Showing posts with label trip to bliss. Show all posts
Showing posts with label trip to bliss. Show all posts

29 May 2009

biarlah semua lah lancar bagai yang dirancang

Saya tidak rasa saya akan punya masa, atau pun masih sanggup mahu mengadap laptop, menulis di blog waktu ini. Maka, ini adalah catatan yang ditulis 2 minggu sebelum saya selamat dinikahkan *amin*

Bagi yang sudah menerima jemputan seikhlas hati, sudilah kiranya meraikan penyatuan cinta kami ini. Sama-sama memeriahkan majlis yang tidak seberapa ini. Tapi jangan lah sampai menyusahkan diri ye. Mengikut perancangannya, pengantin akan berarak dalam kul 2, tp mungkin awal skit kot. Dah nama planning kan, pape boleh terjadi.

Ohhh, harap sangat tidak hujan 31.5.09 ni...

Dan kalau kamu hadir, sila lah jangan segan untuk tarik saya bergambar bersama ye. Kenangan harus diabadikan. Kata, kejadian sekali seumur hidup kan *amin* Dan ini adalah penting agar saya boleh maklumkan kat ibu saya 'mak, dia ni kasik favor yg special tu'
-favor special saya skit je..lebih kurang, sape cepat dia dapat dulu lah-

Dan yang paling diidamkan kala ini, biarlah majlis itu nanti akan berjalan lancar. Tanpa sebarang masalah di hujung waktu *amin*

18 May 2009

jangan nilai dari segi nama..selagi tak tengok sendiri, jangan buat pape keputusan

Ni namanya promosi percuma lagi. Ohh, sangat bertuah mereka2 yang diberi promosi percuma oleh Dayu ni. Iye,minggu lepas rasanya ada yang tanya pasal bridal2 di Kuantan yang saya dok sibuk ushar kan. Tapi akhirnya tetap memilih butik di Maran. Kalau dah org Kuantan pun sibuk amik dia, apa kesnya aku yang kat Maran, sibuk nak amik butik kat Kuantan kan.

Dari buang duit untuk mileage charge.. baik guna duit tu untuk benda lain. Beli tong gas untuk umah kat Puncak Jalil tu lagi bermanfaat.

Eton De'Classic
, iye..ini nama bridal pilihan hati. Jangan dinilai dari nama. Biar tidak komersial, biar nampak mcam butik2 milik makcik2 *tp mmg makcik pun tuan dia* Puan Zaiton namanya. Tapi rasa nak cadang kat akak ni *apsal ko tetiba panggil akak lak ni??* tukar nama lah. Kasik ada comersial value skit.

Ada blogspot+fotopages tapi tidak lah ber'update. Last entry, tahun 2007 nye. Tu masa awal2 mcm tak berminat nak amik servis dia. Sanggup kuar masuk butik2 lain kat Maran tu. Tapi harga sgt tak reasonable, baju pun outdated. Nasib baik, butik yang dipandang sebelah mata ni berjaya buat dayu lega hati. Baju baru banyak giler. Baru je pasang kat patung tu katanya. Dah lah masuk2 je dah terjatuh chenta kat baju tu. Tapi sebab banyak sangat pilihan, En Ekwan jadik cerewet. Laki aku..laki aku..

Tapi saya tetap terima kamu tanpa kompromi. Kan kamu lelaki kesayangan pujaan hati saya sampai mati *saya sayang sgt kat kamu, kamu tahu kan*

Paling best, baju lelaki jenis Shantong silk tu ada. En Ekwan, sila angguk saja. Saya nak kamu pakai jugak. Tak kira.. Kamu pun setuju kan..kamu yang geledah baju2 tu, kamu yang jumpa dan tunjuk kat saya 'yang, ni lawa tak yang??' Harus lah tunang kamu ni terbeliak bijik mata.

saya mahu kan yang ini.

en ekwan mahu yang ini

Keputusannya, tunggu je lah 21.6.09 nanti. Pe yang tersarung kat badan ni. Tapi bila ditanya 'tema kaler pe ni??' menjawab dengan penuh yakin 'maroon'

Dan promosi tidak akan lengkap tanpa harga kan. Pakej bertandang yang ditwarkan adalah bernilai 0.8k. Dalam lingkungan peruntukan yang dibenarkan. Tapi bila balik mak tanya 'bape mak andam' kami macam takut nak bagitau. Hahahahah...sedangkan bila kata 0.8k, mak kata 'selalu mak tanya smua seribu lebih, awak amik kedai mana??'

Dan suami akak Eton adalah sangat peramah. Tak pasal2 kitaorg dapat tips rumahtangga free. Tersipu-sipu masing2 mendengar. Bagus sungguh PR skill pakcik ni tau.

Ok..pakej bridal lain yang saya terima. Saya upload kemudian la ye. Hmm, cmne nak upload pdf erk, nak buat dia link je ke..sape tahu?? sila bagi tunjuk ajar..

Dan di akhir ni, saya mahu tanya.. orang laki nak kena pakai inai ke jari derang?? Nak pakai sepuluh jari gak ke?? ke camne.. sila bagitau ye. Sekian terima kasih dari saya.

14 May 2009

aku carik kasut lagi lama dari pilih cincin kawin

Telah berjaya ke Pavillion dengan menggunakan perkhidmatan awam. Huhu, saya mcm takut naik monorail tu. Muka keras je, pegang besi kat tepi tempat duduk tu. Gegar2 je rasa benda tu. Sangat tak sabar nak turun.
Dah lah jalan sorang-sorang dengan tak pastinya kat mana letaknya Pavillion tu. Ye, mmg saya tak tahu dia kata mana. Selalu dtg Bukit Bintang ni mesti berteman. Aku ngekor je. Tapi hari ni gigih gi sendiri. Sampai En Ekwan kata 'uncit aku, kalau bab shopping besungguh betul' Alah, dah takde masa. Tak carik hari ni, entah bila nak beli. Nak suruh pakai kasut gi keje ke sanding nanti?? Harus 4 keturunan gelak kan aku nanti.

Turun je monorail, terus call En Ekwan kesayangan yang juga merangkap GPS bergerak ku. 'yang, Pavillion arah mana??' bagi je kedudukan terkini anda, dan dia akan bagi direction untuk kaki ni melangkah. Siap dengan pesanan penaja 'jangan gedik2' Buat yang tak tahu *mmg lah takde sape yg tahu* itu pesanan favorite dia setiap kali tunang dia ni keluar tanpa dia di sisi, pesanan wajib tiap kali 'cik yu' balik kampung. Pe dia ingat suka sgt ke 'cik yu' mengedik. Bukan best pun...

