Showing posts with label Solid Foods. Show all posts
Showing posts with label Solid Foods. Show all posts

27 October 2014

Makanan Anak

Ini lah aktiviti wajib aku setiap minggu sekarang. Masuk Mydin atau Fresh Boulevard pun bahagian sayur dengan buah aku terjah dulu. Macam-macam aku beli untuk buat stok puree Elma. Konon nak buat sekali banyak-banyak pastu frozen kan. Tapi tetiba rasa buat je lah 2,3 hari sekali. Mesti yang fresh lagi sedap kan. Lagipun, kan ada Baby Bullet. Alah, buat puree bukan leceh mana pun..5 minit siap. Nak tunggu dia sejuk tu je yang lama sikit.

So minggu ni, menu Elma adalah:
- puree Avocado + pisang
- puree pear dan carrot


Aku dah bungkus elok dah steamer tu. Tapi demi anak, aku sanggup selongkar keluarkan. Sebelum ni aku rebus je apple nak buat puree. Tapi risau kemanisan buah tu hilang dan mengacau selera Elma, ku gigihkan juga. Demi mu anak...semua untuk mu. Tapi memang ye lah, pear ngan carrot yang aku steam tu bila dah blend..manis je. Sedap je. Dapat ke Eisya memang habis lah 2,3 bullet dia kerjakan.

Pengemar Puree Labu. Tapi akan menyebabkan dia kembung perut. Ibu kena carik resipi lain untuk dijadikkan favorite awak selain epal. Kacang peas ok dik? Betik? Honeydew?? Nanti kita cuba ye.

*macam-macam ada dalam peti ais aku stok nak buat puree elma. layankan je lah mak dia yang tengah excited tahap infinity ni.

24 October 2014

Makanan Anak

Aku memang agak rajin bab makan anak time dia baby. Bukan main rajin, semua nak homemade. No nestum, no cerelac katanya. Bukan main lagi azam ko kan Dayu. Tapi begitulah aku. Dari zaman Eisya. Tapi Eisya bukanlah pemakan budaknya. Beriya aku bangun pagi sediakan bubur, sikit je dia makan. Tapi aku tetap tak putus asa. Alhamdullilah, memang Eisya makan masakan aku je. Walau sedikit. Banyak buang dari dia makan. Tak pernah makan nestum. Pernah jugak aku cuba bagi nestum tapi dia tak nak. Dah terbiasa makan, masakan ibu agaknya. Ke ibu masak sedap?? *hehehe*

Bila giliran Elma ni, haruslah semangat aku kembali berkobar-kobar. Menghitung hari aku menunggu Elma berusia 6 bulan. Tak sabar nak bagi dia makan. Alhamdullilah, puree epal yang aku kenalkan sebagai makanan pejal pertama dia diterima seadanya. Seadanya sebab tak reject, tak teruja tahap melampau. Tu pun aku dah cukup gembira. 



puri labu penuh kasih sayang.

Kelakar tengok muka pelik Elma masa 1st time rasa puree epal tu. Kerut-kerut dahi. Habis kotor baju. Pertama kali katanya, baru nak belajar macamana nak makan. Bila dah 4 hari makan, nampaklah dia dah reti macamana nak telan makanan tu, takde lah terkeluar-keluar. 


Masih buat muka pelik bila diberi makan puree epal. Tapi alhamdullilah, makan tetap makan. takde lah kena reject sepenuhnya. kena bersabar lah suap dia makan untuk habis se'bullet tu.

juih-juih lidah, habis jugak 1 bullet.

Sangat bermanfaat baby bullet ni. Pembelian yang berbaloi. Dan aku jadik makin kemaruk lak bab nak sediakan makanan Elma ni. Habis segala benda di google. Jumpa macam-macam resipi. Terus tak sabar nak bagi Elma rasa. Weekend ni nak try avocado + pisang, pastu pisang + honeydew..mana yang sedap, boleh aku ngan Eisya balun sekali.

Issk, teruja lain macam ibu korang ni.

18 November 2010

Bubur Nasi Ikan Tenggiri : as usual with full of love

Santapan Eisya minggu ini adalah berasaskan Ikan Tenggiri. Abah dia kata 'bertuah anak abah, kecik-kecik dah makan ikan mahal' Rezeki abah..ni namanya rezeki.

Sekali masak, dapat untuk 4 kali makan. Sehari Eisya makan 3 kali. Maka, ertinya setiap harilah aku memasak. Hoyay!! Aku memang suka aktiviti baru ni. Sambil masak kari, periuk satu lagi masak bubur anak. Baru lah terserlah kehebatan ibu di dapur!! Maaflah, terpuji diri sendiri. Sayur ditukar setiap hari. Sehari makan bayam, esok lobak ngan kentang pulak.

