20 September 2016

Deko Mendeko

Sejak pindah duduk kuarters ni, aku semakin bersemangat nak menghias rumah. Seronok sebab banyak ruang nak dihias. Lagipun kalau tak dihias, nampak kosong bebenor rumah ni. Maka, kenalah diisi dengan apa yang patut. Dan semangat tu jadik makin berkobar-kobar sebab, setiap pagi bangun tidur, tengok luar tingkap nampak signboard IKEA. Macam memanggil-manggil je suruh aku buat lawatan rasmi ke IKEA. Rasa macam ada tak kena je kalau tak melawat IKEA tu.. Hahaha.. Iye, aku sekarang memang kemaruk. Bukan tiap bulan, tiap minggu kot mesti aku gi IKEA. Dan ada je yang barang yang aku beli bawak balik.

Pastu ada pulak geng yang sama-sama tengah kemaruk bab mendeko rumah ni. Alahai, makin menjadi. Join pulak group Kelab Dekorasi IKEA Malaysia. Tengok orang hias rumah cantik-cantik, haruslah terpegun, pastu terpersona.. lantas tergoda lalu membawa diri ke IKEA membeli apa yang patut. Masuk IKEA tak membeli tu macam mustahil. Tak banyak mesti ada seketul 2. Senarai dalam wishlist tu banyak bebenor. Duit je tak berapa nak banyak. Ekwan kata rumah aku dah boleh jadik store IKEA. Hahaha.. saje lah tu sound bini dalam sinis. Yelah kot, kat hall aku ni mostlah 80% semua barang IKEA kot. 

Antara ruang yang 100% ikea. Ruang ni bukak-bukak pintu je nampak dia dulu. Apa orang panggil? Hallway eh? Tu yang akak macam beriya sikit nak menghias ruang ni. Tak siap lagi ni. Gambar pun tak isi lagi. Gantung je dulu frame tu sementara Ekwan rajin melayan aku nak drill dinding.

Setakat ini Eisya dengan Elma tak usik lah barang-barang kaca yang ada dalam rumah ni. Sesekali lah dia macam gatal tangan pegang, tapi bila suruh letak balik, elok je lah dia letak. Pasu kaca atas Kallax IKEA tu setakat ni alhamdullilah masih kekal seperti sediada. Masih lagi mencari idea nak hias camne kat setiap ruang tu. Setakat ni, kotak-kotak tu jadik tempat Eisya simpan anak-anak patung dia. Petang-petang balik sekolah, dia sumbat beg sekolah dalam kotak tu. Dan aku nak carik rug, nak bentang kat depan rak tu. Berkenan dengan rug H&M Home, tapi tak sempat-sempat nak  melawat kawasan. Nak pesan kat PS je rasa membazir lak.

Fiddle Fig kegemaran semua IKEA lovers. Aku rasa sesiapa yang kemaruk IKEA, mesti ada pokok ni minima seketul kat rumah. Ada kemungkinan aku beli lagi sepokok ni. Nak letak dalam bilik. Takde pulak gambar full ruang tamu aku ni. Kat situ pun 80% IKEA tu. Next entry lah. 

Misi seterusnya adalah di ruang makan. Ruang ni sekarang memang paling untouched. Sejak pindah, takde sebarang penambahbaikan dibuat. Guna pakai meja makan lama. Beli masa baru kawin dulu. Dah 7 tahun umur dia. Dan kerusi pun dah patah 2. Tinggal 4 ketul je. Kerusi tu jugak lah guna untuk meja komputer dan untuk aku menjahit. Hahaha.. Asyik tertangguh je nak membeli kerusi baru. Maka, weekend lepas aku ajak Ekwan ke IKEA dengan misi membeli kerusi. As usual, pakcik tu layankan aje. Jarang dia membantah. Bini happy, dia senang hati. Tak gitu.. (:

Beli 2 ketul je dulu, bulan depan kita beli lagi 2. Hasrat hati nak suruh Ekwan cat meja tu kaler putih, tapi macam tak rajin je pakcik tu nak melayan. Dia suruh aku letak alas meja putih je. Huhuhu.. Tapi kerusi putih meja hitam pun macam okay gak kan.. Bawah tu nak letak karpet. Tapi macam tak gigih nak membersih setiap kali lepas makan. Tak pun setiap kali makan, kerusi Elma kena alas surat khabar.. Hahaha...

Ikutkan banyak lagi nak kena buat ni. Tapi orang kata slow-slow lah. Sikit-sikit. Duit pun bukannya melimpah ruah yang membolehkan semua benda nak buat serentak. Bawak-bawak bersabar. Lagipun lama lagi nak duduk kuarters ni. Selagi tak kena halau, memang aku tak nak pindah. Best weh duduk sini. 9 tahun aku menunggu peluang ni. Dah dapat, kenalah jaga elok-elok.

5 comments:

  1. meja tu ko guna wallpaper putih atau yang warna putih tp ada corak sikit2

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku nak meja baru.. hahahah.. tak nak makeover meja ni
      tp dia masih kukuh, masih elok. macam tak patut je sisihkan dia

      Delete
  2. Replies
    1. alah dik,akak tgk2 mcm semua umah penuh je.. hot item okay kuarters ni

      Delete
    2. nak tgk bilik jaet. ke blom ada bilik jaet?

      Delete