27 October 2014
Makanan Anak
24 October 2014
Makanan Anak
Sangat bermanfaat baby bullet ni. Pembelian yang berbaloi. Dan aku jadik makin kemaruk lak bab nak sediakan makanan Elma ni. Habis segala benda di google. Jumpa macam-macam resipi. Terus tak sabar nak bagi Elma rasa. Weekend ni nak try avocado + pisang, pastu pisang + honeydew..mana yang sedap, boleh aku ngan Eisya balun sekali.
Issk, teruja lain macam ibu korang ni.
20 August 2014
Elma dah meniarap
Elma dah pandai pusingkan badan meniarap. Hip hip horeaayyy!!!
Ketika umur nak masuk 4 bulan baru dia berjaya. Oklah tu dik, ibu tak kesah pun sebenarnya. Ibu memang nampak awak agak pemalas nak cuba pusingkan badan. Abah kata adik tak merasakan keperluan untuk mengiring, so nak buat pe susah-susah pusingkan badan. Terlentang je lah. Penat, merengek-rengek kang adalah ibu ke, abah ke angkat. Kakak pun tengah rajin nak tolong angkat. So baring je lah. Tapi mungkin lepas seminggu Elma kat school, tengok kawan-kawan sebelah bergolek-golek..baring meniarap..macam best je. Dia pun teringin. Mungkinlah..
Sabtu lepas (16/8/2014) adalah kali pertama aku lihat Elma meniarap. Dia punya suka, tinggal sental bilik air cepat-cepat basuh tangan, terus capai kamera. Wajib amik gambar ni. Terus upload FB, dan confirm aku akan photobook kan.
11 June 2014
Elma Eiliyah - 7 weeks
![]() selalu macam ni, lepas menyusu je mesti termenung sampai berkerut dahi. pemikir sangat dia ni
Paling aku suka adalah sesi sebelum mandi setiap pagi, lepas dia bangun. Masa paling ceria dalam sehari. Tersenyum-senyum bila diajak berborak. Suka betul dia bila aku main-main dagu dia, usap-usap pipi dia. Melting okay bila tengok anak tersengih-sengih bagaikan faham je apa yang ibu dia ni borakkan. Ohh, sesi bermain air setiap pagi adalah sangat menyeronokkan. Tak pernah menangis time mandi. Mandi air suam kot, apa nak dinangiskan. Kalau Eisya dulu, 3 bulan gak mandi air suam. Pastu air biasa je.
Elma juga sangat mudah kalau dibawak keluar, cuma pastikan dia mendapat susu yang cukup. Diam lah dia dalam stroller tu. Termenung seperti biasa, tapi aku macam kesian kat dia. Kalau bawak keluar sekejap, gi shopping grocery kat Mydin pun dia nampak macam letih je. Kenalah kurangkan bawak dia keluar lama-lama. Elma suka duduk rumah. Sama macam Eisya dulu. *Elma tak setembam Eisya dulu |
01 May 2014
Officially Registered
Akhirnya. Pada hari ke-12, iaitu 30 April 2014, nama adik didaftarkan. Punyalah busy abah awak, asyik tertangguh je. Nasib baik JPN kat UTC Sentral tu bukak sampai pukul 10pm, klau tak mesti tertangguh lagi.
*senyum*
Adik is officially named Elma Eiliyah Bt Mohd Ekwan. My beautiful angel. Maksud??? Apa kata korang gi Google sendiri. Hehehe...
Agak mencabar nak memberi nama ke adik sebenarnya. Sebab dia kan buat surprise. We are expecting for a boy. Maka nama yang tersedia adalah nama lelaki. Tak prepare langsung nama unt perempuan. Dahlah aku gedik nak kekalkan basic initial E.E kat nama anak-anak perempuan aku. Nasib baiklah kawan-kawan ramai yang kreatif, hebat dalam mencari nama anak. Macam-macam suggestion aku terima.
Dan yang paling aku berkenan adalah EILIYAH. Nanti aku boleh panggil adik Liya. And that what I call her now. Macam lembut je bunyi 'liya...anak ibu...' Pastu terkebil-kebil dia tengok aku, aauuww..melting kau. As for ELMA pulak, aku memang terpikat dah tapi Ekwan macam tak setuju sebab makna Elma in Arabic is apple. Macam kelakar lak dia kata bagi anak nama apple. Aku katalah in Greek maksud Elma is protection. Akhirnya dia setuju sebab bila aku suruh dia pikir nama lain dia malas.
Bab bagi nama anak ni memang aku suka. Sebab Ekwan memang serahkan 98% kat aku. Dia review je segala cadangan aku. Tak setuju pun akhirnya setuju. I'm a happy woman in earth!! Tak payah aku merasa berebut nama anak dengan abah dia.
Terima kasih kepada kawan-kawan yang memberi pelbagai cadangan nama. Aku tengah tinggal pilih dan combine je. Korang memang kreatif sungguh bab mencipta nama. Hebat.









