30 December 2008

1st thing to drop out

It's End Year Sale!!! Discount tags is hanging everywhere!! It's Shopping Time!!!

Untuk bakal2 Raja Sehari *owwhh, mengapa tidak guna pengantin saja??* Ni adalah masa yang sangat sesuai untuk memborong barang2 hantaran. At least boleh save about 30% *banyak tau tu*

As for both of us, Sogo is always being the choice. Dan dengan gigihnya kami telah membuat kad sogo, sebab tahu bakal berhabis membeli nanti, so rugi kalau tak buat kad. Sogo selalu bagi voucher *dah lama hasrat tu tertangguh, walaupun sering berbelanja di sini. sayang benor rm24 nak buat kad* And after browsing for a while as semalam dah survey kat Jusco One Utama, we decide to bought these for ourselves.




mengapa perlu mengunakan model pompuan untuk perfume laki??

Dan apabila membeli perfume, sila lah mintak segala free gift selagi boleh. Kalau promoter tu buat tak tau je, terus bukak mulut 'kak/dik, takde free gift ke?? miniature ke??'
Kalau derang kata 'semua dah wrapped sekali dalam ni'
Jawab lah 'alah, bagi lah extra miniature, boleh kan' Sila la sertakan dgn muka paling comel, pasti nanti dia bagi. And that what we did. Dari promoter Dunhill tu tak offer pape, dpt 2 free miniature.
Promoter DKNY lagi senang keje, tak yah tanya2 dia terus bagi. Dari hanya sebotol 100ml + 7ml perfume, dan body lotion, dapat another body lotion dan 2 miniature, harga tetap sama*sukanya saya*

Dan tak sia-sia membuat Sogo Card, modal RM24 tu dah dapat balik. Fragrance & Cosmetic Dept keluarkan voucher. So, pembelian Dunhill menghasilkan 2 keping voucher bernilai RM20. DKNY tak dapat, sbb Value Buy item *sedangkan lagi mahal dr Dunhill tu*
Sebab voucher tu hanya valid smpai 11 Jan, terus carik Belt untuk Ekwan. Harus la kena tambah skit kan. Hasrat dihati nak beli set Wallet & Belt, tapi semua tak berkenan. Wallet dia smua nampak sgt tak best

Tapi memang benar, all the wallet is look cheap dan sgt tak menarik *sedangkan mahal je* Mungkin lagi sesuai kalau beli seperately. Dan itu lah yg kami lakukan, mungkin akan jadik lebih mahal tapi puas hati. Itu lagi penting kan...

Dan di akhir kata 'Tahniah kerana telah berjaya menghabiskan Duit!!!"
-huhu..bukan mudah nak kawin kalau duit tak banyak kan-

27 December 2008

Mereka Cipta 'Thank You' Tag

Keje ini amat menyeronokkan. Boleh buat mengikut citarasa sendiri. Tapi sangat lah tidak mahir menggunakan Illustrator, maka hasilnya adalah sgt simple, tapi i like.
Konsep 'Less is More' diadaptasi sekali lagi *alasan je, sebenarnya tak berbakat*

both design are come with white border *i luv white*

Idea tak banyak lah, ini je yang mampu. And i promise Yun to help design her TQ tag. Sendiri punya pun tak bape comel, ada hati nak buat kan org nyer kan *huhu*
Tapi kan Yun, pe kata guna design yg sama, tukar huruf E ngan H tu saja, kalau u setuju, sepantas kilat i buatkan...

And had printed it. Even tak tahu nak guna untuk gift yang mana. Mungkin boleh work on the candles 1st.. tapi mana nak carik puncher lubang kecik erk??

-dan sudah 2 hari asyik bermain kertas, menggulung2 kertas, sampai itam2 jari smua-

They Have Decided!!

Semlam adalah hari yg penat, pagi hari sudah ke Ipoh menghadiri kenduri kawen. Dayu suka gi kenduri kawen, tengok2 majlis org..ohh, mereka bagi coklat, dgn packing yg sgt menarik *tak sempat amik gmbar Faris ngan Faiq dah abis kan*

Dan petangnya menghabiskan masa di Hartamas. Kak Era sekeluarga pun ada sama. Adalah derang adik beradik discuss pasal majlis kat Pahang nanti. Ohhh, saya terasa amat tak perlu untuk berada sama dlm perbincangan itu, maka terus ke dapur menyediakan makan malam. En Ekwan lak, dgn kusyuknya main PSP anak sedara dia, sungguh bersenang lenang pakcik tu. Akak ngan abang dia yang sibuk pikir mcm2, dia rileks je *nak je lepuk2 dia tu tau*

Tapi harus la dengar gak kan... They have decided the date untuk majlis bertandang di Maran nanti. Kena maklumkan ibu bapa ku di kampung segera ni*dan juga photographer*

Theme color pun dah ada. But this one Ekwan just let me knew this evening. Mak request to have 'Merah Hati' Ohhhh, sama seperti apa yg Dayu inginkan. Tapi Dayu called it 'Maroon' Sama lah tu kan... *hikhikhikhik*
'mak, selera kita sama lah mak' *saya mcm rasa suka melampau ni*

Dan En Ekwan juga menyampaikan;

'mak siap dah suruh kakak beli langsir kaler itu awak' *sekali lagi rasa suka secara maksimum*

'kakak kata derang dah bincang aritu, siap ada paperwork. cuma kakak tak tunjuk je semalam' -huhu, amat efisen my future family ni-

Maka, balik JB kena mendapatkan mak andam dan kena carik bridal yang ada baju seperti mana yang diiginkan. Kena carik smpai dapat jugak. Ini adalah misi bulan januari 2009 kamu ye Dayu.

