26 November 2010

perancangan awal hari minggu

Aku dah lama pasang niat. Dapat tahu je tentang Baby Expo ni terus set dalam handphone. Simpan siap-siap. Bukan setakat handphone aku. Handphone Ekwan pun aku set sama. Yelah, aktiviti begini kenalah libatkan dia sama. Kata Baby & Parent Expo. Parent tu maknanya ibu dan abah. Kalau ibu je.. tak berjayalah maknanya.

Siap 2 minggu ni, asal nak belikan barang untuk Eisya semua cancel. Nak carik kat expo gak. Dengan harapan barang adalah berharga lebih murah dan pembelian akan jadik lebih berbaloi. Harap-harap impian menjadi nyata. Siap pasang angan-angan, nak pegi awal-awal, nak join segala contest yang ada. Kutip segala free gifts yang ada. Hahahahah.. *buruk perangai* Sebenarnya macam takde apa sangat nak dicari, tapi sebab nak pergi sangat. Aku adakan juga lah list brg yang bakal dibeli iaitu:

1. kasut dan baju-bajuan untuk Eisya *baju dia je, baju aku?
2. aksesori pengisian perut *skrg dia ada 3 btg sudu, 2 bijik mangkuk je
3. botol susu saiz besar skit, bape ml tak tau..
4. ye..ye.. nak carik thermos isi makanan Eisya antar ke nursery.

Tapi tengoklah, mana tahu jumpa barang baik punya.. beli!! jangan tak beli.

Korang pegi ke?? Kalau pegi jomlah bertemu-temuan. Bleh temukan anak-anak comel kita. Pasti selamba je kita amik gambar berlatar belakangkan backdrop stage. Wahh!! Seronok!! Anak-anak buat muka blur, tak paham apa-apa. Mak-mak yang over. Suami masing-masing geleng kepala.

*niat di hati nak pergi seawal mungkin..
*tak kuasa nak angkut stroller, carrier adalah mode pengangkutan terbaik

17 comments:

  1. Selamat bershopping.

    Kita tak pergi. Hubby outstation so duduk rumah diam2 saja lah. haha.

    ReplyDelete
  2. tgh berpikir nk pegi ke tak ni..
    stroller mmg diharamkan..
    nt susah nak trn naik level..
    nk hrpkn lif jgn hrp klu rmi cmtuh..
    pnuh nt dgn stroller ank2..
    isk nk g ke x nih...hihihi

    ReplyDelete
  3. teringin sangat nak pegi, tapi nak buat cemane dah dok jb... :(

    ReplyDelete
  4. dayuuuu see u there! kite pon pegi pagi buta esok... nk angkut eryna masuk kangaroo pouch je. xmo sesak2 nnt die emo. die tu kuat emo haha

    ReplyDelete
  5. doakan hanie dpt pegi! sebab suami keje ujung minggu ni..isk2...tak best nak pegi sorang2...nak buat keputusan tentang anak kene keputusan bersama (padahal rambang mata dan mmg susah buat keputusan sendiri :P)

    ReplyDelete
  6. hoi!!
    macam nak pegi jugak la!!
    kat mane eh?
    MV ke?

    kasik kompom tempat kat aku.
    arigato!

    ReplyDelete
  7. jom!!
    sape yg pergi kalau terlanggar bahu, terpijak kaki ke
    anak tercuit2 ke
    tegur lah ye, kalau mcm was-was pun tegur je..jgn malu-malu..

    waahhh!! teruja

    ReplyDelete
  8. x dpt pegi. Naurah baru baek CP kan. Tu pn blm 100%. so pass jelah. tsk tsk...

    ReplyDelete
  9. mmg excited nak pergi sejak tau haritu.
    harap2 hajat tercapailah.
    dengar2 lak mak&pak mertua nak balik ipoh pula.tp harap2 tak jadilah.hahaa..menantu jahat :P
    nak g expo!boleh jumpa2 kan.

    ReplyDelete
  10. yeahhhh termos memang sangat penting dayu.. xpon food jar tuu.. yang 24 hrs panas.. bestnyeeee pegi expo.. reen x dapat lah:((

    ReplyDelete
  11. kitorg pon dh siap plan nak gi MAHA expo ni... untung2 bleh dpt organic vege murah2 utk si kenit ni...

    slamat berhujung minggu... shopping dgn berhemah ye ibu Cha ;)

    ReplyDelete
  12. ketemu di sana dayu,insyaallah! hehehe....

    ReplyDelete
  13. nak pegi! tp mcm malas nak bersesak2. sok pulak alfiy ada checkup. hurm.

    so, kalau pegi pun, i'll try on Sunday. juz nak borong wet tissue pureen byk2. time expo murah2, kan.

    ReplyDelete
  14. Kat mana expo tu? nak kepoci jugak qwalau pun belum ade anak :(
    well anak buah kan ramaii

    ReplyDelete
  15. alamak
    sekali suami ku mahu ke MAHA juga
    tapi mcm tak sesuai lah ngan Cha
    padat2, panas
    tak pasal2 demam kang
    kat MidValley, takpe
    ada aircond :)

    ReplyDelete
  16. ainul pun nk p gak..jgn bw stroller ek?? 1st time nk p ni.

    ReplyDelete
  17. bila expo tu ye? mama raina tak tahu. hehe

    ReplyDelete