Dulu selalu membaca satu fakta yang isi pentingnya adalah 'Menyusu badan boleh kurus'
Kenapa fakta tu macam tak menjadi realiti je untuk aku. Tak kurus pun. Perut buncit tetap ada. Tapi adakah kerana aku mengisi perut sesuka hati. Selagi tak rasa kenyang secara maksima, aku pergi tambah nasik lagi. Kalau tapau nasik time lunch tanpa segan silu suruh tambah nasik. Orang lain mintak nasik separuh, aku 'tambah skit dik nasik' Tu yang walaupun menyusukan Eisya dengan susu hasil badan sendiri. Badan tetap tak menyusut.
Tapi dia tak mengembang dengan meriah pun aku patut syukur. Sebab kadar pengambilan makanan aku memang sungguh buat Ekwan geleng kepala.
Berat terkini? Tak tahu sebab tak jumpa weight scale, entah manalah dia menyorok. Dan kini yang menjadi penanda aras adalah seluar jeans dan juga baju-baju bersaiz M. Selagi boleh sarung, aku assume aku masih berada dalam keadaan selamat. Masih boleh makan ikut selera tekak.
saya 2 minggu lalu.
Ke aku lagi utamakan perut yang selalu masuk je pukul 12 dah mula mintak diisi semula sedangkan pagi tadi dah diisi ngan sebungkus nasik lemak?
Siapa yang tak mahu kurus kan, boleh sarung baju sesuka hati. Nak beli baju baru pun tak payah nak sibuk-sibuk masuk fitting room. Pilih je saiz sama mcm patung pakai, mesti ngam punya. Nak bergaya pun confident je. Impian smua wanita ni beb. Tapi entah bila la aku boleh merasa balik berat yang hanya 54 kg tu. Dalam mimpi je kot. Dahlah bersuami kan lelaki yang sentiasa slim, makan banyak-banyak pun gitu gak badan dia. Lagi la aku geram. Nampak aku ni mcm sgt besar je. Sedangkan dia yang kecik sgt. Dulu masa pregnant lagi lah. Aku ni dah macam gergasi je kalau jalan sebelah dia.
gmbar ni tak berjaya sgt buat dia nampak lebih kecil dari aku.
Kalau ikut hati, malas nak pikir. Biarkan je lah badan ni. Tapi mana boleh kan. Ni suami tak berbunyi, tak komen macam-macam boleh lah buat-buat tak faham. Kang kalau dia dah berbunyi. Huru hara pikir camne nak hilangkan lemak tepu segala ni. Tapi apa je option yang aku ada. Uiihh, buat-buat tanya pulak. Sudah tentu lah kurangkan pengambilan nasik tu, cukup sepinggan. Tak payah nak bertambah-tambah. Kalau rasa lapar, makan la buah. Ni tidak, digorengnya macam-macam. Pe tak kembang badan.
Okay..okay akan berusaha..
ini adalah teknik menyorokkan ketembaman diri. secara langsung menimbulkan ilusi 'sedikit' kurus. semoga tak perlu lagi buat begini di masa hadapan.
*ini adalah entry yang dikarang malam tadi *aku kan ketagihgigih