiasaan yang harus diterima semua buat masa kini. Akak takde dah, kejadian berlaku semalam. Pagi ni akak update. 2 bulan lepas ni kira rajin lah ni. Kalau kelaur cerita kejadian tahun lepas pun, korang layan kan je lah baca. Tapi semangat tu tetap ada, cuma dia macam kejap ada, kejap menghilang. 

Rumah abang ipar akak kat Denai Alam ni. Kitaorang agak selalu lah jugak berkunjung ke sana sebab bawak budak-budak berjumpa sepupu, main sama-sama. Dan selalu pagi-pagi sampai lah kami ke recreational club dia ni. Eh tak pagi sangat lah. Banyak gak aktiviti boleh buat kat sini. Memanah, Horse riding. Kolam pun ada. Tapi masa datang ni, kolam tengah dibersihkan. Kalau tak mau budak-budak ni terjun gak. Budak-budak memang suka lah. Akak pun macam seronok je. Lagi-lagi bab bagi rabbit makan. Aku rasa carrot kat situ habis kat aku anak beranak je.

Ini budak paling Happy. 


Seronok tengok Elma bagi rabbit makan. Tak takut langsung dia, Dibuatnya rabbit tu macam Jojo, kucing kitaorang kat rumah. Rileks je dia hulur carrot tu, pegang sampai hujung2 pulak tu. Risau je aku kena gigit jari dia. Tapi dia selamba je. Siap duduk atas tanah bagi rabbit makan. Kena kerumun dengan rabbit ramai-ramai pun tersebgih-sengih. Gebu-gebu weh rabbit-rabbit kat sini. Rasa nak je peluk gomol puas-puas. Tapi rabbit tu semua cengeh. Nak pegang sikit pun meronta-ronta. Takut bebenor. Jarang jumpa manusia kot.

Tak duduk kat Denai Alam tapi terajin jadik member club. Memang kedengaran macam gedik. Tapi mengenangkan banyak benefit, dan kekerapan ke Denai Alam ini agak tinggi. Dan ada promotion pulak. Meh lah kita isi borang. Terus dapat naik kuda free. Kalau tak, kena bayar RM10 gak. Elma takut nak naik kuda. Masa beratur excited. Sampai kuda depan dia, dia peluk aku kuat-kuat. Sudahnya marilah tengok je kakak naik kuda.

23 September 2016

Makan Dim Sum Puas-Puas kat Quality Hotel

Tak tahulah nak kata makan ke melantak. Hahaha... Tapi kalau datang masa lapar, memang puas hati. Datang perut kosong, balik perut sendat. Nasib larat lagi nak jalan. Kalau tak tersandar lah kat kerusi. Tersandar kekenyangan. Pergi lak dengan geng-geng yang memang kaki makan, hah.. Memang seronok memanjakan perut.

Actually it was a celebration for Seri for her birthday. Dan dia kata nak makan dim sum. Aku yang memang dah lama teringin, apa lagi. Haruslah terus setuju. Lagi-lagi bila kata ada Dim Sum offer kat Quality Hotel. Cepat je suruh member gi booking. Nak makan kat Dolly Dim Sum, mahal katanya. Untuk golongan marhaen macam kitaorang ni dah kira makanan mewah tu. Kat Quality hotel ni, RM48 seorang. Buffet lak tu. Aku memang suka buffet. Walau hakikatnya takde banyak mana aku makan, tapi at least aku tau ianya unlimited.

Hati makin gembira bila tengok ni depan hotel. Dim Sum buffet hanya RM35 sahaja.
Akak suka.. Akak suka.

Sementara tunggu Dim Sum dihidang, makan ni dulu, Fried Dim Sum. Yang ni pun sedap. Besar-besar udang kat dalam tu. Makan panas-panas.. pergh, tu yang sampai 2,3 piring di amiknya. 


Memang puas hati weh... Puas makan. Sedap. Berbaloi sangat. Lagi-lagi datang time lapar. Macam kitaorang ni. Siap tak breakfast semata nak makan puas-puas kat sini. Masa aunty tu hantar 1st batch, berebut-rebut hah. Sampai berlaga-laga chopstick. Masa round ke-2, memasing dah slow. Tapi aunty tu hantar pau telur masin sedap ni lah pulak. Berebut lah lagi, sampai tak cukup. Kena order lagi.

