Showing posts with label Knowledge Sharing: Resepi. Show all posts
Showing posts with label Knowledge Sharing: Resepi. Show all posts

16 July 2013

Tiramisu

Walaupun rancangan nak buat tiramisu pada hari Sabtu tergendala disebabkan tukang masak kekurangan tenaga, rancangan diteruskan pada hari Ahad. Lagipun semua bahan dah ada kan, buat je lah. Simple je pun. Cheese cream ngan whippinh cream pun dah lama beli. Konon nak buat cheese tart, tapi sampai ke sudah tak buat. Not in mood. Mood membaking aku dah lama membawa diri. Entah bila nak balik entah, sesat tak jumpa jalan kot.

Malas nak on oven, tu yang buat kek simple-simple. Yang tak payah membakar. Yang hanya perlu sejukkan dalam peti ais. Kalau ada resipi yang tak payah keluarkan mixer lagi aku suka. Giler pemalas kan. Gini gaya baik beli je kan..hahaha, tapi sebab tengok resipi macam sangat simple. Marilah kita cuba.

Resipi ni aku google je. Aku amik dari Sini *kena bagi link tanda terima kasih kepada tuan punya resipi*. Senang je weh.. Mula nak pakai ladyfinger, tapi carik kat Mydin tak jumpa. Ok, tipu.. tak carik pun, sebab nak guna sponge cake je. Lagi senang nak dapat. Bahan-bahan diperlukan hanyalah:

Tiramisu Simple tapi Sedap:

1. 2 biji spong kek *aku guna kek coklat*
2. 250gm cream cheese
3. 250 ml whipping cream
4. Serbuk koko
5. Nescafe untuk rendam sponge kek
6. 1 sudu kecil esen vanilla.
7. 1/2 cawan gula kastor *kalau takde gula biasa pun boleh*

Cara-caranya:
1. Pukul cream cheese, whipping cream, gula kastor dan esen vanilla sampai kembang.
2. Susun sponge kek dalam bekas
3. Lembabkan dengan bancuhan nescafe
4. Sapukan dengan campuran cheese yang telah diputar tadi dan ayak kan serbuk koko atas cream cheese.
5. Ulang balik dari langkah 2..
6. Sejukkan dalam peti ais. Makan sejuk-sejuk sedap wehh..

Langkah pertama

Langkah 2-5

Siap. Boleh masukkan dalam peti kasik sejuk. Makan sejuk-sejuk memang lazat. Sedap weh, tapi nak makan banyak-banyak risau pulak mengenangkan cheese yang melambak tu.

*memang sangat sesuai kalau dijadikan desert masa potluck. ok, next potluck aku bawak tiramisu.

19 April 2012

COKLAT CHIP MUFFIN

Tadi malam tiba-tiba aku rajin nak gunapakai oven yang dah 3 hari tak guna. Semangat datang secara membuak-buak sebab nak try muffin tray yang baru dibeli. Mana boleh simpan, kena kasik try. Tu yang terus belek buku resipi sambil check bahan yang ada dalam stok. Eh.. almost semua ada. Maka, pilih yang mudah. Marilah meng'muffin. Itu yang paling mudah.

Dan Coklat Chip Muffin menjadi pilihan.

COKLAT CHIP MUFFIN

Mudah dan cepat untuk disediakan.Ini resipi dia. Silalah mencuba. InsyaALLAH, menjadi. Secara jujur, ini percubaan pertama ni. Alhamdullilah, elok rupa, elok juga rasa. Mungkin faktor buat dengan penuh rasa kasih sayang buat anakanda tercinta. Tu yang hasil pun memberangsangkan. Lepas ni kena masukkan IKHLAS dalam semua ingredients memasak.

COKLAT CHIP MUFFIN

Bahan A
  • 3 cawan tepung gandum -sila ayak 3 kali, kalau malas gunalah tepung superfine
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonate
  • 2 cawan gula perang
  • 2 cawan serbuk kokko
Bahan B
  • 1 cawan mentega -dicairkan
  • 2 cawan susu segar
  • 2 biji telur - dipukul sedikit (aku guna whisk je)
  • 1 sudu kecik esen vanilla
 Cara-cara membuat COKLAT CHIP MUFFIN ini:
  1. Satukan semua bahan B. Ayak semua bahan A kecuali gula perang.
  2. Masukkan bahan A ke dalam bahan B yang telah dicampurkan. Gaul rata
  3. Isi 3/4 muffin cup. Tabur coklat chip. Bakar guna suhu 190C selama 20-25minit. Ni depend pada oven masing-masing. Siap
 Sedap makan panas-panas. Lembut je. Tapi dah sejuk pun, Alhamdullilah masih lembut di dalam. 

