02 November 2010

teguhkan semangat

Aku tak pasti macamana lah aku boleh tercicir beg pump dan segala aksesori berkaitan. Memang tak ingat langsung, Dok sibuk-sibuk kemas brg nak bawak ke Port Dickson, langsung tak teringat. Ralit sgt mungkin sebab 2 hari sebelum tu asyik men'direct feeding Eisya kan. Balik dari Janda Baik, sibuk kemas rumah. Basuh baju, siapkan brg2 Eisya untuk esok hari. Seboleh-bolehnya nak menyenangkan keje abah dia. Tak mahu dia serik menjaga Eisya seorang diri.

Bila sampai PD, bila breast dah mula mengeras.. baru teringat, Arrgghh!!! Pump tertinggal. Nak tak nak, memerah secara manual lah aku. Ngan bottle smua takde, puas aku ikhtiar nak guna apa menadah hasil perahan. Cawan pun jadik lah, dari takde. Pastu pikir lagi, nak simpan dalam apa ni? Dan akal kata 'guna je botol air mineral' Maka, ke hotel shoppe lah aku membeli 4 botol air mineral.

Sesungguhnya memerah menggunakan tangan adalah sangat meletihkan. Sakit-sakit pinggang tengkuk aku smua. Lagi-lagi aku yang dah biasa guna pump electric ni. Nak bagi kosong both breasts, ada sejam aku rasa. Peergghh, dia punya letih toksah kata lah. Tapi mengenangkan badan yang tadi dah mula rasa macam nak demam sebab breast dah full tapi tak diperah keluar, aku gigih jugak lah. Dan gigih jugaklah aku turun ke receptionist counter tu pukul 11.45 malam, dengan muka paling manis 'dik, nak simpan brg dlm fridge tu' Fridge yang dimaksudkan adalah fridge dalam hotel shoppe. Dan adik tu pun 'ok' Mesti dia dah biasa jumpa orang-orang mcm aku yang menjajau-jajau mencari peti ais kat hotel ni tanpa mengira masa kan.

Tapi nak buat macamana, aku rasa semua yang breastfeeding mesti macam ni. Asal kalau kursus ke, out-station ke, mesti melilau-lilau carik tempat nak simpan EBM. Takde dah segan-segan, semua orang ditanya. Redah je. Dan tempat sasaran aku selalunya adalah cafe, dining hall, dan yang seangkatan dengannya. Member-member yang selalu kursus sama-sama pun mcam dah faham rutin aku. Aku rasa, aku takde lah gigih mana. Adakalanya macam nak menyerah kalah jugak. Nak je bagi Eisya minum susu tepung je. Lagi-lagi bila hasil perahan pulak semakin merundum. Tapi tu lah, selagi ada kan, beri je lah. Biar kena campur ngan FM pun, takpe lah. Kenapa nak menyerah kalah kan. 6 bulan sebelum ni boleh, kena nak berhenti pulak kan..

Menyusukan Eisya adalah pengalaman dan pengajaran terbaik untuk aku. Harap-harap nanti adik dia akan menerima peluang penyusuan yang lebih baik.

8 comments:

  1. dayu! awk adelah antara emak yg paling cekal! chayo dayu!!
    moge usaha kite dipermudahkan dayu...

    ReplyDelete
  2. chaiyok2 dayu...nadpun dahmerasa pam secara manual..dapat bayangkan sakitneyr tengkuk nbadan mengepam manual...tp tulah, daribiarkan breast mengerasdan susu terbuang...baik perahkan...

    ReplyDelete
  3. yay..!!
    jangan merasa malu dan segan demi anak tersayang.. :)
    saya menyokong sepenuhnya usaha kak dayu..!!

    ReplyDelete
  4. tahniah dayu...lin pun mengrap benda yang sama , moga adik azryl akan dapat lebih baik susu ibu.no more lagi campur-campur

    ReplyDelete
  5. Alamak dayu. myself pon ada je kdg2 yg tertinggal. corong la, hose la... sebulan 1-2kali confirm jadi. Walaupon dh check sbl gi keje...

    Hopefully kita2 ibu bekerjaya ni bersemangat & +ve nk mengharung detik2 parenthood yg sgt2 mencabar skrg ni kan...

    ReplyDelete
  6. Betulla Dayu.. Kalau kite full BF, Pump tu dah jadik cam best friend.. x leh nak tinggal2.. Kalu tertinggal mulalah gelabahkan..

    ReplyDelete
  7. betul tu.. Pump ni dah jadik cam best friend.. x lengkap hidup tanpanya kan!

    ReplyDelete
  8. cekalkah?? entah lah, adakala rasa mcm tak
    adakala rasa terbeban jugak
    tp mengenangkan anak
    bila terbayang muka dia tersengih-sengih..gigihkan juga diri
    semoga kuat semangat

    ReplyDelete