07 November 2010

hidangan dari dapur

Menu minggu ni bagi Eisya adalah:

1. Bubur nasi + ayam + carrot + kentang : agaknya kalau dia bleh komen dia akan kata 'ibu, tiadakah benda lain untuk di makan?' Maka sebelum tiba-tiba anak membuat magik dan berkata-kata, ibu terus menyediakan menu lain, bleh tukar-tukar bahan santapan. Dan terhasillah:
2. Bubur nasi + brokoli + ayam : sambil mengacau ibu berdoa, moga-moga anak ibu makan dengan penuh berselera.

Ini adalah minggu mencuba memberi Eisya makan ayam. Dia belum pernah merasa ayam. Asyik-asyik ikan bilis tak pun isi ikan selar. Selamat menikmati ayam ye Cha!!

Dan tak lupa pencuci mulut untuk anak kesayangan. Ok, ibu mintak maaf. Menu adalah sama seperti minggu lepas. Epal adalah masih banyak, same goes to raisin. Maka, nikmatilah Epal+raisin dengan penuh passion ye sayang. Cha suka kan... Ibu pun macam suka, sambil suap Cha, suap masuk mulut sendiri sikit.

Mari berkongsi bahan pemakanan anak. Ohh, silalah kongsikan juga menu santapan anak anda. Sesungguhnya, nak menyediakan bahan pemakanan anak adalah umpama memilih kek kawin, kena memerah otak. Sungguh mencabar minda. Okay..okay macam melebih sangat, tapi memang sungguh-sungguh memerlukan usaha. Tu yang akhirnya menu yang sama juga disediakan. Kesian sama anak.

aku memilih kaedah merebus. sebab malas nak kuarkan steamer *malas nak membasuh sebenarnya* gunakan kuantiti air yang sedikit, dan tidak terlalu lama.

sejukkan dan bekukan. each feeding Eisya makan 4 ketul. setiap kali nak makan, panaskan semula. epal ni rendam dalam air panas je.

Sekarang Eisya sudah makan 3 kali sehari. Breakfast, lunch dan dinner yang diberi pada jam 6 petang. Kalau next month berat dia tambah 200gm gak, mmg aku akan frust giler. Tapi mak kata 'alah, dia tengah ringankan badan nak mengesot' Okay..okay, penjelasan yang boleh diterima. Eisya mmg sgt aktif sekarang, Habis pelusuk rumah dia terjah.

Bila dia makan penuh selera, habis 4 ketul pastu tersengih-sengih. Rasa sangat puas hati. Rasa berbaloi je berusaha menyediakan yang terbaik untuk dia.

Segala makanan yang telah disejuk bekukan selalunya akan habis dalam tenpoh4-5 hari. Sehari makan 8 ketul. 4 ketul dipanaskan setiap pagi dan hantar ke nursery. Petang 4 ketul lagi. Kalau tak habis, masuk tong sampah la. Tiap kali nak masak mmg dah budget untuk maximum 5 hari punya. Sayang nak membuang-buang ni.

**ini adalah hasil penulisan pada jam 12.45am, tak bleh tido punya pasal sebab sama-sama join Eisya tido jam 8 malam tadi. marilah meng'auto publish

6 comments:

  1. Rajinnye dayu sediakn mknn buat bb

    ReplyDelete
  2. sedapnya makanan anak dara ni. dayu benda yang di beku kan tu boleh tahan berapa lama ek? macam heinz dalam botol tu leh simpan 2 hari eh?

    ReplyDelete
  3. best best..
    sara pun sudah menyukai pencuci mulut dia..nyummy..

    nenek sara kata : dulu nenek xdak pun makan pencuci2 mulut ni...

    hehehhe

    ReplyDelete
  4. wahhh tq dayu! boleh cube nanti! hee

    ReplyDelete
  5. tidak lah rajin mana hakikatnya
    lebih kepada memenuhi tanggungjawab je. org tanya kenapa tak bagi nestum je..alah, selagi larat..bagi lah homemade food kat dia
    biasakan dr kecik makan masakan ibu
    biar besar nanti terindu-rindu :)

    makanan sejuk beku tu selalu akan habis dlm seminggu
    kalau tak habis buang..

    ReplyDelete
  6. mmg pening bab nk mempelbagaikan menu bubur utk ank.lg2 ank kena pantang ayam/daging.pastu memilih ikan & sayur tertentu je.aduiii

    ReplyDelete