Showing posts with label My Engagement. Show all posts
Showing posts with label My Engagement. Show all posts

09 December 2008

Arahan ye ni namanya!!!

Sila print Gambar Majlis Pertunangan anda!!!

Sila buat segera ye Cik Dayu, jangan peram saja dalam hard disk kamu tu!!!

-dan ianya perlu di albumkan secara khas-
dan sila pilih sekeping untuk di frame kan, untuk dijadikan hiasan dinding bilik yang bakal menjadi bilik pengantin nanti

Kena sambung keje mengedit yg tertangguh, sejak keje kat PPSPPA ni takde masa langsung nak berkreativiti.
Dan dgn gigihnya trus ngadap photoshop dan illustrator mengedit gmbar sendiri *sesungguhnya bermain dgn gmbar sendiri itu amat seronok ok*

Tambahan Catatan
Dan bantuan kamu semua amat diperlukan. Setelah berjam sampai sakit pinggang ngadap laptop, beberapa image telah berjaya dihasilkan *saya amatur ye, ilmu photoshop yg ada sangat lah sedikit*

Tolong lah pilih kan, antara 3 gambar kat bawah, yang mana satu harus di print:

gambar asal *rasa mcm nak print yang ni*

image asal yang telah di'saturate' kan background nyer

dayu gatal tgn, 'invert' kan pulak background dia

Bila tengok2 semula, rasa gambar2 ni sesuai lak kalau jadik kan Thank You tag untuk tampal/gantung kat guest favor wedding nanti kan *heheeheheheh.. keje 2 in 1 ni namanya* tapi kena edit skit la tulisan tu kan...
Buat image kat banner pun sesuai jugak ni..

Tolong lah ye pilihkan, tak kan nak print 3 sekali gambar yang sama..

-berjam edit baru 5 design siap, amat tak berbakat ok buat keje2 ni. Hmmm, patutlah selalu album kawin lambat siap kan. bukan senang nak buat layout tu smua-

03 June 2008

Aksi seterusnya


Let's the picture told the story k...

En. Ekwan bersama bakal mak mertua -Ekwan control semacam je-

bersama my dear cousin yang paling byk membantu. Erul gak yang tolong buat backdrop kat depan tu.

kami berdua curik-curik berborak jap -mcm gedik la rasa..hahahaha-

ngan kak fatin & en izan lak..
bleh si faris ngan faiq tu tak kenal i hari tu...lain sgt ke rupa makcik yu awak ni?

Ekwan kena interview ngan makcik-makcik ku...

with my cousin, Farah and her mom, Mak Dijah ku

bakal-bakal adik-adik ipar Ekwan

Bingkisan untuk Si dia

~hahahaha...gediknya title~

Hantaran untuk Uncit Ekwan -tunang ku sayang-


9 dulang dari pihak perempuan berbalas 7 dari pihak lelaki.

Cousin i lupa nak amik gambar details hantaran lelaki...tapi takpe lah, kan hari tu i dah bagi sneak preview skit. Tapi time colour kitaorg mmg nak dekat sama...tak kesah la...janji i suka..

The Moments

Ida (mak andam ku) came at 12.oo, i pun terus je lah tadah muka. Menyerah je lah, percaya je lah kat dia. Lama gak nak siap kan muka ngan rambut ni. Sementara tu, makcik pakcik semua dah smpai. Mak lak tengah busy masukkan cupcake dlm favor bag. Meriah je umah time tu.

Dan inilah hasilnya.

Baju tu, 3 kali kena alter, kejap terbesar, kejap terkecik. I tak nak buat rambut macam ni sebenarnya, tapi Ida kata tak sempat dah nak buat...takpe la. I pun tak larat dah time tu.

Sepupu-sepupu yang menemani Bakal tunangan org di dalam bilik. (L-R: Ina, Dayu, Erul) and Farah at back

bersama adik ku yang keje curik tulang je

2,3 kali i curik2 menjenguk ke depan tau, sebab terasa macam lama sgt. Sepupu-sepupu i 'sabar lah Long, jap lagi je' Deranga tak tau kita punya nerveous. Veil i siap tercabut-cabut lagi. Ina gak tukang pasang balik. Tq dear....

Bila dengar suara my mom kat luar bilik, terus rasa mcm mengigil je. Bila mak panggil keluar bilik, rasa nak je sorok muka dlm baju tau. Kat depan bilik, mak2 sedara, jiran2 semua pandang straight ke muka i... Dayu Malu!!!


