Showing posts with label My Day. Show all posts
Showing posts with label My Day. Show all posts

14 May 2009

aku carik kasut lagi lama dari pilih cincin kawin

Telah berjaya ke Pavillion dengan menggunakan perkhidmatan awam. Huhu, saya mcm takut naik monorail tu. Muka keras je, pegang besi kat tepi tempat duduk tu. Gegar2 je rasa benda tu. Sangat tak sabar nak turun.
Dah lah jalan sorang-sorang dengan tak pastinya kat mana letaknya Pavillion tu. Ye, mmg saya tak tahu dia kata mana. Selalu dtg Bukit Bintang ni mesti berteman. Aku ngekor je. Tapi hari ni gigih gi sendiri. Sampai En Ekwan kata 'uncit aku, kalau bab shopping besungguh betul' Alah, dah takde masa. Tak carik hari ni, entah bila nak beli. Nak suruh pakai kasut gi keje ke sanding nanti?? Harus 4 keturunan gelak kan aku nanti.

Turun je monorail, terus call En Ekwan kesayangan yang juga merangkap GPS bergerak ku. 'yang, Pavillion arah mana??' bagi je kedudukan terkini anda, dan dia akan bagi direction untuk kaki ni melangkah. Siap dengan pesanan penaja 'jangan gedik2' Buat yang tak tahu *mmg lah takde sape yg tahu* itu pesanan favorite dia setiap kali tunang dia ni keluar tanpa dia di sisi, pesanan wajib tiap kali 'cik yu' balik kampung. Pe dia ingat suka sgt ke 'cik yu' mengedik. Bukan best pun...

Masuk2 pavillion, terus carik Parkson. Tapi sempat gak lah buat muka paling yakin, masuk butik2 kat kiri kanan tu dalam perjalanan ke Parkson. Biar budak2 salesgirl tu tak pandang aku atas bawah mcm aku tak mampu je nak beli barang2 kat dlm kedai tu. Walau hakikatnya, memang tak mampu pun. Boleh je kalau nak beli sebenarnya, pastu aku takde duit nak makan. Maka, haruslah aku dulu kan makan. Namun, walau puas buat muka 'orang berduit', tetap budak2 tu pandang aku semacam.

Sudah lah korang...nyampah tul aku ngan perangai korang ni...

Masuk parkson pun aku mcm 'eh,nape susunatur parkson ni tak sama mcm kat The Mall ni?? mana kasut dia ni??' Merayau2 jap dalam tu, tak gak jumpe barang yang dicarik. Terus keluar bawak diri. Bukan setakat keluar dr Parkson, terus keluar dari pavillion.. terus rasa kesedaran dalam diri muncul. Aku belum mampu untuk berbelanja di sini. Tunggu 5 tahun lagi, mampu lah kot. Huhu, dengan gaji seorang engineer pun masih belum mampu nak shopping kat Pavillion. Kesimpulan, tak lah banyak mana gaji engineer. Jangan nak paw aku sesuka hati.

Dan dengan redha membawa diri ke Lot10. Iye, kat sini baru lah rasa best nak belek2 kasut,baju smua. Kasut2 kat Isetan lagi best lah dr kat Parkson Pavillion tu. Tengah syiok2 try kasut, En GPS call 'kamu di mana uncit??' Ko tengok, mesra tak mesra dia panggil tunang dia ni. Rasanya, sampai beranak pinak dia panggil aku uncit ni kang. Dan, dengan kuasa veto milik seorang bakal suami 'jom gi makan, jap lagi la beli kasut awak tu' Dan dia suruh jalan semula ke Pavillion. Lunch kat sana je dia kata. Layankan je lah. Mmg perut dah lapar ni.

Food court Pavillion mcm best lah. Dah lah makan tengahari bersama lelaki pujaan hati sampai mati kan. Harus lah lagi rasa best+seronok yang melampau. Dia belanja pulak tu. Hati perempuan mana lah yang tak berbunga riang.

Selesai sesi mengisi perut 'awak nak orang drop awak kat mana ni?? Lot 10??' Dan saya jawab 'tak nak lah. nak gi sg wang lah' Iye, ari ni saya kuar masuk shopping complex je. Dan misi mencari kasut harus dijayakan. Jangan sia-siakan cuti anda *cuti lah sgt* Dan habis Sungei Wang aku tawaf. Dah lah punyalah banyak kedai kan. Sepanjang petang kat sana. Tapi sebab nak balik ngan En GPS, kena tggu smpai 4.30, rasa mcm takpe lah kuar masuk semua kedai.

