Betullah orang kata, dah anak ni, buat apa-apa smua dulukan anak. Apa-apa mesti fikirkan anak. Nak beli apa-apa, mesti beli barang anak. Barang sendiri pun boleh lupa. Takde lah lupa sebenarnya, tapi sebab dah terlebih belanja untuk anak. Harus peruntukan untuk diri sendiri terpaksa dipotong kan..
Hahahaha.. itulah yang terjadi 2 minggu lepas. Dari sebelum gaji hinggalah hari akaun berisi semula. Keje aku hanyalah keluar masuk Sogo. Bukan setakat masuk je, masuk tangan kosong, keluar bawak 2,3 helai beg plastik. Semua berisi baju dan permainan untuk Eisya. Untuk ibu dia?? Tiada. Semua adalah milik dia. Ibu macam hilang pertimbangan bila masuk children department tu. Lepas ni, asal masuk Sogo mesti aku serbu tingkat 4 tu. Huhuhu, mahu setiap bulan duit gaji aku habis kat situ je. Minggu ni je Eisya dpt baju baru berpasang-pasang. Abah dia geleng kepala je tiap petang bila ibu masuk kete mesti jinjing beg plastik.
Dan aku sgt kalah tang mainan.. mcm smua aku nak borong. Silalah jauhkan aku dari kedai -kedai yang mcm ni. Saya mudah tewas, tak berjaya kawal diri *time anak tak reti mintak mainan, beriya aku belikan mcm-macam. nanti bila dah pandai, terkial-kial mengelak
hadiah dari kawan-kawan abah. play-gym ni lah peneman eisya berbaring. leka lah dia kejap. kalau tak, harus melalak bila dia perasan takde org dekat dia. tapi sejak dah duduk nursery ni, dia mcm dah boleh kalau kena tinggal.
freddy, grasshopper tukang buat Eisya leka bila cuba ditidokan dalam buaian. juga teman ketika boring duduk dalam stroller. Ohhh, Eisya sgt tak suka duduk dalam stroller. Hari tu masa gi Giant, lenguh la tgn ibu dia ni mendukung. Letak je mesti merengek. Nak tak nak, lipat stroller masuk dalam troli. Anak... anak...rasa macm nak lelong je stroller tu. Dan sejak duduk nursery, Eisya dah tak tido guna buai, dia dah boleh tido bila diulit, tepuk-tepuk bontot skit.
Kini Eisya dah semakin galak berborak. Bangun tido mesti tersengih-sengih ajak ibu ngan abah borak. Ikut hati, mau je tak nak gi keje layan dia bercerita. Dah lah dah pandai sengih, senyum sampai ke telinga *abah kata* Isskkk, terhibur sungguh hati ngan gelagat dia. Hah, dah pandai main air liur. Ibu ni siap sedia je nak kena sembur ngan awak Eisya... :)
aktiviti kegemaran masa kini. nak tido harus isap2 jari, smpai meleleh-leleh air liur. sgt syiok agaknya. tgn sebelah lagi ramas-ramas rambut. risau je kalau dia tarik rambut sendiri. tp setakat ni tak lah. dia dah tau kot, buat gitu sendiri sakit. hmmm, adakah kegemaran ni harus dibenarkan?? ke harus dihalang?
So bila dia demam semalam, aku rasa susah hati sgt. Bangun tido, takdelah nak main-main. Merengek, menangis. Muka masam je. Panas badan dia. Bila bawak gi klinik, doktor kata demam sikit je. Suhu badan dia 37.5. Doktor tu sgt baik. Lepas ni mesti ke sana lagi. Tapi harapnya, janganlah Eisya kerap sakit. Harap-harap sumber penyusuan Eisya akan membantu. Bab memberi Eisya makan ubat sangatlah drama. Ibu ngan abah kena berkerjasama. Tapi syukur, Eisya senang dipujuk makan ubat. Kena selangkan dengan susu. Diamlah dia. Abah tak nak jadik tukang picit ubat masuk mulut Eisya lagi, hari ni ibu kena buat sebab abah kata nanti Eisya tak suka ngan abah, sbb asal makan ubat nmpak muka abah. Huhu.. abah kamu Eisya.
*mau pegi gelak-gelak sma Eisya