Rasanya ramai yang dah sedia maklum dan tahu pasal pinjaman pelaburan ASB kan. Buat pinjaman ngan mana-mana bank yang terlibat untuk
long term investment. Pinjam 20K kat bank dan melabur dalam ASB. Benda ni dah lama ada kat pasaran kan. Aku rasa dari zaman aku sekolah lagi dah wujud sebab mak aku adalah salah sorang yang meminjam kat bank dan invest kat ASB. Mak aku buat ngan RHB.
Dulu lepas aku dah ada keje tetap je, mak aku suggest gak suruh aku join pelaburan ni. Tapi aku ni kan tahunya nak meng'enjoy je lebih. Duit gaji mana tahu nak simpan. Shopping je kejenya, bila nak kawin lagilah. Terus aku rasa dut gaji tu cukup-cukup je. Takde dah peruntukan aku nak sediakan nak bayar kat bank tiap-tiap bulan. Cukup-cukuplah dengan hutang sedia ada. Bila dah kawin, dah ada anak. Harus lagi aku rasa tak mampu nak join pelaburan ni. So aku tumpang gembira je lah bila mak ngan adik aku bergembira dengan keuntungan derang setiap hujung tahun.
Tapi adik aku dah stop dah. 2 tahun je kot dia join. Kenapa, aku tak tanya la pulak kenapa. Tapi maybe kewangan dia pun tak mengizinkan kot. Ngan housing loan lagi.. Mana lagi nak cekau nak bayar kat bank.. Bukan sikit. RM200++ jugak sebulan nak kena tolak dari gaji.
Dan pagi ni terbaca pulak kat blog
kawan aku, Jong. Dia pun baru dipromosi oleh staff Maybank. Dia pun tengah berfikir-fikir sama ada nak join atau tidak. Baca apa yang Jong tulis mengikut kefahaman dia berdasarkan apa yang staff Maybank tu terangkan kat dia macam menarik. Aku tunjuk kat Ekwan, terus pakcik tu '
cuba kira betul-betul, sure ke bleh untung??' Biasalah laki aku, bab hutang ni memang dia kira habis-habisan. Bagi dia senang je '
Kalau dah namanya loan, ada bank interest, celah mana nak untung' Yelah, bank mana yang berbesar hati sangat nak bagi kita untung senang-senang je kan.
Dan pakcik tu tanpa disuruh rajin pulak dia buat calculation. Pakai excel je pun. Siap nak buat graf tu.
Maybank ASB Loan 20K 10years |
|
|
|
|
Year |
Base |
Interest |
Profit |
New Balance after Interest |
Annual Rpymnt (216*12) |
net return per year |
1 |
20000.00 |
6.00% |
1200.00 |
21200.00 |
2592 |
-1392.00 |
2 |
21200.00 |
6.00% |
1272.00 |
22472.00 |
2592 |
-1320.00 |
3 |
22472.00 |
6.00% |
1348.32 |
23820.32 |
2592 |
-1243.68 |
4 |
23820.32 |
6.00% |
1429.22 |
25249.54 |
2592 |
-1162.78 |
5 |
25249.54 |
6.00% |
1514.97 |
26764.51 |
2592 |
-1077.03 |
6 |
26764.51 |
6.00% |
1605.87 |
28370.38 |
2592 |
-986.13 |
7 |
28370.38 |
6.00% |
1702.22 |
30072.61 |
2592 |
-889.78 |
8 |
30072.61 |
6.00% |
1804.36 |
31876.96 |
2592 |
-787.64 |
9 |
31876.96 |
6.00% |
1912.62 |
33789.58 |
2592 |
-679.38 |
10 |
33789.58 |
6.00% |
2027.37 |
35816.95 |
2592 |
-564.63 |
|
|
|
|
Total Payment |
25920 |
|
|
|
|
|
Absolute net Return |
9896.95 |
|
Jadual di atas adalah pengiraan untuk pinjaman 20K dalam tempoh 10 tahun dengan Maybank. Ikut jadual ansuran bulanan yang Maybank keluarkan, untuk pinjaman 20K selama 10 tahun, setiap bulan kena bayar RM 216. So jumlah bayaran setahun adalah RM 2592. Dan selama 10 tahun, jumlah yang dibayar kat bank adalah RM 25,920. Jumlah dividen + jumlah pinjaman = RM 35,816.95. Memang seronok lah tengok buku akaun kan. Nampak banyak je nombor dalam buku. Tapi kalau dah ditolak dengan duit yang bayar tiap-tiap bulan kat bank, tak lah banyak mana untung sebenarnya.