Dan setelah rasa penat yang amat dan rasa dah tak larat nak mencari. Kasut pilihan hati telah ditemui. Susah sungguh mencari kasut ni lah. Yang berkenan smua heel berinci2. Aku mana bleh pakai heel tinggi2, En GPS tu ketinggian dia lebih baper cm je dr uncit dia ni.

Hasil kegigihan mencari sepanjang hari. Dia ni jadik pilihan. Dan hati rasa girang, sebab akhirnya dapat kaler gak kasut kaler grey. Konon match habis lah dgn baju nikah bermanik silver tu. Moga2 padan juga dengan lace beralas songket tu nanti. Arrggg, padan tak padan, aku sarung je..
Pesanan kepada sang kasut kelabu:
Selamat berbakti ye pada 31.5.09 nanti. Sila lah jalankan tugas dgn cemerlang pada hari pernikahan dan persandingan ku nanti.

Dan En GPS yang baik hati telah mengutip 'uncit' dia ni. Siap pesan 'tapau org kek satu eh' Pantang tahu kita lepak minum kat Secret Recipe tggu dia. Terus bagi tempahan khas. Tapi, demi kekasih hati sampai ujung nyawa, kita penuhi je lah ke'mengidaman dia tu.

Dan sampai umah, saya terus excited try kasut baru. Saya suka!!!

*beli cincin kawin pun tak susah mcm ni. tak sampai sejam pun. beli kasut sampai seharian
*hahaha, en ekwan dpt nama baru, En GPS, juga en IT saya.. pape, saya tetap sayang kamu. sayang banyak..

19 September 2008

*lapar la* ngantuk lak tu

-semalam berjaya keluar opis sebaik je pukul 5.15pm, sebelum kena tahan, baik cabut awal2. sian kan, nak balik pun takut-takut-

Dan hari ni, ngadap dokumen tender ni. Ngantuk la wehhh, TA tengah berhempas pulas siapkan lukisan *cik engineer dia suruh siap ptg ni gak* Dan cik engineer juga telah menyerahkan V30 dia untuk digunakan oleh TAnya itu *lembab lak autocad tu kat V30*
-dan cik engineer tak berkomputer minggu ni dan minggu2 akan dtg-

Ptg ni ada majlis bacaan yasin dan tahlil kat opis. Balik lambat la kami semua arini, tapi takpe, ada makan2 free. Lagipun mmg kena stay pun, nak keluar quotation kan isnin depan.

-lampu kelip2 kat kaunter depan tu lawa la, nak mengedik la jap lagi kat situ-

Dan terasa nak makan kek secret recipe la *saya dpt kebenaran untuk ponteng pose ye*

*dan uncit saya telah fax surat terima offer SPA itu. mana nak carik rm6k uncit weh??*

08 September 2008

hampeh je tau

Ni smua citer petang semalam. Al-kisah berbuka pose Cik Dayu & En. Ekwan. Punya la berkobar-kobar nak gi bazaar ramadhan *cik dayu mengidam nak gi bazaar, nak carik nasi kerabu kaler biru ngan daging bakar*

Uncit Ekwan yang kononnya prihatin dtg la amik tunang dia ni pukul 6. Ingat nak gi bazaar kat Sentul tu je, tapi sebab susah nak dpt parking, dia ajak gi bazaar kat Jalan TAR *mcm ntah pape je solution nya kan, gi ke tmpat yg lagi comfirm padat dan sesak* Dah lah parking jauh,pastu bila smpai je sana, hampeh je *nyampah!!!*

'mana bahan pemakanan ni awak, pembajuan je smua' -dayu

'depan sana kot, jalan je depan lagi' -ekwan

Teruskan la menapak, walaupun kaki dah lenguh semacam. Tapi tak jumpe sorang pun yg jual barang makan. Last-last patah balik ke kete, gi Kg. Baru, beratur beli ikan bakar. Tapau makan kat Tasik Titiwangsa. Wallawehh..punya la ramai org.
-ekwan suka kata, kami adalah trend-setter makan tapau kat tasik, org tiru dia-

