30 November 2010

hal tubuh badan

Dulu selalu membaca satu fakta yang isi pentingnya adalah 'Menyusu badan boleh kurus'

Kenapa fakta tu macam tak menjadi realiti je untuk aku. Tak kurus pun. Perut buncit tetap ada. Tapi adakah kerana aku mengisi perut sesuka hati. Selagi tak rasa kenyang secara maksima, aku pergi tambah nasik lagi. Kalau tapau nasik time lunch tanpa segan silu suruh tambah nasik. Orang lain mintak nasik separuh, aku 'tambah skit dik nasik' Tu yang walaupun menyusukan Eisya dengan susu hasil badan sendiri. Badan tetap tak menyusut.

Tapi dia tak mengembang dengan meriah pun aku patut syukur. Sebab kadar pengambilan makanan aku memang sungguh buat Ekwan geleng kepala.

Berat terkini? Tak tahu sebab tak jumpa weight scale, entah manalah dia menyorok. Dan kini yang menjadi penanda aras adalah seluar jeans dan juga baju-baju bersaiz M. Selagi boleh sarung, aku assume aku masih berada dalam keadaan selamat. Masih boleh makan ikut selera tekak.

saya 2 minggu lalu.

Teringin gak nak berdiet, tapi bila mengenangkan budak kat atas tu. Terus macam 'tak payah la' Risau nanti badan meragam terus stop hasilkan bahan pengisian perut anak. Makan secara tidak amik peduli ni pun anak aku dah kena minum susu tepung. Kang kalau konon nak mengisi perut secara berpada-pada, terus terhenti. Menyesal tak sudah aku jadiknya. Takpelah, nanti-nantilah nak berdiet tu. Dulukan keperluan anak.

Ke aku lagi utamakan perut yang selalu masuk je pukul 12 dah mula mintak diisi semula sedangkan pagi tadi dah diisi ngan sebungkus nasik lemak?

Siapa yang tak mahu kurus kan, boleh sarung baju sesuka hati. Nak beli baju baru pun tak payah nak sibuk-sibuk masuk fitting room. Pilih je saiz sama mcm patung pakai, mesti ngam punya. Nak bergaya pun confident je. Impian smua wanita ni beb. Tapi entah bila la aku boleh merasa balik berat yang hanya 54 kg tu. Dalam mimpi je kot. Dahlah bersuami kan lelaki yang sentiasa slim, makan banyak-banyak pun gitu gak badan dia. Lagi la aku geram. Nampak aku ni mcm sgt besar je. Sedangkan dia yang kecik sgt. Dulu masa pregnant lagi lah. Aku ni dah macam gergasi je kalau jalan sebelah dia.


gmbar ni tak berjaya sgt buat dia nampak lebih kecil dari aku.

Kalau ikut hati, malas nak pikir. Biarkan je lah badan ni. Tapi mana boleh kan. Ni suami tak berbunyi, tak komen macam-macam boleh lah buat-buat tak faham. Kang kalau dia dah berbunyi. Huru hara pikir camne nak hilangkan lemak tepu segala ni. Tapi apa je option yang aku ada. Uiihh, buat-buat tanya pulak. Sudah tentu lah kurangkan pengambilan nasik tu, cukup sepinggan. Tak payah nak bertambah-tambah. Kalau rasa lapar, makan la buah. Ni tidak, digorengnya macam-macam. Pe tak kembang badan.

Okay..okay akan berusaha..

ini adalah teknik menyorokkan ketembaman diri. secara langsung menimbulkan ilusi 'sedikit' kurus. semoga tak perlu lagi buat begini di masa hadapan.

*ini adalah entry yang dikarang malam tadi *aku kan ketagihgigih

11 comments:

  1. tu la dayu. sama dengan kite la... tk tau nape mcm makin kembang. wattudu.... asal mkn je, igt anak... asal mkn je, igt anak... mana yg tak happy & hormon mkn mencanak2... tk sedar br lps mkn dh lapor balik.

    teringin nk try corset PB tu... tp mcm belum mampu.

    gamba Cha yg last tu cheeky btol... ala2 jual mahal jek :D

    ReplyDelete
  2. tu la dayu. sama dengan kite la... tk tau nape mcm makin kembang. wattudu.... asal mkn je, igt anak... asal mkn je, igt anak... mana yg tak happy & hormon mkn mencanak2... tk sedar br lps mkn dh lapor balik.

    teringin nk try corset PB tu... tp mcm belum mampu.

    gamba Cha yg last tu cheeky btol... ala2 jual mahal jek :D

    ReplyDelete
  3. kite tgk Dayu maintain je mcm sblm pegnen. ok la tue...kite nie baju2 b4 pegnen seme da x muat. terutama tang pinggul tuh. mengembang sungguh lepas bersalin aritu. bengkung pon x jalan. perut ade spare tyre toksah cerita lah kan. sampai habi buat main2 pastu gelak2. siot betol!! rase cam nk suruh dia beranak dulu, then baru tau!!! gewaammm tau..huhuh

    ReplyDelete
  4. entri macam terkena batang hidung ku ketika ini. dayu logik lah sebab dah kawin n baru lepas bersalin. amy nie, anak dara lagi uuu.... tapi berat naik kalahkan org pregnant. LOL.... now tgh gigih berdiet. tak pernah2 diet seumur hidup nie. T____T

    ReplyDelete
  5. dayu..sama la... maybe sebab makan byk so tak kurus...kalau tak bf dgn kadar yg kite makan mungkin lagi di pam pam

    p/s: tp suami saya mau saya kurus =|

    ReplyDelete
  6. hehehe..i pun sama u...mmg susah nk diet bila myusu bby nie.. hope usaha u berjaya ok...gud luck..

    ReplyDelete
  7. dayu, yg penting kene konfiden!

    mcm misha ni, konon nak kempiskan perut, tp bab mkn, penuh nasik sepinggan, siap tmbh 2,3kali. kalo kt kedai, selambe je suruh tmbh nasik lg.

    yg penting niat kite murni, utk nyusukan anak. insyaAllah akan kurus secara kite tak perasan nnti. aminnn..

    (statement konfiden lebeh ni. haha)

    ReplyDelete
  8. samalah... walopon bfkan baby tp tak baper nak kurus sgt

    takpe lah tak sampai tahap obes lg just cbubby2 lite jer hehehe

    ReplyDelete
  9. jangan terpedaya dgn gmbr wahai kawan. Ilusi optik je smua tu. Korang kena tgk aku secara live dan pasti akan kesian tgk bdn aku ni.

    ReplyDelete