07 August 2008

Begini lah...

Hari ni hari ke-4 Cik Dayu di tempat keje barunya *dan dia amat mengantuk..tu je dia tau*

Warrrgghhh!! Cepat lah pegawai kanan masuk. Boring tahap maksima ni takde keje. Biar penat buat keje dari penat berborak sepanjang hari *haru hidup gini wehhh..*

Melalui fasa seminggu pertama ni mcm seksa je rasa. Yelah, kita kan dah biasa, masuk2 opis pagi2 hari terus ada task nak buat. Bila termenung je mcm ni...mahu terjun bangunan ni kejap lagi. Huhu..boring yang amat ini.

Tahu nya setiap hari, bangun pagi-pagi, memandu dgn hemah semata-mata nak punch card, pastu dah mati kutu. Gi la partition org, borak. Kalau ada task org lain yg boleh tolong, tolong lah buat, kalau tak khatamkan lah majalah2 lama itu *mampos kalau idup gini*

Arrrgghhh!!! *rasa nak tarik-tarik rambut*

Malas la nak fikir. Disebabkan agak serabut memikirkan kehidupan diwaktu sian selama 3 hari ini. Semalam Ekwan telah dipaksa diminta untuk menemankan Cik Dayu menonton wayang. Dia setuju je, aktiviti wajib katanya lepas Cik Dayu dapat gaji *huhu...saya redha*

Be home around 12.30 am and went straight to my luvly bed. And now, i'm here in the morning.
*menghitung waktu untuk mkn tengahari*

Yeah..i'm also going home to JB this weekend. Balik naik bas je, sebab balik sorang kan. Uncit tak dapat ikut sebab, adik dia dtg dan dia kena antar adik dia gi jumpa mak dia. Takpe lah...balik sorang pun sorang la...tak kesah pun..

Hmmm...ok, enough for this entry. Sambung lagi kemudian..

5 comments:

  1. wahhh.. awal tu kak update blog. ehehe.
    anyway, nnt kite dok jb boleh tahan lame gak la.. setahun lebih camtu.

    roger2 oke kalau balik. mane tau bley lepak sesama. dayu tunjuk tempat makan setapp. :)

    ReplyDelete
  2. boring sgt nampak gayanye tuh...

    layan je la internet ...hhee

    balik jb..take care;)

    ReplyDelete
  3. ngulat pun kerja gak.. takpun gi amik kertas A4 byk2, buat origami..
    pastu gi jual.. hahaha..

    ReplyDelete
  4. saya memahami situasi cik dayu.
    hehe..

    ReplyDelete