17 November 2010

#8 Misi bulan Disember 2010

Short term goal for this month??

Jawapan yang sangat pasti adalah: Bangun awal, jangan sampai lambat sampai ke pejabat

Ye, aku sangat berharap aku boleh sampai awal. Tak awal, on time pun jadiklah. Jangan sampai punch card kantoi sudah. Dan untuk menjayakan misi ni, perlulah aku tido awal. Dalam erti kata lainnya, siapkan segala rutin kehidupan di malam hari dan terus masuk bilik tido. Jangan duduk mengadap laptop dan menghubungkan diri ke alam maya. Itu adalah penyumbang utama aku tido pukul 2,3 pagi.

Baju keje kena gosok siap-siap di malam hari. Barang keperluan Eisya juga siapkan awal-awal. So bangun pagi boleh terus mandi. Panaskan bubur Eisya, tukar pampers dia. Dah bleh kuar rumah.

Sasaran:

1. Bangun : 5.30 pagi
2. Keluar rumah : 6.45 pagi
3. Bertolak dari Nursery Eisya: 6.55 pagi
4. Samapai pejabat: 7.40 pagi

Dan aku juga memasang keinginan mahu meluangkan sedikit masa untuk kesihatan diri sendiri. Petang-petang hari, di hujung minggu mahu berlari-larian bersama anak di taman bunga. Bersenam membawa anak di dalam stroller, kita tgk camne nanti rupanya.

Harap-harap, ianya berjaya!!

3 comments:

  1. dayu boleh! awal dayu bangun kan.. reen bangun awal gitu time nak buat bubur fahrin je.. sebab sekali buat banyak kan.. maka dapat makan 3 ari..

    tapi nak pasang angan2 nak bangun awal jugak nanti.. selalu lambat sampai ofis neh:P

    ReplyDelete
  2. betul la dayu if kite ngadap komputer di malam hari bekerja..pasti akan tido lewat.yang geramnya mata tak pulak ngantok kalo ngadap komputer..alih2 esok pagi mata berat macam kene gam UHU

    ReplyDelete
  3. nak buat camne
    umah ngan opis jauh, opis lak tgh bandar KL
    mmg tiap hari sesak
    kalau tak bangun awal, tak ikut jalan berbayar
    mmg tak sampai lah

    ReplyDelete