30 November 2010

hal tubuh badan

Dulu selalu membaca satu fakta yang isi pentingnya adalah 'Menyusu badan boleh kurus'

Kenapa fakta tu macam tak menjadi realiti je untuk aku. Tak kurus pun. Perut buncit tetap ada. Tapi adakah kerana aku mengisi perut sesuka hati. Selagi tak rasa kenyang secara maksima, aku pergi tambah nasik lagi. Kalau tapau nasik time lunch tanpa segan silu suruh tambah nasik. Orang lain mintak nasik separuh, aku 'tambah skit dik nasik' Tu yang walaupun menyusukan Eisya dengan susu hasil badan sendiri. Badan tetap tak menyusut.

Tapi dia tak mengembang dengan meriah pun aku patut syukur. Sebab kadar pengambilan makanan aku memang sungguh buat Ekwan geleng kepala.

Berat terkini? Tak tahu sebab tak jumpa weight scale, entah manalah dia menyorok. Dan kini yang menjadi penanda aras adalah seluar jeans dan juga baju-baju bersaiz M. Selagi boleh sarung, aku assume aku masih berada dalam keadaan selamat. Masih boleh makan ikut selera tekak.

saya 2 minggu lalu.

Teringin gak nak berdiet, tapi bila mengenangkan budak kat atas tu. Terus macam 'tak payah la' Risau nanti badan meragam terus stop hasilkan bahan pengisian perut anak. Makan secara tidak amik peduli ni pun anak aku dah kena minum susu tepung. Kang kalau konon nak mengisi perut secara berpada-pada, terus terhenti. Menyesal tak sudah aku jadiknya. Takpelah, nanti-nantilah nak berdiet tu. Dulukan keperluan anak.

Ke aku lagi utamakan perut yang selalu masuk je pukul 12 dah mula mintak diisi semula sedangkan pagi tadi dah diisi ngan sebungkus nasik lemak?

Siapa yang tak mahu kurus kan, boleh sarung baju sesuka hati. Nak beli baju baru pun tak payah nak sibuk-sibuk masuk fitting room. Pilih je saiz sama mcm patung pakai, mesti ngam punya. Nak bergaya pun confident je. Impian smua wanita ni beb. Tapi entah bila la aku boleh merasa balik berat yang hanya 54 kg tu. Dalam mimpi je kot. Dahlah bersuami kan lelaki yang sentiasa slim, makan banyak-banyak pun gitu gak badan dia. Lagi la aku geram. Nampak aku ni mcm sgt besar je. Sedangkan dia yang kecik sgt. Dulu masa pregnant lagi lah. Aku ni dah macam gergasi je kalau jalan sebelah dia.


gmbar ni tak berjaya sgt buat dia nampak lebih kecil dari aku.

Kalau ikut hati, malas nak pikir. Biarkan je lah badan ni. Tapi mana boleh kan. Ni suami tak berbunyi, tak komen macam-macam boleh lah buat-buat tak faham. Kang kalau dia dah berbunyi. Huru hara pikir camne nak hilangkan lemak tepu segala ni. Tapi apa je option yang aku ada. Uiihh, buat-buat tanya pulak. Sudah tentu lah kurangkan pengambilan nasik tu, cukup sepinggan. Tak payah nak bertambah-tambah. Kalau rasa lapar, makan la buah. Ni tidak, digorengnya macam-macam. Pe tak kembang badan.

Okay..okay akan berusaha..

ini adalah teknik menyorokkan ketembaman diri. secara langsung menimbulkan ilusi 'sedikit' kurus. semoga tak perlu lagi buat begini di masa hadapan.

*ini adalah entry yang dikarang malam tadi *aku kan ketagihgigih

tandas bergerak bayi saya

Bila orang tanya 'anak kau pakai diapers apa Dayu?'

Kalau nak dijawab, banyak pulak aku nak kena senaraikan. Sebab macam-macam brand aku kasik Eisya pakai. Dari yang murah ke mahal. Tapi Mamy Poko aku tak pernah try lagi lah. Mahal siot, tak mampu. Memang la kalau kira-kira sekeping baru 60-70sen, tapi kalau dah berpuluh-puluh? Lain la boleh beli by pieces, boleh gak kasik kulit bontot anak aku merasa diapers mahal.

Bukan kedekut beb, jimat. Duit lebih beli baju dia gak.

Masa membeli belah sebelum dia lahir. Kononnya nak bagi dia merasa hanya yang terbaik. Belikan lah lampin pakai buang jenama Huggies. Tapi biasalah, budak dalam pantang. Sehari sampai 2,3 kali membuang. Dah asyik keje menyusu je kan. Atas nasihat ramai, beli je jenama BabySoft. As kulit anak aku tak mengada-ngada. Aku teruskan la guna BabySoft. Ok pun ok, tak bocor smua. Murah pun murah. Tapi entah apa kena, aku macam kesian lak kat anak aku pakai diapers murah. Ibu dia yang gedik terlebik. Belikan la dia Drypers. Pernah juga pakai PetPet. Pampers pun selalu gak beli. Pureen Dry 5 macam okay. Semua memang okay, tp aku mcm lagi jatuh hati ngan Drypers sebab dia color biru. Hahaha..

Dan semalam, mencuba jenama BabyLike. Murah beb.. 72pcs baru RM 19.90. Tak ke penjimatan berganda tu namanya. Dan percubaan pertama semalam, okaylah. Tak la bocor tengah-tengah malam kan. Dah pagi, time nak tukar pampers gi school, baru bocor skit. Okaylah kalau nak buat pakai siang-siang. Sebab kalau siang, 4 jam sekali memang aku tukar lampin dia. Penuh ke tak, aku tukar gak. So kalau pakai Drypers terasa sayang gak. BabyLike baru 0.27sen.

Eisya memang jenis tak kuat membuang air aku rasa. Sebab jarang lampin dia penuh even dah 4,5 jam. Penggunaan lampin pakai buang ni boleh dikatakan jimat lah. 84 keping tu boleh pakai 3 minggu lebih. Kalau duduk ngan aku mmg sehari sampai 4-5 keping la. Tapi kat nursery, kalau tak berak, 2 keping je lah sehari. Aku punyalah beria antar sampai 5 keping sehari. Aku dah mintak tukarkan tengahari tapi diaorang kata 'kering je Ayu, tu tak tukar' Tak k, kencing ke anak aku? Mungkin sebab minum susu ibu, so kurang lah skit membuang.

Kalau yang murah okay, kulit anak tak naik ruam semua, buat pe nak beli yang mahal kan. Tapi tu lah diapes murah ni selalu design dia tak cute *ibu gedik* pastu cutting dia mcm sgt tinggi. Pernah gak terfikir nak pakai cloth diapers, tapi Ekwan kata 'tak payah lah yang, ada masa ke awak nak membasuh smua?' Setelah mengambil kira masa dan tenaga yang ada, diapers je lah.