Masuk2 pavillion, terus carik Parkson. Tapi sempat gak lah buat muka paling yakin, masuk butik2 kat kiri kanan tu dalam perjalanan ke Parkson. Biar budak2 salesgirl tu tak pandang aku atas bawah mcm aku tak mampu je nak beli barang2 kat dlm kedai tu. Walau hakikatnya, memang tak mampu pun. Boleh je kalau nak beli sebenarnya, pastu aku takde duit nak makan. Maka, haruslah aku dulu kan makan. Namun, walau puas buat muka 'orang berduit', tetap budak2 tu pandang aku semacam.

Sudah lah korang...nyampah tul aku ngan perangai korang ni...

Masuk parkson pun aku mcm 'eh,nape susunatur parkson ni tak sama mcm kat The Mall ni?? mana kasut dia ni??' Merayau2 jap dalam tu, tak gak jumpe barang yang dicarik. Terus keluar bawak diri. Bukan setakat keluar dr Parkson, terus keluar dari pavillion.. terus rasa kesedaran dalam diri muncul. Aku belum mampu untuk berbelanja di sini. Tunggu 5 tahun lagi, mampu lah kot. Huhu, dengan gaji seorang engineer pun masih belum mampu nak shopping kat Pavillion. Kesimpulan, tak lah banyak mana gaji engineer. Jangan nak paw aku sesuka hati.

Dan dengan redha membawa diri ke Lot10. Iye, kat sini baru lah rasa best nak belek2 kasut,baju smua. Kasut2 kat Isetan lagi best lah dr kat Parkson Pavillion tu. Tengah syiok2 try kasut, En GPS call 'kamu di mana uncit??' Ko tengok, mesra tak mesra dia panggil tunang dia ni. Rasanya, sampai beranak pinak dia panggil aku uncit ni kang. Dan, dengan kuasa veto milik seorang bakal suami 'jom gi makan, jap lagi la beli kasut awak tu' Dan dia suruh jalan semula ke Pavillion. Lunch kat sana je dia kata. Layankan je lah. Mmg perut dah lapar ni.

Food court Pavillion mcm best lah. Dah lah makan tengahari bersama lelaki pujaan hati sampai mati kan. Harus lah lagi rasa best+seronok yang melampau. Dia belanja pulak tu. Hati perempuan mana lah yang tak berbunga riang.

Selesai sesi mengisi perut 'awak nak orang drop awak kat mana ni?? Lot 10??' Dan saya jawab 'tak nak lah. nak gi sg wang lah' Iye, ari ni saya kuar masuk shopping complex je. Dan misi mencari kasut harus dijayakan. Jangan sia-siakan cuti anda *cuti lah sgt* Dan habis Sungei Wang aku tawaf. Dah lah punyalah banyak kedai kan. Sepanjang petang kat sana. Tapi sebab nak balik ngan En GPS, kena tggu smpai 4.30, rasa mcm takpe lah kuar masuk semua kedai.

Dan setelah rasa penat yang amat dan rasa dah tak larat nak mencari. Kasut pilihan hati telah ditemui. Susah sungguh mencari kasut ni lah. Yang berkenan smua heel berinci2. Aku mana bleh pakai heel tinggi2, En GPS tu ketinggian dia lebih baper cm je dr uncit dia ni.

Hasil kegigihan mencari sepanjang hari. Dia ni jadik pilihan. Dan hati rasa girang, sebab akhirnya dapat kaler gak kasut kaler grey. Konon match habis lah dgn baju nikah bermanik silver tu. Moga2 padan juga dengan lace beralas songket tu nanti. Arrggg, padan tak padan, aku sarung je..
Pesanan kepada sang kasut kelabu:
Selamat berbakti ye pada 31.5.09 nanti. Sila lah jalankan tugas dgn cemerlang pada hari pernikahan dan persandingan ku nanti.

Dan En GPS yang baik hati telah mengutip 'uncit' dia ni. Siap pesan 'tapau org kek satu eh' Pantang tahu kita lepak minum kat Secret Recipe tggu dia. Terus bagi tempahan khas. Tapi, demi kekasih hati sampai ujung nyawa, kita penuhi je lah ke'mengidaman dia tu.

Dan sampai umah, saya terus excited try kasut baru. Saya suka!!!

*beli cincin kawin pun tak susah mcm ni. tak sampai sejam pun. beli kasut sampai seharian
*hahaha, en ekwan dpt nama baru, En GPS, juga en IT saya.. pape, saya tetap sayang kamu. sayang banyak..

11 May 2009

badan penat, duit habis pun masih kata kawin tu seronok *berani la ko kata tidak*

Hari ni badan rasa sangat penat. Ras letih sungguh. Kehidupan di hari minggu sangat lah padat. Seharian ke hulu-hilir kami berdua, tu pun ada lagi tak selesai. Dah tak larat.. rasa tak sabar nak balik umah dan tido sepuas hati *tp aku sgt geram sbb mata tak nak katup..benci*

Kehidupan bermula seawal 10 am *haahahah, ini adalah awal ok untuk kehidupan di hari Ahad* Ada date sama tuan rumah di Tesco Taman Midah jam 11 pagi. Dah lah bangun lambat,nak kejut en ekwan tu bangun lagi. Kejut dia je dah setengah jam, baru nak berjawab telefon tu. Dah kawin nanti, tahu lah camne nak kejutkan dia ni. Siap sedia lah kamu ye...
Maka bergegas lah kami berdua ke sana *takmo la lambat, bad impression katanya* Sampai2 withdraw duit dulu, 1st advance payment.

Bincang-bincang, request itu, request ini. Sign itu, sign ini.. Dalam kul 12 gak baru abis. Rumah anak landlord sebelah rumah je. Senang aku nak komplen pape nanti. So, it's decided. Situ lah nanti kediaman kami bermula Jun 2009. Mintak nak masuk ujung bulan, nak cuci2 rumah, masuk barang..tapi tuan rumah kata, dia ada lagi nak renovate. Nak pasang tile skit lg, nak pasang lampu kipas segala. Maka, lepas majlis kat JB la baru bleh amik kunci. Merasa lah tumpang umah En Izan jap nanti..