Memang sedap weh pau ni. Filling dia macam telur masin campur kastard, dengar macam pelik tapi memang sedap weh. Kalau ni sampai dulu, mau aku makan ni 4,5 ketul.

Kesimpulannya, memang berbaloi bayar RM35 untuk makan Dim Sum sepuas hati begini. Dan tertunailah keinginan tekak aku yang teringin nak makan Dim Sum. Thanks kepada kawan-kawan yang rajin organise aktiviti sosial untuk kita gather-gather gini. Harap akak, memang tak sempat. Kalau korang dah organise, akak join je. 

So next session bila? Kata nak ber'body massage.. 

20 September 2016

Deko Mendeko

Sejak pindah duduk kuarters ni, aku semakin bersemangat nak menghias rumah. Seronok sebab banyak ruang nak dihias. Lagipun kalau tak dihias, nampak kosong bebenor rumah ni. Maka, kenalah diisi dengan apa yang patut. Dan semangat tu jadik makin berkobar-kobar sebab, setiap pagi bangun tidur, tengok luar tingkap nampak signboard IKEA. Macam memanggil-manggil je suruh aku buat lawatan rasmi ke IKEA. Rasa macam ada tak kena je kalau tak melawat IKEA tu.. Hahaha.. Iye, aku sekarang memang kemaruk. Bukan tiap bulan, tiap minggu kot mesti aku gi IKEA. Dan ada je yang barang yang aku beli bawak balik.

Pastu ada pulak geng yang sama-sama tengah kemaruk bab mendeko rumah ni. Alahai, makin menjadi. Join pulak group Kelab Dekorasi IKEA Malaysia. Tengok orang hias rumah cantik-cantik, haruslah terpegun, pastu terpersona.. lantas tergoda lalu membawa diri ke IKEA membeli apa yang patut. Masuk IKEA tak membeli tu macam mustahil. Tak banyak mesti ada seketul 2. Senarai dalam wishlist tu banyak bebenor. Duit je tak berapa nak banyak. Ekwan kata rumah aku dah boleh jadik store IKEA. Hahaha.. saje lah tu sound bini dalam sinis. Yelah kot, kat hall aku ni mostlah 80% semua barang IKEA kot. 

Antara ruang yang 100% ikea. Ruang ni bukak-bukak pintu je nampak dia dulu. Apa orang panggil? Hallway eh? Tu yang akak macam beriya sikit nak menghias ruang ni. Tak siap lagi ni. Gambar pun tak isi lagi. Gantung je dulu frame tu sementara Ekwan rajin melayan aku nak drill dinding.

Setakat ini Eisya dengan Elma tak usik lah barang-barang kaca yang ada dalam rumah ni. Sesekali lah dia macam gatal tangan pegang, tapi bila suruh letak balik, elok je lah dia letak. Pasu kaca atas Kallax IKEA tu setakat ni alhamdullilah masih kekal seperti sediada. Masih lagi mencari idea nak hias camne kat setiap ruang tu. Setakat ni, kotak-kotak tu jadik tempat Eisya simpan anak-anak patung dia. Petang-petang balik sekolah, dia sumbat beg sekolah dalam kotak tu. Dan aku nak carik rug, nak bentang kat depan rak tu. Berkenan dengan rug H&M Home, tapi tak sempat-sempat nak  melawat kawasan. Nak pesan kat PS je rasa membazir lak.

Fiddle Fig kegemaran semua IKEA lovers. Aku rasa sesiapa yang kemaruk IKEA, mesti ada pokok ni minima seketul kat rumah. Ada kemungkinan aku beli lagi sepokok ni. Nak letak dalam bilik. Takde pulak gambar full ruang tamu aku ni. Kat situ pun 80% IKEA tu. Next entry lah. 