Kesimpulannya, Eisya adalah menggunakan diapers campuran. Yang sederhana dan murah harganya. Tepuk dada tanya poket, kalau mmg mampu nak beli yang mahal. Silakan. Tapi kalau yg murah tu lebih berbaloi untuk ekonomi, pe salahnya. Boleh spend kat tempat lain.

*paksu kata, diapers adalah tandas baring Cha.. hahaha..

29 November 2010

kisah anak saya

Anak saya adalah masih belum boleh duduk dengan sendiri. Tapi dia sangat suka kalau dapat duduk. Feeling macam orang besar mungkin. Yang seronoknya, bila letak dia dalam stroller. Dia sangat suka. Tapi sila jangan suruh saya menyandar, tak suka ok. Nak duduk tegak-tegak, baru la senang mata nak melilau.


Disebabkan Eisya ada perangai tak boleh kalau tak nampak ibu atau abah di depan mata. Yang mana, dia akan menangis macam kena dera kalau tiba-tiba pusing tengok ibu takde. Nak tak nak, dudukkan lah dia dalam stroller dan letak depan pintu dapur tu. Puas lah hati kan nampak ibu. Pastu bila nampak abah, sibuk lak hulur-hulur tangan mintak angkat. Ohhh, sungguh manja la kamu Eisya.

Sekaran petang-petang bila amik dia dari nursery, hilang segala masalah. Bila tengok dia terlompat-lompat hulur tangan bila nampak muka kita kat pintu. Ohh!! Indahnya perasaan menjadi Ibu.


dah merasa duduk kat dalam trolley, letak dalam stroller tak ingin. duduk dalam ni lagi tinggi, nmpak abah ngan ibu depan mata. lagi seronok.

*baru semalam aku sedar betapa nyaringnya suara anak aku bila menangis sebab aku rasa dah cukup jauh abah dia dukung nak pujuk dia, tapi aku masih boleh dengar suara dia dalam Mydin yang hiruk-pikuk tu
*aku rasa Eisya kehilangan berat badan lah

panduan mudah

Ramai pulak yang bertanya. Ingatkan semua dah tahu. Tapi sebab ada yang bertanya, mestilah jadik keharusan untuk aku menjawab dan berkongsi ilmu kan.

Macamana nak buat mengariskan perkataan, seperti yang aku buat kat 30 Days Quest list tu:

Simple je. Adjust je skit html coding tu. Tapi dalam erti kata yang lebih ringkas adalah membuat sedikit pertambahan kat depan dan belakang perkataan tu, seperti:

Jadilah Anak Dayu Eisya tu Comel Sungguh

Kalau nak buat underline:

Dan secara automatiknya dia akan jadik Eisya Tembam Tak Suka Keluar Jalan

Senang je kan. Selamat mencuba dan mengaris di entry anda. Sekian, terima kasih.

Dayu comel

orang baru dalam keluarga

Akhirnya!! Selamat tinggal Maxis!! Berakhir sudah jodoh kita. Cukup setakat di sini. Aku dah tak boleh terima lagi segala keburukan dan kerenah ngada-ngadakau. Banyak lagi pilihan lain depan mata, kini masanya aku ucapkan 'bye-bye'

Dan selamat berkhidmat wahai P1Wimax. Janganlah kau juga buat perangai sengal mcm Maxis. Tunjukkan lah prestasi cemerlang dalam masa 7 hari ni. Kalau tak, bakal terima nasib yang sama lah kau jawabnya. Kali ni, tak kuasa aku nak tggu lama-lama. Macam mengada-ngada je, terus aku terminate. Banyak lagi yang lain. Maka, sila jadi yang terbaik. Pastikan wang yang dilaburkan adalah berbaloi.

Hajat di hati sebenarnya nak menyunting si Streamyx. Dah siap bawak rombongan ke TM Point Taipan, tapi dah penat menunggu hampir sejam. Sekali bila check, port full la pulak kat kawasan umah aku ni. Sungguh kecewa. Hampa. Frust pun iya jugak. Nak tunggu dia tambah port, entah bila zaman. Entah-entah mmh takde. Sibuk nak pasang Unifi je. Nak tak nak kena gak la merisik provider lain. Konon nak mencuba Digi, tapi mungkin dah jodoh ngan Wimax kan. Jalan-jalan, ada org buat promotion. Macam menarik. Isi borang dan bawaklah balik modem tu. Oklah, walau pun tak dpt optimum signal strength. Boleh tahan lah. Yang penting, unlimited. Dulu ngan Maxis, 3G tu 2 minggu je dah habis. Apa la yang berkira sgt.. dah lah caj mahal, tapi kedekut.

Okay..okay, jangan dipuji sgt orang baru ni. Kang dia bangga terlebih terus jadik hampeh.

Anyway, selamat dtg la. Duduk elok-elok tepi tingkap tu.


cik Eisya kegeraman tidonya terganggu, terus buat muka takde mood secara maksima

26 November 2010

Fikir & Renung Bersama

Bila mendengar keluh kesah rakan yang mengadu nasib meluah rasa ketidak puas hati. Aku tak mampu nak buat apa, sekadar mendengar ringankan sikit beban yang dia tanggung. Dengan harapan bila rasa yang selama ni dipendam dah berjaya dikeluarkan sementara, ringanlah sikit kepala tu. Hati boleh bertenang seketika. Harapnya. Aku tak mampu nak komen lebih-lebih dan cakap banyak sebab situasi yang dihadapi tak mustahil jadik kat aku suatu hari nanti. Dan boleh gak jadik kat mak dan adik-adik aku.

Kisah apa??

Kisah keluarga suami yang tak puas hati dengan cara dia layan suami dia. Bila menyebut 'keluarga suami' itu boleh pandailah korang nak merujuk kat siapa ye. Dan dia macam terasa skit sebab dia dapat tahu pun dari biras dia, dia dah tak terbayang bape banyak kisah dia dah dijaja.

Apa yang tak dipuas hatikan?

Dikatanya kawan aku ni ala-ala queen control. Suka mengarah suami itu-ini. Suruh suami buat macam-macam. Tapi menurut kawan aku tu, dia sebenarnya lebih kepada meminta KERJASAMA dari sang suami. Minta sedikit BANTUAN dari suami untuk sama-sama mengurus rumahtangga milik bersama. Dan dia minta baik-baik, bukannya mengarah-arah. Mengherdik-herdik, meninggi suara. Bila aku minta dia terangkan lebih lanjut contoh kejadian, dia kata dia minta suami dia tolong sidai baju pastu tolong tengok anak, sementara tu dia kat dapur nak masak. Kebetulan mak mertua ada kat umah. Perhati je lah agaknya. Malam-malam selalu dia yang bangun buat susu anak. Tapi nak djadikan kisah, time ada mata memerhati lah suami dia yang terjaga malam-malam buta bila anak merengek minta susu.

