16 November 2010

#7 Kesan paling hebat dalam hidup


Hari ke-7 : A picture of someone/something that has a big impact on you.

tak lain tak bukan, dia adalah Eisya Elyssa Mohd Ekwan.
boss kecik ibu dan abah!!

Kalau ditanya soalan ni kat semua orang yang telah menjadi ibu, pasti gambar anak pertama yang keluar. Memang dialah yang memberi kesan yang sangat besar dalam hidup. Berubah bukan setakat 360 *mana simbol darjah ni?* Jadual kehidupan berubah 100%. Rutin harian langsung tak sama dah. Jangan harap nak bangun tengahari. Sekarang paling lewat bleh tinggalkan katil adalah jam 7 pagi. Sekarang dah tak peduli dengan baju sendiri. Baju anak diutamakan. Takpe..takpe.. dia baru nak merasa hidup kat dunia. Biarlah dia rasa yang best-best je. Yang di dalam kemampuan kita.

Tido malam pun takde dah nak lena straight 7-8 jam. Setiap 2,3 jam kena bangun mengisi perut anak yang dah gelisah kelaparan.

Dengan hadirnya Eisya dalam hidup 6 bulan lepas, dah pelbagai pengalaman baru aku merasa. Menjaga anak sakit cukup mencabar. Terasa macam tak percaya aku sanggup berjaga, tak tido malam.. semata-mata nak pastikan dia lena. Tu kuasa seorang anak beb.. demi anak je kau sanggup buat macam tu. Ye, tak terkecuali. Mak ayah kita.

Sebenarnya seakan tak percaya aku boleh berubah sampai macam ni sekali. Hidup didedikasikan sepenuhnya untuk anak. Segala keperluan dia sentiasa didulukan. Dulu nak balik kampung, kemas beg baju sendiri je. Suami bleh kemas baju sendiri. Sekarang nak ke mana-mana, nak gi Mydin shopping grocery pun kena bawak spare lampin sekeping dua. Tu belum lagi nak berjimba 5,6 jam. Penuh handbag ibu ngan barang anak je. Bila dah ada anak, handbag akan bertukar menjadi diapers bag secara serta merta. Hebat!!

Dan macam-macam kau kobankan setelah adanya anugerah terhebat dalam hidup ni.

1. Tiada lagi nak keluar malam sesuka hati. Dapat anak yang jenis tido pukul 7 malam, jaga 6 pagi macam Eisya ni. Lupakan je lah nak melepak makan Naan Cheese kat mamak malam-malam. Jangan mimpi

2. Nak bermanja-manja secara extra dengan suami pun tiada masa sgt dah. Masing-masing dok ralit belek anak. Nikmatilah kehidupan berdua anda sepuas-puasnya. Sebab bila dah ber-3, dah tak sama dah.

3. Nak ke mana-mana, mesti pikir 'okay ke bawak Cha?? dia selesa ke? meragam tak dia nanti' dan selalunya semua terpaksa dibatalkan setelah memikirkan kebajikan dia.

Kini, segalanya adalah anak. Anak... Anak dan Anak!!

ibu sayang Cha 100%!!! Demi Cha, ibu sanggup lakukan apa sahaja!!

10 comments:

  1. suke gambo yg bawah tue. klu masok contest ibu & anak, kompem leh menang =D

    ReplyDelete
  2. tulah skrg ni sy tido sbyk mgkn. kang ank kuar, xdpt dh nk buat lg. hehe...

    ReplyDelete
  3. 100% agree.
    memang kalau dh ada anak ni, tkde benda lain dipikir.
    sampaikan nk mandi syampoo rambut pon garu pelan2 sbb pasang telinga kut2 anak menangis ke...
    Dulu rajin kilat2kan kuku sambil berlosyen2 bagai sambil tgk tv. NO MORE!
    Demi insan bernama anak...
    Moga2 anak2 kite diberkati hidupnya & jd anak yg solehah.... Amin...

    ReplyDelete
  4. ye betol.
    setuju sangat.
    handbeg da bertukar isinye.
    skg ni if usha2 nk beli h/bag baru nak kene beli yg godang2.
    yang boley masuk diapers n etc.
    huahuahua.

    btw, cikpuan dayu sudilah kiranya kita bertukar hp no dengan saya ye. senang kojo sket.
    hehehe. miskol miskol 019-3314022

    mekasih!!

    ReplyDelete
  5. sha: nak join tak sempat dah. tutup sudah. tggu yg lain lah

    kan..kan..skrg nak buat pape smua kena cepat2. takut anak meragam. takde masa lah nak blow2 rambut..dpt sikat jgn serabut pun dah cukup bertuah..

    ReplyDelete
  6. jeles tgk kasut2 chacha.mcm2 pesen mcm2 kaler.owh mya kenapa la kaki kamu comel sgt.ntah bila nk muat pkai kasut ntah

    ReplyDelete
  7. hehehe 100% setuju! anak anak.. sok x dengar kata siaplah

    ReplyDelete
  8. yeahh!!!semestinya anak.
    sampai hubby merajuk.hihii

    ReplyDelete
  9. alah suami ni, jgn lah nak majuk2
    bagi lah peluang kat anak
    awak dah puas dah bermanja
    zaman kawan, zaman bercinta, zaman jadik suami jap
    pastu jadik abah ni..korban lah untuk anak skit kan

    ReplyDelete
  10. Tak sabar tunggu orang ke 3. Kalu berdua dah boring dah... huhuhuhu hehehe

    ReplyDelete