Showing posts with label Baby Puree. Show all posts
Showing posts with label Baby Puree. Show all posts

27 October 2014

Makanan Anak

Ini lah aktiviti wajib aku setiap minggu sekarang. Masuk Mydin atau Fresh Boulevard pun bahagian sayur dengan buah aku terjah dulu. Macam-macam aku beli untuk buat stok puree Elma. Konon nak buat sekali banyak-banyak pastu frozen kan. Tapi tetiba rasa buat je lah 2,3 hari sekali. Mesti yang fresh lagi sedap kan. Lagipun, kan ada Baby Bullet. Alah, buat puree bukan leceh mana pun..5 minit siap. Nak tunggu dia sejuk tu je yang lama sikit.

So minggu ni, menu Elma adalah:
- puree Avocado + pisang
- puree pear dan carrot


Aku dah bungkus elok dah steamer tu. Tapi demi anak, aku sanggup selongkar keluarkan. Sebelum ni aku rebus je apple nak buat puree. Tapi risau kemanisan buah tu hilang dan mengacau selera Elma, ku gigihkan juga. Demi mu anak...semua untuk mu. Tapi memang ye lah, pear ngan carrot yang aku steam tu bila dah blend..manis je. Sedap je. Dapat ke Eisya memang habis lah 2,3 bullet dia kerjakan.

Pengemar Puree Labu. Tapi akan menyebabkan dia kembung perut. Ibu kena carik resipi lain untuk dijadikkan favorite awak selain epal. Kacang peas ok dik? Betik? Honeydew?? Nanti kita cuba ye.

*macam-macam ada dalam peti ais aku stok nak buat puree elma. layankan je lah mak dia yang tengah excited tahap infinity ni.

24 October 2014

Makanan Anak

Aku memang agak rajin bab makan anak time dia baby. Bukan main rajin, semua nak homemade. No nestum, no cerelac katanya. Bukan main lagi azam ko kan Dayu. Tapi begitulah aku. Dari zaman Eisya. Tapi Eisya bukanlah pemakan budaknya. Beriya aku bangun pagi sediakan bubur, sikit je dia makan. Tapi aku tetap tak putus asa. Alhamdullilah, memang Eisya makan masakan aku je. Walau sedikit. Banyak buang dari dia makan. Tak pernah makan nestum. Pernah jugak aku cuba bagi nestum tapi dia tak nak. Dah terbiasa makan, masakan ibu agaknya. Ke ibu masak sedap?? *hehehe*

Bila giliran Elma ni, haruslah semangat aku kembali berkobar-kobar. Menghitung hari aku menunggu Elma berusia 6 bulan. Tak sabar nak bagi dia makan. Alhamdullilah, puree epal yang aku kenalkan sebagai makanan pejal pertama dia diterima seadanya. Seadanya sebab tak reject, tak teruja tahap melampau. Tu pun aku dah cukup gembira. 



puri labu penuh kasih sayang.

Kelakar tengok muka pelik Elma masa 1st time rasa puree epal tu. Kerut-kerut dahi. Habis kotor baju. Pertama kali katanya, baru nak belajar macamana nak makan. Bila dah 4 hari makan, nampaklah dia dah reti macamana nak telan makanan tu, takde lah terkeluar-keluar. 


Masih buat muka pelik bila diberi makan puree epal. Tapi alhamdullilah, makan tetap makan. takde lah kena reject sepenuhnya. kena bersabar lah suap dia makan untuk habis se'bullet tu.

juih-juih lidah, habis jugak 1 bullet.

Sangat bermanfaat baby bullet ni. Pembelian yang berbaloi. Dan aku jadik makin kemaruk lak bab nak sediakan makanan Elma ni. Habis segala benda di google. Jumpa macam-macam resipi. Terus tak sabar nak bagi Elma rasa. Weekend ni nak try avocado + pisang, pastu pisang + honeydew..mana yang sedap, boleh aku ngan Eisya balun sekali.

Issk, teruja lain macam ibu korang ni.