*nak lagi cun sila jangan kedekut coklat chip, stok coklat chip aku tinggal sikit, tu yang ciput je aku tabur.
* aku saje bakar lama sikit, saje nak bagi yang bahagian atas tu rangup
* sangat sesuai nak dijadikan door gift muffin size S ni

03 April 2012

Aglio Olio Spaghetti

Peerghhh!! Memang sedap lah. Lepas ni bolognise memang jatuh no 3 lah.. Dah lah mudah sungguh nak disediakan.. Ada masukkan Aglio Olio Spaghetti ni dalam menu masa birthday Cha ni kang. Kos lebih kurang je. Tapi sangat mudah.. Hhmm, akan dipertimbangkan.

Aku tergoda ngan Aglio Olio yang Fad tayang kat blog dia. Dah lah tengah lapar petang-petang kan, terus aku tengok resipi. Okay, semua bahan ada. Ke dapur terus. Tapi minyak zaitun tiada. Memang tak pernah wujud kat dapur aku minyak zaitun ni. Daun sup pun takde. Tapi aku google image Aglio Olio ni banyak gak resipi yang tak tabur daun sup. Okay.. Proceed. Aku gantikan aje warna hijau dalam spaghetti ni dengan warna merah.

Rupa ada *iye ke dayu?* rasa pun sedap.

Ni resipi Chicken/Beef Aglio Olia Spaghetti versi aku.


Bahan-bahan:
  • 1/2 bungkus spaghetti
  • 4 ulas bawang putih -hiris halus
  • 1/2 bawang besar - potong dadu
  • 3 tangkai cili kering - dipotong serong
  • lada hitam kasar
  • Minyak kelapa sawit - dapur achik takde minyak zaitun
  • oregano - takde pun takpe
  • Chicken/Beef loaf -aku guna brand Ayamas.

Cara nak membuatnya - sangat mudah ye

  1. Rebus spaghetti hingga lembut dengan sedikit garam. Toskan
  2. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Kemudian masukkan chicken/beef loaf. 
  3. Dah naik bau, masukkan la spaghetti. Masukkan sekali cili kering. Gaul bagi rata
  4. Masukkan pulak lada hitam kasar dan oregano. Siap!!

silalah cuba Aglio Olio ni. Simple. Mudah dan lazat.

*habis stok chicken loaf untuk sandwich cha aku kerjakan.

26 March 2012

aktiviti menambah bil elektrik

Mem'baking macam dah jadik rutin mingguan. Kalau hari minggu tak membakar macam tak kena je rasa. Dari hari Jumaat lagi dah terfikir 'apa nak buat erk esok?' Dan kebetulan adik aku datang rumah Sabtu tu, terus aku bukak buku resipi. Carik yang simple dan yang semua bahan dah tersedia kat rumah.

Dan Vanilla Muffin menjadi pilihan.

Ada 2,3 resipi dalam buku, tapi pilih yang paling mudah. Yang tak payah kuarkan mixer. Sebab aku memang sedikit malas nak membasuh pemutar tu. Maka, pilihlah resipi yang sekadar gaul-gaul, pukul-pukul guna whisk je pastu campur bagi sebati. Aku memang suka benda yang mudah. Tu yang kalau jumpa resipi super mudah macam ni. Memang aku simpan baik-baik dalam buku resipi tu.

ni namanya Vanilla Muffin terlebih masak. aku saja masak lama sikit sebab risau tak masak. yelah, aku kan isi penuh. resipi isi 3/4, bakar 20min mungkin cukup. tu yang aku extra kan lagi 10minit tu. dan inilah hasilnya

Kalau tengok gambar dari resipi asal, muffin ni tak la garing macam ni. Dan tak lah membukit macam muffin aku ni. Tu lah, memandai lagi tukar resipi, tak ikut arahan. Ginilah jadiknya. Patutnya isi adunan tu 3/4 cup muffin tu je, tapi aku isi kasik penuh. Nak cepat punya pasal. Ikut resipi dia kata bleh dapat 12 bijik.. tapi aku dapat 10 je.. Takpe, jimat muffin cups.. Hahahaha..