Masak beras hingga lembut. Sentiasa kacau dengan penuh kasih sayang. Sambil berdoa anak anda makan penuh berselera.

Cara aku: Ikan aku rebus asing. Takut hanyir. Tapi tenggiri tak hanyir rasanya. Sayur pun aku celur asing. Tapi sekejap je lah, risau hilang segala khasiat dari ikan ngan sayur tu. Bila beras dah masak dan pecah, baru masuk kan.

Biarkan sejuk sikit dan blend kasik halus. Ohhh, aku sgt bangga. Eisya nampak gayanya suka makan ikan dan bayam. Berselera sungguh. 3 senduk nasik pun dia boleh habis kan. Uiiihh, sendiri macam tak percaya. Dan yang makin tak percaya, dah makan punya banyak pun masih menyusu seperti biasa. Habis kering kontang susu ibu dia kejekan. Memang tak sempat nak mengepam langsung.

Bila dengar orang dok kata 'bila bagi bubur awal sgt kat baby, nanti dah nak masuk setahun dia tak nak dah makan' Ye ke? Boleh pakai ke teori ni?? Aku macam tak nak percaya. Bagi aku, budak-budak mmg susah nak makan. Kita kena berusaha skit. Bukan sebab cepat atau lambat introduce brg makan kat dia. Dan haruslah aku harap Eisya akan terus berselera makan hasil air tangan ibu dia ni.

Dari dia baby lah ajar dia makan homemade foods kan, tak lah nanti asal balik sekolah 'ibu, nak KFC'

07 November 2010

hidangan dari dapur

Menu minggu ni bagi Eisya adalah:

1. Bubur nasi + ayam + carrot + kentang : agaknya kalau dia bleh komen dia akan kata 'ibu, tiadakah benda lain untuk di makan?' Maka sebelum tiba-tiba anak membuat magik dan berkata-kata, ibu terus menyediakan menu lain, bleh tukar-tukar bahan santapan. Dan terhasillah:
2. Bubur nasi + brokoli + ayam : sambil mengacau ibu berdoa, moga-moga anak ibu makan dengan penuh berselera.

Ini adalah minggu mencuba memberi Eisya makan ayam. Dia belum pernah merasa ayam. Asyik-asyik ikan bilis tak pun isi ikan selar. Selamat menikmati ayam ye Cha!!

Dan tak lupa pencuci mulut untuk anak kesayangan. Ok, ibu mintak maaf. Menu adalah sama seperti minggu lepas. Epal adalah masih banyak, same goes to raisin. Maka, nikmatilah Epal+raisin dengan penuh passion ye sayang. Cha suka kan... Ibu pun macam suka, sambil suap Cha, suap masuk mulut sendiri sikit.

Mari berkongsi bahan pemakanan anak. Ohh, silalah kongsikan juga menu santapan anak anda. Sesungguhnya, nak menyediakan bahan pemakanan anak adalah umpama memilih kek kawin, kena memerah otak. Sungguh mencabar minda. Okay..okay macam melebih sangat, tapi memang sungguh-sungguh memerlukan usaha. Tu yang akhirnya menu yang sama juga disediakan. Kesian sama anak.

aku memilih kaedah merebus. sebab malas nak kuarkan steamer *malas nak membasuh sebenarnya* gunakan kuantiti air yang sedikit, dan tidak terlalu lama.

sejukkan dan bekukan. each feeding Eisya makan 4 ketul. setiap kali nak makan, panaskan semula. epal ni rendam dalam air panas je.

Sekarang Eisya sudah makan 3 kali sehari. Breakfast, lunch dan dinner yang diberi pada jam 6 petang. Kalau next month berat dia tambah 200gm gak, mmg aku akan frust giler. Tapi mak kata 'alah, dia tengah ringankan badan nak mengesot' Okay..okay, penjelasan yang boleh diterima. Eisya mmg sgt aktif sekarang, Habis pelusuk rumah dia terjah.

Bila dia makan penuh selera, habis 4 ketul pastu tersengih-sengih. Rasa sangat puas hati. Rasa berbaloi je berusaha menyediakan yang terbaik untuk dia.

Segala makanan yang telah disejuk bekukan selalunya akan habis dalam tenpoh4-5 hari. Sehari makan 8 ketul. 4 ketul dipanaskan setiap pagi dan hantar ke nursery. Petang 4 ketul lagi. Kalau tak habis, masuk tong sampah la. Tiap kali nak masak mmg dah budget untuk maximum 5 hari punya. Sayang nak membuang-buang ni.