Seperti tadi, aku kata aku tak berani nak komen lelebih. Tapi aku cuba nak paham kan satu benda 'takde mak ayah yang suka tengok benda tak baik jadik kat anak dia' Samalah kesnya, tak kan ada, terutamanya mak yang sanggup tengok anak dia, lagi-lagi anak laki dia yang dengar je kata bini. Apa bini suruh, buat. Tak mcm ketua keluarga. Aku cuba paham..sentiasa cuba. Sebab aku tahu, kita ni lagi-lagi yang bekerja sentiasa mengharapkan suami korang akan ringan tulang. Tak payah disuruh pun dia dengan sendirinya akan tolong kemaskan rumah yang sepah. Tolong kau clearkan sinki. Tolong lah uruskan segala macam house chores yang tak pernah habis tu.

Korang akan sangat bernasib baik kalau dapat suami yang secara semulajadinya dah begitu. Dah dididik cara gitu. Tak kan ada yang salah faham kalau suami kau terlebih rajin basuh pinggan, gosok baju sendiri. Dan kes akan jadik lebih haru, mcm kes kawan aku. Suami dia ok je. Sebab suami dia paham. Isteri dia pun keje gak. Penat gak. Segala hutang piutang bagi 2, sama-sama bayar. Tapi orang luar lak yang tak puas hati. Tapi bagi aku, situasi dan keadaan kita tak sama. Macam kawan aku tu, mak mertua dia dulu tak keje. Sepenuh masa kat rumah. Boleh lah dia concentrate kat hal rumah je. Tak payah nak minta tolong kat suami. Suami sorang je yang carik duit, bagi anak bini. Tapi kalau dah sama-sama carik duit, tak ke patut keje kat rumah pun buat sama-sama? Tak betul?

Itu pendapat aku.

Satu hal, paling penting. Orang selalu pesan kat aku 'Jaga air muka suami, lagi-lagi depan keluarga dia'

Hipokrit pun takpe lah. Orang nak kata berlakon pun lantaklah. Pepandailah jaga tingkah laku kalau depan keluarga suami. Tak suka pun buat-buat suka.

Tapi bagi aku, aku seboleh-boleh pujuk hati, cuba terima suami aku seadanya. Memang dia takkan jadik seperti yang aku harapkan. Tapi asal dia tak lepas tangan urusan rumah, tak biarkan aku sorang-sorang terkial-kial urus Eisya. Dan masih sudi membantu bila aku minta tolong biarpun aku kena ingatkan 2,3 kali. Aku syukur. Aku kenangkan dia yang mungkin kepenatan bekerja sepanjang hari kat luar, banding ngan aku yang duduk kat opis je. Dan dalam masa yang sama, aku usaha lagi sekali. Jangan dipaksa. Kalau dia dah tak nak buat tu, terima je. Kau buat lah sendiri. Tak larat nak buat, tinggal je. Jangan paksa diri sendiri pulak.

*harap-harap kes mcm ni tak jadik kat mak dan bakal adik2 ipar aku nanti
** harap-harap juga aku tak kena tempuh situasi mcm ni

perancangan awal hari minggu

Aku dah lama pasang niat. Dapat tahu je tentang Baby Expo ni terus set dalam handphone. Simpan siap-siap. Bukan setakat handphone aku. Handphone Ekwan pun aku set sama. Yelah, aktiviti begini kenalah libatkan dia sama. Kata Baby & Parent Expo. Parent tu maknanya ibu dan abah. Kalau ibu je.. tak berjayalah maknanya.

Siap 2 minggu ni, asal nak belikan barang untuk Eisya semua cancel. Nak carik kat expo gak. Dengan harapan barang adalah berharga lebih murah dan pembelian akan jadik lebih berbaloi. Harap-harap impian menjadi nyata. Siap pasang angan-angan, nak pegi awal-awal, nak join segala contest yang ada. Kutip segala free gifts yang ada. Hahahahah.. *buruk perangai* Sebenarnya macam takde apa sangat nak dicari, tapi sebab nak pergi sangat. Aku adakan juga lah list brg yang bakal dibeli iaitu:

1. kasut dan baju-bajuan untuk Eisya *baju dia je, baju aku?
2. aksesori pengisian perut *skrg dia ada 3 btg sudu, 2 bijik mangkuk je
3. botol susu saiz besar skit, bape ml tak tau..
4. ye..ye.. nak carik thermos isi makanan Eisya antar ke nursery.

Tapi tengoklah, mana tahu jumpa barang baik punya.. beli!! jangan tak beli.

Korang pegi ke?? Kalau pegi jomlah bertemu-temuan. Bleh temukan anak-anak comel kita. Pasti selamba je kita amik gambar berlatar belakangkan backdrop stage. Wahh!! Seronok!! Anak-anak buat muka blur, tak paham apa-apa. Mak-mak yang over. Suami masing-masing geleng kepala.

*niat di hati nak pergi seawal mungkin..
*tak kuasa nak angkut stroller, carrier adalah mode pengangkutan terbaik

25 November 2010

# 12 Blog dan Saya

Day 12- How you found out about Blog and why you made one.

Aku macam suka topik ni. Macam mana aku ketahui apa itu BLOG dan kenapa aku nak buat satu? Menarik untuk diceritakan.

Kalau dirujuk kat Blog Archive, aku mula berblog pada tahun Januari 2008. Uihh sangat lama. dah nak 3 tahun. Dan sepanjang tempoh itu, aku bolehlah dikatakan konsisten menulis di blog. Belum pernah aku mengabaikan blog secara serius. Kalau tak menulis seminggu 2 tu mungkin ada. Tapi tak pernah sampai berbulan. Ohhh, betapa sayang aku kat blog.

Dari anak dara, jadi tunang orang. Pastu kawin, sampai lah sekarang dah jadik mak orang dah.

Dan ada segelintir dari kamu semua yang membaca dari dulu hingga sekarang. Dari kita sama-sama pegang status anak dara sampai kini kita dah sama-sama dok tayang gambar anak je dalam blog ;)

Aku tahu mengenai blog secara mendalam bila mula nampak blog Pid. Masa tu dia dok tinggalkan link blog dia kat Friendster. Hah kau, dari zaman Friendster lagi. Masa tu aku layan la baca blog dia. Pastu citer kat Ekwan kata aku pun macam nak ada satu. Tanya kat dia camne nak buat. Dia kan bijak pandai lebih skit dari aku bab-bab ni. Dia pulak dok kata 'yang, boleh buat duit tau ngan blog' Aku yang kurang ilmu ni mcm malas nak amik tahu. Niat hati nak ada blog je. Boleh merepek dan merapu sesuka hati. Dengan cdangan dari Ekwan, aku register lah sebijik blog ngan blogger.

Kalau diselongkar entry-entry lama memang macam nak terbelahak. Ketawa berdekah-dekah. * ni adalah yang kejap lagi gi geledah ni*

Aku buat blog dengan niat saja suka-suka. Konon masa tu nak menyimpan segala kenanan dalam persediaan nak jadik tunangan orang. Konon nanti kalau rasa mcm rindu, bleh baca balik. Menulis sesuka hati. Pastu mula mencipta kawan. Boleh share macam-macam. Lagi tambah seronok. Tu yang aku makin ketagih gigih menulis. Okay, menulis dalam mood merapu. Sambil-sambil tu tempek lah gak Nuffnang. Apa orang kata, pendapatan tanpa sedar. Boleh lah dari takde.