24 December 2008

Lagi idea Guest's Favor

Both pasu cost RM 1.80/pieces

Ohhh, tembikar-tembikar ini adalah sangat lawa, sesuai kan kalau buat guest's favor. Letak telur dalam dia, takpun kosong saje pun lawa. Tambah lah riben2 skit, ngan TQ tag, mesti cun. Tembikar2 ni boleh ditempah dari DiniGift. Harga berpatutan. Ada banyak pilihan, macam-macam bentuk. Labu sayong pun ada. Have a look urself!!!

Dan Cermin muka ini juga sesuai dijadikan guest favor. Harga pun berpatutan, peniaga juga bersedia untuk memberikan diskaun *harga boleh adjust katanya* Ada macam2 bentuk, sila lah tengok sendiri kat blog dia.

RM 2.50/pieces

-sesungguhnya memilih guest favor adalah amat susah, but i had decided mine. Sekali lagi konsep 'Less is More' diaplikasikan-
Yang penting jangan membazir *mak dah pesan jgn bagi yg kuxury sgt* tp jgn kurang, biar semua org dapat. Bila tanya bape kena sedia, mak kata 'dlm 800-1000 cukup lah' Huhu..banyak sungguh jemputan mak ayah aku. So, marilah mencari favor yang tidak akan menyesakkan nafas time membayar.
Dan mungkin untuk VIP je lah yang special. Dan lilin wangi yg telah dibeli itu, akan diberi pada tetamu time nikah/marhaban.

Dayu kini adalah penanam anggur

Ye, semalam adalah hari terakhir di PPSPPA. They held a farewell for me, and i did cried *malu jap* Dan tengahari semalam they gimme a treat at Secret Recipe *sgt baik mereka ini*

Dan mulai hari ni smpai lah 18/1/08 Dayu adalah tidak bekerja. Dia akan menjadi pengganggur. Maka, dia akan mempunyai banyak masa untuk berjalan-jalan menguruskan hal perkahwinan. Boleh membridal dengan tenang.. boleh survey guest favor sesuka hati..

Lepas tahun baru, akan pulang ke JB, menghabiskan masa di rumah *oohh, bertambah lah berat badan nanti*

Dan kini, saya nak men'design' TQ tag.Amat suka buat keje ni, sudah lama tak main illustrator

23 December 2008

They are married!!!

Selamat Pengantin Baru Shah + Hana
*korang penutup majlis S&B untuk 2008 ni*

All gathered at Seremban R&R, scheduled on 10am, and amazingly, all been punctual. Tahniah S&B!! *1st time ni, selalu lambat je, cuma Pijan je lah terlambat skit kan*
Ekwan only took 30mins from Hartamas to Seremban, so kalau dpt saman sila la pegi membayar ye En Ekwan. Jangan mengelat
So, berkonvoi lah 5 kete ni ke Batu Pahat, Johor. Dan sila lah semak speed trap ye, kamu semua bawak kete mcm pelesit, ada sedar kah?? Dari KL smpai Pagoh, habis smua kete kat lane kanan korang halau ke kiri *tak sedar diri, memasing bwk wira ngan myvi je pun*

Sampai tepat pada masanya, rombongan Shah pun je tiba. Ohhh, ada acara 'membayar tol' Amat seronok ni. Adat di Johor sungguh menarik ye. Nanti majlis sendiri pun kena apply ni.

Tol Pertama.. Sangat seronok melihat pengantin diusik habis-habisan

Tapi sekejap je memerhatikan mereka bergurau senda. Sebab Dayu menjaga Sara sementara mak bapak dia makan. Tapi seriously, Tol ni memeriahkan majlis. Alah, sampul tu buat syarat je. Bukan semestinya kena isi banyak2, RM 1 je pun boleh dah. Asal ada org kata.

ohhh, Sara terpegun melihat uncle Shah ye *mata sara dah bulat*

While pengantin bersanding di atas pelamin, kami pun memenuhkan perut masing2. Ohhh, sgt meriah lah majlis ini. Ada budak2 bersilat, menari zapin semua. Dan sebelum pengantin dibenarkan makan beradab, derang kena joget lambak sekali ngan bdk2 tu *amat best tapi tak sempat amik gmbr sbb kena pegang the babies*

Raiyan si tembam ni suka sgt melentok2, asal org dukung je dia landing kepala kat bahu kita.

S&B bergossip sementara tggu pengantin free untuk bergambar. Teras mau makan lagi sekali sebab nasi dan lauk dia sgt sedap, tp sedar diri kan, batalkan la niat tu

amat suka melayan + mendukung Raiyan walaupun dia berat. tengok tu muka dia..

dan kami akhirnya dpt mengedik di atas pelamin bersama pengantin

Dan perjalanan balik ke KL adalah memenatkan, sebab jalan penuh. Dan malamnya, berlakulah peristiwa tertinggal hp di Mc'D itu. Tapi saya suka tgk kawan2 bahagia...
-owwhh Pijan hadir bersama Chot, cinta lama berputik kembali-
Default setting katanya...