Misi seterusnya adalah di ruang makan. Ruang ni sekarang memang paling untouched. Sejak pindah, takde sebarang penambahbaikan dibuat. Guna pakai meja makan lama. Beli masa baru kawin dulu. Dah 7 tahun umur dia. Dan kerusi pun dah patah 2. Tinggal 4 ketul je. Kerusi tu jugak lah guna untuk meja komputer dan untuk aku menjahit. Hahaha.. Asyik tertangguh je nak membeli kerusi baru. Maka, weekend lepas aku ajak Ekwan ke IKEA dengan misi membeli kerusi. As usual, pakcik tu layankan aje. Jarang dia membantah. Bini happy, dia senang hati. Tak gitu.. (:

Beli 2 ketul je dulu, bulan depan kita beli lagi 2. Hasrat hati nak suruh Ekwan cat meja tu kaler putih, tapi macam tak rajin je pakcik tu nak melayan. Dia suruh aku letak alas meja putih je. Huhuhu.. Tapi kerusi putih meja hitam pun macam okay gak kan.. Bawah tu nak letak karpet. Tapi macam tak gigih nak membersih setiap kali lepas makan. Tak pun setiap kali makan, kerusi Elma kena alas surat khabar.. Hahaha...

Ikutkan banyak lagi nak kena buat ni. Tapi orang kata slow-slow lah. Sikit-sikit. Duit pun bukannya melimpah ruah yang membolehkan semua benda nak buat serentak. Bawak-bawak bersabar. Lagipun lama lagi nak duduk kuarters ni. Selagi tak kena halau, memang aku tak nak pindah. Best weh duduk sini. 9 tahun aku menunggu peluang ni. Dah dapat, kenalah jaga elok-elok.

Merdeka!! Merdeka!!

Tadika KEMAS area Parlimen Titiwangsa ni memang aktif. Ada je aktiviti dia, sampai kadang aku tak larat nak join semua. Sayang waktu tidur hujung minggu iye jugak. Hahaha.. Tapi kenangkan Eisya dah bersemangat. Aku paksalah jugak Ekwan join. Mana boleh dia sedap tidur sorang-sorang. Kenalah join sama. Lagipun nanti sape nak amik gambar aku ngan Eisya. Itu tujuan utama sebenarnya. 

31 Ogos hari tu pun, ada aktiviti. Ada perarakan dan ada pertandingan mencapan. Bila cikgu kata ada perarakan, tetiba aku macam rajin nak jahitkan Eisya baju bendera. Cikgu tak kata pun kena pakai, tapi biasalah mak Eisya. Dia kan suka semangat lelebih. Beriya aku suruh Ekwan beli bendera. Boleh pulak semua bendera habis kat kedai berdekatan. Punylah gigih, malam tu siap pergi Ampang Point lagi carik bendera. Hahaha.. over mak kau Eisya.. Baiklah Ekwan rajin melayan. Aku pun macam tak percaya dia rajin nak bawak aku gi carik bendera malam-malam. 

Balik je terus aku potong bendera tu. Nasib pola semua dah ada. Tengah malam siaplah baju bendera Eisya tu. Buat baju je. Seluar pakai seluar sekolah sudah. Tak cukuo bendera iye jugak. Mak kau dah penat pun iye. Buat simple-simple sudah. Tak kuasa nak berpeplum bagai. Esok nak bangun pagi, pukul 7.30am nak kena hantar Eisya naik bas.

Budak happy baju bendera dah siap.

Sambutan kemerdekaan di adakan kat Keramat. Kat kawasan perumahan apa ntah, lupa dah akak. Iyelah, kejadian 3 minggu lepas kan. Bas disediakan, dia collect dari semua tadika KEMAS berdekatan. Aku ngan Ekwan follow dari belakang. Tapi haruslah tertinggalkan. Nasib cikgu dah share location awal-awal.  Selamatlah sampai dengan Elma yang tak mandi lagi. Hahaha.. demi nak sambut merdeka dengan kakak.

















Meriah sambutan merdeka KEMAS ni. Rajin cikgu-cikgu melayan. Bagus. Senam aerobik dulu, pastu nanyi naik kan bendera. Paling best masa perarakan. Ramai-ramai jalan kelililang blok. Happening rasa.. Barulah budak-budak seronok nak raikan hari merdeka. Ekwan kata aku yang lagi seronok, Eisya rileks je. Hahaha..,. Lama dah kot tak nanyi lagu Sudirman tu kuat-kuat, ramai-ramai. Tu yang seronok lebih sikit tu.

Acara tak habis lagi actually, ada speech-speech.. Akak adalah malas nak tunggu. Lagipun tengahari nak ke rumah akak ipar. Ada birthday anak sedara. Maka, marilah kita beransur pulang.

