Bukan lah saya tiada keje. Ada, malah beratur masing-masing tunggu 'bila la Dayu nak uruskan aku ni?' Tapi adakalanya aku mmg malas buat keje. Tapi perlu dinyatakan di sini, kalau blog ni tiba-tiba ada 3,4 entries sehari, tidaklah smuanya aku hasilkan dengan mencuri waktu bekerja. Mesti 2/3 daripada aku buat di malam hari selepas Eisya tido.
Kalau aku ngadap internet malam hari tu maknanya aku tak masak lah tu. Dalam erti kata lain suami kesayangan saya itu telah mengeluarkan ayat berbunyi lebih kurang begini semasa di dalam kereta sewaktu perjalanan pulang 'kita makan kat kedai roundabout tu lah' Aku sebagai isteri pasti tidak akan membantah sama sekali. Setuju 150% Bila tak perlu memasak, dah jimat 60% tenaga aku, boleh la nak rileks duduk depan laptop. Kalau tak, jangan harap.. aku akan habiskan malam hari di dapur je lah. Clearkan sinki, basuh baju..basuh botol Eisya.. Lepas tu terus masuk tido. Aku memang lembik..
Senang cite nak bagitau, ni entry yang aku draft malam td..
Kali ni aku nak tayang gambar anak perempuan aku tido. Dia mmg ganas lah tido skrg. Satu katil dia punya. Habis disondol-sondol perut ibu dia ni suruh ke tepi. Abah dah mmg lama mengalah dah. Ibu nak tak nak kena lah temankan tido sekatil.
kalau dia dah landing kaki atas bantal, dah lena la tu jawabnya. tapi hilang kesopanan dan keayuan anak aku. itu kuning-kuning lekat kat baju adalah mosquito repellent patch. kadang macam berkesan, kadang macam tak bleh pakai. tapi sbb dah beli, tampal je lah.
Anak aku mmg tido tak pakai bantal. Dari umur 2 bulan. Dia tak suka. Selimut pun jangan letak. Rimas! Habis ditendang-tendang pastu merengek tak puas hati. Sekarang dia dah pandai memanjat. Bantal buat kepung katil dah tak berkesan. Badan ibu pun bleh panjat, bantal lagi no hal. Tak lama lagi memang kena cabut la katil ni. Tido bawah je lah jawabnya.
Sampai abah dia tanya 'yang, nape Eisya kuat tido?' Hah, amik kau, kata lagi anak kuat tido. Sekali dia bagi, kul 4 pagi bangun berjaga ajak main. Tak larat nak layan. Aku intai-intai je apa dia buat. Tahu-tahu tertido semula dah.
abah!! ibu!! bangun lah, jom teman Cha main..
*akan berusaha meng'capture gmbar Eisya tido tertonggeng
alah dayu...Naurah pon sama je pe'el tido macam Eisya...suke sgt guling2..pastu kite tido menegak, dia melintang..adoii..poneng kepalo...tp masih bertahan ibu, ayah & naurah tido sekatil..hik hikk
ReplyDeletepagi tadi ditanduknya bibir kite. habis berdarag bibir guwe...sabor jelah..dia x menangis, kite yg cam nk meleleh air mato...kekeke...
hahahahatido kat playpen x berkesan ke? emm nampak gaya x jadik lah beli katil payin.. tido ramai2 kat bawah je lah.. hehehe
ReplyDeleteala comel eisya! da reti panjat badan ibu dia eh? ehehehe
sha, budak2 ni mmg ganas eh??
ReplyDeletetido ngalahkan org besar.
play pen?? huhuu..dia tak suka, kawasan nak bergolek tak luas..tak seronok
dulu try, tiap malam around2 am dah bulat mata sbb ibu lambat terjaga bagi susu..
pastu macam leceh la nak bgn angkat dia kuar smua..
lerr..ingatkan pesen baju eisya mcm tu ade tampal2, rupenye ubat nyamul hehehhe,
ReplyDeletesame la dayu,
lg slesa tgk dia tdo xde bantal n slimut,
klu kite bg, jap2 dia gerak2, jap2 gerak2 cm xslesa,
biarkan je la kosong gtu, janji dia tdo aman :p
na tdo kat bwh je tas tilam bujang je ngn ank bujang, hehe
katel babah dia tdo sensorg, xde kes jatuh katel lg dh skrg :p
kysha kan masa kacil2 zuris kasi tido atas bantal je.sbb tu kepala kysha tak berapa bulat.org ckp kalau nak bg kepala baby lawa jgn bg pakai bantal.
ReplyDeletehahaa..memang lah anak dara kita nie tidur tak semengah.ngalahkan mak bapak lak kan ;)
peel eisya tido tak pakai bantal sama mcm raina. bg bantal tp sekejap je dia tolak bantal tu.
ReplyDeleteseronok nyer eisya tido awal. senang nak buat keja kan? raina tido area pukul 9. dia suka dgn iklan tv 3 tu lepas abis berita selalunya byk iklan tv 3 tu kan. kang dah berjoget bagai dpn tv dgr iklan tv 3 tu baru dia nak tido. hehe :)
hahahaha..hilang kesopanan..
ReplyDeletebiasalah dayu..kecil2 ni lah yang comel tido melasak..
geramm jer
hurmm sama mcm mya.tido kangkang kaki sebelah sure nk landing tempat tinggi.momy ngan papa mmg dh terhimpit ke tepi.naseb tak baik kaki naik atas kepala.pastu pepagi buta kalo dia bgn dulu mak pak nye zzzz lg siap la kena jerit kt tepi telinga.berdesinggg.jerit tau bkn nanges atau bercakap.aduiii
ReplyDeletetgk yg kuning2 tu, ingtkan bra size baby..ehehe
ReplyDeletehahahaahah!!! bra size baby??
ReplyDeletecamne la bleh terfikir gitu...
siyes aku gelak
isk isk..ni kalau kalau haqq sekatil dengan eisya ni..
ReplyDeleteabeh la kene debik dengan kaki debab tu..
huhuhuhu
aqil kul 12 kul 1 br tido..takleh buat apa..main dgn die je..
ReplyDelete