Mak i kata malu konon, tapi tersengih-sengih. Huhu...nak buat camne, dah semua suruh i pause 5 min masa salam tu, sebab ada yang tak sempat nak amik gambar. Saya Malu!!!

Masa mak Ekwan peluk cium i, tiba-tiba rasa sebak lak. Punyalah erat dia peluk i. Dia risau kot, bakal menantu dia org jauh. Insya Allah ye makcik, nanti kita selalu balik Pahang, Ekwan tak nak balik pun kita suruh balik gak.

jangan lah tgk ayu mcm tu makcik...kita malu

with mom and my future mother in law

bakal kakak-kakak dan adik ipar

Suddenly my uncle stopped the photo session dengan menjemput derang untuk makan. Mesti semua dah lapar time tu. My family masak ayam masak merah, daging masak kicap ngan lemak pisang. Dengan smbal belacan, ulam, ikan masin...buat lauk kampung....

~time tu mmg i lapar dah, tapi tahan je..~

Ketibaan Mereka

~amat tak sabar nak update~

I mula dari awal majlis la ye. As been promised, majlis bermula lepas zohor, tapi Ekwan's family only arrived at about 2.30pm.

Orang jauh dah sampai...-terasa meriah lak-

Dulang hantaran derang dulang tembaga, mesti berat

Abang Ngah, En. Izan & my dear Fiance'

The discussion -amat lama ok...i kat dalam bilik dh rimas semacam je-

Bila my kazen kata 'Long, derang dh sampai' i punya berdebar, tak tau nak kata macam mana. Nerveous semacam je. Bleh lak budak2 tu kata 'rileks la Long, tunang je pun'


Thanks God


I'm Officially Ekwan's Fiancee!!

30 May 2008

the map

Fews of my frens whos is not from JB asking for the map to my house -dh beriya mcm ni kalau tak dtg gak..siap lah korang...hehhehe-

Map yang i sediakan untuk Kak Iza masa nak dtg merisik Sabtu lepas. Walaupun Ekwan kata tak accurate, tak kesah la

~haha...mcm tak jelas je, pepandai la korang click at the pic~

huhu ~tetiba mcm berdebar lak~

I'm nervous..suddenly...

I'm off until Monday(2 Jun 08)..tu yang lama menyepi... Being home quit early make me busy, semalam seharian packed kerepek, sweets and chocs for guest's favor. Luckily, ada cousin i dtg tolong.

I tak fitting baju lagi, budak tu busy semacam, pasang pelamin je tiap2 hari -musim org kawin kan. takpe lah, i pun busy sebenarnya...ke sana, ke sini ikut my mom menjemput org. Belum lagi ngan hal tepak sirih... I kena prepare tepak sirih untuk Ekwan, luckily neighbour i ada tepak sirih tu. So esok kena la gi carik kapur, gambir ngan pinang sekali.

Abang Izan(Ekwan Bro's) & Family will be in JB by saturday. Derang dtg dulu. Dan malam ni, lepas je keje Ekwan akan ke Pahang, dan bertolak ke JB ngan 2 org adik dia pagi Sabtu, sekali ngan family Kak Era -semoga semua nya selamat smpai-

And my family have to prepare their dinner for that Saturday.. -our pleasure..kata my mom-

Huhu..malam ni nak kena siapkan backdrop tempat nak sarung cincin -ntah pape je jadiknya nanti-

Another 2 days...tiba2 rasa macam berdebar-debar. Camne lah nanti rasanya bila rombongan ekwan smpai kan, mesti lagi berdebar...

~yeah...i got a call from KPKT, i got the job tapi tak tahu nak terima ke tak sebab kontrak gak!

27 May 2008

Another 4 days

Last Saturday (24/5/08) Kak Iza and his husband dtg JB, jumpa my parent. Saya nak kenal-kenal, sebab 1 Jun nanti Kak Iza tak dapat datang. My mom punya la beriya nak sambut kedatangan derang sampai masak macam-macam.

They passed the ring (risik) kat my parent. My mom bleh lak tanya kat i 'nape macam kecik je, ko nak pakai kat jari mana ni?'

Chaaaiitt!! Dia ingat jari i ni gemuk sangat ke? Pape la mak....

Last Sunday i visited my aunty, Busu at Shah Alam. Lagipun nak amik buffet tray kan. Then Busu tanya nak buat cupcake camne, nak decoration camne..the cake smua.. Semangat terlebih lak makcik i tu. Tapi i just leave everything to her, dah dia nak buat kan free kan, tak kan i nak demand lebih-lebih.