Sempat lagi akak selfie laki bini berlatar belakangkan bendera.

Selamat Hari Merdeka semua!!!

15 September 2016

Eisya Nak Sekolah Kebangsaan Dah

Macam tak percaya pun iye jugak. Nak sekolah kebangsaan dah anak aku tahun depan weh... Eisya nak sekolah dah.. Ibu masih macam tak boleh terima kenyataan rutin harian akan berubah tahun depan. Macamana lah agaknya nanti. Aduhai, macam tak ready je nak sekolahkan anak. Mesti lepas makan je semua kena paksa tidur. Ini pun syukur sangat. Duduk kat kuarters ni, mudah banyak urusan menyekolahkan Eisya ni. Rumah dengan sekolah dekat. Opis dengan rumah dekat. Kalau memerlukan aku balik tengahari, possible lah lagi. Kalau masih duduk kat Subang, keje kat KL. Tak tahulah camne gaya Eisya sekolah. Memang kena bergantung harap kat tadika sepenuhnya lah jawabnya. Kat sini pun sama, tapi yelah.. Bolelah lagi kalau tetiba aku nak jenguk dia waktu tengahari tu kan.

Keputusan pemilihan dan penempatan sekolah dah keluar bulan lepas. PPD dah poskan surat, Dan kena buat pengesahan kat sekolah yang diberikan selewatnya pada 30 September 2016. 

Ikutkan aku nak Sekolah Kebangsaan Desa Pandan, sebab dekat sangat dengan rumah. 300 meter je kot. Nak jalan kaki pun boleh. Mudah urusan pagi-pagi. Nak transit pun senang. Tapi sekolah tu sekolah kluster rupanya. Memang susah lah nak dapat kan. Dahlah aku apply lambat. Maka redho je lah dengan sekolah yang diberi. Masih dekat. Dan aku adalah malas nak buat rayuan. Think positive. Mana-mana sekolah sama je. Pandai-pandailah ajar anak. Dan aku dah pergi pun sahkan kat sekolah yang diberikan.

InsyaAllah, tahun depan di sinilah Eisya bersekolah. Eisya tak ikut masa ni. Elma wakilkan kakak bergambar depan sekolah.

Sekarang tengah memikir hal sekolah agama pulak. Tengah berkira-kira, nak hantar sekolah agama ke tidak petang. Ikut aku tak payah. Ikut Ekwan, sekolah kan je lah. Dari duduk je kat tadika petang-petang, Tapi tu lah, tak carik-carik lagi sekolah agama berdekatan. Nak tanya parent lain, tak bertanya-tanya..  Jangan dah terlepas sesi pendaftaran sudah.

*Rasa macam nak gi beli kain, nak jahit baju sekolah Eisya siap-siap. 

14 September 2016

Marilah Kamu Wahai Semangat

Woww!! Ini betul-betul punya lama tak update blog ni. Aduhaiii, macam baik tutup je blog kau ni Dayu. Tapi memang tidaklah kot, sayang weh. Bertahun dah pelihara dia. Okaylah..okaylah. Nanti akak kumpulkan bahan. Kalau ikutkan, banyak je boleh akak celotehkan. Tapi tu lah, kalau dah malas. Gitu je lah. Sudahnya cerita tu dah outdated. Nak post kat blog pun tak selera dah. Tapi bolehlah, dari takde apa-apa.

Nah, akak bagi sekeping gambar akak buat korang lepas rindu. Manalah ada yang dah lupa camne rupa Kak Dayu kan... Hahaha.. Entry akak mana boleh takde gambar. Gambar tu wajib. Kalau tak suram je entry tu. Okay, akak nak buat list entry apa nak karang. Banyak kot. Entry raya pun takde. Ni raya haji pun dah lepas. Entry jalan-jalan lagilah banyak tertangguh. Amik gambar bukan main beriya. Sudahnya duduk lah dalam gallery handphone semata. Not good... Not good..


Doakan akak jumpa semangat rajin update blog akak semula.


29 June 2016

Hong Kong Disnyeland Part 2

Hahaha.. silalah hadap episod yang entak tak tau akan berangkai banyak mana ni.

Fantasy Parade.

