29 November 2010

orang baru dalam keluarga

Akhirnya!! Selamat tinggal Maxis!! Berakhir sudah jodoh kita. Cukup setakat di sini. Aku dah tak boleh terima lagi segala keburukan dan kerenah ngada-ngadakau. Banyak lagi pilihan lain depan mata, kini masanya aku ucapkan 'bye-bye'

Dan selamat berkhidmat wahai P1Wimax. Janganlah kau juga buat perangai sengal mcm Maxis. Tunjukkan lah prestasi cemerlang dalam masa 7 hari ni. Kalau tak, bakal terima nasib yang sama lah kau jawabnya. Kali ni, tak kuasa aku nak tggu lama-lama. Macam mengada-ngada je, terus aku terminate. Banyak lagi yang lain. Maka, sila jadi yang terbaik. Pastikan wang yang dilaburkan adalah berbaloi.

Hajat di hati sebenarnya nak menyunting si Streamyx. Dah siap bawak rombongan ke TM Point Taipan, tapi dah penat menunggu hampir sejam. Sekali bila check, port full la pulak kat kawasan umah aku ni. Sungguh kecewa. Hampa. Frust pun iya jugak. Nak tunggu dia tambah port, entah bila zaman. Entah-entah mmh takde. Sibuk nak pasang Unifi je. Nak tak nak kena gak la merisik provider lain. Konon nak mencuba Digi, tapi mungkin dah jodoh ngan Wimax kan. Jalan-jalan, ada org buat promotion. Macam menarik. Isi borang dan bawaklah balik modem tu. Oklah, walau pun tak dpt optimum signal strength. Boleh tahan lah. Yang penting, unlimited. Dulu ngan Maxis, 3G tu 2 minggu je dah habis. Apa la yang berkira sgt.. dah lah caj mahal, tapi kedekut.

Okay..okay, jangan dipuji sgt orang baru ni. Kang dia bangga terlebih terus jadik hampeh.

Anyway, selamat dtg la. Duduk elok-elok tepi tingkap tu.


cik Eisya kegeraman tidonya terganggu, terus buat muka takde mood secara maksima

9 comments:

  1. aku pon pakai p1 jugak.
    memang menguji kesabaran.
    tunggu habes kontrak teros terminate.
    wahahahaha.

    maybe sbb kat shah alam neh ni nye coverage kureng kot.
    xtaw la kalo kat tmpt ko kan.
    hopefully ok la ye.

    ReplyDelete
  2. Saya pakai P1wimax dah setahun jugalah. 2 years contract. So far ok. Letak modem tu elok2 kat atas sofa tepi sliding door.

    Gunakan 2 laptop di rumah.

    Cuma slow sikit tang upload gambar kat blog. Upload kat FB ok. So sekarang upload di FB je then copy paste balik kat blog bila nak buat entry. Tehehe.

    ReplyDelete
  3. tgk kawasan jugak kot
    kena yg mmg dia cover baik punya marvelous la servis
    kena yg sipi2
    servis pun ala-ala

    ReplyDelete
  4. sila kongsi pengalaman anda menggunakan org br ni ye

    ReplyDelete
  5. Lupa nak cakap, Eisya nampak semakin besar & lawa.

    Auww..~ Jatuh chenta!

    ReplyDelete
  6. ainul guna unifi..mmg heaven giler :)

    ReplyDelete
  7. waahhh UNIFI
    mmg heaven lah..mesti takde kes tekanan perasaan!!
    tapi kat USJ takde
    hampeh!!!

    ReplyDelete
  8. dayu, yan dah almost a year pakai p1. so far okey jer. tak letak tp tingkap pun. dulu ms pakai pc memang lem sket. tp kalau dgn laptop berdesup jer peginye ;)...

    ReplyDelete
  9. ingat orang baru 'ehem2' hahahahahaha

    digi best ah! nak pakai topup, kalau nak g mane2 x payah topup.. heee

    ReplyDelete