Dan skrg Cik Dayu tgh menunggu uncit ekwan nya smpai dari Bukit Bintang -buka pose dlm kete lagi ke?? tggu dan lihat je lah nanti-

06 September 2008

Buat pertama kali nye

Sepanjang hidup selama 25 tahun ni, semalam adalah kali pertama i buka dalam kete. Takde lah sedih mana pun, seronok je..*tak betul dah ko dayu, ada ke seronok buka dlm kete* Seronok sebab uncit Ekwan ada sekali. Kalau sorang2 mmg mau nanges dah.

-semalam balik umah terus tido, ngan tak mandi nye, ngan pakai baju keje lagi. terus tido sampai pagi ni. amat tak bersahsiah kan-

05 September 2008

perut saya kata dia kosong

Hahahahah!!! Macam tak senonoh je kan. Macam baru blaja puasa je. Tapi serious, lapar giler hari ni. Rasa nak je makan kek pisang ni hah, seb baik iman masih teguh *kena sorok kek ni* Malu je tadi perut bunyi time meeting, bengong je rasa.

Ekwan sangkut kat Jalan Tun Razak, alah sian uncit saya tu. Tak lama lagi patah la kaki dia, tiap2 ptg asyik layan jammed je. Takpe dia kan slalu kata dia gagah, maka ni lah masa nak buktikan..kan..*sikit je tu uncit, sabar ye* Cuba fikirkan yang awak on the way nak gi amik tunang awak, mesti ilang segala tension tu. Hahahahah..ye ke? ke makin bertambah *sila lah berani kata gitu* :cool:

Mana mau buka puasa ye arini?? Asyik buka kat umah En. Izan je. Segan lah saya *dayu kan pemalu* Lagipun, tak dapat lagi buka berdua ngan dia. Semalam pun dia suruh gi Hartamas. Tak larat la, terus balik Sentul.

*sila la sampai sebelum pukul 7 ye uncit*

04 September 2008

saya kepenatan yang amat

-Penat la sangkut dalam jammed. Seb baik sempat bukak pose kat umah-

Lenguh wehhh kaki kiri asyik kena tekan clutch. Rasa nak je tukar gear tu jadik automatic!! Uncit, nanti beli kete auto satu ehh...org tak larat dah nak bawak manual kat KL.

Semalam Cik Dayu kepenatan melayan kontraktor-kontraktor kat Cyberjaya tu. Dah la panas. Derang lak bleh datang ikut suka, org kata 2.30pm, datang sesuka ati jr *Suruh balik kang..*Dah kena bagi taklimat banyak kali tau..*kering tekak tau ulang2 taklimat*
-1st time bagi taklimat ni, kena buat keputusan sendiri. berani kan je la diri-

Dan hari ni kena berjemur kat Landfill lak. Warrrghhh!! Panas!! *saya amat tak berbakat keje kat site ok...*

see...see..dah tertutup kepala hah ngan buku..tak tahan la. panas sgt!! duduk tengah2 landfill, ngan bau yang boleh tahan semerbak nye hah...tak kuasa dah den nak layan org tu cakap.. cakap la ko sorang kat situ..
*sila saksi kan jerawat yg menganas di dagu dayu

-dan pagi tadi bangun lambat. seb baik Aziah baik hati bagi pinjam kete gi keje, bleh lah smpai awal-

Dan petang tadi dapat surat SPA, JKR call for an interview jawatan TETAP ok... Diulangi TETAP. Harus lah Cik Dayu melompat keriangan. Tapi baru interview..harus prepare leklok.. i really want the post. Penat dah asyik jadik Engineer Kontrak.
*pray for me, and wish me luck*

28 August 2008

rasanya i can be PR *iyo lah tu*

*saya memang berbakat tak berbakat langsung jadik PR company*

Tak suka sangat buat keje-keje call org ni tau. Tapi nak suruh TA yang call kang lagi derang blur tak reti nak explain camne. Dari nak terangkan smula, baik i call by myself.