Breakfast *breakfast ke?? brunch kot* kat Big Apple dan straight ke Jalan TAR. Misi mencari persalinan lengkap En Ekwan untuk majlis akad nikah pun bermula. Gi Wisma Yakin terus. Situ kan banyak baju melayu. Dan setelah puas memilih, dapat sepasang baju melayu ngan samping sekali RM240 *kira murah la kalau banding ngan kedai Den Wahab tu kan* Waktu belek2 songkok kat situ, Nabil sampai ngan Irma. Derang carik baju melayu. Nak je tegur tanya 'korang nak nikah dah ke?? bile??' Tapi tak tertanya pun...*simpan dlm hati je*

Lepas tu misi carik tudung ngan telekung pulak. Selesai, masuk Semua House. Ingat nak makan pastu carik Al-Quran. Sekali terbeli benda lain *sekali lagi kejadian 'ter' ini berlaku. mintak ampun* Huhuuh, dan secara rasminya peruntukan untuk HP baru telah habis digunapakai. Dan bendahari negara iatu En Ekwan telah berkata 'pilih satu je, tak boleh dua-dua' Baik lah.. kalau nak HP baru saya beli sendiri je nanti *en bendahari tolong tambah skit eh..*

Semua barang dalam senarai untuk dibeli di Jalan TAR sudah berjaya diperolehi. Maka, seharusnya ke Sogo pulak, tapi kedai cermin mata telah menelefon suruh datang kutip barang yang ditempah. Maka cancel Sogo kita ke Cheras Leisuremall. Camne tak penat,asyik berulang alik je kejenya..*ni pun dah siap gilir2 drive, kalau tak mahu laki aku ponteng keje arini*

Hhahahaha, sangat lama tidak tengok dia ber'kaca mata begini.

*nk guna cermin mata dia tu as one of hantaran...tapi dia kata nak pakai je dulu. lantak la uncit

09 May 2009

nak bina keluarga, kena lah ada kediaman kan

Lawatan tapak dilakukan kali ke-2. Kali ini bersama agent yang sgt ramah, dan sgt fasih berbahasa melayu. Paling tak boleh tahan 'u anak sorang je kan' Dah berkali-kali aku kata 'we're not married yet lah Lim, our wedding is on this 31' Tapi tak jugak ingat2 dia ni tau.

Janji 1.30, tapi dia tak setel lagi ngan buyer lain. Maka pusing-pusing la kami sekitar Bukit Jalil tu. Puas carik, mana lah teres setingkat kat Bukit Jalil ni. Bila Lim tunjuk, kat PUJ9 rupanya, kat deret belakang double storey.

our potential home sweet home, membina kehidupan baru berdua. Luckily, grill is already provided by owner. kalau tak mmg reject lah. Kawasan baru kan, sunyi lagi. Tak ramai orang..*ada sikit seram lah*

'nak merempit kena lah bawak cik yu sama mcm ni' Takde makna dah nak merempit En Ekwan wehhh, cukup2 lah gaya hidup bujang awak tu. Sila utamakan Cik Yu awak yang akan tiba-tiba jadik penakut duduk rumah sorang-sorang ni. (Note: Merempit adalah gi test power EG, yg tak baper power tu bersama rakan-rakan)

En Ekwan kata 'petang2 kita main badminton kat depan ni eh yang' Hahahahah, weekend je lah, hari keje takde masanya nak ber'badminton sayang weehhh..

Dan esok ada perjumpaan bersama tuan rumah. Mahu tengok dulu camne rupanya org yg nak sewa rumah dia ni. Dah lah asyik tanya 'u keje apa?? keje mana??' Takut kita tak bleh nak bayar sewa kot, mungkin dah pernah terkena kot.. Takpe lah, kita layan kan je.

Dari sana terus ke Nilai, memborong carpet. Memang rambang bijik mata ni. Tapi sempat ah masuk 4,5 kedai, buat perbandingan harga. Bila dah jumpe kedai yang sesuai, hak memilih material diserahkan kepada Dayu. Tapi corak, kaler En Ekwan punya kata putus. Carpet mmg murah lah kat sana, kalau kat Sogo/Jusco confirm dah beribu harga carpet yang kitaorg pilih tu *sgt panas lah Nilai 3 tu* From there, gi Cheras Leisuremall pulak. Buat cermin mata En Ekwan *dia sgt best, cermin mata pun company sponsor, boleh claim bagai..sgt jeles lah*

Dan saya sudah sgt penat. Sudah tiada tenaga lagi mahu ke Semua House carik baju melayu dan samping untuk Ekwan. Esok je lah kita sambung ye...

*fews had received my simple but nice invitation card. luckily, most like it. Rasa sgt berbesar hati, dan puas sgt. hasil keje ku dihargai
*sudah jumpe kasut nikah dan juga nak pakai time sanding... kena tekadkan hati, beli je lah

07 May 2009

bukan saja tangguh lah

Kalau aku kata baju untuk majlis bertandang pada 21.6.2009 nanti masih belum ada korang sila lah percaya, sebab ini memang betul-betul. Bukan tipu punya...

Dan baru pagi tadi kelam-kelibut carik caterer. Ye, hasil perbincangan bersama En Ekwan malam semalam, dia decide nak pakai catering je. Dan hasil bantuan Cik Nano, caterer telah berjaya ditemui, dengan budget yang telah diperuntukkan. Insya Allah, 16/5 ni kena turun Kuantan. Nak food testing, Ekwan yang mahu sangat cuba dulu.
Harga dia kira sgt reasonable lah, dah lah takde mileage charge. Kalau bridal buat gini gak kan bagus..
-dan ini buat aku rasa betapa blog ni betul-betul membantu dalam menguruskan hal kawin ni. banyak lagi sebenarnya..lain kali lah kita hurai secara detail kan...

Dan hari ini juga adalah hari meng'google dan meng'email meminta quotation dari bridal-bridal di Kuantan untuk majlis bertandang *some had replied* Namun lawatan harus juga dilakukan, mana boleh main caya je ngan baju2 yang dia tayang dalam website tu...

Any recommendation?? Really appreciate it guys...

*nasib baik 21.6 tu bukan cuti sekolah. kalau tak merasa lah aku sanding pakai baju nikah tu je

05 May 2009

semua hanya lah impian *bermimpi itu indah*

Kata pembuka: -yang selalunya akan tiada kesinambungan dgn perenggan seterusnya-

Sape yang tak suka berangan, impikan macam-macam. Nak itu, nak ini... otak ligat je berfikir macam-macam. Segala rasa diturutkan. Kata berangan kan, pe susah. Bukan pakai modal pape pun, cuma perlu kreatif je.

huhu..gambar konvo macam satu item yang sangat wajib ada dalam bilik seorang bekas mahasiswa/siswi kan. harus lah kan, kena tayang pada seluruh dunia, hasil berpenat payah bertahun-tahun, ingat senang ke nak dpt sekeping kertas yang bergelar ijazah tu.. payah ohhh, tanggung hutang ngan PTPTN sampai puluh-puluh ribu... *masih berani kata senang??*

Ini lah dia, bilik bujang ku yang kini berwarna pink. Mak ayah mcm sgt paham anak dia yang mahukan tema pink putih untuk malam pernikahan. Namun hakikatnya, bukan tone ini yang saya mahukan. Tapi bila balik dah siap sapu semua. Terima dengan redha. Dah cukup baik adik-adik aku rajin nak cat bilik akak dia. Dan rumah kini dah macam ada pesta kaler. Hall depan sama kaler. Ruang tengah dah tak tahu nak kata kaler pe. Tu belum tengok dinding luar rumah lak. Adik-adik tunjuk kreativiti. Derang sapu kaler kuning ngan hijau lumut *bayangkan je lah sendiri* tapi nasib baik nampak elok, kalau tak mahu akak dia ni kerah suruh cat semula. Dapur kaler kuning, budak2 ni campur lak ngan cat kaler oren, baki yang dulu. Jadik kaler?? Tak tahu...