Wahhhh!! Bestnya. Menarik sungguh perarakan dia. Memang syiok. Dapat pulak tempat yang agak strategik walau datang lambat. Biarpun panas. Tetap anak-beranak terkinja-kinja. Ekwan perati je bini dia terjoget-joget tepi jalan tu. Nak buat camne bang, benda seronok depan mata. Kenalah enjoy the show. Lagipun bukan selalu dapat tengok benda gini.. Entah-entah ni lah sekali merasa.

Tengok Eisya tu. tergedik-gedik bergoyang satu badan, Happening sungguh weh.. orang lain pun sama je. Mesti tergoyang-goyang gak bila dengar muzik kuat macam tu.

Korang tengok gambar je lah eh.. akak tak tau nak taip apa untuk caption 


Kitaorang duduk betul-betul tepi laluan. Memang nampak jelas lah. Siap semua yang lalu mesti pandang kitaorang, siap senyum-senyum. Datang tepuk tangan, datang cuit Elma. Seronok. Siap ada princess datang ajak Eisya dancing sama lagi. Malu-malu budak tu. tapi sekarang ni bila tengok video dia dancing dengan princess, bukan main seronok lagi. 

 Dancing pusing-pusing gitu je pun. Tapi budak-budak mesti happy bukan ke main kan. Budak-budak lain siap bergaun princess bagai hah.. 


Lama gak sesi Fantasy Parade ni. Ada dalam setengah jam. Memang enjoy betul show ni. Memang tak patut dilepaskan. Semua karakter Disney ada. Eisya memang betul-betul seronok. Masa parade tengah berlangsung, memang semua disuruh berkumpul kat area ni. Semua games dan rides yang lain pun ditutup. Nak memastikan takde yang terlepas parade ni. Yelah, rugi kot kalau terlepas. Benda wajib kat Disneyland kot.

Masih di Tomorroland. Bagi Elma bergelak sakan sebentar.

It's a Small World.

Tempat ni memang best. Kagum dengan ketelitian derang buat tempat ni. Colorful sungguh. Walau beratur agak panjang. Layankan je lah. Tak lama sangat pun, sebab boat dia banyak. Dan show dia takdelah lama sangat. Tapi best sangat.



Ok, bye. Akak sambung next episod. Bertabah lah dengan akak,


28 June 2016

Hong Kong Part 4: Disnyeland Theme Park

Tetiba terasa nak update blog pasal sesi lawatan ke Hong Kong tahun lepas yang masih belum selesai. Hahaha.. Mood baru nak dtg. Terasa nak jugak abadikan kisah kat Hong Kong Disneyland kat blog ni. Maka, layankan je lah entry ahkak pasal kisah yang berlaku setahun lepas. Kitaorg ke Dsineyland ni pada hari ke-4... Sebelum tu ke Ocean Park. Dan pakej yang disediakan termasuk penginapan semalam di Disneyland Hollywood Hotel. Memang excited. Pagi tu tak sabar nak tinggalkan MK Hotel yang kecik sungguh tu. Tak sabar nak merasa sendiri bilik hotel tu. Puas dok google je selama ni. Pukul 8am dah siap sedia check out dari MK Hotel dan tunggu bas pick-up.

Sampai around pukul 10am kat hotel ni. Waahhh!! Masuk-masuk je teruja dah kau.

Ekwan setelkan registration. Deposit semua travel agent dah setelkan. Bahagia rasa hidup.

Maaflah. Ahkak memang teruja lebih. 

Bilik dia memang best.. Deko memang menarik. Sesuai lah dengan tema. Tapi kalau suruh akak bayar sendiri. Huhuu.. Pikir 20 kali kot nak membayar harga bilik sampai RM900++ semalam. Terima kasih lah yang menaja.

The Room. 

Kitaorang tak duduk lama pun dalam bilik. Breakfast jap, pastu terus keluar. Nak serbu theme park. Masa yang ada jangan dibazirkan. Tak payah lah nak bergoleh sangat atas tilam tu. Malam kang je lah. Dah jom tunggu bas. Kang terlepas, dah rujuk 5min kena tunggu next bas.

Mak lagi excited dari anak adalah benda biasa. Jangan nak pelik sgt.

Thanks Elma sebab sama-sama teruja dengan ibu. 