22 December 2008

kenapa dgn ko Dayu???

-semalam adalah hari yang penat, sebab menghadiri majlis kenduri Hana di Batu Pahat-

Dan semalam adalah hari yang amat bengong. Dayu yang bengong. Entah apa entah nak jadik kat dia. Entah apa agaknya yang dia pikir.
Ekwan marah betul semalam.. *mintak ampun*

Huhu.. Semalam dia telah MENINGGALKAN HP kat Mc'D tanpa perasaan *tak sedar lgsg sampai Ekwan call marah2 baru dia sedar* Ingat tinggal kat dalam kete, rupanya kat Mc'D. Terpaksa lah En. Ekwan gi Mc'd Mont Kiara tu kutip hp Dayu *nasib baik dekat*

Dan petang ni siap sedia lah menerima bebelan En. Ekwan akibat kelalaian yang semakin menjadi-jadi. *lately ni byk sgt barang yg ilang*

edited
Alhamdullilah, hp tu ditemukan kembali. Nasib baik budak Mc'D tu berhati mulia menyimpan kan hp dayu tu. Hp murah katanya kan, dia pun tak sampai hati nak rembat.
Dan dia juga tidak menyalahgunakan hp tersebut *ke dia tak perasan hp itu adalah postpaid??* Tapi bagus lah, klau tak senak nafas nak membayar bil weehhh...
And Ekwan started to call me 'nenek' as i asyik nanyuk je lately ni *kena makan examo ni*

18 December 2008

seronok tapi penat

Camne boleh penat tapi seronok?? Sebab sambil keje, boleh jalan2 skit *sikit yg amat sikit ye* Tapi bila dah asyik outstation, muak, badan penat. Balik opis keje melambak *dan amat tak sesuai untuk dayu yg dah nak resign*
Tapi mcm tau-tau je this will be my last out-station with PPSPPA, dia bagi seronok skit.

tgh mengedik mencuba kamera projek baru di terengganu
*sy suka gmbar ni sbb saya tak nmpak tembam yg melampau*

suka gmbar ngan farhana kat site gua musang ni..
*tp ini adalah gmbar lama*

lihat la Dayu yg tak beretika, dgn selamba ber high heel di site
*lantak..suka hati den lah*
Dulu, masa kat JKR ye, amat menjaga sahsiah diri, sbb slalu out-stn ngan boss, tp skrg saya lah bos, suka ati lah... *hhahhahaah..gelak suka ati*

Dan masa duduk lepak minum ngan kontraktor kota bahru di Ridel Hotel Cafe malam tu;

'u, u tau tak masa 1st site visit dulu, i tanya Zul (their QS), sape tu (which refer to me)'
'pastu apa zul kata??' -dayu
'tu la Cik Dayu, engineer projek kita ni'
'nape?? tak caya ke engineer pompuan dtg' -dayu
'tak lah, u ngan jeans, ngan selipar je. selalu engineer gomen mana ada mcm tu'

Hahahahahah!!!! Iye, engineer lain smua smart2 je trun site *lagi2 time JKR dulu* Rimas lah, sehari bukan satu site, kadang2 smpai 5 site. Baik pakai jeans je. Senang nak buat keje. Tapi kalau gerak dr office kena lah menjaga etika pemakaian ye.

Surat dari Kementerian Kerja Raya telah diterima. Lapor diri 19 Jan 2009, notis dah bagi smpai 31 Dec 2008. So, Cik Dayu akan mengganggur selama 2 minggu. Rehat puas-puas, setelah berhempas pulas di PPSPPA. Ada sorang lagi engineer resign, dpt the same offer, so peluang pekerjaan menanti di PPSPPA. Apply lah segera...
*best keje kat PPSPPA, J41 pun dh mcm J48, kena sign payment, kena buat mcm2 keputusan, seronok..*

16 December 2008

Guest's Favors

Amat pening la memikirkan pe nak bagi kat tetamu ni, ni lah gayanya kalau budget ciput kan, kalau kita ni duit melambak, tak yah nak pikir-pikir. Apa yang terlintas, pe yang berkenan di hati, kita order saja. Tapi kalau kos dalam kawalan yang amat ketat ni, kena pikir berkali-kali *saya bukan anak org kaya*

Selagi boleh kena carik, carik sampai dapat yang murah. Tapi biasa lah kan, semua org nak murah, tapi BEST+MENARIK+LAWAdan kalau boleh, tak lah nampak mcm murah sgt kan brg tu. Dan tak semestinya yang mahal tu best kan, dan yg murah tu tak menarik. Pape kita kena pandai memilih, kena rajin browse, mengoogle setiap hari..

Gift box from kadkahwin.com
Harga: RM49/packet. Satu paket ada 50 keping..

Sekarang ni banyak dah org meniaga di alam maya, byk fotopages yg berunsurkan perniagaan kan. Browse saja, sampai tak tahu nak pilih yang mana. Tapi setelah beberapa pertimbangan di buat *selama beberapa bulan* Fews items telah disenarai pendek kan.