Nak resipi.. seperti biasa no hal. *dah aku pun selamba amik resipi org apa kes nak kedekut share resipi*

VANILLA MUFFIN

Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandum (diayak) -tapi aku nak cepat, guna superfine sajo
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan susu segar
  • 2 table spoon baking powder
  • 1/2 teaspoon garam
  • 1 biji telur
  • 1/2 teaspoon esen vanilla
  • 8 table spoon butter -dicairkan *aku masuk dalam microwave je*

Cara-cara membuatnya:
  1.  Dalam mangkuk besar, campurkan tepung, gula, baking powder dan gula. Gaulkan.
  2. Dalam satu mangkuk lai, whisk telur, susu segar dan butter yang dicairkan. Kemudian campurkan ke dalam adunan tepung.
  3. Gaulkan sampai sebati
  4. Masukkan dalam bekas muffin. Bakar 20minit pada suhu 180C
Mudah kan.. kalau aku kata senang tu. Memang betul-betul senang lah..


Bab hiasan pepandai la korang. Aku memang failed. Tu pun main tabur je rainbow rice atas dia. Aku bakar sekali, tu yang macam hampeh je jadiknya. Kena letak kemudian eh patutnya.. ok, next time aku nak try hias guna buttercream topping.. (: *cita-cita kena tinggi*


*ni patut diaplikasikan untuk projek birthday Cha ni..

20 March 2012

Resepi: Cream Puff

Kembali kita ke sesi knowledge sharing bersama Achik Dayu. Kali ni achik nak kongsikan resipi yang achik juga google dan gunapakai kemudian syiok sendiri buat hebahan umum. Hehehe.. Alah, benda baik apa salahnya dikongsikan. Kan.. kan.. Lagipun sekali dah terpapar kat ruang maya ni, kira hak milik umum la kan. Takde pun tulis sebarang nota kaki kat situ 'Tidak dibenarkan berkongsi resipi ini. Ini resipi saya yang punya' Takde.. Maka, nah.. cepat copy, pastu paste dan print.

Senang je nak buat dia, antara gigih ngan tidak je.

Bahan-bahan untuk Choux Pastry: (anggaran: 20++ biji size besar)
  • 1 cawan air
  • 75gm butter
  • 1 cawan tepung (sila ayak dulu untuk mendapat hasil terbaik, kalau rajin sila ayak 3 kali)
  • 1/3 teaspoon garam -campurkan dengan tepung dan ayak sekali
  • 3 biji telur

Bahan-bahan untuk krim custard:
  • 200 ml susu segar
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar gula
  • 1 sudu butter

Cara-cara nak membuatnya:

Choux Pastry:
  1. Cairkan butter dan air dalam kuali/periuk. Pastikan butter cair keseleuruhannya dan biarkan mendidih. Tapi jangan lama sangat. Kemudian masukkan tepung. Kacau laju-laju sampai adunan sebati sehingga jadi doh. Masak lagi dalam masa 3 minit dengan api sederhana. Tutup api
  2. Keluarkan doh dan sejukkan doh. Bila doh dah sejuk, masukkan telur dan pukul dengan mixer. Masukkan telur sebijik demi sebijik
  3. Masukkan lah adunan ke dalam piping bag, dan picit lah ke atas dulang.
  4. Panaskan oven 15min pada suhu 220C. Sebelum bakar, spray air pada permukaan cream puff. Bakar guna api atas bawah. 15min pertama bakar suhu 220C, kemudian turunkan kepada 190C selama 15min
  5. Boleh je nak bakar lama sikit kalau nak perangkan lagi.
  6. Bila dah sejuk, potong bahagian tengah puff tapi jangan sampai terputus kemudian sumbat la custard.

