12 November 2010

dia yang mengagumkan

Aku sebenarnya sgt kagum dengan progress Eisya ketika dia berumur 6 bulan ni. Terlalu banyak yang dikecapi. Dari mula pandai mengesot, sampai kotor-kotor baju. Tapi takpe, ada mesin bleh tolong basuh. Dan semalam dia tunjuk satu lagi skill. Dia dah pandai pegang botol sendiri. Siap keluarkan dr mulut, pastu sumbat semula. Ohhh..teruja ibu ngan abah perhati kan.

Dan dia dah semakin kuat berdiri. Kalau dirikan kat kerusi, memang seronok habis dia. Tergoyang-goyang bontot tu. Pagi-pagi sementara ibu ngan abah bersiap, dia tak nak lagi berbaring tertiarap memerhati. Dia nak didirikan dalam playpen. Baru lah puas tgk ibu ngan abah kan sambil tersengih-sengih. Bila dia dah mengangkat bontot, sekali lagi aku senyum kegembiraan. Biar tak bergerak lagi. Hati ibu dah riang bukan main lagi.

bergurau senda ngan ibu dan abah sebelum gi school
-buat-buat la tak nmpak kesepahan background tu, puas blur kan nak cover. tapi nmpak jugak-

Normal rasanya kan bagi semua ibu bapa. Mak bapak mana yang tak gembira lihat anak membesar sehat dan cerdas macam ni. Lagi seminggu Eisya nakberalih bulan. Dah nak 7 bulan. Sungguh pantas masa berlalu. Dan aku juga dah jadik semakin buntu nak menyediakan makanan dia setiap minggu. Aku dah habis idea nak isi apa dalam bubur dia. Cha jangan muak eh kalau ibu repeat menu yang sama. Esok kita try bayam merah eh, ngan ayam.

Aku tak sabar nak dgr dia gelak ni. Bila baby boleh ketawa hah?
*dan aku juga menanti rambut anak aku kembali lebat

13 comments:

  1. cuba agah2 dia...men cak-cak..wat pelbagai muka lucu...gelak lah dia hehe...

    seronoknya..terngiang2 anak gelak mengekek...

    ReplyDelete
  2. sumpah comel!! hahaha geram nengok dia. mesti goyang2 kat bontot dia? hehee

    gelak cemane dayu? bukan aritu tengok dalam video umur 2 bulan dia da gelak sket2? hehe

    cukur ah.. kompom cepat lebat

    ReplyDelete
  3. na suke gak buh bayam ngn ayam, manis,
    tp xsuke tgk warne bubur trsebut,
    mcm xsnonoh je warne..huhu
    ske taruk carrot, kentang ngn ayam,
    nice color, huhu :p

    ReplyDelete
  4. gelak yg mcm kita ketawa
    ni dia sengih je
    mata mcm nak terpejam-pejam dah, tp senyap je

    ReplyDelete
  5. sonoknye,,
    bile la si tembam ony nak beso nih..
    bile dah beso mesti wendu time baby dia..
    :)

    ReplyDelete
  6. cuba wat memek2 muka melucukan kt dia.agah2 & main cak2 ngan dia.dlm babycenter ajar camtu

    ReplyDelete
  7. gambar cha no 2 tu comel giler buat mulut mcm tu. bukan main lagi mencebik ye cha.

    dayu nak ke amik gmbr? promosi sampai musim cuti sekolah bulan 12 rasanya. kalau nak meh la set date :)

    ReplyDelete
  8. hok ni pun debab..
    dah lah pipi bulat..
    tangan ketak..
    adeh..
    geram nih..!!!!

    ReplyDelete
  9. hihihi comelnye cha cha.. putry ni bila ntah nak tegak kalau didudukkan.. hihihi apetah lagi berdiri.. kalau dalam kete suka berdiri tapi masih tak tegak..

    ReplyDelete
  10. dayu xpernah dgr eisya gelak lg ke. imaan kalau main dgn paksu die mmg gelak sakan. kdg nampak tak klaka pun tp dia boleh ketawa. kte kena jg clown jugak nak buat anak gelak.

    ReplyDelete
  11. cha....bijak n cumilnye awak..
    mmg bes kan ngk pekembangan anak depan mate...sgt2 best....

    ReplyDelete
  12. dia dah meyengih2
    tp tak gelak..gelak yg berbunyi
    mcm kita ketawa..
    Cha tak reti ketawa lagi
    mulut tersengih2 smpai telinga tapi takde bunyi

    ReplyDelete
  13. eisya tak boleh gelak lagi eikz???mirza dari kecik dah pandai gelak..terkekeh-kekeh dier gelak bile di agah.....paling best kalau main cak cak ngn m irza..mmg dier akan gelak sampai nampak abis gusi dier.....

    ReplyDelete