Untuk majlis di JB, cadangan-cadangan nya adalah:
Untuk semua jemputan, semua akan sebiji telur (mungkin masak pindang atau rebus biasa je, tp mak penah kata nak buat telur pindang) di dalam bekas mcm ni. Riben akan ditambah beserta TQ tag yang akan Dayu buat sendiri.
Tapi skrg tgh terpikir larat ke kalau nak pasang riben tu nanti, telur mesti kena masuk kan lewat kan. Dan disebabkan tu, tgh pikir gift lain/atau tak perlu la nak beriben bagai *tapi hati kata nak, tak lawa la kalau kotak tu semata kan*

sedang berusaha mendapatkan box ni dgn harga RM1/satu. katanya kat air hitam, johor boleh dapat. Chow kit pun boleh rasanya, aritu masa tunang dapat je RM 1/satu,
lagi la time tu beli skit

Dan adik-adik (iaitu kanak-kanak dibawah umur 12 tahun) hanya akan diberi coklat+gula-gula. Awalnya akak nak beri baby muffin dik, tapi tiba-tiba peruntukan dipotong lah dik, so akak bagi coklat ngan sweet je ye. Best gak kan.. akak bagi lah dlm uncang cute *kamu jgn buang tau, bagi kat mak kamu*
Dan untuk tetamu yang dikategorikan VIP, iaitu sedara-mara, pakcik-makcik,sepupu sepapat dan juga rombongan dari Pahang, akan diberi telur dalam bekas berbentuk epal ni.

Bekas Telur berbentuk Epal for VIP. RM 2.90/piece. This epal pun kena gantung TQ tag
TQ tag juga akan ditampal/diikat bersama

Lilin wangi *sebijik mcm ni lah* ni telah dibeli di Pasar Besar, RM50 dapat 60 pieces. Sana amat murah ok,kat sini sampai RM 1.70 satu. Bunga Pahar dip kat sana, boleh dapat RM 1/satu
Yang ni tak tau nak bagi kat sapa, mungkin close frens kot. Tak pun bagi gak kat VIP tapi hanya rombongan belah lelaki. So kawan-kawan akan dapat telur dalam bekas mengkuang dan candle

Dan iringan bersama favor-favor ni adalah 1/2 jenis kerepek dan sejenis kuih tempatan yang akan hanya dimasukkan dalam plastic bag thank you. Paper bag mahal ok,guna palstik bag sudah.. Alah, bukannya org simpan pun paper bag tu. Takpe kan. *jimat selagi boleh jimat* Ni smua jemputan akan dapat.

Dan gift box di atas*gmbar pertama* dicadang untuk digunapakai untuk majlis di Maran as VIP favor *masih belum mendapat kelulusan dr En Ekwan* Boleh la, letak telur/others gift dalam tu kan. Kalau dia tak nak, i will consider to use it at my side as VIP gift box, untuk isi kerepek ngan kuih tu.

Ada pape cadangan lain tak untuk favor ni?? Ke anda rasa pe yang Dayu pilih ni tak sesuai?? Ke anda tahu mana2 tempat dia boleh dapat brg2 ni ngan murah?? Sila lah bagitau ye...mesti dia suka...
Pape pun, ini semua masih diperingkat cadangan. Semuanya tertakluk kepada perubahan dan peruntukan terkini *huhu, sedihnya kalau budget terpaksa dipotong lagi* Pape pun kena banyak berjalan dan rajin mencari. Saya nak melawat KK Home Deco kat Ampang tu lah, nak gi Nilai jauh sgt..

-this is auto-publish entry, skrg dayu dalam perjalanan ke terengganu-

15 December 2008

Kami yang Berkursus

Seharian duduk di kerusi yang sama mendengar ustaz2 berceramah, sambil ketawa sampai rasa sakit perut yang amat. Rasa sesak nafas sebab gelak banyak sangat. Selamba je ustaz tu tau..tapi takpe, dari kitaorg tido kan.
Tapi yang tak bestnya, organiser kata parking yang disediakan free, tapi bila tengahari gi kat kete ada lak saman DBKL kat cermin..tapi takpe, organiser settle.

Sesi 'Komunikasi Suami Isteri' sangat memecahkan perut tau. Hahaha, ustaz tu siap bagi tips camne nak dapatkan anak laki/pompuan. *malu jap tau*
Bab-bab dia ajar mandi wajib tu lagi lah, rasa segan yang amat. Tapi yang bestnya, lunch break sangat lama sebab ustazah tu dtg lambat 40min. Maka, tu yang terhasilnya gambar2 kat atas tu.*hahahahah, sempat lagi mengedik kan*

Sijil akan siap Jumaat ni. So lepas ni dah boleh start buat permohonan berkaitan. Ujian HIV pun dah boleh buat as it only valid for 6 month.

-esok bakal meninggalkan tunang kesayangan selama seminggu, nak gi terengganu +kelantan lagi, keje tak habis2 sedangkan nak resign dah-

14 December 2008

Kursus Nikah Hari Pertama

4 jam yang berjaya ditempuh dengan jayanya *esok seharian, camne lah agaknya kan* Be there just on time *juga boleh dikata awal* walaupun 2.15pm baru Ekwan fetched me.

tengah tunggu kemunculan en ekwan *saya semakin tembam*

Registered and made the payment and suddenly Ekwan came with this;
' awak, ada peti cadangan' -ekwan
' oleh itu??' -dayu
' org nak isi lah' -ekwan
' awak nak cadangkan apa?' -dayu
' suruh derang kurangkan masa, sehari sudah' -ekwan

Chaiiit, tak bermanfaat sungguh. Ingat ada ke org nak layan. Tapi kalau sehari pun bagus gak kan, mana2 sesi yang mcm tak perlu tu kita kuarkan je dr modul ni *sesuka hati je kan* Secara keseluruhan, pe yang diperolehi pada kursus hari ini adalah:

1. Rokok adalah sgt merbahaya ok *ustaz tu kata isap rokok mcm makan racun tikus* tapi Ekwan boleh kata 'alah, dia tak tau rokok tu byk protein, vitamin, zat besi smua' Perokok tegar, ada je alasan.