Bila sekarang dah ada Eisya, aku jadik makin seronok. Aku nak abadikan segala cerita tentang dia kat blog ni dengan harapan bila dia boleh membaca nanti, dia boleh selongkar balik blog ibu dia dan baca semua kisah-kisah dia kat sini. Ohhh, harap-harap blog ni masih kekal wujud 5, 6 tahun lagi. Isskkk, kalau tiba-tiba blog ni lenyap, aku rasa frust menonggeng gak jadiknya. Sungguh, aku sangat sayang dengan blog ni.

adakalanya kalau 2,3 hari tak ngadap blog, rasa macam tak tentu hala pun ada

24 November 2010

# 11 Kawan-kawan

Day 11- Another picture of you and your friends.

Buat masa sekarang, mereka-mereka di bawah lah peneman hidup setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 8 pagi hingga ke 5 petang. Teman sarapan pagi, teman makan tengahari. Juga teman menyakitkan kaki tawaf Jalan TAR kat belakang opis. Lagi gigih gi melawat Sogo pulak.

time raya.

Dah la masing-masing macam sejiwa. Sangat seronok keje jadiknya. Aku rasa sungguh bertuah sebab sepanjang bergelar pekerja aku sentiasa di tempatkan di pejabat yang harmoni. Yang semangat bekerja tu sangat positif. Boss pulak tak pernah lagi kena yang garang bagaikan singa kelaparan. Semua cool je.

aktiviti tengahari di bulan puasa. sama-sama sediakan juadah berbuka di pejabat.

bila ada aktiviti makan-makan memenuhkan perut, kami lah yang apling sibuk kat pantry. mmg engineer multi-tasking kami semua ni

gi kursus pun nak sama-sama.. kalau takde geng, tak nak pegi :)

Kalau nanti kena tukar *every 2 years kena tukar unit* harap-harap aku jumpa kawan-kawan pejabat yang mengembirakan begini juga.

#10 Lagu?

~baru cabaran ke-10?~

Day 10- Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad.

Lagu? Sekarang dengar lagu di radio hanya di dalam kereta. Sekarang juga rtiada lagu kegemaran. Asal sedap dengar, macam boleh layan. Aku kuatkan lah volume radio tu. Kalau macam 'apa punya lagu lah ni' tak lah aku tutup radio tu, tp dgr sambil lewa je lah.

Mp3 player smua tak tahu mana letak.. entah dalam kotak mana. Dalam laptop Winamp pun takde. Apakan pulak song list. Haram memang tak wujud.

Maka, menjawab soalan di atas, lagu yang di layan kala Gembira, Sedih, Boring dan Geram adalah: TIADA. Sebab kalau mood tengah ting-tong sekarang ni aku lebih suka TIDO. Tak pun baik membawa diri ke mana-mana shopping mall. Tak dapat shopping, merayau pun jadik lah. Tapi TIDO + MAKAN adalah penyelesaian terbaik. Lagu-lagu ni tak berkesan sgt. Tak kena ngan jiwa waktu kini. Zaman muda belia dulu boleh lah. Tension sikit pasang lagu kuat-kuat sampai roomate pun rasa nak hentak kepala aku ngan seterika. Tapi ye ke? Bukan dia pun sama ke? Hahahahaha...

*dulu sambil menghafal pun bleh layan dengar lagu, sgt terror kan kepala dulu

23 November 2010

AidilAdha & Eisya

Seperti biasa, anak aku tidak berbaju kurung. Pagi raya kita sarung jeans ngan t-shirt. Raya tahun depan baru kita pakai baju kurung yer. Kita sedondon ye anak beranak.

ibu ngan abah nak bawak gi beraya

bersama abah. bila pipi abah nak sama kembang cam pipi Cha abah?

ibu, sila jangan nak lawan pipi tembam Cha ye.

seperti biasa, ibu akan terlebih excited bila bergamabr. org nak amik gambar Cha tapi dia lak posing lelebih. kan abag Aiq kan..

Tahun ni berAidilAdha di Pahang selama 3 hari kemudian pulang ke Johor pulak. Cuti panjang kan, kena lah bagi sama adil. Semua rindu kat cucu. Mak ayah aku lagi lah. Sekali Eisya buat perangai lah pulak. Orang lain boleh pegang dia tapi ibu ngan abah kena ada depan mata. Bangun je dia nangis. Sedangkan td molek je Atok dukung, ibu abah hilang.. menangis. Ohhh, demanding sungguh anak aku.

Elok je td dia meniarap sambil hisap-hidap remote tv, tp bila ibu dia angkat bontot je, mulalah teriak. Pastu sibuk ngesot dtg minta dukung. Ohhh, aku sgt seronok bila dia berusaha mintak dukung. Kadang saje dengki kasik dia macam nak panjat-panjat kaki baru amik dia. Hahaha, saje buli anak skit.
*gambar selingan*

Eisya.. Eisya, takde adik lagi ni seronok la kamu. Bleh lah ibu nak belai-belai, gomol awak sorang je. Tapi takpe, jangan risau. Lambat lagi awak nak dapat title kakak. Bukan menolak rezeki, tapi ibu nak bagi sepenuh perhatian, kasih sayang kat awak. Sebab nanti bila Cha dah jadik kakak, ibu nak Cha jadik kakak yang penyayang. Boleh tolong ibu jaga adik. Cha, ramai kata nanti adik Cha perempuan gak. Ibu macam suka, tapi abah kata 'sepasang lah lagi best' Macam kalau dah dapat sepasang ibu tak payah beranak lagi kan..

suka hati kamu lah anak

Bila anak asyik terbaring je dulu, tak pandai nak buat apa-apa sibuk nak suruh budak tu beraksi. Sekarang bila dia dah mula tak pandai duduk diam. Tangan dah mula nak capai semua benda, tak menang tangan nak melayan. Huhuhu.. iye, itu tandanya dia membesar secara normal. Tapi kalau 7 bulan dah gini gaya, aku ngan abah dia dah terbayang macamana bila dia setahun nanti. Bila dah boleh berjalan, dah memanjat.

Aku rasa ada dia duduk kat atas seat belakang tu, pastu lambai-lambai kat kereta belakang.

Ini adalah aksi yang berjaya dirakam semasa dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari JB Ahad lalu. Bangun je tido, dah charge energy. Jangan haraplah dia nak duduk dalam carseat tu, meronta-ronta nak keluar. Amik lah dia, bawak ke depan. Dia punya aktif aku dah tak larat nak layan. Terlompat-lompat. Tangan tepuk-tepuk cermin. Pastu nampak muka kat side mirror, tersengih-sengih. Sibuk nak pegang.

apa ni?? uuiihhh, sejuknya tangan

bestnya main tekan-tekan

waahhh!!! boleh cabut! Hebatnya saya. Abah..tengok apa Cha dapat..

apa rasa ni? sedap ke?