*langsir kaler maroon juga sudah siap

Bukan nak citer pasal cat dan pesta kaler itu sebenarnya, tapi al-kisah bilik kecik saya yang bakal jadik bilik pengantin nanti. Bilik saya kecik je, sebab guna sorang. Tak boleh besar-besar,nanti adik-adik jeles. Tapi masuk bilik derang lagi jeles. Ada tv, ada dvd, ada PSP. Bilik akak dia, apa pun tarak...siap budak2 ni buat tempat salin baju lagi sebelum ni. Mentang-mentang tuan bilik takde kat rumah, sesuka hati korang je convert bilik aku jadik bilik persalinan korang eh...

Sebelum itu, abaikan keselerakan katil itu... *tuan dia malas nak lipat comforter elok2*
Iye..iye itu katil yang akan jadik katil pengantin...

Dan skrg, sejak beberapa hari lepas, asyik berangan je sampai ngigau-ngigau nak kan dressing table. Sbb dressing table lama *yg pakai dr zaman sekolah* telah dilupuskan dgn jayanya oleh tuan dia masa kemas bilik time tunang dulu. Dan seperti biasa, dah namanya berangan kan, kasik kaw-kaw lah. Haruslah diimpikan yang best-best je. Biasalah, perangai selera tinggi, tapi peruntukan paras hidung.

Kalau dapat satu yang mcm ni, memang tido pun tersengih lah Dayu. Silap2 tido depan dressing table. Tapi rasa sedar diri segera muncul. Nasib baik dia datang cepat, kalau tak memang naya lah.
Dan sebab rasa memang tak kan dapat *takde ke orang nak taja. Taja lah, nanti saya tolong promote kedai awak kat blog... percuma je. -berangan lah ko dayu-* Tapi rasa ingin macam meluap-luap, dapat yang ala-ala pun jadik lah kan.

Kita carik TV Cabinet yang rendah, lebih kurang macam kat atas ni. Kat cavenci ada je yang murah rasa. Pastu carik full length mirror *kat ikea bape rm erk??? lekat kat dinding atas cabinet tu.
Dan terima kasih kepad en photoshop yang telah memberi gambaran awal bagaimana rupanya dressing table ku nanti. Tambah sikit vase ke, frame ke tepi-tepi tu. Jadik lah kan...


Tak pun, buat je gini. Lagi senang. Tak yah nak susah2 lekat cermin kat dinding.

-kan dah kata, berangan tu seronok. bila nak direalisasikan entah....-

03 May 2009

lagi sebulan nak kawin dah saya

Banyak benda kena buat.. banyak duit mengalir keluar. Dan dimaklumkan, duit saya sudah abis. Advance bleh?? *ko buat lawak lah dayu...*

Ohhh..kini sedang kelam-kelibut mencari tempat penginapan untuk rombongan dari Pahang nanti. All apartment yg ditemui sudah penuh ditempah. Nak tak nak kena carik suite hotel gak. Tak banyak pilihan, hotel kat JB ni tak banyak yg ada suite...
*en ekwan sudah disuruh approved pemilihan dgn segera, mau pegi booked saya ini*

Mak ayah sedang asyik membuat edaran kad. Hah, yang ni pun ada entry nak buat. Tapi nanti lah, sbb sekarang ni, paler asyik pikir '2 bedroom suite, executive standard suite...' tu je yang berlegar2 kat kepala ni skrg...

*got my D-ring....suka..suka hati saya
*huhu.. jakel semalam mcm pe je.. org punya lah ramai. Ohhh, butik Ariani dah ada kat jb. Sempat lak mak meng'paw tudung sehelai. Mak aku, baju nak gi pahang pun dia dh ready dah

01 May 2009

macam-macam rasa timbul

Hati kita ni, macam2 perangai kan. Ada yang tak ngada2, tak sensitif. Pe jadik pun, rileks je lagi.. Takde pun nak rasa pape. Hakikatnya hati seorang bakal seorang pengantin adalah sangat sensitif, benda2 kecik pun boleh buat dia menangis *dia?? sape...sape??*

Semalam sambil bungkus kerepek, ayah cakap pasal urusan nikah nanti...

Ohhh..kata-kata ayah tu buat terus rasa terbehenti isi kerepek. Rasa nak lari masuk bilik. Tapi still cover, tak mahu obvious sgt. Maintain je duduk depan mak isi kerepek. Dalam hati ada sikit sebak. Dapat rasa, harus confirm lepas nikah nanti kena mekap lain, takde touch-up2... confirm hancur musnah mekap tu nanti...
Ohhhh... sedia kah nak diserahkan kepada bakal suami nanti??? tanggungjawab beralih arah.. nanti bukan lagi satu-satunya anak pompuan ayah yg selalu buat adik-adik jeles.

*lari..lari masuk bilik*

*
dayu di JB kini, membungkus kerepek bersama ibu... jap lagi nak gi Jakel, nak carik kain baju ayah dan adik-adik... huhu, sempat tak siap baju derang ni.. tak bleh harap tul adik sorang ni. kata nak uruskan..akhirnya..aku gak.. sekeh kang...

*kul 2 ada date ngan bridal... mari men'fitting

27 April 2009

Hari Kalori sedunia, dan juga Membeli-belah macam barang tu percuma je

tak gemuk kah dayu?? gemuk lah itu... -nasib baik saya tinggi, selamat lah skit-
lengan dan peha tu mmG nak carik gaduh la. penat berusaha nak kecilkan diameter dia, tetap gitu gak... *geram..geram*

Sabtu lepas menghabiskan masa di rumah Min. Beliau balik bercuti, meninggalkan suami di UK untuk menunggu waktu melahirkan. Kembali smula ke tempat dulu kami sama-sama bergelintangan, terbaring, terbongkang study sampai tengah malam. Ohhh.. ada skit syahdu lah...

Dan aktiviti makan adalah sgt melampau..