**ini adalah hasil penulisan pada jam 12.45am, tak bleh tido punya pasal sebab sama-sama join Eisya tido jam 8 malam tadi. marilah meng'auto publish

15 October 2010

Santapan

Keterujaan ibu di kala Eisya meniti usia 6 bulan adalah sangat maksima. Kalau masuk Mydin Mall tu, bahan pengisian perut Eisya yang ibu utamakan. Perut ibu ngan abah, pape pun boleh. Balun je. Tapi untuk Eisya, hanya yang terbaik je yang dipilih. Kentang ibu abah, sekarung RM 2++ je, Eisya punya, ada 4,5 biji je dah RM 4++. Sayur.. organik punya ibu pilih. Tapi ibu ngan abah tumpang sebadan la ye. Eisya bukan makan banyak mana pun.

Minggu ni, menu santapan Eisya adalah: Puri lobak dan apple merah

rebus lobak dan epal merah. epal kejap je, jangan lah lama sgt, ala kadar je. lama-lama kang ilang khasiat pulak. lobak tu sampai masak la ye. pastu blend lah

dan... tada!!!! puri penuh kasih sayang hasil air tangan ibu. satu bekas 2 sudu besar

Berselera anak ibu makan. Kalau ibu suap lah. Tapi bekas yang ibu bekalkan ke nursery selalu macam tak berusik pun. Diaorang tak bagi Eisya makan ke? Bila ibu tanya, diaorang kata Eisya tak suka. Buat muka macam nak muntah. Tapi nape ngan ibu selera je. Siap licin satu bekas Eisya makan. Agaknya kalau ibu bagi sebekas lagi pun habis awak keje kan.

Terus rasa nak survey nursery lain. Bulan 11 kita tukar school nak..

santapan Eisya. bubur nasi+sawi+ikan dan puri. aku beli gak lah sebotol puree ready made Heinz. buat stok di kala kemalasan melanda. labu dan jagung.. mahal siot, satu botol RM 4++. Aku beli labu, separuh baru RM 1.60. Kalau buat puri, dapat berbotol. Maka, silalah jangan malas ye ibu.

*lagi 5 hari Eisya 6 bulan, makin bersemangat nak suap dia makan. bila bleh bagi dia makan 2 kali sehari erk??

08 October 2010

keterujaan ibu

Terasa bersalah pulak kat Eisya sebab 2,3 hari lepas tak dapat menyediakan bubur untuk dia. Nak lenyek kan pisang, macam tak seronok lak sebab pisang tu mcm dah terlalu lama duduk dalam fridge. Ingat nak buatkan carrot puree je, tapi asyik lah ibu ni tertido. Tak sempat lah nak merebus-rebus bagai. Akibatnya, 3 hari lah takde santapan untuk awak. Ibu minta maaf ye sayang.

Dan semalam, balik-balik keje terus ibu rendam beras. Tak nak tangguh-tangguh, nanti terbengkalai akhirnya.

Menu lazim: Bubur nasi + carrot + kentang + ikan bilis. Harap anak ibu tak bosan lah ye. Okay, next week ibu buat puree apple eh.. Ke nak bubur ngan sayur hijau pulak? Abah kata 'nape tak guna ikan je, sian Cha makan ikan bilis' Sebenarnya ibu musykil, boleh dah ke bagi awak ikan? Takut awak allergic, gatal-gatal ke? Next week kita cuba nak sayang?

Yang ibu musykilkan lagi adalah 'nape sikit sangat awak makan masa kat nursery?' bila dok ngan ibu banyak lah gak awak makan, habis gak 2 sudu. Ni selalu ibu bekalkan 2 sudu, bila petang ibu nak basuh tupperware bubur tu, banyak je lagi. Akak nursery tak rajin eh nak layan Eisya makan, anak ibu kan makan lambat. Time makan lah nak main-main kaki, nak tergolek-golek. Nak ajak orang borak. Tu yang sikit je makan ye. Takpe lah, weekend kita makan banyak-banyak ye.

Ibu nak cuba buat puri labu la Cha, suka tak?? Awak makan puri, ibu makan labu masak lemak. :) Baru adil, ibu ngan abah makan sama mcm Cha

21 September 2010

bermulanya sebuah kisah

Masa tu Raya ke-4. Eisya baru 4 bulan 22 hari waktu tu. Merasalah dia benda lain selain susu masuk ke dalam perut. Muka teruja tak boleh nak cerita. Tapi dia memang dah bersedia agaknya, sgt pandai bukak mulut, telan bubur yang ibu suap. Tak boleh lambat ye, habis ditarik-tarik sudu.

Anak ibu suka ye makan bubur.