Custard Cream:

1. Campur kan tepung gandum, tepung jagung, gula dan 2,3 sudu susu. 
2. Kacau laju-laju jangan sampai ada yang berketul. Gunakan api perlahan. Kemudian masukkan telur. Kacau lagi dan kemudian masukkan baki susu.
3. Sentiasa kacau dengan api perlahan hingga jadi pekat. Tutup api. Masukkan butter. Siap.

taburkan gula icing atas puff dan silalah makan

*nak membentukkan pastry tu pepandai la korang gayakan tangan. tu ikut kreativiti masing-masing. dulu 1st time aku buat, buruk giler kot. Dengan xde nozzle nya.. hahahaha..tapi makin lama, setelah melalui beberapa proses revolusi, cream puff aku makin comel (:

27 January 2012

Menu Diet: Ayam Kukus Bersayur

Program pengurangan lemak dibadan masih gigih diteruskan. Baru 2 hari apa, tak kan nak stop. Main-main namanya tu. Jadik bahan jenaka je kang. Hari pertama hanya bersalad. Hari ke-2, ingatkan nak bersup sahaja. Tapi mengenangkan perut anak dan suami yang masih berkeinginan nasi. Kenalah juga aku masak sesuatu yang sesuai untuk smua perut. Untuk aku, nasi semestinya tidak. Jawabnya makan lauk je lah.

Bahan pengisian perut kami anak beranak malam tadi.

Ayam yang dikukus bersama sayur-sayuran

Eisya kata 'dappp.. lagi' Suka hati ibu dia. Satu mangkuk habis sekali santap je. Punyalah aku niat nak bawak untuk lunch hari ni pulak, tapi habis licin laki aku keje kan. Tapi bagus lah jugak, tak membazir. Nasi pun habis. Senang keje aku. Memang akan repeat lagi sekali ni. Mudah dan lazat untuk diratah. Sehat pun iye. Kukus kan. Resipi?? Okay, marilah aku kongsikan resipi yang aku temui di alam maya ni. Sorrylah, tak ingat dah tempat asal resepi ni aku temui. 

Ayam Kukus Bersayur

Bahan-bahan yang perlu ada:
  • isi ayam di potong kecil (ikut suka la nak letak banyak mana, aku guna 1/4 ayam)
  • halia dihiris halus
  • bawang putih 6,7 ulas
  • 1/3 cawan sos tiram
  • 1/2 cawan air panas
  • sayur-sayuran: brokoli, cauliflower, carrot
Cara memasak: (yang sangat mudah)
  1. Tumis halia dan bawang putih  dengan sedikit minyak. Bila dah naik bau, masukkan bancuhan sos tiram dan air panas. Masak sampai mendidih.
  2. Bila dah mendidih, asingkan sedikit kuah tumisan tadi. Kemudan masukkan ayam ke dalam baki kuah, dan gaul rata. Kemudian tutup api.
  3. Kemudian tuang tuah ke dalam bekas yang sesuai (kalau ada caserole correlle mmg best) untuk dikukus. Susun carrot dan kukus 10min
  4. Lepas tu masukkan pulak cauliflower, kukus lagi 5 min. Pastu brokoli pula, curahlan lebihan ramuan bawang dan sos tiram ke atas brokoli. Kukus lagi 5 min.
  5. Siap dan boleh hidang. Sedap

Patutnya masak guna periuk kukus, tapi aku malas nak kuarkan periuk kukus. Nak guna electric steamer pun malas. Malas nak membasuh segala part dia nanti. Sudahnya aku guna microwave je. Hahaha..senang keje achik. Achik memang suka segala benda yang memudahkan. Kalau guna microwave, boleh kurangkan sikit timing mengukus tu rasanya, lagi-lagi kalau guna high temperature. Nanti sayur terlebih masak.

Malam ni boleh cuba Sup Brokoli, untuk breakfast esok. (:

26 January 2012

Menu Diet: Salad Udang

Seperti biasa, aku pun google je. Takde bakat kot dalam diri ni nak mencipta resipi. Mengubah resipi iye. Tambah itu, tambah ini. Tukar bahan. Tu memang pakar.

Asalnya resepi ni nama dia Salad Udang Seri Pengantin, untuk santapan raja sehari. Tapi aku balun je jadikkan dia menu diet. Hahaha.. sebab aku tak tahu macamana nak jadikan udang sebagai main ingredients untuk menu diet. Dari aku steam udang tu, dan entah pape rasa dia kan. Ada yang suruh grill, tapi macam tak puas lak nanti makan udang gitu je. Dan bila Jiha bagi cadangan suruh buat salad, pantas aku meng'google. Macam-macam resipi salad udang yang muncul. Sald udang avocado pun macam menarik, tapi sebab takde stok avocado, KIV lah dulu, kita buat apa yang dah tersedia kat rumah tu.

Dan Salad Udang Seri Pengantin ni lah jadik pilihan. Mudah dan pantas untuk disediakan. Itu jadik kriteria utama.



