23 November 2010

AidilAdha & Eisya

Seperti biasa, anak aku tidak berbaju kurung. Pagi raya kita sarung jeans ngan t-shirt. Raya tahun depan baru kita pakai baju kurung yer. Kita sedondon ye anak beranak.

ibu ngan abah nak bawak gi beraya

bersama abah. bila pipi abah nak sama kembang cam pipi Cha abah?

ibu, sila jangan nak lawan pipi tembam Cha ye.

seperti biasa, ibu akan terlebih excited bila bergamabr. org nak amik gambar Cha tapi dia lak posing lelebih. kan abag Aiq kan..

Tahun ni berAidilAdha di Pahang selama 3 hari kemudian pulang ke Johor pulak. Cuti panjang kan, kena lah bagi sama adil. Semua rindu kat cucu. Mak ayah aku lagi lah. Sekali Eisya buat perangai lah pulak. Orang lain boleh pegang dia tapi ibu ngan abah kena ada depan mata. Bangun je dia nangis. Sedangkan td molek je Atok dukung, ibu abah hilang.. menangis. Ohhh, demanding sungguh anak aku.

Elok je td dia meniarap sambil hisap-hidap remote tv, tp bila ibu dia angkat bontot je, mulalah teriak. Pastu sibuk ngesot dtg minta dukung. Ohhh, aku sgt seronok bila dia berusaha mintak dukung. Kadang saje dengki kasik dia macam nak panjat-panjat kaki baru amik dia. Hahaha, saje buli anak skit.
*gambar selingan*

Eisya.. Eisya, takde adik lagi ni seronok la kamu. Bleh lah ibu nak belai-belai, gomol awak sorang je. Tapi takpe, jangan risau. Lambat lagi awak nak dapat title kakak. Bukan menolak rezeki, tapi ibu nak bagi sepenuh perhatian, kasih sayang kat awak. Sebab nanti bila Cha dah jadik kakak, ibu nak Cha jadik kakak yang penyayang. Boleh tolong ibu jaga adik. Cha, ramai kata nanti adik Cha perempuan gak. Ibu macam suka, tapi abah kata 'sepasang lah lagi best' Macam kalau dah dapat sepasang ibu tak payah beranak lagi kan..

14 comments:

  1. mana tau pas cha dapat girl lagi nie? hehe ni mesti tgk ruas kat paha baby kan? hihi..

    ReplyDelete
  2. kita pun berangan, if dpt baby lg lepas ni, harap2 lelaki. sbb pastu pk tanak beranak lagi.


    mcm kan anak tu boleh diminta2 kan. haha.

    ReplyDelete
  3. heheh...same lah kita dayu...qaseh klu beraye klu tak berskirt mst berseluar...taun dpn baru lah leh wat baju sedondon...mst cumil dah sbb taun dpn dah leh jln kan..

    ReplyDelete
  4. aah la. raya tahun ni dlm pantang. raya tahun akan dtg xsabar nak sedondon anak beranak ;)

    "sepasang lagi best"..hehe. mmg best tu bunyinya;)

    ReplyDelete
  5. erm....same ajelah anak kita dayu...pantang angkat bontot, pantang tak nampak muka kita mesti teriak sakan.

    aidiladha husna lagi sempoi...takde baju cecantik. pakai baju biasa2 dok rumah je..ibu dia pun xde baju2 kurung bagai.

    ReplyDelete
  6. entah lah, apa yg dibeleknya
    tp setakat ni takde lagi yg kata adik Cha boy, smua kata girl
    tak kesah..

    baju kurung ada tp mcm besar je
    simpan lah lagi
    taun depan baru pakai

    ReplyDelete
  7. uuii... sihatnye Cha.. dah makin montel. cerdik dah dia ye..

    Harap2 dpt baby boy gak. tp mmg blom ready sbb mcm terngiang2 contraction punye sakit. hehehe

    ReplyDelete
  8. Dayu...

    da besar anak dayu..emsem la hehe

    ReplyDelete
  9. samalah saya...raya haji kami sempoi betul kali ni...baju biasa dan duk umah semata...hiks...
    anyway, salam kenal, saya dah follow,kalau sudi follow me back k!!

    ReplyDelete
  10. perangai eisya sama dgn raina. w/pun skrg raina dah setahun umurnya tp bila mama ke papa dia ke nak pergi dapur ke tggl kan sekejap kat ruang tamu ke mesti raina menjerit atau menangis. raina jenis budak tak boleh di tggl kan sorang2. so terpaksa lah salah-sorang dr kami jaga raina bergilir2 kalau nak masak ke kemas rumah ke

    ReplyDelete
  11. tu bunyi cam tak lama je lagi nak kasi cha adik.hehee..

    cha dah muat pakai jeans?bestnye...cari2 jeans tuk kysha takde yg muat2 g.

    ReplyDelete
  12. ensem anak ku?? huhuhu..dah pakai t-shirt sluar jenas gini mmg gaya budak jantan..

    ReplyDelete
  13. eisya dh mcm muka dayu dah... hehehehe

    ReplyDelete
  14. mlama x dtg sini. tgk2 cha dah besar...ihik...ikut muka abah dia..comey + geram tgk cha..

    ReplyDelete