Boss masih insist nak PKK yang keluarkan senarai kontraktor untuk the quotation. Sedangkan kami dah call pun kontraktor, yang kitaorg pilih sendiri dari website dia. Maka, i telah dipertanggungjawabkan untuk call smua PKK dan mintak derang send the list TODAY. Today ye..*macam mustahil je, pepaham la kan...*

Tapi berusaha la gak. Gunakan segala communication skills yang ada. Dan akhirnya hanya PKK Perak, Kedah dan Pahang je kata akan fax arini. Yang lain..macam2 alasan, pegawai kursus la, meeting la... Tak suka!! *boss saya dah asyik tanya2 ni*

muka pening lepas kuar bilik boss *nak kena dpt kan ptg ni gak*
dah la PKK Terengganu balik 3.30pm hari Khamis... :(

-air-cond ni buat org beku tau-

27 August 2008

where i can be found from 8 am until 5 pm: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam (PPSPPA) Tingkat M, UOA Pantai

*ye..sepatutnya i post this entry more earlier, tapi before ni mcm takde mood nak citer pasal tmpat keje baru, masih dalam tempoh penyesuaian lah katakan*

Kini saya bukan lagi Engineer kontrak di JKR tapi secara rasminya, saya kini jurutera kontrak di Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam (PPSPPA). Iaitu sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
*sedikit pengetahuan am untuk smua ye* -ucapkan TQ kat Cik Dayu-

My current office is located at Wisma Pantai UOA, sebelah Menara TM je. Malah everyday, lunch kat Menara TM sebab kat situ je ada sumber permakanan. Sebulan keje, dah tak tau nak makan apa, sebab tiap2 ari ngadap menu yg sama *nasib la*

Pejabat PPSPPA located from level Mezzaine, 2,3 dan 4. Sewa 4 level ni korang agak2 baper sebulan.. if i told you, it almost a million, caya tak??

Bahagian Teknikal (at mezzaine level), di mana semua staff dan pegawai ber'gred J berkubu setiap hari. Ni kat bahagian tengah, where almost TA is placed.

Segala ruang yang ada dimanfaatkan ok..kata sewa mahal. Tapi actually ada another wing kat sebelah. Tapi sementara ni, smua duduk kat satu wing je. Senang, takde la nanti maklumat tak sampai lak..nak discuss pape pun senang

yeah..finally..
Ni la workstation Cik Dayu..ni lah spesifikasi ruang kerja untuk professional 3 *kategori 3 je J41*
Tapi actually dah lebih dari luas ni.
Lihatlah..there nothing on the table..penuh bersepah ngan kertas semata *lakonan smua tu*

ni kena bawak tiap2 arini, kalau tak, tak masuk opis la jawabnya..
i pernah tak jumpa pass ni sekali *rupanya ada bawah seat kete* nak parking kete free harus lah tak dpt, nak masuk opis pakai pass pelawat *leceh..leceh*

dan dipersembahkan Cik Dayu yang dah lama tak tayang muka kat blog sendiri
*warrgghhh!!! pipi saya makin terserlah ketembamannya..mampos lah*
dan juga eye bag itu...semakin ketara!!! any tips on this??

-ptg tadi ujan lebat yang amat. maka paksa Ekwan amik kat opis walaupun tahu time tu dia kat Panasonic, Bangi..paksa gak dia dtg. saja nak manja2 ngan uncit saya-

Kemudian kami mengadap jammed ke OU. Ekwan dah tak larat nak tekan clutch *penat siot bawak manual kat KL ni* so switch ngan dia time kete stop tu *lawak je rasa, tukar2 seat mcm tu* Makan Mc'D dan carik barang2 keperluan bulanan. Masuk shopping complex takde gaji ni menyakitkan hati lah *tak suka..tak suka!!!*

-balik JB weekend ni buat loan ngan mom and dad bleh tak? :) -

23 August 2008

i'm having good time here *almost lah*

*seb baik Maxis Broadband berfungsi di Kg Luit, and now i'm posting from his house*
-baru je balik dr Kuantan, bersama mak dan adik-

Bertolak dari KL pukul 12 tengah malam. Saje, Ekwan nak tggu harga minyak turun. Walaupun 15sen, tetap memberi kesan tau. So, sampai Kg Luit, Maran around 2 am. Sampai-sampai terus tido. Ngantik dah, lagipun smua dah tido time tu.