Anak aku ingat dia ada kat rumah kot, tu yang meriah semacam dia menjerit-jerit 'menyanyi' dalam kedai. Takpelah Cha, ibu memang tak kesah. Memang la ibu tak kesah sebab abah awak yang dok melayan. Ibu dah jumpa makanan, kena lah concentrate makan.

dalam gambar mmg la kelihatans gt behave. hakikatnya suara dia je satu kedai.

Alhamdullilah.. Eisya membesar dengan cergas. Dia dah mula nak pandai ketawa. Dah mula mengekek bila orang agah dia. Semua dok suggest belikan baby walker untuk dia, tapi rasa macam tak mahu. Katanya tak elok, entahlah. Tapi kalau mmg nak bagi dia walker pun, tggu dia betul-betul boleh duduk sendiri lah. Bagi belakang dia betul-betul kuat.

*sudah 7 bulan anak aku.. cepatnya!! tak percaya pun ada

22 November 2010

#9 apa nak dibangga

Hahahaha, sudah kantoi berhari-hari. Kata cuti, blog pun amik cuti sama lah. Tuan dia banyak komitmen lain time cuti. Mana ada masa sgt untuk blog. Masa smua bagi kat anak. Boleh biar terabai pun takpe *gelak lagi*

Sesuatu yang dibanggakan 2,3 hari lepas??

Adakah jika berjaya makan dengan banyaknya boleh dibanggakan?? Jika ye, itulah dia. Balik kampung makan masakan mak, mana boleh menahan beb. Harus bertambah-tambah. Bila balik Pahang macam-macam ulam aku jumpa. Siap dapat bekal tempoyak lagi. Balik Johor lak, mak aku masak macam-macam. Semua berasaskan daging. Daging dah lah melambak-lambak. Ni aku tak timbang pun berat, takut pun ada. Tapi sebab utama adalah weight scale aku main sorok-sorok. Tak tahu mana, maka makan jelah tanpa rasa bersalah.

Tapi tak elok la banggakan benda tak berkhasiat macam ni.

Terus terang lah. Tiada apa nak dibanggakan. Tapi kan... aku dah hampir berjaya nak capai sasaran aku bagi bulan ni dan bulan depan. Hari ni berjaya sampai ke pejabat sebelum pukul 8am. Walau tak dapat 7.40 am, ni semua sebab NPE yang sengal. Boleh la..

Okay.. saya adalah berbangga sebab dpt bangun awal dan tidak sampai lewat ke pejabat pada 22 November 2010.

khidmat masyarakat : kita mampu membuat perubahan

Hati aku memang mudah tersentuh bila melibatkan hal-hal berkaitan orang-orang tua yang terabai, terbiar, tak dihiraukan oleh anak-anak. Dan satu hal lagi yang mampu buat air mata aku meleleh bila melihat kanak-kanak yang menderita. Menderita sebab sakit yang memang Tuhan dah bagi semenjak lahir, dan aku akan lebih sayu bila melihat derang menderita kesakitan sebab dianiaya. Menahan sengsara sebab didera. Tak kira lah mental atau fizikal.

Jun yang lepas, bila kes adik Syafiah Humaira yang disepak, diterajang, dipijak umpama bola sampai menemui ajal kecoh diperkatakan. Aku memang sedih. Dalam hati aku menyumpah seranah pembunuh dia. Apa kesalahan budak si kecil tu yang sampai dibelasah sebegitu rupa? Mana hak Pia?? Dia baru berasa hidup 3 tahun. Belum puas dia nak merasa nikmat sebagai kanak-kanak, dia temui ajal di kaki kekasih emak dia sendiri. Dan aku jadi makin sedih bila mengenangkan bagaimana emak Pia boleh lepaskan tanggungjawab menjaga Pia kepada kekasih dia. Macamana dia boleh percaya yang lelaki tu boleh diharapkan untuk menjaga keselamatan dan kebajikan anak dia? Sesungguhnya aku memang pelik.

Dan aku akan jadi makin sayu, makin tak percaya bila yang mendera, yang memukul sampai patah tulang semua tu adalah ibu bapa kandung kanak-kanak tu sendiri. Mana hilang rasional derang? Orang pukul kucing pun aku marah, inikan pulak kau pukul anak manusia.

Aku memang benci keganasan. Lagi-lagi kat kanak-kanak. Sape yang tidak kan.. Oleh yang demikian, sebagai tanda sokongan, daftar lah di kempen 'Raise your Hand, Stop Child Abuse' yang dianjurkan oleh UNICEF Malaysia.


Dan sama-sama lah kita tambah pengetahuan mengenai penderaan ni. Dan paling penting, ketahuilah apa sumbangan yang boleh kita lakukan bagi menyelamatkan dan memberhentikan penderaan kanak-kanak. Selama ni aku memang pantang kalau dengar budak menangis tak berhenti-henti. Lepas tu, dengar pulak suara mak atau ayah dia terjerit-jerit marah anak. Memang gaya perempuan paling kecoh, rasa nak je pergi ketuk pintu rumah orang tu tengok apa yang terjadi. Tapi tak cukup berani. Takut dikata penyibuk tak kena tempat. Tapi sekarang aku dah tahu apa yang aku boleh buat. Lepas ni dail 15999 je.

Dan sebagai tanda sokongan, reka lah tangan yang mampu mencipta perubahan. Biar tak besar, tapi mampu memberi kesan.

Ye, Setiap kanak-kanak miliki HAK untuk disayangi dan dilindungi.

Setiap orang membuat kesalahan. Tapi kenapa bila kanak-kanak ni 'tak mendengar kata' mereka dihukum sesuka hati. Jangan sebab mereka tak berdaya nak melawan, hilang terus simpati. Children are not for hitting!! Mereka dilahirkan dengan hak untuk membesar dengan selamat tanpa sebarang ancaman bahaya, dan pasti bukan untuk diabai dan dianiaya. Apa yang mereka perlukan kasih sayang dan tunjuk ajar.

Marilah sama-sama kita melindungi pewaris masa hadapan ini. Berikan mereka HAK mereka.

*kenapa ada yang sanggup nak sepak, terajang, baling budak kat dinding hah?? aku nak lempang pun belum tentu sanggup

Peristiwa lampau

Ini adalah aktiviti 2 minggu lepas. Lebih tepat pada hari bertarikh 14 November 2010. Di mana pada petang sebelum hari kejadian, saya telah berkata kepada suami saya 'bila kita nak gi Genting ni? entah zaman bila last gi Genting' Dan suami saya dalam nada bersahaja menjawab 'jom kita pegi esok' Dan saya pulak menambah 'kita pergi pagi-pagi eh'

Dengan kata-kata di atas, terlaksanalah kata-kata yang dijanjikan semenjak Eisya masih di dalam perut. Memang aku tak bleh nak ingat bila last time membuat lawatan ke Tanah Tinggi Genting ni. Punyalah dah lama tak pegi. Sedangkan dulu masa muda remaja, asal boring, asal tak tahu nak buat apa 'Genting jom' Macam Genting tu kat sebelah umah je gayanya. Bila dah kawin, hujung minggu tu penuh ngan aktiviti keluarga je. Maka, tiada lagi genting-genting ni. Ada masa free, masing-masing berebut nak balik kampung. Sepupu kawin lah. Aktiviti sosial begini, kenalah pandai-pandai curik masa.

sebaik sahaja tiba.
eisya: tempat apa ni?? bising sungguh.. tido kat umah lagi seronok la ibu. jom balik

Eisya ngantok tapi ibu dia seronok terlebih

Seperti biasa, Eisya mana suka gi jalan-jalan. Dia suka duduk dalam rumah. Berguling-guling sama ibu dan abah. Senang nak tido dia kata, ada katil empuk. Tido dalam stroller, atas pangku ibu ngan abah tak best. Dan macam selalu, dia akan berusaha mengajak ibu ngan abah balik dengan merengek-rengek kemengantokan. Tapi nak buat camne sayang, kita baru je sampai. Tak kan nak cabut balik dah...

eisya: whatever... i'm sleepy

kita sudah mahu pulang ke ibu? apa, belum lagi... Cha ngantuk lah!!