RM 35,816 - RM 25, 920 = RM 9,896 (kira mudah lah, RM10K)
Ni kalau kita tak amik dividen hujung tahun tu. Kalau amik, takdelah
dapat profit macam dalam jadual tu, balance pun tak lah sebanyak tu.
Ye, ye 10K tu pun banyaklah jugak. Sape nak bagi kan. Tapi cuba kalau kita buat saving sendiri. Tiap-tiap bulan, buat potongan gaji siap-siap untuk simpan kat ASB. Jom tengok, macamana perbezaan dia. Mana lagi untung dan berbaloi.
Year |
Saving Per Year |
New Bal Include Interest Earn for 2nd year above |
Interest |
Interest Earn for Current Year |
1 |
2592 |
2592.00 |
6.00% |
155.52 |
2 |
2592 |
5339.52 |
6.00% |
320.37 |
3 |
2592 |
8251.89 |
6.00% |
495.11 |
4 |
2592 |
11339.00 |
6.00% |
680.34 |
5 |
2592 |
14611.34 |
6.00% |
876.68 |
6 |
2592 |
18080.03 |
6.00% |
1084.80 |
7 |
2592 |
21756.83 |
6.00% |
1305.41 |
8 |
2592 |
25654.24 |
6.00% |
1539.25 |
9 |
2592 |
29785.49 |
6.00% |
1787.13 |
10 |
2592 |
34164.62 |
6.00% |
2049.88 |
Merujuk kepada jadual yang laki aku buat ni, after 10 years, dalam akaun kita akan ada RM34,164. Ni pun kalau kita sangat disiplin, tak usik, tak kacau duit dalam akaun tu. Sesak macam mana pun, tetap juga tak bawak buku ASB gi bank. Kalau tidak, jadual di atas adalah tidak boleh digunapakai. Sila maklum.
Kalau tengok memang macam kurang sikit dari jumlah kalau buat loan, buat loan bleh dapat RM35k. Simpan sendiri, lepas 10 tahun ada RM34K je dalam akaun. Tapi yang seronoknya, tak perlu nak tolak apa-apa dah. Takde bayaran bulanan nak kena buat kat bank. So kira bersih la kita dapat RM34K. Betul tak? Ke aku silap..
Tapi sebelum korang berbunyi, aku dah sound Ekwan siap-siap '
jangan harap lah kita boleh self saving, mesti selalu ngelat. kalau buat loan dah memang potong siap-siap' Dan merasalah aku kena sedas ngan pakcik tu '
sama je lah weh!! potong gaji siap-siap jugak la. tapi awak tak bayar ke bank, awak simpan direct ke ASB' Geleng kepala pakcik tu tengok bini dia macam susah sangat nak paham. A'ah kan, sama je lah konsepnya kan.
Insya Allah, sempena pengumuman kenaikan gaji kepada kakitanga awam ni, aku nak mula menyimpan secara tegar. Tak dapat simpan banyak, sikit pun jadiklah. Aku nak potong siap-siap dari gaji masuk ASB. Dan InsyaAllah, nak buat jugak potongan terus ke akaun SSPN/ASD cha. Kan orang selalu cakap '
duit banyak mana pun tetap tak cukup' Maka, duit gaji tu kalau naik 50% kalau aku tak asingkan untuk saving siap-siap, cukup bulan habis jugak. Semoga kesedaran ini bertahan lama. Maka, silalah jangan tangguh-tangguh, esok jugak aku gi admin mintak borang.
Eh, akaun ASD dah boleh tukar ke ASB kan.. tak payah tunggu budak umur 12 tahun.. Hari jugak aku uruskan ASD Cha..
Anak ibu lagi banyak saving dari ibu..