Yayy!! I berjaya bangun at 7 am. Terus join mak kat dapur prepare breakfast. Makan2, borak2 and sambung prepare lunch lak. Kitaorg berempat je kat umah. Lepas makan, Ekwan ajak jalan. Mak ajak gi tengok Kak De' kat UIAM, Kuantan.

Sampai UIAM dah 5.30, Kak De' ada class lagi pun. Then nak singgah sembahyang asar. Ekwan bawak la ke Masjid kat bandar Kuantan tu. Dah agak2 dah mesti i tak bleh masuk. Masjid besar2 ni selalu nak masuk kena pakai tudung. Mana la nak carik tudung dalam Vito tu..tapi cuba jaya je lah, mana tau lepas masuk.

Sekali ada org tegur, dia tak kasik masuk. Sudahhh... nak tak nak, patah balik lah. Tak suka lah. Malu saya tau...dari elok2 org nak semayang asar, dah terpaksa ponteng. Hmmm...tggu je lah dlam Vito sementara mak ngan adik2 Ekwan siap sembahyang..*time tu tak lah apa yg i rasa*
-ye, mmg la kena tutup aurat kan nak masuk masjid, tapi apa salahnya kalau disediakan tudung/selendang spare kat situ. Kalau dah mmg org takde tudung, bleh gak masuk..sekadar cadangan la-

Siap je sembahyang, mak ajak gi makan. Mak nak blanje * :)*

Ekwan bawak gi makan kat Satay Zul. Sedap satay dia. Tapi akhirnya Ekwan yang bayar, mak beriya nak bayar tapi Ekwan tak kasik *org nak gaji dah, apa kesah kan..lagipun bukan selalu blanje mak ngan adik-adik*

Antar smula Kak De ke UIAM, magrib kat sana dan straight home to Maran. Sampai umah, terus on V30, dan berebut ngan uncit Ekwan. Tapi skrg dia kuar dah, dan V30 milik Cik Dayu. Tapi Cik Dayu dan ngantuk giler...dia nak join mak ngan adik tido...

Nite my dear frens... have a happy weekend!!!

*esok mak ajak gi pasar pagi kat maran..kena bangun awal ni*

21 August 2008

sakitnya pinggang saya

Hari ni, 8 jam bekerja tanpa henti. Lunch pun lambat, siap bergilir-gilir lagi makan. Huhu..my workstation dah bertukar jadik procurement department. Dari pagi smpai ke petang kitaorg sediakan dokumen tender..*penat weh*

Dah la mesin photostat satu je...seb baik laju..

Sebelum ni, masa kat JKR tahu remind consultant je. Tahu-tahu dokumen dah ready, i tahu bila i nak jual everything is ready. Skrg rasa la buat sendiri.

Rasa lah jerih perih buat project in-house. Lepas ni kita buat Design & Build je la ye...penat lah weh.

Sakitnya pinggang. Balik petang tadi terus terlelap. Nikmatnya dapat baring!!

LRT tak meragam hari ni. Nasib baik, kalau tak memang i amik balik Vito. *Vito adalah kenderaan bertayar 4 Cik Dayu, yg tiap2 bln mintak duit, yg tiap2 ari kena kasik makan petrol*

Actually i tengah cuba nak naik LRT, kononnya nak berjimat la. Lagipun Ekwan have to use Vito. Maka, sebagai tunang yg baik hati, kena la berkorban. Bagi la dia pakai Vito. Dia lagi memerlukan.

-esok nak balik maran..ni 2nd time jejak kaki kat kg uncit ekwan ni. Lama nye...1st time dulu masa zaman2 diploma...excited lak rasa-

20 August 2008

1st day naik LRT

Huhu..macam2 jadik arini. Saja menguji Ketabahan diriku ini tau..

Awal2 pagi dah bangun sebab by 7am nak kena keluar umah. Dari Sentul naik Star smpai Masjid Jamek and transit ke Putra. Boleh pulak Putra tu buat hal di hari pertama i ke keje guna kan dia. Saja sabotaj aku tau kau ni!! Nyampah!!!