Bulan 6 ni banyak betul wedding nak kena attend. Setiap minggu ada kenduri -pagi ni pun baru dpt satu lagi kad- Semua berpusu-pusu nak kawin tahun ni...

22 May 2008

my TQ tag


:woooh:

My TQ tag is ready!! Dah print and dah tampal pun.
Dayu suka!!


Thank you kepada Pn. Zaleha yang sedekah kan kertas untuk print tag-tag itu -baki print kad kawin dia...huhu-

~hari sabtu ni kak iza nak dtg jumpa my parent~

21 May 2008

the decoration

Semalam Ekwan pergi umah Kak Ngah dia kat Bukit Mahkota before fetched me at Palm Garden, nak bagi cincin risik as this Saturday Kak Ngah nak dtg jumpa my parent.

Hantaran pihak Ekwan dah siap!! Berbakat rupanya bakal akak-akak ipar ku itu mengubah hantaran. Lawa!! Dayu suka sangat!! Thank Kak Iza, Kak Ira... Nanti hantaran kawin buat lawa-lawa lagi eh... :inlove:

sebahagian dari gubahan. kotak untuk kain pasang dan bekas cincin ada pada Ekwan

suka i tgk bunga-bunga ngan riben2 tu

tapi dah mcm lebih kurang je color theme hantaran kami...huhu

Tiba-tiba terasa rendah diri, gubahan i mcm tak menarik je, mcm simple sgt compare to them. Terus terasa nak siapkan gubahan mlm ni gak, nak ikat2 riben kat tuala, sejadah semua. I need to buy another bakul untuk buah.

And this weekend nak kena beli coklat+cookies semua. Ye, kena gi Shah Alam, amik buffet tray kat umah Busu.

~1 jun nanti i will look yellowish~

me and the bridal

Baju confirm dah, and dah final fitting, tapi rasanya 2/3 days before tu i nak gi try balik la, mana tau dah mengembang lagi badan ni -semalam makan terbanyak la pulak kat Palm Garden Hotel..

Failed diet ku!!! :tsk:

Tapi macam rasa tertipu je tau, dulu budak Ida tu kata nak bagi i that certain price, sekali hari tu masa nak confirm everything, and paid the deposit, tiba2 harga jadik lain. Banyak lak pertambahannya tu. :ayokona: Geram je tau, nasib baik i ni malas dah nak gi bridal2 lain (harga pun lebih kurang je) Setuju je lah, then bayar deposit. Bukan pe, dulu dia gak yang kata bleh bagi harga mcm tu, kita ni suka la sebab mmg murah pun -boleh lah save kan- kalau tahu harga dia mcm tu, baik i carik bridal lain awal2. :inis:

Mungkin inilah namanya dugaan kan...huhu..ni baru nak tunang, kang nak kawin, ntah apa kes i ngan bridal... Jangan lah nanti timbul pape problem...penat la nak layan semua tu.:puppyeyes:

17 May 2008

me in JB

huhu..what i'm doing is only EAT, EAT, EAT and EAT!!!
-mmg makin kembang lah badan ni 4 hari duduk kat umah-

Bibi & Kiki sudah besar. Sukanya!! Derang dh reti mai kejar2, gigit, panjat2 cage derang, i amat suka. Rasa nak tido depan cage je ngan the kittens.
-i lupa bawak balik my hp's and digicam cabel, so tak boleh nak upload any pics-

And currently i tgh menGERAM kat orang tu, Nyampah!!

Tak suka.. Benci tul berjanji+berurusan ngan org macam ni tau. Macam mana nak maju bisnes korang kalau gini gayanya.

Yeah, should be i had an appointment ngan bridal tu, nak confirm kan baju. Tapi semalam bila i call nak dtg, dia suruh dtg hari ni(saturday), and when i call to confirm it today, dia suruh dtg esok lak. Ni yang buat i HANGIN satu badan. Dah la kita ni bukan selalu ada kat JB, kang esok kalau dia postponed lagi mmg nak kena maki la tu. Menyusahkan orang tau!!!

Dan terus i terasa nak carik bridal lain -wargghhh!!! lagi 2 minggu je lagi tau- Mmg betul2 menyusahkan la. Kalau tau mmg tak boleh nak amik order lagi, cakap je la, boleh awal2 i carik bridal lain tau. BENCI!!!