Dan sepanjang 2 jam pertama di sana, begitu la memek muka dia tiap kali amik gambar. Sampai nyampah pulak nak amik gambar lagi. Nak tak nak kena bagi dia tido dulu. Ibu ngan abah isi perut, susukan dia dan terlena lah dia di lengan ibu. Merasa lah aku pangku anak tido sejam sambil tangan sebelah lagi cubit-cubit peha ayam. Nak letak dalam stroller, mmg bangun la jawabnya. Kesian dia tak puas tido. Pangku je lah..bukan berat mana pun, 7.4kg je...

dia sudah kembali normal, umpan belon terus ceria kembali

Bila dah segar, dah dapat tido. Galak lah pulak jadiknya dia. Tak boleh duduk diam. Lenguh tangan nak melayan dia terlompat-lompat. Meronta-ronta tak nak kena pegang. Sibuk nak amik kasut dia.


makan kasut pun sedap!!

Bawak anak kecil berjalan-jalan memang seronok. Tapi tak boleh lah berlenggang. Barang anak je menimbun. Hah, sekarang diapers bag Eisya adalah handbag ibu juga. Handbag ibu boleh bungkus masuk kotak. Ke mana-mana silalah kepit diapers bag anak. Dan siap sedia jugalah kalau balik nanti anak demam ke selsema ke. Budak kecik lagi, antibodi lemah lagi. Pergi tempat ramai orang gini, memang terdedah ngan mcm2 virus. Maka, sila berani menanggung risiko, kalau tak duduk je kat umah diam-diam.

Camne gaya lah nak bawak dia ke pulau tahun depan.. ada ke life jacket khas untuk budak umur setahun ke bawah hah? Mana mau beli?

Dan sebagai penutup, terimalah:

superstar di hati ibu!!!


*org update citer raya haji, aku dok sibuk citer lain. rileks lah beb, gmbr dlm handphone lagi camne nak citer. apalah makna entry tanpa gambar sekeping 2 kan

18 November 2010

Bubur Nasi Ikan Tenggiri : as usual with full of love

Santapan Eisya minggu ini adalah berasaskan Ikan Tenggiri. Abah dia kata 'bertuah anak abah, kecik-kecik dah makan ikan mahal' Rezeki abah..ni namanya rezeki.

Sekali masak, dapat untuk 4 kali makan. Sehari Eisya makan 3 kali. Maka, ertinya setiap harilah aku memasak. Hoyay!! Aku memang suka aktiviti baru ni. Sambil masak kari, periuk satu lagi masak bubur anak. Baru lah terserlah kehebatan ibu di dapur!! Maaflah, terpuji diri sendiri. Sayur ditukar setiap hari. Sehari makan bayam, esok lobak ngan kentang pulak.

Masak beras hingga lembut. Sentiasa kacau dengan penuh kasih sayang. Sambil berdoa anak anda makan penuh berselera.

Cara aku: Ikan aku rebus asing. Takut hanyir. Tapi tenggiri tak hanyir rasanya. Sayur pun aku celur asing. Tapi sekejap je lah, risau hilang segala khasiat dari ikan ngan sayur tu. Bila beras dah masak dan pecah, baru masuk kan.

Biarkan sejuk sikit dan blend kasik halus. Ohhh, aku sgt bangga. Eisya nampak gayanya suka makan ikan dan bayam. Berselera sungguh. 3 senduk nasik pun dia boleh habis kan. Uiiihh, sendiri macam tak percaya. Dan yang makin tak percaya, dah makan punya banyak pun masih menyusu seperti biasa. Habis kering kontang susu ibu dia kejekan. Memang tak sempat nak mengepam langsung.

Bila dengar orang dok kata 'bila bagi bubur awal sgt kat baby, nanti dah nak masuk setahun dia tak nak dah makan' Ye ke? Boleh pakai ke teori ni?? Aku macam tak nak percaya. Bagi aku, budak-budak mmg susah nak makan. Kita kena berusaha skit. Bukan sebab cepat atau lambat introduce brg makan kat dia. Dan haruslah aku harap Eisya akan terus berselera makan hasil air tangan ibu dia ni.

Dari dia baby lah ajar dia makan homemade foods kan, tak lah nanti asal balik sekolah 'ibu, nak KFC'

17 November 2010

#8 Misi bulan Disember 2010

Short term goal for this month??

Jawapan yang sangat pasti adalah: Bangun awal, jangan sampai lambat sampai ke pejabat

Ye, aku sangat berharap aku boleh sampai awal. Tak awal, on time pun jadiklah. Jangan sampai punch card kantoi sudah. Dan untuk menjayakan misi ni, perlulah aku tido awal. Dalam erti kata lainnya, siapkan segala rutin kehidupan di malam hari dan terus masuk bilik tido. Jangan duduk mengadap laptop dan menghubungkan diri ke alam maya. Itu adalah penyumbang utama aku tido pukul 2,3 pagi.

Baju keje kena gosok siap-siap di malam hari. Barang keperluan Eisya juga siapkan awal-awal. So bangun pagi boleh terus mandi. Panaskan bubur Eisya, tukar pampers dia. Dah bleh kuar rumah.

Sasaran:

1. Bangun : 5.30 pagi
2. Keluar rumah : 6.45 pagi
3. Bertolak dari Nursery Eisya: 6.55 pagi
4. Samapai pejabat: 7.40 pagi

Dan aku juga memasang keinginan mahu meluangkan sedikit masa untuk kesihatan diri sendiri. Petang-petang hari, di hujung minggu mahu berlari-larian bersama anak di taman bunga. Bersenam membawa anak di dalam stroller, kita tgk camne nanti rupanya.

Harap-harap, ianya berjaya!!

16 November 2010

Pulang dengan selamat

Opis sudah kosong. Pagi tadi pun jalan lengang je. Kalau tiap hari begini time pegi keje, mesti tenang kepala otak aku. Tapi silalah berangan. Entah bila.