Sedangkan elok je smpai Masjid Jamek 7.15am, boleh lak dia stop, tak gerak2 kat situ smpai 15min. Dah la ramai-ramai dalam tu, air-cond pun tak baper nak rasa. Ikut hati nak je keluar tau, tapi sebab pintu dah tutup...berdiri je lah.
*pagi tadi main redah je beli2 tiket smua..tapi as long reti membaca, harus la selamat smpai kan*

Bila dah gerak, lega je rasa hati. Konon sempat la smpai opis before 8am. Sekali dia buat hal lagi kat stesen Abdullah Hukum, next is Kerinchi. Dia stop lagi lama2 kat situ..hangin je rasa. Nk je keluar jalan kaki je tau..*benci...benci!!*

Mmg sah lambat la pagi tadi. 8.20am baru sampai opis *buruk rekod*

Bila petang, boleh pulak ujan. Dah la takde payung, berbasah la jawabnya. Warrghhh..banyak betul dugaannya tau. Macam tak kasik je i nak naik LRT gi keje.

Tapi bila difikir2 kan balik, mungkin ni semua jadik sebab nak suruh i bersyukur dengan segala apa yang i ada. Yelah, sebelum ni ada Vito kan, nak ke mana2 senang. Bila sekali diuji macam ni dah merengek lebih-lebih *terasa insaf jap petang tadi*

~jangan lah esok LRT tu buat perangai lagi...*

07 August 2008

Begini lah...

Hari ni hari ke-4 Cik Dayu di tempat keje barunya *dan dia amat mengantuk..tu je dia tau*

Warrrgghhh!! Cepat lah pegawai kanan masuk. Boring tahap maksima ni takde keje. Biar penat buat keje dari penat berborak sepanjang hari *haru hidup gini wehhh..*

Melalui fasa seminggu pertama ni mcm seksa je rasa. Yelah, kita kan dah biasa, masuk2 opis pagi2 hari terus ada task nak buat. Bila termenung je mcm ni...mahu terjun bangunan ni kejap lagi. Huhu..boring yang amat ini.

Tahu nya setiap hari, bangun pagi-pagi, memandu dgn hemah semata-mata nak punch card, pastu dah mati kutu. Gi la partition org, borak. Kalau ada task org lain yg boleh tolong, tolong lah buat, kalau tak khatamkan lah majalah2 lama itu *mampos kalau idup gini*

Arrrgghhh!!! *rasa nak tarik-tarik rambut*

Malas la nak fikir. Disebabkan agak serabut memikirkan kehidupan diwaktu sian selama 3 hari ini. Semalam Ekwan telah dipaksa diminta untuk menemankan Cik Dayu menonton wayang. Dia setuju je, aktiviti wajib katanya lepas Cik Dayu dapat gaji *huhu...saya redha*

Be home around 12.30 am and went straight to my luvly bed. And now, i'm here in the morning.
*menghitung waktu untuk mkn tengahari*

Yeah..i'm also going home to JB this weekend. Balik naik bas je, sebab balik sorang kan. Uncit tak dapat ikut sebab, adik dia dtg dan dia kena antar adik dia gi jumpa mak dia. Takpe lah...balik sorang pun sorang la...tak kesah pun..

Hmmm...ok, enough for this entry. Sambung lagi kemudian..

18 July 2008

*Huhu..Hoho*

*kini saya di dalam tempoh penyerahan tugas -atau lebih tepat: menunggu masa untuk blah-*

Dad is coming from JB next Monday. Angah also coming from Kedah on the same day. Both will go to Putrajaya on the next day.

So, i'm the one who responsible to fetch them on the evening. Huhu..bersiap sedia lah untuk meredah jammed ptg2 kat Puduraya.

And Ekwan asked to visit his mom this weekend.
*smlm dinner ngan uncit saya itu di Uptown, dia kata i look more 'tembam' than before..Benci!!!*

Last week derang smua gi tgk mak, i kan sibuk buat rambut. Maka, sebagai bakal menantu yang comel dan baik hati -kui..kui..kui- harus la gi datang melawat kan. *dayu mmg suka puji diri sendiri*

And suddenly Ekwan asked me this:

'nak bawak pe untuk mak erk? awak masak la yang' -ekwan

'nak masak pe? nak bagi awak makan senang la..nak bagi mak ni..pe je yang org reti' -dayu
*huhu..kena gi menuntut lagi ni*

'buat sphageti je la. kan awak terror' -ekwan

'tak kan nak bawak sphageti. lain..lain' -dayu

Ada sape2 nak sedekah resepi? Dah lama tak masak2 lah..kena masuk dapur semula ni.