Dgn nasik lemak, sphageti, muffin, cupcake.. Bape byk kalori pun tak tahu lah..
*pastu sibuk kata dayu gemuk...yg gi kasik aku makan byk2 buat pe???*

Nasib baik ada aktivit ke Stadium Melawati. Ohhh, ada Metrojaya Warehouse Sale. Iye, kami serbu beramai-ramai. Tapi sampai sana, self service. Masing-masing bawak diri sendiri. Dayu dan Ekwan telah berjaya menghabiskan duit dgn gemilang. Amik barang mcm free je. Berkenan je, amik sumbat dalam plastik beg yg besar bagak tu*yg mcm Ikea nyer tu* Bila Ekwan sound 'berat dah lah yang, londeh bahu org bawak beg ni'

Ohhh..baru perasan. Beg itu sudah penuh rupanya. Tapi yg buat berat adalah, gelas-gelas dan jug2 yang ibu ku asyik ingatkan suruh beli. Nasib baik tak beli set pinggan *takde yg lawa* Tapi Dayu terus berlari-lari gi entrance amik satu lagi beg. Hahahahahah. Ingatkan nak stop. Boleh dia gi amik satu lagi. Pastu Ekwan kata 'dah lah ni.. penat dah'

Dan sebagai bakal isteri yang tak nak derhaka, dengar kata. Dah jgn beli lagi. Dan tanpa disuruh En Ekwan kata 'esok-esok lah sambung pulak' Huhu, tak sempat esok. Balik je dari Shah Alam terus gi SSF, nak memborong mini jar lagi. Merasa lah mengangkut kaca-kaca tu ke kereta.

Sampai umah En Ekwan kata 'ni lah sebab org tak nak dok apartment. awak klau shopping tak reti skit, ni nak angkut naik ni, bape trip ni?'

Huhu..2 trip je... hahaahahahah...
*tp mmg seksa ok, nak bwk brg2 naik umah*

-ohhh, rumah sewa ku itu penuh dgn brg dayu saja. mintak ampun housemate sekalian-

26 April 2009

nekad yang tak berapa nekad la,biasalah dayu

Melihat gabar-gambar kawin kawan-kawan di Facebook, membuatkan dayu tiba-tiba 'kena kurus!!! kena kurus!!!'

Nak gambar kawin yg cantik 'dayu kena kurus!!!!'

Mekap meletop bagai ke, baju grand tahap maksima pun kalau ko tak kurus dayu, mcm tak sempurna je gambar kawin ko tu nanti*so baju dayu yg simple, dan mekap yg tak seberapa tu, mesti akan menambah kan lagi ketidak sempurnaan gambar kawin sebab dayu gemuk.

Sian en photog, kalau capture org lain mesti gambar jadik lawa. Tapi sebab dayu gemuk, gambar jadik tak best. Maka, tak nak makan nasik lagi!!!

*minggu depan boleh start puasa*

Nak kurus!!! Nak kurus!!!
*mau kurus tapi en ekwan bawak gi KFC,join dia makan sama, camne tu??*

24 April 2009

currently what i'm doing

Dayu telah mengatal, saja nak susahkan diri sendiri. Di mana, dia dengan rajinnya telah menambah senarai keje. Pastu sendiri rasa 'matilah aku'

Semalam dah ke SSF, dan telah membeli mini jar yang berharga RM 2.20/pcs itu. Buat masa kini, mini jar itu cadangnya mahu dijadikkan cenderahati kepada rombongan dari Maran nanti, juga kepada ibu dan bapa saudara ku. Tiba-tiba rasa Tetris Glass itu macam tak sesuai untuk mereka. So it will goes to close friend*tak semestinya kita kena lama berkawan baru bleh dikategorikan 'close fren' kan. Biar pun baru kenal, walau tak pernah bertemu, tapi tetap rasa dekat di hati tau*

Maka, kena sediakan something else untuk mereka. That mini jar adalah pilihan terbaik. Dan haruslah kena men'deco jar itu. Dah lah dia plain gitu je. Kalau ada berukir ke. Mmg dayu tutup mata je tak yah nak deco pape.

Mula-mula nak buat bunga kristal *biasa lah dayu, selalu terlebih yakin dia bleh buat smua benda* pastu sedar diri, kang tak jadik nangis lak, dah lah bahan mahal kan. Dan, konon-kononnya sgt efisen dan mahu berjimat, buat bunga dip je lah. Kita buat bunga putih je lah. Guna Q-dip sedia ada *ye, ada unsur2 kedekut kat situ*

bakal bersengkang mata lah aku jawabnya. kena cari deco yg simple skit. senang nak buat.
*ada aku amik cuti ngadap benda ni je kan*

Maka, weekend ni, balik je dari gathering kat Shah Alam, keje2 yang menanti adalah:
1. Potong kad kawin lag 200pcs *mati..mati..mati*
2. Pintal dawai buat rangka dip
3. Ikat-ikat riben
4. Tampal manik
5. Sachet deco Tetris Glass

Oohhh ye, kena juga men'shopping barang hantaran En Ekwan. Kasut dia tak beli lagi. Wallet juga. Kemeja juga *huhuhuhu* Banyak gler tak beli lg. Bukan tak nak beli awal-awal. Dia yang asyik kata 'nanti lah, bulan depan' Bagus sungguh dia ni. Klau Dayu, dah meroyan sibuk suruh gi beli barang untuk dia awal-awal. Tunang aku ni, org nak belikan boleh suruh tangguh2 lak.

Tak lupa juga, harus membeli carpet.

Habis tu bila masa nak ngadap keje2 kat atas tu?? Bagi sehari 48jam boleh???
*redha je lah kalau sehari tido 4 jam je*

Dan penutup cerita:
Belum bulan 5 lagi dah selak kalendar ke May 2009. Motif??? *pe korang ingat dayu gedik sgt ke menghitung hari nak dinikahkan??* Bukan itu sebabnya...

cuma mahu menatap wajah kesayangan hamba itu dgn lebih kerap

22 April 2009

dah derang lebih lama makan garam, kita ni angguk je lah

Memang mati lah aku sebulan ni.

Siap sedia je lah tahan sakit perut kena bahan ngan pakcik2 ni. Tak jadik keje jawabnya. Derang masuk bilik je, ada je bahan nak buat aku ketawa bahak-bahak tak ingat dunia. Datang sorang lagi... makin riuh lah jadiknya. Nasib baik bilik ni luas, dtg sorang lagi makin meriah lah aku kena. Makin sakit lah perut ni tahan gelak...

Ye, sendiri kena bahan, sendiri gelak.. *mcm tak betul je bunyinye kan*

Gile lah kalau tak gelak. Mahu makin menjadi pakcik2 ni kan.. tapi takpe. Layankan je, sambil2 amik mana2 yang boleh dijadikan ilmu+panduan.