Itulah kisahnya. Kisah bermulanya Eisya dan Solid Foods.

aktiviti kegemaran masa berusia 4 bulan hingga kini, pantang berbaring, mesti tarik kaki punya. tak dpt jari kaki, kaki seluar pun jadik la

Memang pada awalnya aku sgt tekad, tak mahu ada benda lain masuk dalam mulut anak aku sebelum dia 6 bulan. Orang nak kata aku skema ke apa ke, tak nak amik peduli. Anak aku, ikut suka aku la nak buat apa. Biar orang kata 'alah, org dulu umur 3 hari dah makan pisang lenyek, sehat je' Aku sengih je. Jangan menjawab sangat, nanti panjang cerita.Susah pulak jadiknya.

Bila masuk 4 bulan. Dah asyik pandang orang makan. Tak berpaling langsung, dok perhati je orang mengunyah. Ibu minum pun tarik-tarik cawan. Terdongak-dongak tengok ibu teguk air. Pastu mulut mengetap-ngetap bibir. Air liur meleleh-leleh. Isskk.. kesian lah sama dia. Tapi yang ni boleh tahan lagi. Buat-buat je lah tak nampak. Tak pun letak dia jauh skit time makan. 5 minit je lah dapat pun, lepas tu dia teriak panggil orang suh amik dia. Mana bleh semua dok keliling meja, makan sedap2 dia kena baring sorang-sorang depan tv. Duduk lah atas riba abah, perhati orang makan. Buat muka sayu dia. Drama betul anak aku ni.

Tapi bila dia sudah mula tidak lena tido, aku dah hampir-hampir tak boleh tahan. Tido 15 minit bangun, rileks 5 minit pastu dia teriak. Bila bagi susu, menghisap macam orang tak makan 2 hari dah. Gelojoh semacam je. Tido semula, pastu bangun lagi. Nak susu lagi. Nampak sgt dia tak kenyang, kelaparan. Nasib baik cuti, boleh la sentiasa penuhi demand dia tu. Tapi sgt kesian sama dia, tak lena tido. Sikit-sikit terjaga. Bila hari raya, aku dah redha kalau ada yang menyuap masuk mulut dia ketupat. Yang ni aku boleh la terima, tapi kalau ada yang nak suap bahulu, harus aku menjerit melompat menepis tangan tu. 3 hari kat Johor semuanya selamat. Eisya masih hanya minum susu semata-mata. Mak aku pulak yang over protected, org main-main suap cucu dia kuih raya pun dah terjegil-jegil bijik mata. Balik beraya kat kampung abah pun ok je. Orang-orang keliling pun sgt memahami kehendak dan kepatuhan ibu-ibu muda kini terhadap kata-kata doktor kan. Takde la kejadian yang tak diingini terjadi.

Petang raya ke-4, kami gi beraya ke rumah sedara mara di Pahang. Sepupu Ekwan ada anak umur 7 bulan. Harus lah dia dah start ngan solid foods kan. Malah seawal 3 bulan dia dah makan nestum. Budak laki, lagi cepat lapar kot. Dan seperti biasa, Cik Eisya Elyssa mana bleh tengok orang makan. Pandang semacam je tengok orang makam. Ibu sangat kesian lah. Terus mintak akak tu suapkan skit kat Eisya. Mula-mula dia rasa-rasa je ngan lidah.Pastu terus bawak masuk dalam mulut, elok je dia telan. Pe lagi, terus ibu mintak sudu.

Dalam hati aku ada gak rasa risau. Mana tau perut dia tak taham. Meragam ke. Gundah gulana aku menanti anak membuang air besar. Nak perhatikan hasil pembuangan dia. Paling aku takut kalau dia tak membuang. Harus aku hempuk kepala kat dinding sebab memandai-mandai suap anak bubur sebelum masanya. Bila dia bangun esok pagi dan melepaskan hajat seperti biasa. Lega rasa hati. Terus ibu tanak bubur lagi.

Dan bila sekali dah start, kalau sehari tak dpt merasa lah kau anak asyik ngempeng je. Tido pun tak lena, gelisah je. Tergolek sana, tergolek sini. Dan kini aku adalah gigih mencari resipi, mengukuhkan ilmu pengurusan frozen foods pulak. Sama eh mcm uruskan EBM? Cairkan pastu rendam dalam air panas? Jangan babysitter kat nursery tu malas nak layan frozen food sudah.

Mau buat apple puree untuk eisya... tapi ada yang kata bila dah start bagi benda manis gini, nanti dia tak mahu bubur nasi lagi. Pendapat? Sila kongsikan ye.

*sayang pulak tak amik gambar masa 1st time Eisya isi perut dengan solid foods