2. Buah mangga amat bagus untuk suami isteri *heheheeh...*

3. Jaga kesihatan diri, dari hujung rambut hingga ujung kaki. Jgn jaga muka je *baik,mulai esok saya akan rajin berlotion siang dan malam*

Ni je, pastu tak concentrate dah sesi kesihatan tu *sesi ni tak perlu lah, cuba tukar yg lain, benda2 yg menarik dan mmg bermanfaat skit* Ekwan siap main game lagi, pastu dah ujung2 tu boleh dia tido. Tak senonoh sungguh.

So, bila sesi Prosidur Perkahwinan & Penceraian, baru la ada mood nak dengar, sebab mmg nak tahu semua benda kan. Ohhh, amat leceh nak mendapatkan kebenaran berkahwin ini. Dah la valid 3 bulan je, so tak bleh buat awal-awal. Semoga nanti urusan kami akan dipermudahkan.

Esok mula pukul 9am. Pakcik Ekwan tu boleh lak dia kuar lepak ngan membe malam ni, esok kang lambat kang, tak pasal2 je.

12 December 2008

sukanya saya *baju nikah oohhh baju nikah*

Selesai seperkara!!! -byk lagi yg menunggu-

Kain untuk baju nikah telah dibeli. Hajat hati nak beli satin je, tapi terbeli chiffon sekali *murah je* Siap beli veil lagi.. ngan aksesori sekali
*semua tu tak sampai rm250 pun* ye, attire nikah ku murah tp saya suka+puas hati


Bila balik, tengok2 kain tu, balut2 kat badan, rasa nak guna satin je *upah jahit pun murah skit kan* So chiffon tu bleh buat baju untuk pakai kat Ekwan's side -selagi boleh berjimat, mari kita berjimat-
Dayu sedang cuba mengadaptasi konsep 'Less is More' Baju di hari nikah akan menjadi sangat simple, hanya akan dilebihkan kepada aksesori.
Sekarang tengah pikir nak antar jahit kat mana, ada sape2 nak recommend kan tailor?? Walaupun just nak buat kurung moden dan lengan cekak hotdog, tetap gak nak tailor yg boleh dipercayai..

Antara potongan yang menjadi idaman *mmg amat teringin dan akan di realiti kan*

Type 1: call it 'Cekak Hotdog' as itu yang aunty tailor kat Medan Mara tu cakap nama fesyen ni. Tapi kena carik org yang betul2 bleh buat cekak tu, sbb tgk aunty tu buat mcm tak bape jadik je, dan mungkin lace tak sesuai buat fesyen gini kot *tak kan nak kena antar kat Rizalman lak kan*

Type 2: another design from Rizalman, yang ni pun mcm suka sgt, simple tp menarik. Kain satin kosong je, tapi best. Tambah veil, jadik la makin cantik..

Dan sekarang sebenarnya tengah pening, nak buat design Type 1/2.. Dua-dua suka, dua-dua mcm menarik *arrgghh!!! mana satu ni??* Tapi confirm akan guna satin untuk baju ni, ke elok guna chiffon erk?? Any comments??

Type 3: Satu lagi design yang buat Dayu jatuh hati. Akan gunakan chiffon untuk buat baju ni. Niat nak pakai untuk majlis bertandang. Sekali lagi konsep 'Less is More' diadaptasi.

-mungkin Zahnita yang slim itu telah menjadi kan baju2 tu nampak lebih menarik, oleh itu, Dayu sila lah berusaha dgn lebih gigih ye untuk membuang lemak2 di badan anda-

Owhhh, esok kami akan menghadiri kursus kawin, kat LPPKN.

-habib ada sale, nak je beli gelang tu td, tapi terpaksa kawal nafsu, budget untuk tu smua takde bulan ni, taun depan je lah-

*
mungkin gmbar akan diupload kemudian*
owwhhh, brg di SSF sgt mahal ok

10 December 2008

Citer Photog lagi

Baru je lepas cakap ngan En. Rajalanun from Gezzeg Photographer, dan membuat tempahan awal untuk majlis bertandang di Maran nanti.

Before ni dah pernah bertanya melalui email, tapi as date tak confirm lagi dia mintak confirmkan tarikh dulu. Dan bila dah dapat tarikh *anggap saja itu sudah muktamad, as Ekwan kata ok*, terus lah call, takut dia dah tutup tarikh permohonan.

Below is the details of the promotion *si rajalanun tu siap cakap ni giler punya harga, tapi mmg amat berbaloi ok, ada ke photog lain offer harga mcm ni??*


Tapi RajaLanun kata mungkin dia tak available on the day majlis kat Maran tu, so dia suruh pilih salah sorang dari 8 crew dia, sape yang i nak untuk cover majlis tu nanti. Dan i dengan selamba nyer suruh dia publish sechedule semua crew dia, senang sikit nak memilih kan *chaaaiitt, mcm company sendiri lak dibuatnya* Tapi almost of them masih available.