Bahan: (untuk 2 kali makan)
  • 3 biji telur rebus
  • udang di celur sehingga masak
  • 2 bijik kentang
  • brokoli rebus
  • garam dan lada sulah
  • tomato dipotong dadu kecil
  • thousand island/mayonis
Cara penyediaan yang super mudah:
  1. Gaul brokoli dan udang bersama garam dan lada sulah. Kemudian masukkan kentang dan telur. Pastu tabur tomato. Pastu curah la thousand islang
Dah siap. Boleh makan. Mudah kan. Kalau nak lagi bersungguh-sungguh, tak payah curah sos thousand island tu. Cukup ngan garam and pepper tu. Tapi sebab aku takut tak lalu, aku manfaatkan la kelazatan sos berkenaan. Mungkin nanti kalau stok dah habis, aku boleh cuba plain salad pulak. Ohh, curah lemon mungkin juga bagus.

Okay, sape-sape dalam fasa kehidupan yang sama macam aku, boleh cuba. Kalau rasa macam bagus untuk dicubalah, kalau tak sila abaikan je resipi ni. TQ

30 December 2011

Knowledge Sharing: Resepi Muffin Coklat

Hahahaha..

Aku gedik. Mula-mula buat episod Jalan-jalan Isi Perut. Pastu sekarang buat pulak sesi Knowledge Sharing. Hahaha..terbawa-bawa mood pejabat ke blog. Ni lah akibatnya. Layankan aje lah. Dan sesi Knowledge Sharing ini saya mulakan dengan berkongsikan satu resepi desert yang mudah, simple dan memang patut cuba. Patut cuba sebab InsyaAllah berjaya. Peratusan gagal tu sangat tipis rasanya.

Resepi apa?? Kan dah baca tajuk kat atas tu. Muffin berperasa Coklat (: Serius. Memang mudah. Dan paling penting, sedap. Ini resepinya.

Coklat Muffin


Bahan-bahan diperlukan:

  • Coklat Masakan 250gm
  • Butter 75gm
  • 2 biji telur
  • Gula 50gm
  • Tepung Superfine 60gm
  • Baking Powder 1 sudu teh

Cara-cara menyedia:

1. Cairkan coklat masakan dengan menggunakan kaedah double boiling. Bila coklat dah cair, tutup api. Masukkan butter, dan kacau rata sehingga butter cair
2. Dalam mangkuk berasingan, pukul telur bersama gula hingga sebati. Tak perlu guna mixer, sebab tak perlu kembang.
3. Kemudian masukkan telur dan gula tadi ke dalam adunan coklat. Kacau biar campuran sebati
4. Ayak campuran tepung dan baking powder ke dalam adunan, dan kacau lagi sampai sebati dan rata.
5. Panaskan oven 170C. Isikan adunan dalam bekas muffin sehingga 80% penuh. Bakar selama 20minit

Coklat Muffin Kukus

Mudah kan.. Silalah cuba. Aku dah buat 2 kali. Alhamdullilah. Cantik je kembang mekar muffin ni. Makan panas-panas lagi menarik. 2nd time, aku cuba kukus pulak. Pun boleh, tapi kena makan time panas2. Dah sejuk dia macam keras skit. Tapi sedap tetap sedap.

*actually aku pun google je resepi Chocolate Muffin ni

04 November 2011

Nasi ayam ala Tha gitu

Sementara ada peluang masak makan tengahari ni, aku macam tiba-tiba jadik rajin pulak. Mulanya niat nak masak kicap je ayam tu. Mudah dah cepat. Boleh aku join Cha tido lepas tu. Tapi entah kenapa, macam terlebih rajin pulak secara tiba-tiba. Entah kenapa, boleh pulak aku teringin nak buat nasik ayam.. Terus perap ayam dan tumis bahan untuk masak nasi.

Tapi biasalah, aku memang macam ni. Kalau dah teringin tu, tak kira masa. Tengah malam pun aku penah uli tepung buat doh untuk karipap. Teringin punya pasal.

Ekwan balik aku terus suruh dia makan, pastu dia tanya 'apasal rajin sangat buat benda2 complicated gini?' Eleh, saje nak perli akulah tu. Aku tahulah semalam aku malas nak masak kan. Suruh dia gi beli kat pasar malam je. Alah.. semalam achik letih. Sekali sekala memandu sendiri dari USJ-KL, terus achik rasa lemah satu badan, tu yang tak larat nak masak dah..hehehehe.. kira memganti rugi kemalasan semalam lah, tu yang hari ni ter'extra rajn (:

Here, i'm presenting my nasi ayam. Sila saksikan. Achik bab food presenting tak bape pandai.

