24 April 2009

currently what i'm doing

Dayu telah mengatal, saja nak susahkan diri sendiri. Di mana, dia dengan rajinnya telah menambah senarai keje. Pastu sendiri rasa 'matilah aku'

Semalam dah ke SSF, dan telah membeli mini jar yang berharga RM 2.20/pcs itu. Buat masa kini, mini jar itu cadangnya mahu dijadikkan cenderahati kepada rombongan dari Maran nanti, juga kepada ibu dan bapa saudara ku. Tiba-tiba rasa Tetris Glass itu macam tak sesuai untuk mereka. So it will goes to close friend*tak semestinya kita kena lama berkawan baru bleh dikategorikan 'close fren' kan. Biar pun baru kenal, walau tak pernah bertemu, tapi tetap rasa dekat di hati tau*

Maka, kena sediakan something else untuk mereka. That mini jar adalah pilihan terbaik. Dan haruslah kena men'deco jar itu. Dah lah dia plain gitu je. Kalau ada berukir ke. Mmg dayu tutup mata je tak yah nak deco pape.

Mula-mula nak buat bunga kristal *biasa lah dayu, selalu terlebih yakin dia bleh buat smua benda* pastu sedar diri, kang tak jadik nangis lak, dah lah bahan mahal kan. Dan, konon-kononnya sgt efisen dan mahu berjimat, buat bunga dip je lah. Kita buat bunga putih je lah. Guna Q-dip sedia ada *ye, ada unsur2 kedekut kat situ*

bakal bersengkang mata lah aku jawabnya. kena cari deco yg simple skit. senang nak buat.
*ada aku amik cuti ngadap benda ni je kan*

Maka, weekend ni, balik je dari gathering kat Shah Alam, keje2 yang menanti adalah:
1. Potong kad kawin lag 200pcs *mati..mati..mati*
2. Pintal dawai buat rangka dip
3. Ikat-ikat riben
4. Tampal manik
5. Sachet deco Tetris Glass

Oohhh ye, kena juga men'shopping barang hantaran En Ekwan. Kasut dia tak beli lagi. Wallet juga. Kemeja juga *huhuhuhu* Banyak gler tak beli lg. Bukan tak nak beli awal-awal. Dia yang asyik kata 'nanti lah, bulan depan' Bagus sungguh dia ni. Klau Dayu, dah meroyan sibuk suruh gi beli barang untuk dia awal-awal. Tunang aku ni, org nak belikan boleh suruh tangguh2 lak.

Tak lupa juga, harus membeli carpet.

Habis tu bila masa nak ngadap keje2 kat atas tu?? Bagi sehari 48jam boleh???
*redha je lah kalau sehari tido 4 jam je*

Dan penutup cerita:
Belum bulan 5 lagi dah selak kalendar ke May 2009. Motif??? *pe korang ingat dayu gedik sgt ke menghitung hari nak dinikahkan??* Bukan itu sebabnya...

cuma mahu menatap wajah kesayangan hamba itu dgn lebih kerap

19 comments:

  1. la dayu..incik tunang kamu keje kt fujixerox dkt sec 13 pj ek?seblah opis saye je.hahaha

    ReplyDelete
  2. bile la nak stat mengeDIP ni...huhu

    ReplyDelete
  3. lahai dayu..
    jgn stress sgt..
    kira dh suntuk ni..
    dayu kene byk rest tau..
    lps ni dh jgn fikir sgt nk tmbah itu ini..

    nt mata jd bruang panda plak..heh!

    ReplyDelete
  4. lebam la bijik mata nak menyiapkan deco tuh...

    ReplyDelete
  5. dik klu ko dekat dng akak harus akak tolong ko.. serios.. akak suka bab bab camnie ..

    ReplyDelete
  6. dayu tunang dayu keja printing ker?

    ReplyDelete
  7. ala siannya..kalau kita dok dekat serius maria p tolong dayu..tak pun pos je meh sini nak tlg ape yg patut..huhuh..

    ReplyDelete
  8. Jenuhla byk benda nak kena wat sendiri..
    Tp kak dayu rajen,takpe la kan.heehe

    ReplyDelete
  9. buat la gotong royong hujung minggu.. ajak kengkawan blogger.

    ReplyDelete
  10. dayu, daku amat jeles ngan kesebokan kamo itu.

    uhuuh

    :)

    ReplyDelete
  11. hush cik dayu sungguh la rajin..hee.. tp mini jar tu mmg cantik..tambah bunga skit reben skit mmg menarik.. gud luck cik dayu..:)

    ReplyDelete
  12. uiihhhh
    saya ni tidak la sgt rajin
    cuma saja gedik2 nak susahkan diri sendiri..
    tapi tulah, klau nak beli, 1 dalam rm 2.80 gak..
    50 nak bape...
    tak berbalao..
    baik beli je brg2 ni..
    baru dlm rm20, ngan manik2 smua

    *jimat nyer pasal kan..gini lah

    ohhh..sgt terima kasih bg yg sudi nk membantu
    tapi tu lah..kita jauh kan
    takpe..bantu bg sokongan pun dh cukup

    ReplyDelete
  13. dayu, TG tu nk hias cmner..yana xder idea ar..huhuhu..amboi rajin btol die tp berguna la mini jar tu..hehehe

    ReplyDelete
  14. dayu, psl DIY butterfly tu ..

    1. kertas lipat dua
    2. lukis shape buttefly kat satu side
    3. gunting butterfly
    4. tebuk lubang kecil, guna benang/tali tangsi to hang
    5. gantung di tempat bersesuaian hihihi

    p/s :
    - guna kertas tebal sikit
    - if nak meriah sikit, boleh pakai fancy paper from old mag; or
    - pakai kertas putih, then lukis je corak ikut creativity dayu .. tp jgn byk sgt color, less is more :D

    to standardize, buat satu sample buttefly, then adik2 pun leh tolong tau hehe

    selamat mencuba!

    ReplyDelete
  15. wah dayu...still buat persiapan...bila nak siap nii..?

    ReplyDelete
  16. dayu tulun ajar cre wat bga stokin tu...

    ReplyDelete
  17. dah tak lama lagi dah kan dayu
    selamat berjuang !!
    :D

    ReplyDelete
  18. Tetris Glass tu sile simpan utk aku okeh dayu..kalo x dpt aku guling2 nangis..hahha..

    ReplyDelete
  19. hai... teman ku ini sgt2 lah creative!!

    ReplyDelete