'u pilih je, bdk2 ni free je lagi time tu' -RajaLanun
'bukan time tu ramai org kawin ke, betul ke u all masih free?' -dayu tak puas hati/tak dgr kata
'iye..agaknya org ingat kitaorg ni mahal sgt kot, sedang kan murah je' -RajaLanun
' ye kot, tgk hasil keje u macam mahal je charge dia' -dayu
'tak lah.. harga kitaorg dlm 650 je, tak ribu2 lah'- RajaLanun

Perbualan yg menyeronokkan dgn dia ni. So, it's confirm and he asked to pay the deposit, 30%. Kena email semula the detail untuk majlis tu nanti, tarikh semua. Dan dayu dgn suka hatinya nak bagi sekali jadula keje derang *hahahahah, gila kuasa*

Kenapa Dayu mcm sanggup berhabis untuk photographer?? Sebab:

1. gambar ni je lah yang akan kekal bersama sampai tua nanti
2. bila gambar kita best+cantik+menarik, baru lah tak bosan nak ulang 2000 kali selak album *tp pengantin pun kena lah menarik kan*
3. i just love picture, so gmbar kawin sendiri kena lah best gak

Dan takde lagi sebab lain buat waktu ni, kalau ikutkan Ekwan siap kata, kat side dia tak payah pakai pro photog, suruh je sedara-mara yg amik. Tapi tak nak lah, kang pape je hasilnya...
Nak tak nak, dia masukkan gak lah RM600 tu dalam budget kawin kami...

Tapi paling tak tahan dia boleh tanya:
'yang, org tak yah mekap ke, kena lah touch-up skit kan, tak kan awak je nak lawa2'

Hahhahahaha..buat lawak tul la pakcik tu. Isskkk, camne lah rupa pakcik tu kalau dh tampal bedak..

09 December 2008

Arahan ye ni namanya!!!

Sila print Gambar Majlis Pertunangan anda!!!

Sila buat segera ye Cik Dayu, jangan peram saja dalam hard disk kamu tu!!!

-dan ianya perlu di albumkan secara khas-
dan sila pilih sekeping untuk di frame kan, untuk dijadikan hiasan dinding bilik yang bakal menjadi bilik pengantin nanti

Kena sambung keje mengedit yg tertangguh, sejak keje kat PPSPPA ni takde masa langsung nak berkreativiti.
Dan dgn gigihnya trus ngadap photoshop dan illustrator mengedit gmbar sendiri *sesungguhnya bermain dgn gmbar sendiri itu amat seronok ok*

Tambahan Catatan
Dan bantuan kamu semua amat diperlukan. Setelah berjam sampai sakit pinggang ngadap laptop, beberapa image telah berjaya dihasilkan *saya amatur ye, ilmu photoshop yg ada sangat lah sedikit*

Tolong lah pilih kan, antara 3 gambar kat bawah, yang mana satu harus di print:

gambar asal *rasa mcm nak print yang ni*

image asal yang telah di'saturate' kan background nyer

dayu gatal tgn, 'invert' kan pulak background dia

Bila tengok2 semula, rasa gambar2 ni sesuai lak kalau jadik kan Thank You tag untuk tampal/gantung kat guest favor wedding nanti kan *heheeheheheh.. keje 2 in 1 ni namanya* tapi kena edit skit la tulisan tu kan...
Buat image kat banner pun sesuai jugak ni..

Tolong lah ye pilihkan, tak kan nak print 3 sekali gambar yang sama..

-berjam edit baru 5 design siap, amat tak berbakat ok buat keje2 ni. Hmmm, patutlah selalu album kawin lambat siap kan. bukan senang nak buat layout tu smua-

07 December 2008

bought me an oven and standmixer

Sukanya!! Hajat nak beli oven ni, dah berbulan-bulan tertangguh. So, bila dah nampak ni, just grab it!! *as konon bulan ni budget di dalam kawalan*

Mula-mula nampak kat Jusco, tapi tak jadik sebab Ekwan malas nak carik parking *mula2 nak sevris EG kat Eneos, tapi queue sgt panjang, 5 jam baru siap..so cancelled*
Akhirnya EG diservis di Sentul. Sementara tggu EG siap check-up, kami ke kedai elektrik sebelah workshop tu. Owwhhh..ada End Year Sale *suka..suka*

beli oven dapat free standmixer *saya suka sangat*

Ni yang suka beli barang kat kedai2 biasa, boleh tawar menawar lagi. Boleh mintak free gift pulak tu. Kalau beli kat Jusco ke,SenHeng ke mana boleh nak demand2, harga fixed, sebarang rundingan harag tak dilayan ok..
Dan Ekwan terus ajak gi beli bahan nak buat kek *dia lak yg excited* So ke Plaza Damas, Sri Hartamas *as time tu kami dh kat Hartamas nak amik Vito*

chocolate brownies *ekwan yg pilih*

For the 1st ni, kita buat kek segera. Semua dah ready, balik tengah campur telur dengan air je. Huhu..senang nye nak buat kek + brownies sekarang. Tepung nak buat muffin pun ada, pilih je. Cookies pun ada, macam2 jenis lak tu.
Rambang mata tu, rasa nak beli semua tau..