And mom called me yesterday. Dia suruh print gambar tunang and passed it to dad. Dia kata smua org tanya mana gambar anak dia..
*kena antar print arini jugak ni*

01 July 2008

July is coming!!

It's 1st July! Maknanya dah sebulan kami bertunang!! -baru lagi..still fresh-

Saya datang keje lambat arini, sebab overslept :sleep: Kul 8.15 baru jaga, tu pun tak tau camne bleh jaga. Slalu Aziah kejutkan -malasnya nak gi keje-

Dengan malasnya, tarik tuala, gi dapur buat sandwich, masuk bathroom, mandi2 dan dgn sengajanya siap lambat2. dah alang2 lambat kan, lagi pun boss takde kan...
*lagipun kan attendance main tulis2 je...-dayu suka..dayu suka- :woooh:
~lagi lambat thumd print tu siap, lagi bagus~

Ni semua gara layan dvd semalam, tgk cite 21, best lah cite tu. Nak kena review ke? Tak yah lah kan..kat wayang tak tau bila main. Nak carik dvd Wanted lak la...*sexy angelina jolie*

kat cover tu kata movie ni based on true story, betul ke?
*caya kan jelah

Pastu layan main online game -Ekwan la ajar smua ni- Dah mcm addicted lak -kat opis pun main, pastu ajak Dol pun main*sebab dia je ada broadband*...tak bermanfaat kami kan-

Pastu blog hopping, then lapar.. Owhh tidak!! Terus sign-out YM, tutup Imesh...shut down V30 and Tido...*kang kalau tak tido ada gi dapur makan...bahaya tu*

*jap lagi kawan i nak dtg mintak sah kan sijil dia -seronok la org mintak2 sign kita-

26 June 2008

huhu..pening

Penat!!!
*arini asyik meeting je

And i'm missing him a lots!!!
semalam tertido2 tunggu ekwan datang..
and malam ni dia kena OT -kena tunda dinner..benci la-
*bila pakteh nak dpt keje gomen, senang skit

And pa'a pesan beli pil nona roguy kat Semua House -sempat ke nak pegi ni-
Esok mungkin kena gi shah alam sorang2, Ekwan ada meeting
*tak suka...tak suka

*nak ice-cream!!!
main game gak best -tak sabar nak balik umah-

24 June 2008

me blogging in bus

Currently i'm in Machap, Johor. I on my way home. Mak Long i meninggal pagi2 tadi. Early in 4am mom called me.

I yang tgh mamai2 ni terus celik... Mak Long mmg sakit, aritu masa i tunang pun tangan dia bengkak lepas jatuh hari tu tapi ... Hmm, dh ajal kan, sape kita nak persoal kan tu smua.. Another an hour to reach JB and i was so sleepy but i can't sleep...

*kat machap ni kena pakai GPRS, 3G takde, tapi ok je network dia

17 May 2008

me in JB

huhu..what i'm doing is only EAT, EAT, EAT and EAT!!!
-mmg makin kembang lah badan ni 4 hari duduk kat umah-

Bibi & Kiki sudah besar. Sukanya!! Derang dh reti mai kejar2, gigit, panjat2 cage derang, i amat suka. Rasa nak tido depan cage je ngan the kittens.
-i lupa bawak balik my hp's and digicam cabel, so tak boleh nak upload any pics-

And currently i tgh menGERAM kat orang tu, Nyampah!!

Tak suka.. Benci tul berjanji+berurusan ngan org macam ni tau. Macam mana nak maju bisnes korang kalau gini gayanya.

Yeah, should be i had an appointment ngan bridal tu, nak confirm kan baju. Tapi semalam bila i call nak dtg, dia suruh dtg hari ni(saturday), and when i call to confirm it today, dia suruh dtg esok lak. Ni yang buat i HANGIN satu badan. Dah la kita ni bukan selalu ada kat JB, kang esok kalau dia postponed lagi mmg nak kena maki la tu. Menyusahkan orang tau!!!

Dan terus i terasa nak carik bridal lain -wargghhh!!! lagi 2 minggu je lagi tau- Mmg betul2 menyusahkan la. Kalau tau mmg tak boleh nak amik order lagi, cakap je la, boleh awal2 i carik bridal lain tau. BENCI!!!