*dan sila lah berfikir terbuka sedikit, kalau tak mmg tak tahan lah. tapi dah di keliling pakcik2 ni, siap sedia je lah. dah hampir 4 bulan bercampur, dah boleh terima dah.
*boleh derang kata 'ni baru mukadimah dayu, lepas ko kawin nanti kitaorg bg full version' -mati lah aku-

biarlah lebih berangan-angan kan, kalau ada org sudi nak tunaikan, girangnya rasa hati

Pe punya tajuk lah si Dayu ni letak. Agak-agak pe yang dia nak tulis pagi ni erk?? Mcm dah takde keje je, sedangkan bos dok tanya je 'hidayu, quotation bile bleh kuar??' dan dayu akan jawab 'ptg ni saya edar' Jawab dgn yakin lak tu. Mmg lah yakin, tgh tggu boss sign je surat tu. Supplier smua dah ready. Malas sebenarnya buat keje2 quotation/tender ni, nak layan call2 supplier. Layan ayat-ayat membodek derang.. *tak bape suka..tak bape suka, tp ada skit suka lah..skit je*

Oppsss sorry, terciter pasal keje lak. Layankan je lah ye..

Ok..ok..Fews day before adik sepupu ku yang comel itu, telah meng'mms kan beberapa keping gambar kepada akak sepupunya ini melalui hp En Ekwan. Hp dayu sengal. Ikut suka hati dia je. Time dia rasa nak terima MMS dia terima, time tak nak...dgn sombong nya dia rejected. Maka, kena lah dapatkan khidmat bantuan hp canggih En Ekwan.
(motif: en ekwan, tak nak bagi saya hp ke as one of the hantaran???)

Here presenting my Big Day Official Baker: Ayu & Laily from CharmBakers

Bakal-bakal doktor yang berbakat buat Kek+Biskut Raya+Muffin. Hebat siot korang, akak bangga korang boleh membuat kek, akak makan reti lah. Dah lah comel-comel belaka.

Dan sesungguhnya, kakak sepupu mereka ini mengidamkan sesuatu yang begini di hari perkahwinannya nanti.


Ye!! Dayu nak cupcakes tier *bestnya!!! bestnya!!*. 3 tiers jadik lah. Kang ber'tier-tier, sape nak perabih cupcakes tu. And the top, kita letak 1.5kg buttercream cake sudah. Fondant mmg lawa, tp sgt manis lah *dan juga sedikit mahal*

Dan mereka berdua, telah came out with few idea yang menarik. Dan dayu pulak telah berkata 'Ly buat je lah camne, akak caya je lah kat ly ngan ayu. Mesti korang buat lawa-lawa kan untuk akak' Dan dgn baik hatinya mereka berkata 'untuk cupcake hantaran akak, kitaorg bagi special, free' Ohhhh..terima kasih. Akak sgt berbesar hati. Tq..tq...

*en photog juga sedang sibuk mencari masa untuk outdoor photoshoot kami. macam2 konsep dia bagi suruh kitaorg pilih. pening den...mu pilih kan je lah amrul,kitaorg turut kata je...

21 April 2009

nasib baik la buat sendiri, kalau tak .. jawab lah

-Hari ni adik sepatutnya kena jahit semula bekas operation dia, tp telefon abg dia yang bertanggungjawab menghantar dia ke klinik tak jawab2 lah pulak-

Ye, beberapa hari lepas mak sms 'long, kad tak cukup'

Hah.. tak cukup mak aku kata. Dah bagi 300 dah. Masih tidak cukup. Pastu terus call tanya, nape tak cukup?? untuk sape je lagi mak nak bagi??
Pastu mak kata 'dalam 250 je lagi cukup lah' Pastu mak kata 'ayah lah, kata nak sikit je, sekali dia yg dah guna byk'

250 je mak aku kata.. Haiiyyooo, bape ramai lah mak ayah nak jemput agaknya ni. Takpe, along paham perasaan mak ngan ayah, 1st time buat majlis kan. Along layankan je lah. Bape lagi nak?? 250.. baik, nanti saya print lagi *memotong kad lagi la aku jawabnya*

En Ekwan kata 'mak bagi kad kawin mcm edar flyer ke yang??'
-bagitau mak..bagitau mak-

*nak gi SSF lah. tiap hari tgk dia dari opis rasa geram lak. nak ushar mini jar yan rm2 tu lah. betul ke 2 ringgit je harga dia?? kalau betul nak gi beli lah..*

20 April 2009

Tukang Kapit atau lebih dikenali sebagai Pengapit/Bridesmaid

Ini adalah salah satu item yang harus diberi sedikit lebih perhatian. Item penting ni. Kalau takde 'Tukang Kapit' ni, boleh haru juga majlis nikah+sanding kita tu nanti. Secara tak langsung, boleh menimbulkan kecacatan kat majlis 'hari besar' yang penat dirancang berbulan-bulan tu, sampai stress2, sakit2 otak, siap bertengkar2 lagi ngan tunang tercinta huhu...*bukan saya..bukan saya*

Nanti sape nak tolong kesat2 air mata, nak betul2 kan veil yang tiba2 terlondeh kan..

'Item ko describe tukang kapit dayu, siap lah ko, aku kapit cukup2 nanti' - kata 'tukang kapit' saya bila dia baca entry ni
-baiklah... pengapit-

Kriteria memilih pengapit beza-beza setiap orang kan. Masing-masing ada sebab tersendiri, nape orang tertentu yang dipilih jadik pengapit.

Ada yang pilih adik sendiri. Senang. Mesti dia akan sentiasa ada di sisi. Tak kan nak menghilang lak time akak/abang dia tengah gugup+nerveous atau tengok bakal suami yang bakal tiba2 gagap bila ngadap tok kadi kan. Maka, kebarangkalian untuk pengapit tarik diri di hujung waktu adalah amat nipis. Tak sakit2 kepala nak carik pengganti.