Dan sekarang ni, tengah asyik browse resipi-resipi biskut dan muffin *ada sape2 nak share resipi dengan dayu?*

05 December 2008

Sesuatu yang amat Dinantikan

-penantian itu satu penyeksaan tau-
Almost everyday i checked my mailbox *mcm dah setengah giler dah rasa*, tggu surat dari SPA. And finally, it reached me yesterday.
Yay!!! Rasa nak je jerit suka hati depan mailbox tu semalam. Namun masih ada perasaan malu dalam diri, so cancel.

Tarikh lapor diri takde lagi, tapi mengikut rekod2 sebelum ni, selalunya seminggu lepas ni dapat lak surat dari JKR.
Hari ni resign letter PPSPPA telah diprint dan dihantar kepada semua pihak berkaitan. Namun, keje di sini masih melambak-lambak, non-stop. Balik dari cuti raya haji nanti kena gi pantai timur lagi *cepat la masa berlalu, tak sabar dah saya*

04 December 2008

Kursus Kawin

-ramai lak bakal2 pengantin yang buat blog khas untuk their trip to that BIG DAY.. terasa nak buat gak, tapi rasa tak jadik, cukup lah yang satu ni *yg ni pun dah mcm khas je*-

Semua dah start tanya, bila nak gi kursus. Mak pun dah tanya2 'bila nak gi kursus Long??'

Heheheh..Sepatutnya pergi weekend ni, tapi terlupa balik kg cuti raya haji, lagipun mesti derang tak buat kot kursus time ni. Nak gi 2nd week december, ada bowling tournament lak. Kena tangguh lagi. Nak gi 3rd week ada wedding Hana * ni dah masuk kategori wajib datang ni* So, nak tak nak kena gi end dec tu.

Ikut Ekwan 'watpe nak kelam-kabut, lambat lagi pun. Ada 6 bulan lagi kan'

Itu dia kata lah *saya pun mcm nak setuju* Tapi mak+pakcik+makcik semua sudah bising. Lagipun, katanya next year punya kursus tak boleh balik, ada qiamullail *ni betul ke eja ni* smua. Maka, kena pergi tahun ni gak.

edited
Pagi ni busy yang amat. Keje melambak-lambak. Dah nak resign pun keje non-stop. Takpe, it's better. Nak selesaikan smua keje kat sini before berhenti.
Dalam busy-busy ni, sempat gak browse carik kat mana nak daftar kursus kawin *takut dah full kan* So browse punya browse, akhirnya dapat..
Siap daftar 2 tempat lagi *tamak* tapi rasa nak pegi yang kat Pertama. Balik boleh terus gi shopping barang hantaran kat Sogo

Pusat Kursus Perkahwinan Ibukota (Pertama Kompleks) - Lot 3.9, Tkt. 3, Pertama Kompleks, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Telah menganjurkan kursus perkahwinan sejak tahun 1992. Berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Kursus diadakan setiap Sabtu dan Ahad. Untuk pertanyaan/pendaftaran, sila telefon: 03-2692 6231/ 019-391 7231/ 016-365 9950/ 012-333 7283.

Huhu..pakcik-pakcik yang menjawab panggilan telefon tu semua suara garang2. Terpaksa lah menghipokrit kan diri. Suara paling lembut dayu guna. Habis control dah tu.

02 December 2008

Panduan Untuk Bakal -Bakal Pengantin

Great article wrote by professional photographer to share with all of you *tetiba nak guna english lak*

Panduan Fotografi Perkahwinan Gezzeg untuk bakal2 pengantin

This article is written by personal experience of the writer, not attach or refer to anyone or publishers. No harm to share! If you want to publish it to anywhere, please inform us or link back to us to encourage us to write!

1. Communicate With Us
The most important point. Selalu lah berborak dengan jurufoto anda, make them as your family. dari awal booking sehinggalah habis majlis. They can be your friends in a split second if you want to, tapi mereka juga mungkin akan jadi org yang paling benci bila anda mendapat album anda nanti *saya setuju* Tanpa komunikasi dan persefahaman sangatlah sukar untuk jurufoto melaksanakan tugas mereka. Jurufoto professional tahap dewa mana pun, tak mungkin dapat menghasilkan kerja yang bagus jika tidak mampu mengawal subjeknya. Anda bernyawa, maka tindakbalas anda sangat diperlukan. Anda adalah bos, kami takut pada bos yang garang, yang diam, yang dingin. Maka jadilah bos kami yang ramah dan sporting *will try my best, untuk hasil terbaik yang akan ditatap sepanjang hayat*
*owwhhh en amrul, marilah kita beramah mesra dari sekarang..how bout test shoot dulu untuk kami?? boleh lah ye*

nmpak sgt ceria lah ini gmbar -by en amrul

2. Masa hari majlis kahwin, lupakanlah yang lain-lain
Ini majlis anda, anda adalah raja, andalah yang diraikan. Tak perlu risau hal lain, just be happy. Anda telah berusaha sebelum2 itu, maka hari ini hari merdeka! Lantiklah pembantu peribadi anda sendiri (biasanya pengapit) sebagai pengurus anda, lantiklah man in charge daripada family *owwhhh, it will be you mom, and dad as ur assistant, jawatan tetap dah ni* anda yang paling layak sebagai wakil untuk menguruskan hal-hal majlis. Tidaklah nanti mood anda terganggu sepanjang majlis. *ye, nanti dayu hanya perlu senyum, dgn senyuman yg paling comel dalam idup dia untuk di capture oleh en photog*

suka sgt shoot yang begini.. In black cun, in white nmpak sgt sweet
*kena mintak 2 shoot begini dr en amrul...unlimited shoot kan*