~esok is Ima's wedding, nak beli pe erk nak bg present? dah tak tau nak bagi apa lah wedding membe~

08 May 2008

Jalan sambil keje di Terengganu

1st Day -the first half-

Pagi hari di Kuala Terengganu

Ekwan, Aziah ngan I, bertolak pukul 12 malam Sabtu. Kitaorg estimate dlm 6hr akan smpai Terengganu.Tapi sebab drive malam kan, awal lah smpai nye. Kul 5.30am kitaorg dah ada kat Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu.

Ekwan drived from KL-Karak, then passed kat i smpai Kuantan -dayu mcm takut je drive kat LPT tu mlm2, kosong + gelap je- then Aziah lak smpai mana ntah. Pastu Ekwam sambung semula smpai Terengganu. Kena la i teman dia, wlaupn terasa nak je tido -dayu kan bakal tunang yg baik hati...ahakssss-

seronok je dpt tgk matahari terbit..dgn bunyi ombak..damai je rasa

Tido la kami dlm kete kejap, pastu pagi2 lagi dah serbu Pasar Payang, had our breakfast and terus gi shopping. Aziah nak beli semua pesanan dari officemates dia. I lak tak terasa nak membeli, tengok2 je dulu. I have another 3 days at Terengganu.

Pastu serbu kedai emas. Harga emas kat Terengganu murah la. Banyak lak kedai emas kat area Pasar Payang tu. Semua kedai kitaorg masuk. Dah puas membelek, akhirnya CINCIN RISIK ku dibeli di Terengganu.

Ekwan dah started rimas badan, i pun dah tak sabar nak check in. So around 11am, terus gi Permai Inn. Mandi2 dan terus bersiap nak gi wedding Zek kat Kg. Tok Dir.

~badan amat penat, ikut hati nak je tido, tapi semangat nk berjalan mengatasi segalanya~

07 May 2008

my out-station week

I'm home!! After spent 3 days 2 nites at Terengganu
(dan berjaya men'hitamkan kulit ku yang mmg sedia tak berapa cerah tu)

And this noon, i'm going for another out-station. I'm going to Kuantan for another meeting.
Dayu Penat!!! I'm going to stay at M.S Garden -keje tido hotel je la minggu ni-

Tak sempat la i nak upload gambar, dan cerita about my 'free vacation' kat Terengganu tu, Jumaat la nampak nya baru bleh update.

So frens... I'm really miss to blog tapi tak berkesempatan.
Bell, i tak lupa la penghuni2 blog ni, and Yun (and also other yg kena tag tu). jawab cepat jgn tak jawab. Nanti i semak ur assignment k...

until then frens... got something to do...
*hugs*

03 May 2008

terengganu is waiting

~Hahahah...perasan.. Tak kuasa Terengganu nak menunggu ko Dayu...lalalalala...~

It Saturday.. and maybe for now i sedang menyepahkan bilik, mesti tengah sibuk masuk kan baju2+barang2 nak gi Terengganu malam kang. -Ke tgh tido lagi?-

Malam ni -tak sure nak tolak dr KL kul baper- Ekwan, Aziah and me will driving to Kuala Terengganu. So, we will arrived Terengganu early in the morning. Then, carik la mana2 tempat (mungkin tumpang chalet Am, as dia already there), bersiap and gi lah umah Zek, si Pengantin baru itu. Mugkin kami akan jadik 1st guest of the day.

Then, boleh lah hantar barang2 ke hotel. I booked a room at Permai Park Inn as Primula is full booked. Nak duduk kat Primula boleh tapi tinggal deluxe room je, as my rate is not allow, kena lah carik hotel murah sikit. Tu pun 2 hari dah bape..takpe kerajaan bayar, tapi still i have to pay first...-pasti Maybank suka i buat hutang ngan derang lagi dan lagi-

Pastu bleh la jalan2 KT petang tu.. Esoknya nak kena gi meeting lak kan.. Meeting JKR satu Malaysia.. Keje..Keje..tapi sebab meeting ni gak lah i dpt jalan2 T'ganu 'berbayar'

~maybe i will not updating my blog until Wednesday~