Kalau pilih rakan-rakan dari golongan pengantin baru, mungkin kita tak payah susah2 nak kena sponsor baju. Pengantin baru mesti lah banyak baju sedondon kan. Kata dah jadik suami isteri, mesti baju nak kena sama kaler. Baru lah kononnya sehati dan sejiwa *harus kah??* Tak pun, suruh je derang recycle balik baju nikah derang dan siap sedia la pengapit lagi meletop dari pengantin *sadis*

Tapi hakikatnya, pakaian tukang kapit juga adalah mustahak. Baju derang kenalah padan ngan pengantin kan..takmo lah nanti sebab baju pengapit yang tak bersesuaian, habis rosak gambar pengantin... betul tak?? Tu sebab pengantin kena taja baju pengapit.. *seronok siot jadik pengapit*

I had choice mine. She is my dearest housemate who had spent almost 2 years with me in the same room. Yang telah melayan pelbagai kerenah dayu yang angin dia berubah ikut suka. Datang mood rajin, tiap2 hari dia kemas bilik, basuh bilik air. Datang mood malas dia, menjerit2 lah teman sebilik ni 'dayu!! lipat baju ko!!' Hahahah, ni yang selalu dia teriak. Tak pun 'dayu!!! bangun la' sambil terus dia tarik langsir luas2...
Amat berciri-ciri seorang ibu yang agak garang *bila angin kus-kus dtg menjelma* Dia juga sangat pandai memasak, sedap lak tu..

-terus mengodeh hardisk carik gambar roomate kesayangan-

Mana lak gambar bakal tukang kapit ni ngan tukang kapit En Ekwan erk?? Tak kan tak transfer lagi...*carik..carik*
Tak jumpe la pulak, lain kali la kasik expose. Cukup lah expose sorang ni je dulu..

Kenapa pilih dia??

Sebab dia kata'ok' masa i tanya. Tanpa banyak dalih dia bersetuju. Itu maknanya dia ikhlas *kan..kan.. sila kata ya wahai tukang kapit* Dan juga sebab dia boleh nak datang JB nanti *jgn ko claim duit minyak ngan tol sudah* Dan juga sebab dia dah banyak pengalaman menjadi pengapit. Mesti dah terror kesat peluh pengantin tanpa mencacatkan mekap kan..

Tapi yang paling penting, sebab dia sangat paham diri ini. Walaupun dulu masa kat UiTM kitaorg macam tak berapa rapat, walau sekelas. Tapi zaman keje ni, kami sangat rapat. Pe je rahsia dia yang aku tak tahu. Kalau nak sabotaj, dah lama dah boleh. Tapi baik punya aku simpan rahsia ko tukang kapit *heheheeheh*
'Rahsia ko pun banyak dalam cengkaman aku dayu' -tukang kapit ku berkata-kata lg
Dan En Ekwan juga rapat+boleh masuk ngan tukang kapit.. advantage di situ..

Maka sekali lagi, dipersembahkan 'Tukang Kapit Rasmi Dayu'

-sila lah siap kan baju anda segera ye. ada budget lebih aku tolong bayar, kalau tak, korang bayar lah sendiri ye..*mintak ampun, kawan ko ni kawin sgt lah budget*-

18 April 2009

Kisah men'DIY kad kawin, agar lebih jimat dan tak rasa sakit paler kuar duit banyak untuk kad kawin

Pengumuman: Ini adalah Entry yang akan menempel di sini buat beberapa ketika.

I have lots to say out, tp kita start with this one. As i had fews request on DIY kad kawin tu kan. Dan mmg berhasrat nak buat entry pasal ni.

Kita mula dgn mempamerkan kad kawin budget kami. Kad ini adalah direkabentuk menggunakan perisian Adobe Photoshop dan juga Adobe Illustrator (untuk peta) oleh rakan saya secara percuma *luckily i have this kind of fren*

Dan memandang ramai yang berminat, dia sudi untuk men'design kan kad untuk sesiapa yang berminat. Tapi yang simple2 as mine lah. Sebab dia takde masa sangat. Tapi dia boleh je buat yang complicated tu, just give him more time lah.

Dan kalau berminat boleh hubungi beliau *hahahaha, beliau tu aku bagi ko gelaran Am*

Email: hamli@jkr.gov.my

Dia caj murah je. RM 50 for 2 design. Mana nak dapat... tapi kena lah korang print sendiri. Kena lah gigih skit ye. Dia design kejap je.
Ok, done for promoting. Sape2 yang pernah tanya pasal DIY kad kawin tu. Boleh la hubungi En Hamli terus ye.



Dan, kad budget kami dah siap. Dan kini saya dalam proses mengumpulkan alamat. Ikut rasa hati, kalau boleh nak menjemput semua. Lagi ramai kan lagi meriah.
Maka, saya amat berbesar hati untuk meminta alamat kamu sekalian. Sangat ikhlas ni. Dan buat yang sudi, tinggalkan la alamat kamu ke peti surat virtual saya ye (link ada di sidebar saya)
Awal Mei, Insya Allah edaran akan dilakukan..

Note 2: Ada yang bertanya berapa kos keseluruhan kad budget kami ni. Kos semua adalah:
- Kertas 230 gm + 250 gm = RM 86
- Sampul kad , kaler cream (1000 keping) = RM 70
- Ribbon (1o rolls) = RM 11

Tu je kos dia untuk 1000 keping. Kitaorg buat 500 keping theme biru(side Dayu), 500 theme merah (side Ekwan). So, kalau di kira-kira, jatuh RM 0.20 lah sekeping. Kitaorg print sendiri. Kalau hantar kedai tak tahu lah bape kena caj.

Kertas dan sampul smua beli kat Brickfield. Sana banyak kedai. Kena pandai carik kedai. Ada yang mahal *dayu terbeli kat kedai yg mahal*

Dan yang penting, kena gigih memotong kad2 tu. 250gm tebal babe, letih tangan..

13 April 2009

hari ni rasa nak senyum je, biarlah aritu rasa sedih yang amat

-dayu saje je nak tulis tajuk panjang2, sbb nak nmpak kan gambar kek coklat yang mengiurkan tu-

1st: Saya bersiaran secara langsung di kediaman mak ayah saya di Johor Bahru
Amik cuti sampai hari Rabu *mentang2 cuti ko byk dayu*

Sebelum balik semalam, sempat memasak untuk tunang kesayangan. Ikan patin masak tempoyak. Sebelum tu dia call 'uncit, org nak beli ikan patin, awak reti masak tak??'
Chaiitt, soalan entah pape je. Memandang rendah kemampuan org je dia tu. Terus yakin menjawab 'alah, dah tgk kak fatin masak airtu, senang je tu'
'okay, orang beli 2 ekor, sok awak masak eh...' Dayu kata 'okay' -dan terus men'google... :)

yayyy!!! my very 1st patin tempoyak. En Ekwan kata 'okay, passed'
*ikut hati nak buat pekat2, letak tempoyak byk2, tp Ekwan kata 'takmo pekat2 tau'
Dan akibatnya, memandu ke JB dalam keadaan kekenyangan.

