18 November 2010

Bubur Nasi Ikan Tenggiri : as usual with full of love

Santapan Eisya minggu ini adalah berasaskan Ikan Tenggiri. Abah dia kata 'bertuah anak abah, kecik-kecik dah makan ikan mahal' Rezeki abah..ni namanya rezeki.

Sekali masak, dapat untuk 4 kali makan. Sehari Eisya makan 3 kali. Maka, ertinya setiap harilah aku memasak. Hoyay!! Aku memang suka aktiviti baru ni. Sambil masak kari, periuk satu lagi masak bubur anak. Baru lah terserlah kehebatan ibu di dapur!! Maaflah, terpuji diri sendiri. Sayur ditukar setiap hari. Sehari makan bayam, esok lobak ngan kentang pulak.

Masak beras hingga lembut. Sentiasa kacau dengan penuh kasih sayang. Sambil berdoa anak anda makan penuh berselera.

Cara aku: Ikan aku rebus asing. Takut hanyir. Tapi tenggiri tak hanyir rasanya. Sayur pun aku celur asing. Tapi sekejap je lah, risau hilang segala khasiat dari ikan ngan sayur tu. Bila beras dah masak dan pecah, baru masuk kan.

Biarkan sejuk sikit dan blend kasik halus. Ohhh, aku sgt bangga. Eisya nampak gayanya suka makan ikan dan bayam. Berselera sungguh. 3 senduk nasik pun dia boleh habis kan. Uiiihh, sendiri macam tak percaya. Dan yang makin tak percaya, dah makan punya banyak pun masih menyusu seperti biasa. Habis kering kontang susu ibu dia kejekan. Memang tak sempat nak mengepam langsung.

Bila dengar orang dok kata 'bila bagi bubur awal sgt kat baby, nanti dah nak masuk setahun dia tak nak dah makan' Ye ke? Boleh pakai ke teori ni?? Aku macam tak nak percaya. Bagi aku, budak-budak mmg susah nak makan. Kita kena berusaha skit. Bukan sebab cepat atau lambat introduce brg makan kat dia. Dan haruslah aku harap Eisya akan terus berselera makan hasil air tangan ibu dia ni.

Dari dia baby lah ajar dia makan homemade foods kan, tak lah nanti asal balik sekolah 'ibu, nak KFC'

12 comments:

  1. kite sllu bg ayam je kt Naurah. weekend nie nak bagi isi ikan la pulak..tenggiri or merah =D

    ReplyDelete
  2. salam singgah..jgnkan eisya, sy pun rasa cam best je bubur tu..tp tanpa kena blend la..hehe

    ReplyDelete
  3. wah....rajinnya dayu share resepi anak...sy da jd buntu fikirkan nk masak apa kt aisya...slalu MIL yg tlg masakkan kalu hari keje...hihi...weekend je la smpat pun :D aisya sy ni xbyk sgt mknnya... pastu dia akn menyembur tanda da xmo mkn...cam ne ye?mcm2 resepi da cuba... aduhaiii....

    ReplyDelete
  4. yeahhh.. sedapnye cha.. fahrin baru makan 2 bahan neh.. ikut 4 hari jadual.. xkot dia teralergik pulak..

    aa dayu, macam ikan umur berape fahrin boleh santap?

    ReplyDelete
  5. tak leh pakai kot, kata-kata tu. yg penting kita kena pandai mempelbagaikan hidangan utk ank kita. xdelah dia mkn benda sama je setiap ari kan...
    saya kagum dgn semangat dayu utk bg yg terbaik buat eisya. walaupun siang hari bekerja, masih sempat memasak untuk eisya.
    TAHNIAH!

    ReplyDelete
  6. rajin puan dayu btul memasakkkkk~

    ReplyDelete
  7. chaiyok2 ibu eisya...biarlah org nak kata ape pun...tu anak kiter..yang penting ape yang kite bagi mkn tu adelah berkhasiat dear...

    ReplyDelete
  8. dayu ialah my idol bab masak2 ni... jiha dh lama x masak... long distance kn (haha alasan)

    ReplyDelete
  9. hai ayu long time tak kesini.
    baby kita ni time makan susah ke sana sini.jenuh maknye nak kejar.
    ira ngan ara suka makan bubur and ayam..hari tu buat bubur ngan daging ..sedap.bermangkuk makan :)

    ReplyDelete
  10. aqil tak suka makan ikan..huhu..em kena introduce ikan tenggiri gakla kot..aqil makan masih di tahap sikit rsnya..tp kalau ubi boleh licin pinggan tu..

    ReplyDelete
  11. kalau ikutkan, takde lah rajin mana sebenarnya. tp memikirkan hasrat hati yang tak nak bagi anak makan nestum kan..
    pastu biskut farley rusks tu pun dia tak suka..nak tak nak kena la gak memasaka bubur untuk santapan dia

    ayam ngan ikan..eisya suka ikan
    rasa ikan tu lagi kuat kot
    tu yg dia lagi berselera

    ReplyDelete