3. Cermin2 Diri Anda, Perasankan Diri Anda
*tak payah suruh +pesan, mmg dayu akan buat*
Jadilah diri anda sendiri. Itulah yang terbaik. Dah dekat2 dengan majlis besar tu, rajin2lah tengok cermin. Anda buat apa sahaja pose yang anda tahu dan boleh lakukan. Dari yang control macho dan ayu, sehinggalah yang gila2. *oowwhh, dari sekarang dayu dah terpikir nak pose camne, en ekwan, sila lah setuju ye, saya tau kamu jugak pantang nampak kamera*
Test buat2 mimik muka pada cermin dengan pelbagai mood, ceria, sedih, ganas, serious. Memang anda akan tergelak sendiri bila buat semua ni, tapi percayalah, anda akan gembira bila melakukannya. Ala2 james bond sehingga lah awang spanar. Biarlah orang kata anda perasan pun. Mereka dengki sebab anda nak kawen sebenarnya. *jeles lah tu kan sbb dulu dia tak dpt buat gitu..*

-favorite pose dayu ni-


4. Rancang Awal
Cuba rancang dengan pasangan anda pilihan pose anda. Kami akan cuba realisasikannya.*semoga en amrul akan berjaya layan keinginan dayu nanti* Walaupun memang kami akan posekan anda nanti, tetapi hasil latihan yan dicadangkan boleh membantu anda memudahkan kerja kami. Just jadi diri sendiri, lepaskan apa yang terpendam dalam jiwa anda bersama kami, kami menerima seadanya. *bukan senang kan nak ada org amik2 gmbar kita ni* Kami perlu mengenali diri anda lebih dekat. Biarpun kita jadi budak2 pada hari itu, itulah memori Raja Sehari. Jadi diri anda sendiri cukup memadai. Apa yang selalu menjadi masalah adalah bila anda terlalu ingin menjadi orang lain, membuat posing2 yang susah dan tidak sesuai dengan jiwa dan karakter anda. *kalau dah mmg tak boleh kan, baik tak yah buat,kang pape je hasilnya* Sebenarnya posing is simple, no need to do like commercial celebrity style. Ia adalah sesuatu yang selalu anda buat. Semasa anda berjalan, senyum, duduk, berdiri, memandang etc. Yang biasa itulah yang cantik, cuma kita tak sedar sebab ia terlalu biasa. Tanyalah pasangan anda seikhlas hati, tang mana kecantikan itu.

begini juga menarik, tapi mungkin kalau senyum lebih menarik

bukan mudah ok nak buat pose gini

So, itulah some simple guide dari kami, lain2 terserah kepada jurufoto. Dialah yang akan perbaiki lagi kelemahan-kelemahan yang ada. Tapi anda perlu tahu, untuk mendapatkan satu foto yang bernilai tidak sekadar terletak pada jurufoto yang bagus, we are in one team, tanpa anda siapalah kami.


Article ni adalah milik En Raja Lanun *saya teringin nak amik dia jadik official photog majlis bertandang, marilah booked awal2* Tips ni amat membantu okay agar anda tak membazirkan duit, bayar photog mahal2 tapi hasil tak seperti yang diharapkan.
-mari berlatih dari sekarang-

01 December 2008

Adakah ini namanya Merungut??

-uncit ekwan kini sedang asyik tersengih riang, EG dah ada depan mata-

Minggu ni out-station lagi. Kali ni kena jelajah Johor pulak. 6 site nak T&C, so start Rabu sampai Jumaat. Pastu terus balik JB *dah alang2 kan* -Kena tinggal kan uncit saya sorang2 kat KL- Dan the next week mungkin kena gi T'ganu ngan Kelantan sekali lagi *kalau keadaan mengizinkan, kata sana banjir teruk kan* Ada 2 site boleh T&C *tak lekat kat opis lah saya jawabnya*

Seronok kah keje begini??
Sekali-sekala rasa lah bestnya kan, dapat keluar, tak payah duduk opis *banyak duit abis tau time out-station ni* Tapi hakikatnya duduk opis lagi best dari penat ke hulur-hilir macam ni. Dan mungkin tugas gini lagi sesuai untuk lelaki kan *huhu..dulu time interview, smua sanggup, ni baru suruh asyik keluar site pun dah bising*

Kalau dah kawin nanti *dah ada suami yg perlu dijaga* pasti saya akan memberontak kalau disuruh bekerja begini. Tak sanggup wehh nak tinggal laki lama2.. apa kan lagi kalau dah ada anak.. sanggup resign rasanya *mungkin lah* Nak gi kursus lama2 pun mesti teragak-agak...

Rasa nak jadik cikgu lah.. *tetiba*

benci lah jerawat ni

Arrrgghhh!!! Nyampah lah...
Time-time ni lah dia nak tumbuh, besar lak tu..merah semacam je tepi hidung ni

Iskkk..dah lah esok ada meeting ngan semua kontraktor Wilayah Timur *kontraktor KB yg ensem itu juga akan ada*

Boleh ke surut jerawat ni esok?? Warrrgghhh!! Tak suka lah!! Ada tak pape tips untuk surut kan jerawat ni??