Oh..oh.. sudah kantoi 2 hari!! Aiyok!! Huhu, mintak maaf lah. Hujung minggu memang saya tidak peruntukan untuk merapu menulis di blog. Sabtu dan Ahad adalah didedikasikan untuk melayan kerenah Eisya dan abah sepenuh jiwa raga. Blog kita abaikan sementara.
Tu yang terkantoi tu. Ni tengah membayar hutang la ni.
Tugasan hari ke-5: A picture of somewhere you’ve been to
Tugasan hari ke-5: A picture of somewhere you’ve been to
Aku ni jarang berjalan-jalan. Memang jarang lah. Nak bercuti-cuti pun susah. Aku kurang mampu. Masa tu ada, tapi peruntukan kewangan tu takde. Banyak lagi yang perlu diutamakan. Tu yang nak merasa bercuti setahun sekali pun mcm susah. Tapi yang seronoknya, bidang keje aku memang kejenya berjalan sahaja. Dulu waktu bujang memang seronok lah. habis satu semenanjung aku dah tawaf. Memang rasa bertuah badan.
Tapi pergi sebab keje, takde la seronok mana kan. Tapi boleh la.
Dan aku paling seronok masa keje ngan PPSPPA dulu. Tiap minggu kena gi site. Sampai muak ok. Kalau bleh nak suruh TA je pegi. Tapi nanti aku gak nak kena sign macam-macam kertas. Tak kan nak main sign tak tengok keje kontraktor kan. Bungkus la kain baju, pegi la gak.
Yang paling aku suka time kena pegi Pulau Pinang. Memang sambil keje, sambil makan angin la. Tapi tak puas. Dan aku dah menyatakan hasrat kat En Ekwan nak ke Penang. Nak jalan-jalan kat Penang. Percutian yang betul2 bercuti, tak mahu sambil-sambil. Dan dia kata 'okay, nanti kita pegi lah' Tapi sampai hari ni masih belum tertunai. Akan ku tuntut. 2011 mc tak boleh sebab dah ada agenda, 2012 ke, bila ke. Kena pegi gak. Bawak Cha mandi laut. Wah seronoknya!!
Okay, cukup. Ada 2 lagi hutang nak kena langsaikan. Pendek-pendek sudah..
dayu, balik johor boleh kira cuti gak tue...hihih...
ReplyDeletesama la..plan nk pi penang tp tak kesampaian lg.penang syok.mkn sodapp
ReplyDeleteadoi dengar2 gini pon macam da best!
ReplyDelete