Anak beranak posing sakan. Eisya tu memang dah well trained dah. Tapi ada masa dia menyampah nak layan. Elma je macam tak berjaya. 

Maafkan lah ahkak baju merah tu. First time sampai katanya.

Bila dah sampai sini, Eisya masih kata bukan sebab dia belum jumpa Mickey Mouse. Hahaha.. Sabar nak, sabar. Adalah tu kejap lagi. Orang agak ramai. Tetiba rasa 'Eh, Hong Kong cuti ke hari ni?' Cuaca pun agak panas. Tak sejuk langsung. Jacket aku memang tinggal terus. Bawak budak-budak nyer je. Manalah tau tetiba sejuk kang. 

Terus carik kaunter ticket nak print tiket. Berjalan diuruskan travel agency memang seronok. Everything is ready.

Panjang pulak barisan ni. Mak guard tu pun, check beg orang beriya bebenor. Nasib lah laki akak rajin layan kerenah akak. Suruh amik gambar, dia amik.

Teruja. Tak tahu nak tuju mana dulu. Ekwan lambat sangat study peta. 

Okay mari kita ke Adventureland dulu. Onthe way, lalu kawasan istana ni. Wajiblah berhenti amik gambar kan, Eisya tu tengah merajuk sebab tak belikan dia belon. Huhuhu.. Mahal bebenor weh, jangan membazir.

Kebetulan ada clown bagi belon free. Mehlah kita beratur ye. Senyum lah semula budak tu.

Eisya nampak gajah terbang terus excited nak main. Beratur pun tak berapa panjang, layankan je lah. Walau dalam hati mak dia 'gajah ni dihebohkan kat disneyland?'  

Turun dari gajah sibuk minta ice-cream mickey mouse. Suruh beli 1 share dengan Elma tak mahu. Nak gak sorang seketul. Inilah ice cream paling mahal aku pernah belikan untuk budak-budak ni. HKD35 sebatang okay. Huhuhu.. Nak dtg sini Hong Kong memang kena bawak duit banyak-banyak.

Dah cepat makan ice-cream tu. Ibu tak sabar nak main Jungle River Cruise ni.

Tengok.. Mak dia je senyum terlebih, Budak baju biru tu tak hairan apa bab bergambar.

Tapi tidak mak budak itu. Mak dia kalau boleh, sepanjang masa nak bergambar. Nasib baik laki dia rajin melayan. Hahaha... Dah sesambil beratur tunggu giliran tu kan.. apa lagi,, 

memang seronok river cruise ni. kalau dtg HK Disneyland, main ni dulu, Kang hujan tak merasa dah.

Turun je dari bot ni, Ekwan ajak gi makan dulu, Sasaran tak lain tak bukan, Tahitian Terrace lah. Tengok dalam peta, ada kat kawasan berdekatan. Berjalan lah beriringan kami anak beranak. Tak sempatlah nak cuba benda-benda lain kat Adventureland ni, Nak suruh datang sekali lagi lah tu.

Happy sungguh dia.

Muka mak pun happy sebab dapat makan. Seronok dapat makan nasi. Makanan pun sedap, Berbaloi bayar mahal-mahal.

Ni harga makanan kat Tahitian Terrace. Harga tu bahagi 2, dapatlah dalam RM. Makanan halal takde yang murah. Sebab tu aku rasa, pelancong-pelancong yang dtg ke Malaysia adalah sgt bertuah, Makanan halal senang dapat, murah pulak tu.

Lepas makan, sebelum teruskan ekspedisi. Kenalah study peta dulu. Tengok dalam Event Schedule, Fantasy Parade dah nak mula. Maka, marilah kita mencari tempat duduk. 

Tadi tak sempat akak nak amik gambar ber'backgound kan Sleeping Beauty castle ni. Ni wajib ada dalam album ni, Maka, mehlah stop sekejap.


Masa ni kat Tomorrowland. Mainstreet, USA area laluan parade tu kat sebelah je. Singgahlah sekejap main Orbitron ni. Parade pun macam lambat lagi mula. Pastu Ekwan ngan Eisya gi main Hyperspace Mountain pulak. Seronoklah. Ibu kena jaga Elma yang ketiduran. Seronoklah Eisya.