Semalam 5 jam memandu secara berhemah. Sorang2. Ngantok giler. Stop Ayer Keroh beli Redbull, terus minum setin. Fresh skit *kata kurang gula,manis je lagi*
Dayu sangat baik kali ni. Dia bawak kete lane kiri je. Dengan baik hati jarum meter tu sentiasa di 90km/j, lebih2 pun 110 km/j je. Sangat bersopan santun kan. Dah lah hujan je, wiper tak berhenti *mesti dia penat*

Singgah sebentar di Parit Raja, Batu Pahat. Memborong kerepek.

Dan tak semena-mena kereta ku penuh dgn kerepek. Pakcik Shuhaimi bagi harga special. Sebundle tu 5kg, RM 30. Berminat?? Hubungi saya...

Dan macam dah wajib lak, mesti singgah Ayer Hitam, rasa macam dah kena jampi lah ngan towkey kedai tu. Ada je barang nak beli kalau dah masuk kedai dia tu tau. Selagi tak selesai, selagi tu lah aku kayakan cina tu.

Sampai je rumah terus gi rumah jiran sebelah. Jumpa Pakcik Din, nak mintak dia jadik saksi borang. Nak suruh tandatangan borang, pastu suruh Hisham, jadik saksi kedua. Dan terus dgn gigih mengisi borang.

Ye, borang Johor adalah dalam tulisan jawi ye. Huhu, dah lama tak tulis jawi. Rasa macam buruk je. Ingat nak tulis rumi, tapi rasa macam tak best je. Penat dulu sekolah agama bertahun-tahun. Maka, redha je lah kalau org kutuk tulisan jawi aku.
Dan rasa mcm sengal semacam. Tak reti nak eja nama arwah abah Ekwan. Kena call tanya, nasib baik dia kat umah akak dia.

Dan pagi ni, kul 7 mak dah kejut suruh bangun. Mak tak tahu kot, HIV test tu jap je. Beriya dia suruh gi awal2. Yelah, along gi pagi2.
Pastu mintak IC photostat ayah. Puas ayah bagitau mana pejabat agama, kita ni dengar tak dengar je. Syiookk je lagi dok bawah comforter. Last2 kena tanya Aishah.

dia sealad borang HIV tu *ko ingat aku tak berdebar ke, ko tak bagitau result dia hah??*

Kejap je buat HIV test tu. Tak sampai 10 min pun kat klinik tu. Takde poyo2 nak appoinment bagai. Saya sayang klinik kg melayu majidee!!! *sakit siot dia cucuk tu*

Selesai je terus ke pejabat agama. Berdebar ko. Rasa nak interview nikah ni lagi seram dari interview mintak keje. Dah lah tgk ustaz2 tu mcm bersungguh2 je menyoal. Sambil menunggu tu, macam2 rasa datang tau.
Bila no giliran tiba, lagi lah berdebar. Tengok budak2 sebelum tu kena interview, 10 min gak ustaz tu menyoal. Maka, dengan berusaha mengawal rasa gementar, dayu duduk lah ngadap ustaz tu. Bagi salam *abis innocent lah tu konon*

Sambil ustaz tu check borang tu. Macam2 dia tanya. Isskkk, next entry la share info tu ye. Skrg tgh teruja tengok surat kat bawah ni.


Hoorraayyy!!! Boleh nikah dah!!!

Dan dah call ustaz Zaidi, dia takde kat JB skrg. So Rabu nanti ayah submit borang ni kat dia. Dan dah booked nak nikah pagi 31/5/2009. Ustaz Zaidi kata ' ok, saya free lagi' *dayu dgn tak malu suruh dia tulis dlm organiser dia*

Dan skrg saya nak senyum puas-puas!!!

11 April 2009

nape semua orang macam nak sakitkan hati aku ni???

Rasa nak nanges je semalam. Lagi-lagi masa call Yun. Sebab rasa marah sangat-sangat kat budak kaunter klinik tu. Nasib baik tak mengamuk kat situ. Nasib baik masih boleh kawal lagi diri ni. Kalau tak buat malu diri sendiri je.

Tapi memang marah sangat!!!

Beriya dah buat appoinment, siap pagi tu dah confirm kan. Tapi bila datang, boleh dia kata nama takde dalam appointment list. Tak ke bodoh tu namanya.
Rasa nak je tulis surat kat Kementerian Kesihatan. Tunggu lah, datang mood rajin aku nanti, melompat lah korang semua.

Dan untuk makluman anda sekalian, klinik kesihatan kat Wilayah Persekutuan, perlu ada appointment ye nak buat HIV test. Tak boleh walk-in gitu je. Dan kena klinik yang ngada2, kena a week appointment *sengal*

Kalau gini lah gayanya, tak lama lagi nampak gayanya boleh la buat HIV test kat private. Menyusahkan orang.

Jawabnya buat kat JB je lah. Klinik kat Kg Melayu tu Isnin bleh buat HIV. Yang ni pun satu hal, nape lah nak kena ada hari khas. Test tu kejap je pun. Apa masalahnya kalau buat everyday, org dtg nak buat.. bagi je lah *memang tengah hangin ni*

08 April 2009

smua org mmg ada bakat tersembunyi *skrg baru betul-betul caya*

Semalam kira-kira, rupanya dah siap 28 bijik *sesuka hati je kan bagi penjodoh bilangan dia bijik*

bunga pahar yang akan di bawa bertandang ke Maran 21.6.09 nanti *lepas ni tak bleh expose dah lagi, nanti ilang seri* hahahaha bunga pahar pun nak ada seri ke...

Usaha gigih yang akhirnya membanggakan diri sendiri. Dan ini buktinya, kalau kita usaha lebih skit, mmg hasilnya akan menerujakan. Tak caya.. cuba.
Mak aku tengok ni mesti tak caya satu-satunya anak dara dia ni bleh buat bunga pahar, pe ingat teruk sgt ke saya hah??

Dan aritu tunjuk kat Ekwan, dia kata 'lepas ni uncit bleh jual bunga la'

Chaiiitt, dia ingat ada masa ke hah nak buat niaga benda ni. Kalau full time house wife ye lah. Mmg gigih perkasakan ilmu, baru lah yakin nak niaga.

Dan sebenarnya, benda ni yang buat saya makin teruja. Permohonan kebenaran berkahwin encik Ekwan kini di tangan saya. Boleh proceed mine...
Sijil kursus kawin kita bleh pakai sekali je kan, dia dah cop kat sijil asal kita tu 'digunakan untuk kebenaran berkahwin dengan ....' *dayu baru tahu*

Rasa esok mahu buat HIV test la. Dah buat appoinment pun *kerek siot orang2 kat klinik kerajaan ni, seb baik lah nak ngadap korang esok, kalau tak....tahu la nasib korang*

Dan minggu depan nak balik JB. Nak setel segala benda, nak gi bridal, nak jumpa photog. Semua benda lah. Amik cuti 3 hari dengan harapan smua akan selesai.