~esok is Ima's wedding, nak beli pe erk nak bg present? dah tak tau nak bagi apa lah wedding membe~

12 May 2008

lagi 3 minggu

Lagi 3 minggu je lagi kami nak tunang..banyak pulak yang jadik. Pening tau... Tiba2 time ni lak nak tukar2 tarikh, susah la... Banyak benda nak kena tukar, nak kena confirm semula ngan sedara-mara semua, whether derang available tak kalau nak tukar2 tarikh ni.

Malas lah nak fikir!!! Kita f ixed je 1 Jun 2008 bleh tak?

Isskkk...mula2, nak awalkan sehari, pastu seminggu. Huhu...tak tau dah nak kata macam mana. Mak dia kata gini, mak i lak kata gitu. Belum canpur yang akak2 dia kata lak. Kitaorg jadik org tengah. I ngan Ekwan dah pening2 last weekend. Tepon berkali-kali top-up nak call semua org. Tak suka!!!

Last-last, setelah berbincang baik2 -bak kata my mom jgn ada yang berkecil hati- akhirnya, it final, no changes. It will be on Ist June!! Muktamad!! Sebarang pindaan Dayu tak sudi nak layan -hahahahaha...gelak puas2-

Dalam pening2 tu, ada gak berita best nya. My aunty, Busu (adik my mom) gave mom a called. She asked mom not to order any muffin/cupcakes sebab dia yang nak buat kan. And it FREE!!! Dayu suka!!! Busu gak nak buat kan fews kuih untuk majlis i tu. And it also Free!!! -sekali lagi Dayu sengih suka hati-

I just called Busu, i asked her to make a cake for me. That chocolate cake yang i suka sgt. And Busu kata nanti dia enhanced the decoration. Adakah kek itu jugak free? Lingkup bisnes makcik ko ni kalau semua free Llong wei!!! Kekekekekek...agaknya itu la Busu kata kalau i mintak free gak untuk kek tu. Tapi rasanya macam free je :) -sayang Busu-

~kena pass cincin risik kat Angah la~

09 May 2008

huhu..nak tukar ke?

This morning Ekwan texted me -as i remind him to asked his mom to call my parent this weekend pasal urusan merisik- Then he replied with 'yang, angah suruh awal kan seminggu la. tapi org mcm tak setuju'

Hoho...sudah..tak kan nak awal kan...leceh la. Nanti semua nak kena re-planned, fixed je lah tarikh 1hb Jun tu, tak payah susah2 nak plan pape semula.

Ye, weekend ni -yang adalah esok- kena gi umah Angah kat Bangi, mak Ekwan ada kat KL. So, kena la tunjuk muka kan. Lagipun nak gi amik alas dulang dari Salwa -umah dia pun kat Bangi- Kalau rajin bleh singgah Banting. Umi dah bersalin.

~mesti comel anak umi+wak, pa'a pun dh kat hospital~
seronok je...umur 25 dh dpt baby...kita ni...pape pn belum lagi

23 April 2008

end 0f April : the progress

I'm not in the mood this few days.. Feel so demoralize, tak terasa langsung nak think over my engagement, nak work on it lagi la takde hati.

Yeah..i had bought things for the hantaran decoration, the ribbon, the flowers, boxes, basket.. Thanks you to Aziah for your willingness to give me an accompany, to do the shopping.. Actually dah well planned, apa nak beli smua, tapi i left the list in the car, so just grab whatever yang still fresh kat paler time tu.

the things

Aziah amat berbaik hati..she, without being ask.. offer herself to start with the decoration. Work on the boxes, sambung2 bunga stokin tu. How lucky you are Dayu..got this kind of friend... Aziah siap dah lipat2 tuala, sejadah smua.. I love you girl!!!

decoration in the progress

There are still few thing to buy: fews flower, another basket (yang bertangkai) untuk buah, the bigger ribbon, and small flower untuk the boxes.

Will Ekwan back to his normal by this weekend? Hopefully so.. nak sgt do the shopping with him. His hantaran are ready, her sister already work for it. We also have to look for the cincin risik.

~i miss him so much~

18 April 2008

~ i'm wondering ~

~dayu lapar..amat menyampah meeting UTM tu~

What i'm going to do this weekend ? -heheh..dah jadik check list lak-

1. Nak carik barang2 gubahan untuk hantaran, kena gi ngan Aziah, so kena tggu her availability

2. Ekwan ajak gi rumah Kak Ngah (akak dia), check on his hantaran. Macam tak nak gi je, Dayu malu+segan. Terima je lah camne pun akak dia buat hantaran tu.

Ekwan ada company event this saturday, amat bosan, tiap minggu ada event, kami nak dating pun susah. Heheheheh...geli je org lain baca, dah tiap2 hari jumpa pun nak gak dating hujung minggu.