Malam ni akan pulang berhari raya di Pahang. Kemudian akan ke Johor pulak. Dah lama tak pulang ke Johor. Mesti Atok ngan Opah sangat merindui Eisya. Dah berapa kali, derang yang dtg ke KL. Rindu punya pasal. Bukan tak nak balik, tapi ada je halangannya. Maka, dah dapat kesempatan cuti yang agak lama ni. Pulanglah kami mengadap ibu bapa. Memang ayah kata 'tak dapat balik takpe' Tapi dari nada suara dia aku dah boleh paham. Ayah mesti rindu kat cucu dia yang sorang tu. Kalau balik Johor, Eisya memang diulit sehabisnya. Berdukung sesaja lah dia.

Ikut hati nak je balik ni. Boss pun dah balik. Apa ke hal aku rajin nak menunggu Kuala Lumpur sesak baru nak balik. Tapi nak buat camne, suami i sgt dedikasi. Raya puasa pun balik malam raya, inikan pulak raya haji. Barang masih tak berkemas. Semalam sibuk mengemas rumah, kemas dapur. Lipat kain-kain baju yang membukit. Sapu lantai. Ohhh, nak kena siap baju keje hari Isnin minggu depan.

Anyway, Selamat Hari raya kawa-kawan sekalian. Berhati-hati ye memandu pulang ke kampung halaman. Hah, jangan makan daging banyak sangat. Kang sendiri gak yang menjerit tak percaya tgk berat bertambah berkilo-kilo *aicehh, sikit punya baik ingatkan org*

Dan akhir kata dari saya, terimalah:

Selamat Hari Raya

Koleksi Peribadi

Dulu masa belum ada anak, bila perhatikan anak-anak sedara yang adakalanya mcm over bila mintak mak ayah belikan mainan. Aku ngan bangganya mengeluarkan statement 'nanti tak nak ajar anak-anak ngan toys, tak nak manjakan derang ngan mainan je' Sangat yakin memberi kenyataan. Sekarang, pasti aku akan digelakkan kalau orang tengok koleksi mainan Eisya di kala umur dia baru 6 bulan ni. Kalau dah 2,3 tahun.. Hmmm, asyik terpijak mainan dia saje lah kot..

Tu lah beb, selagi tak merasa sendiri.. jangan berani kata pape.. Nanti makan diri.

Aku memang akan sama naik bab beli mainan ngan baju untuk Eisya. Lagi-lagi kalau jumpa mainan yang kena dengan selera dia. Sekarang ni dia sangat teruja kalau dpt mainan yang bebrunyi-bunyi sgt kuat, berlampu-lampu, bergerak-gerak. Dia akan sangat teruja. Tapi tak lama, dia jenis cepat bosan. Habislah duit ibu ngan abah beli mainan baru je.

Tapi butterfly Lamaze tu all time favorite..asal bagi terus grab bawak masuk mulut.

'semua Cha yang punya, nak pinjam boleh, RM 3 sejam'
Eisya: ibu, kata nak belikan Cha toy yang bleh joget-joget tu. nak suruh Cha blaja dancing. mana? tak nampak pun lagi..

Okay..okay, actually ini adalah entry untuk contest 'Baby nd Toys' anjuran Dilaz Family yang telah ditag kepada saya oleh Faizah. Dengan penuh rasa tanggungjawab, saya tunaikan lah amanah yang telah diberikan.
Meh ramai-ramai memeriahkan acara yang dianjurkan oleh ibu Qistina ni. Oh ye, aku kena tang 2 orang bagi meramaikan penyertaan. Sape ye aku nak bagi tugasan, bagi kat korang lah:

1. Ibu Cyrus: Puan Miera
2. Mama Nia: Puan Jehan

Sertailah ye geng, mana tau rezeki anak masing-masing. Sekali Qistina cabut dapat kat korang. Dan ini adalah details peserta *harap-harap bertuah*

Nama: Eisya Elyssa Bt Mohd Ekwan
Umur: 6 bulan



#7 Kesan paling hebat dalam hidup


Hari ke-7 : A picture of someone/something that has a big impact on you.

tak lain tak bukan, dia adalah Eisya Elyssa Mohd Ekwan.
boss kecik ibu dan abah!!

Kalau ditanya soalan ni kat semua orang yang telah menjadi ibu, pasti gambar anak pertama yang keluar. Memang dialah yang memberi kesan yang sangat besar dalam hidup. Berubah bukan setakat 360 *mana simbol darjah ni?* Jadual kehidupan berubah 100%. Rutin harian langsung tak sama dah. Jangan harap nak bangun tengahari. Sekarang paling lewat bleh tinggalkan katil adalah jam 7 pagi. Sekarang dah tak peduli dengan baju sendiri. Baju anak diutamakan. Takpe..takpe.. dia baru nak merasa hidup kat dunia. Biarlah dia rasa yang best-best je. Yang di dalam kemampuan kita.

Tido malam pun takde dah nak lena straight 7-8 jam. Setiap 2,3 jam kena bangun mengisi perut anak yang dah gelisah kelaparan.

Dengan hadirnya Eisya dalam hidup 6 bulan lepas, dah pelbagai pengalaman baru aku merasa. Menjaga anak sakit cukup mencabar. Terasa macam tak percaya aku sanggup berjaga, tak tido malam.. semata-mata nak pastikan dia lena. Tu kuasa seorang anak beb.. demi anak je kau sanggup buat macam tu. Ye, tak terkecuali. Mak ayah kita.

Sebenarnya seakan tak percaya aku boleh berubah sampai macam ni sekali. Hidup didedikasikan sepenuhnya untuk anak. Segala keperluan dia sentiasa didulukan. Dulu nak balik kampung, kemas beg baju sendiri je. Suami bleh kemas baju sendiri. Sekarang nak ke mana-mana, nak gi Mydin shopping grocery pun kena bawak spare lampin sekeping dua. Tu belum lagi nak berjimba 5,6 jam. Penuh handbag ibu ngan barang anak je. Bila dah ada anak, handbag akan bertukar menjadi diapers bag secara serta merta. Hebat!!

Dan macam-macam kau kobankan setelah adanya anugerah terhebat dalam hidup ni.

1. Tiada lagi nak keluar malam sesuka hati. Dapat anak yang jenis tido pukul 7 malam, jaga 6 pagi macam Eisya ni. Lupakan je lah nak melepak makan Naan Cheese kat mamak malam-malam. Jangan mimpi

2. Nak bermanja-manja secara extra dengan suami pun tiada masa sgt dah. Masing-masing dok ralit belek anak. Nikmatilah kehidupan berdua anda sepuas-puasnya. Sebab bila dah ber-3, dah tak sama dah.

3. Nak ke mana-mana, mesti pikir 'okay ke bawak Cha?? dia selesa ke? meragam tak dia nanti' dan selalunya semua terpaksa dibatalkan setelah memikirkan kebajikan dia.

Kini, segalanya adalah anak. Anak... Anak dan Anak!!

ibu sayang Cha 100%!!! Demi Cha, ibu sanggup lakukan apa sahaja!!

15 November 2010

# 6 Superhero?? Superwomen boleh?

Tugasan tergendala: Favorite super hero and why?

