Eisya mula mengesot ala-ala combat *okay, apa perkataan paling sesuai untuk aktiviti ini??* sebaik sahaja masuk umur 6 bulan. Di waktu bakal meninggalkan angka 5 bulan dia mmg dah mula menunjukkan sedikit pergerakan. Tu pun kena diberi insentif, kena diumpan. Bagi bekas bedak ke, cermin mata abah ke, letak depan dia jauh skit suruh dia amik. Tu pun jenuh kena bagi support 'go..go..go Eisya!!'
Di suatu petang, ketika ibu dan abah sedang mencuba new toys Eisya., kereta api yang berbunyi sangat kuat dengan lampu-lampu yang sangat colourful itu *bila dapat bateri baru* Dengan tanpa diduga, Eisya bergerak sangat pantas mengejar keretapi tu. Ohhh, gembiranya lah hati ibu dan abah!! Bukan setakat ke depan, nak berpusing, nak ke belakang smua seakan mudah bagi Eisya.
Mula dari hari tu, semua pelusuk rumah dijelajahi. Paling favorite adalah rak tv. Asal letak, terus je tuju ke situ, menarik sangat ye. Dan benda yang dicapai adalah decoder astro. Seperti biasa, smua nak masuk mulut.
hah!! buat apa tu Cha?
hhhmmm.... Cha... Cha... *buat muka kesian*
kalau dia dah buat muka gini, jangan la cakap terkuat skit ngan dia, memang melalak lah dia. ingat orang marah kat dia. sensitif anak i sekarang. adakah orang-orang di nursery selalu marah/herdik dia hah?? *ni idea abah dia yang bagi*
Lantai kini perlu sentiasa dipastikan bersih, tidak boleh ada benda-benda asing yang tak patut ada. Kang kalau dia masuk mulut tak pasal-pasal je. Pintu bilik air smua kena tutup. Ohhh, tong sampah dalam bilik pun kena di alih posisi. Nyaris-nyaris dia nak menyelongkar pagi tadi. Bila dia tersangkut bawah meja pun macam comel. Dah masuk tak reti nak keluar, sangkut kat kerusi. Macam kejam lak boleh biarkan anak terkial-kial tapi ibu sengih-sengih je. Takpe..biar dia explore sendiri.
Kena beli pagar lah tak lama lagi, sebelum tiba-tiba dia menerjah masuk ke dapur. Tadi dah halfway dah nak ke dapur carik ibu ngan abah.
Seronok bila tengok anak aktif mcam ni kan. Dan bila tengok progress Eisya yang begini, aku sungguh-sungguh syukur Eisya dikurnia kesihatan dan sempurna begini. Alhamdullilah.. rasa syukur yang sama sebaik saja dia lahir dulu. Doa dan harapan semoga dia akan terus cerdas dan membesar dengan sempurna.
Tak sabar nak Eisya merangkak!!
Dan ibu bersedia nak simpan segala benda yang berpotensi untuk awak musnahkan.
segala plug2...suis2 kena tutup...
ReplyDeletewayar2....teringat anak saudara sekarang sedang meniarap...setiap inci rumah hendak dijelajahh,,,seronokk tengok,,,,
pandai belakon la ini bdk.cepat je wat muka kesian sblom sempat dimarah.so clever.auntie suka memek muka kamu yg begitu syg
ReplyDeleteyes,akhirnya ibu boleh kurus...
ReplyDeletegara-gara eisya yang dah pandai merayap. :P
a'ah lah kan, segala plug kena kasik off. bahaya kat si kecik ni
ReplyDeletedah la smua nak masuk mulut
budak2 mmg sgt terror berlakon
pandai meraih simpati
tak buat muka gini pun dah mmg kalah, ni kan pulak buat muka gaya gini
adoii..klu da merangkak cam naurah sok, lagilah x terkejar dayu...poneng kepalo...hihih =p
ReplyDeletealalalala comelnye cha!! abeslah sok payin da reti macam cha.. memang kene beli pagar la gamaknye..
ReplyDelete