Hmmm.. how bout ikut Aziah balik kampung esok? Best gak.. bleh menuntut ilmu memasak kat Cik Miah... buat muffin ke.. menarik..menarik.. Will think of it... -nape lately ni suka sgt type cmni erk, ada titik kat hujung ayat...?? i'm wonder -

10 April 2008

The Progress

Pagi ni, awal2 terus nak post this thing. Sebab, jap2 lagi mesti busy, nak siapkan staffing structure kat site. Petang lak ada meeting kat UIA, Gombak. So kena la curik masa pagi2 ni.

Just nak noted kat sini, pasal progress preparation for my engagement. Macam apa je rasa, lambat lagi nak tunang, tapi bersiap-sedia mcm nak tunang minggu depan. Hikhikhik..alah bukan apa, sebab i kan kat KL, susah la skit kan urusannya, tu yg kena buat awal2 tu...

Benda-benda yang dah settled:

1. Dulang hantaran - dah beli : Checked
2. Alas dulang - will collect it from Salwa by Mei : Checked
3. Mekap of the day - confirmed it with Ida, she's available on 1st Jun : Checked
4. Rumah dah siap cat - efficient sungguh my dad + my luvly brothers : Checked
5.
Langsir baru untuk bilik ku - kain dah beli, mak jahit dah : Checked
6. Barang-barang hantaran (Dayu - Ekwan) - smua dah beli : Checked
7.
Cincin tunang - bought it : Checked

Benda yang masih memerlukan perhatian:

1. Gubahan hantaran - will buy the stuffs end of this month
2. Attire of the day - kena re-visit the bridal, maybe early May, Ida kata byk baju baru sampai
3. Guest's Favor - it will be 2 types of kerepek (beli kat air hitam je la nanti), muffin (mom's frens), choc + sweets
4. Cincin Risik - will buy it end of this month/early May
5. Kena decide menu for the day. Nasi putih, ngan 3 jenis lauk. Nak buat lauk pe tu yg tak tau lagi.

Sebelum terlupa... ni pun tak decide lagi whether nak sarung cincin dlm bilik ke kat ruang tamu. Ikut Ekwan, dia suruh buat kat living hall, baru la semua org nampak, dia kata lah. Chiaatt!! macam dia ada pun time tu -kalau dia ada seronok gak..kekekekekek-

Kalau buat kat living hall, kena lak buat mini pelamin...- cost tu..- Lagipun macam malu je, nanti semua org tengok... Malu... Malu...

~nak tunang pun dah mcm ni kan..kalau kawin mcm ne lah dia punya leceh~

03 April 2008

Mood Balik Kampung - i'm miss JB-

It only 3.00pm.. Terasa amat lambat masa berlalu -tak sabar nak habis waktu bekerja-

Yay!! I'm on leave tomorrow!!! Nak balik JB..

Tak sabar nak tgk anak2 Miki ngan Mimi. Mimi kan baru beranak, dpt 2 ekor, satu grey mcm dia gak, satu lagi bulu dia macam Miki -tak sabarnya...-

Banyak benda nak kena buat balik JB ni:

1. Nak survey bridal unt make-up for event 1st Jun ni -tiba2 rasa nak carik baju lain, baju yg dah beli tu mcm simple sgt...sewa je lah-

2. Mak kata beli je dulang unt hantaran tu...so dia ajak cari+beli

3. Nak jumpa Ima..nak sibuk2 on her wedding preparation

4. Nak kena gi Jakel, carik kain langsir untuk bilik i. Langsir lama tak sesuai ngan tema -harus ngan mak la kan-

5. Ye..bilik juga harus di cat. Adik i kat Kedah, si pegawai ikan tu sudi nak sponsor cat untuk satu rumah -saja la tu, nanti dia redeem balik lah tu time dia tunang ujung thn ni...-

6. Harus kah melawat kedai perabot? Hahahahha...giler hah! Macam nak kawin je gamaknya.

Dalam2 rasa excited nak balik kampung, jadik takut la tetiba. Ni pun duit gaji dh tinggal separuh, balik JB ni mau ilang lagi separuh... Warrrrgghhhh!!!!!

~ bila nak kaya ni ?? ~

Ada sape2 nak bg peruntukan tambahan? -sila berangan dayu-

01 April 2008

Dapat Dah...

Yayyy!!! Another item dlm list to do/buy boleh dikeluar kan.

We bought the ring !!!

~tak boleh lah nak post kat sini kan... malu lah lgpn tak surprise lah nanti~