Citer-citer superhero memang aku kurang minat. Tapi kalau kuar kat wayang, aku layan je.

Aku lebih minat hero-hero dalam anime. Dan anime yang paling aku minat dan berkesan dalam hati aku adalah BLEACH. Alah, yang selalu main kat TV3 hari Sabtu tu. Tapi dulu mmg keje download je lah. Pantang new episode keluar, terus download. Pastu kumpul byk2 baru layan. Tengok satu episod tak best, tak puas. Nanti hati sendiri yang frust.

And favorite character adalah: Kuchiki Rukia


sebab:
1. dia comel walaupun ganas. dan tak gedik
2. dia terror.
3. si hero, Ichigo pun selalu kena buli ngan dia

*rasa nk menyambung keje-keje memuat turun la. tapi dengan broadband tahap beruk ni. kita lupakan je lah.
*cerita kegemaran masa kini adalah Arjuna, setiap malam Isnin jam 9 kena ada depan tv. citer dia dah mcm Final Fantasy je aku rasa
*dah cukup..cukup. nak mengejar entry ni.

percubaan demi percubaan

Setiap petang, balik je dari nursery. Terus letak Eisya atas tilam depan tv. Sementara ibu bergegas panaskan makanan, abahlah temankan Eisya kat depan. Dan selalunya dia akan terus menuju ke bawah rak tv. Amik remote Astro, masuk dalam mulut. Pastu sibuk tepuk-tepuk decoder Astro tu. Memang aktiviti favorite masa kini lah.

Tapi target dia sekarang adalah tong sampah dalam bilik. Entah apa yang berkenan sgt.

Gambar ni di rakam seminggu lepas Eisya berusia 6 bulan. Dia dah boleh didudukkan. Belakang dah kuat. Tapi dia tak suka sangat duduk. Tak luas pemandangan katanya. Berdiri la best, bleh lompat-lompat, bleh dancing. Barulah seronok.



Sekarang kalau duduk, dia tak nak menyandar. Gaya macam orang besar. Nak duduk tegak. Dia tak boleh duduk sendiri dengan stabil lagi. Dapat lah 1-2 minit, pastu tersujud lah muka ke kaki sendiri. Tapi dia suka. Kalau berdiri, kalau terjatuh ke belakang pun dir rileks je sengih-sengih. Jatuh atas tilam sengih lah kau. Cuba jatuh terjelepuk atas simen tu. Tengok meraung ke tidak..

Dan buat masa sekarang, ini adalah aktiviti sepanjang masa. Asal celik bising mata, tolak-tolak bontot je kejenya. Suka hatilah Cha..

nak masuk bilik la, boring dah kat sini. penat la asyik mengesot je. dah la lambat smpai.

Eisya: try gini lah.. tapi.. mcm ne nak gerak ni?? ibu..camne nak gerak??
Ibu: pandai-pandai la awak Cha.. ibu tahu amik gambar je.

destinasi telah dan akan di lawati

Oh..oh.. sudah kantoi 2 hari!! Aiyok!! Huhu, mintak maaf lah. Hujung minggu memang saya tidak peruntukan untuk merapu menulis di blog. Sabtu dan Ahad adalah didedikasikan untuk melayan kerenah Eisya dan abah sepenuh jiwa raga. Blog kita abaikan sementara.

Tu yang terkantoi tu. Ni tengah membayar hutang la ni.

Tugasan hari ke-5: A picture of somewhere you’ve been to

Aku ni jarang berjalan-jalan. Memang jarang lah. Nak bercuti-cuti pun susah. Aku kurang mampu. Masa tu ada, tapi peruntukan kewangan tu takde. Banyak lagi yang perlu diutamakan. Tu yang nak merasa bercuti setahun sekali pun mcm susah. Tapi yang seronoknya, bidang keje aku memang kejenya berjalan sahaja. Dulu waktu bujang memang seronok lah. habis satu semenanjung aku dah tawaf. Memang rasa bertuah badan.

Tapi pergi sebab keje, takde la seronok mana kan. Tapi boleh la.

Dan aku paling seronok masa keje ngan PPSPPA dulu. Tiap minggu kena gi site. Sampai muak ok. Kalau bleh nak suruh TA je pegi. Tapi nanti aku gak nak kena sign macam-macam kertas. Tak kan nak main sign tak tengok keje kontraktor kan. Bungkus la kain baju, pegi la gak.

Pantai Batu Ferighi
gambar google jadiklah. mana entah gmbar time out-station dulu.

Yang paling aku suka time kena pegi Pulau Pinang. Memang sambil keje, sambil makan angin la. Tapi tak puas. Dan aku dah menyatakan hasrat kat En Ekwan nak ke Penang. Nak jalan-jalan kat Penang. Percutian yang betul2 bercuti, tak mahu sambil-sambil. Dan dia kata 'okay, nanti kita pegi lah' Tapi sampai hari ni masih belum tertunai. Akan ku tuntut. 2011 mc tak boleh sebab dah ada agenda, 2012 ke, bila ke. Kena pegi gak. Bawak Cha mandi laut. Wah seronoknya!!

Okay, cukup. Ada 2 lagi hutang nak kena langsaikan. Pendek-pendek sudah..

12 November 2010

dia yang mengagumkan

Aku sebenarnya sgt kagum dengan progress Eisya ketika dia berumur 6 bulan ni. Terlalu banyak yang dikecapi. Dari mula pandai mengesot, sampai kotor-kotor baju. Tapi takpe, ada mesin bleh tolong basuh. Dan semalam dia tunjuk satu lagi skill. Dia dah pandai pegang botol sendiri. Siap keluarkan dr mulut, pastu sumbat semula. Ohhh..teruja ibu ngan abah perhati kan.

Dan dia dah semakin kuat berdiri. Kalau dirikan kat kerusi, memang seronok habis dia. Tergoyang-goyang bontot tu. Pagi-pagi sementara ibu ngan abah bersiap, dia tak nak lagi berbaring tertiarap memerhati. Dia nak didirikan dalam playpen. Baru lah puas tgk ibu ngan abah kan sambil tersengih-sengih. Bila dia dah mengangkat bontot, sekali lagi aku senyum kegembiraan. Biar tak bergerak lagi. Hati ibu dah riang bukan main lagi.

bergurau senda ngan ibu dan abah sebelum gi school
-buat-buat la tak nmpak kesepahan background tu, puas blur kan nak cover. tapi nmpak jugak-

Normal rasanya kan bagi semua ibu bapa. Mak bapak mana yang tak gembira lihat anak membesar sehat dan cerdas macam ni. Lagi seminggu Eisya nakberalih bulan. Dah nak 7 bulan. Sungguh pantas masa berlalu. Dan aku juga dah jadik semakin buntu nak menyediakan makanan dia setiap minggu. Aku dah habis idea nak isi apa dalam bubur dia. Cha jangan muak eh kalau ibu repeat menu yang sama. Esok kita try bayam merah eh, ngan ayam.

Aku tak sabar nak dgr dia gelak ni. Bila baby boleh ketawa hah?
*dan aku juga menanti rambut anak aku kembali lebat