 Nasi Ayam Ala Thai. Terbaik!!

Okay, aku memang sangat confident nak kata nasi ayam di atas adalah terbaik, sebab memang terbaik. Suami saya kata 'jom, puasa tahun depan kita niaga nasi ayam kat bazaar' Hahaha..achik gelak je. Buat dalam kuantiti yang sedikit, untuk 2 orang makan boleh la.. cuba banyak-banyak.. Insya Allah boleh lagi kot, tapi kena pastikan segala equipments adalah mencukupi. Kual i+ periuk size x-large kena ada lah..tapi alhamdullilah, sendiri makan rasa sangat puas hati dan asyiklah memuji diri 'sedap nasi ayam aku' (:

Terus tiba-tiba 'birthday Cha tahun depan buat nasik ayam la.. ngan cream puff'

Secara jujurnya, taklah complicated mana nak buat nasik ayam. Boleh multitasking. Macam aku, mula-mula perap ayam. Sementara tu, masak nasik. Dalam nak tggu nasik masak, boleh buat sambal ngan sup dia. Potong timun ngan tomato. Pastu tinggal goreng/panggang je ayam tu. Senang kata.. semuanya ikut kemahuan dan kesungguhan kita.

Nak cuba? Seperti biasa, nah amik resipi. Aku dah tempek dah resipi ni kat blog masak-masak aku dulu. Tapi aku rajin ni, maka aku copy lah ke sini pula. Nah.. boleh cuba buat raya haji ni.


Nasi Ayam Ala Thai

The Chicken
1. Marinated the whole chicken with kicap manis, garam ,gula & sos tiram for minimum 4 hours. Lagi lama lagi elok. Every 30min, terbalik kan ayam tu. Simpan baki campuran bahan tadi untuk kuah kicap (kuah hitam) *aku tak perap 4 jam pun.. sejam je kot.. nak dia betul2 sebati, potong la ayam tu kecik2 skit
2. Then panggang ayam tu for about 40 min. Kalau nak goreng bleh gak, tapi it prefer to be roasted.
3. Bila dah sejuk, bleh la potong untuk di serve. *aku goreng je.. malas nak basuh oven..

Nasi -paling utama

 yummylicious!!
Bahan-bahan diperlukan:

1. Kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang
2. Lemak ayam
3. Beras. Sukatan air hendaklah lebih 1 setengah dari sukatan beras. Kalau beras 3 pot, air kena la 4 pot setengah.
4. Bawang besar 3 biji, bawang putih 2 ulas (blender)

Cara-cara penyediaan nasi ayam:

1. Tumis kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang. Then masukkan lemak ayam.
2. Pastu tumis sekali bawang yang dah di blend sampai layu dan naik bau.
3. Then masukkan la beras ngan air. Kacau and let it cook *aku tambah garam sikit..

Kuah Kicap Hitam

Gunakan lebihan bahan ramuan ayam tadi. Ketuk halia dan bawang putih. Then tumis. Dah naik bau, masukkan bahan ramuan ayam.
Nak pekatkan, campur sikit tepung jagung. *aku tak pekatkan..sebab mmg suka cair-cair

Sos Merah

Blend cili merah (buang biji) bersama bawang puith, ngan garam dan gula sikit.
Then campur cuka. *aku masak sekejap bahan kisar ni.. tekak aku tak berapa berkenan ngan rasa cili mentah tu

Sup

Bahan diperlukan:

1. Halia dan bawang putih -diketuk
2. Rempah kurma
3. Bawang besar dihiris halus
4. Kayu manis, bunga cengkih
5. Kacang tanah
6. Lemak ayam/bontot ayam

1. Tumis kayu manis, bunga cengkih dan bawang. Then masukkan lemak ayam
2. Lepas tu masukkan rempah kurma
3. Lepas tu masukkan air, then kacang tanah
4. Kacau2 and let it cooked.

Amacam?? Mudah je kan.. Nanti cuba eh.. Hasil pasti tak menghampakan. Aku rasa nak tempek sekeping lagi la gambar nasi ayam ni. Boleh eh... (:

Pastikan anda cuba ye!!