Showing posts with label PPSPPA. Show all posts
Showing posts with label PPSPPA. Show all posts

26 October 2008

Mengenali PPSPPA

Setelah disemak, dan diselidiki, didapati ramai yg telah sampai ke sini dgn keyword:PPSPPA. Ni semua mesti staff-staff baru yang kena panggil interview@yg dh dapat and nak kena lapor diri.
Dgn itu, Cik Dayu terasa nak buat entry khas untuk promosi PPSPPA.
*3 Nov 08 ni new batch kena lapor diri, previous batch last 2 week*

Laman web PPSPPA masih belum siap lagi. Budak2 IT tu tengah buat lagi. Nak bukak pun mcm tak boleh. So,bleh rujuk laman web KPKT, di bawah Jabatan Sisa Pepejal Negara dan kat situ jugak ada link ke PPSPPA. Nak tahu sape CEO, fungsi PPSPPA, organisation PPSPPA, semua boleh rujuk kat sana ye...*standard la soalan interview goverment kan*

PPSPPA terdiri dari 3 bahagian utama*tapi kat that website tulis 13 sbb dia tak kategorikan ikut main department*
- Bahagian Teknikal : paling besar dan paling ramai staff. *unt keterangan bergambar, sila klik sini*
- Bahagian Kewangan : bhgn teknikal tukang perabis duit *kata nak capai KPI kan*
- Bahagian Pengurusan Korporat & Sumber Manusia

Pengambilan terbaru sekarang adalah untuk penjawatan peringkat cawangan. Kat HQ dah fully occupied *tp byk lagi pejabat tak siap, ni KPI bhgn teknikal ni* Tapi kami dah target by end Dec08 semua siap *kami keje sampai malam everyday ok*

Secara keseluruhan, ada 162 pejabat PPSPPA di seluruh Malaysia kecuali Sabah & Sarawak. Kami akan mula beroperasi secara rasmi Januari 2009. Mengikut perancangan, promosi akan keluar di media secara besar-besaran start Nov 08.
Nak peta ke pejabat kami, klik sini. Ni opis di UOA Pantai, pejabat cawangan takde lagi. Tapi kami bhgn teknikal dah pass ke IT Dept. Jap2 lagi adalah tu..

Dah...tak tahu lagi pe yang patut ditulis. Tapi kalau terasa nak tahu pape, bleh la tinggal kan je pesanan. Saya tahu, saya tolong jawab ye..

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah...

22 October 2008

Mari lah kita membuat Pengesyoran

2 hari lepas buat penilaian tender..
kuasa penilaian diberi sepenuhnya kepada Cik Dayu *huhu..seram jap rasa*
Cik Dayu telah menyenarai pendek kan 3 kontraktor
*semoga saya telah memilih dgn tepat*
-tapi terasa nak keluarkan satu nama tu..mcm tak nak bagi kat dia tanpa sebab-

Dan hari ni kena buat pengesyoran kontraktor untuk sebutharga lak
Silalah semak dokumen itu..
Semoga berjaya memilih dengan tepat juga..

*wahai kontraktor sekalian, hentikan lah menelefon saya, saya nak semak dokumen kamu ni*

20 October 2008

Gigihnya saya

Gigihnya saya hari ini *terpaksa!!!*

Hari ni tenaga diperah sehabis-habisan.
Walau dalam rela tetap kena berkampung kat opis..kena ngadap tender-tender yang melonggok-longgok ini.
Kalau boleh tak nak buat penilaian tender lagi *penat!!!!!*

Owhhh...esok kena buat laporan sbeutharga pulak!! Matilah saya!! Nasib baik TA dah tolong bukak sebutharga *sepatutnya saya jugak kena buat*
-terasa tiba2 tak nak jadik engineer, nak jual nasik lemak je. tak pening kepala-

tak terurus dibuatnya tau!!!

Owhhh!!! Tolong lah jangan matikan air-cond!! Nak suruh org keje,tapi tutup air-cond.
Panas lah wehhh!!! Rimas tau!!!

edited:
ohhh kata kan tidak!! suah pukul 11 dan saya masih di pejabat!!!


17 October 2008

tekanan itu makin menjadi

Sesungguhnya mood pagi ku telah dikucar-kacir kan oleh en boss. Dari elok-elok nak healing, terus rasa tertekan..

I hate working in this kind way!!!
Mana procedure keje kamu?? Belum dipersoalkan lagi hal2 ketelusan...
Kalau nanti org kata, kita tak telus, pilih kasih semua..tolong jgn pandang saya..
En boss sila lah jawab ye...

Dan ianya menyusahkan saya..
Buat keje sama 2, 3 kali..saya dah cakap aritu..
Boleh tak tolong jangan buat keje rushing, as top management masih tak buat pape keputusan
Hah..memandai la lagi..
Yang kena...sape?? saya juga..
yang buat semula sape?? saya juga..
Iye..saya yang menurut perintah...

Tapi saya tak suka!!! Bukan keje mudah ok..
Kita dah berurusan dgn banyak pihak..kita dah keluarkan sebutharga..
Dah closing..nasib baik belum award kontraktor...
kalau tak?? sila la jawab..
Agreement tu mcm mana?? sila kamu jawab ngan lawyer nanti
saya tak nak amik tahu..

Owwhhh!!! Saya benci yang amat!!!!

-adakalanya terasa lebih baik gi jual karipap lah dr jadik engineer, jual karipap lagi kaya la weehhh. jadik engineer pening paler, gaji bukan banyak mana pun..huhu-

11 October 2008

i'm working today

Keje ari sabtu memang seronok *pengakuan tak baper ikhlas ni*

Tak yah nak pakai baju kurung..nak dtg bila pun ikut suka, asal dtg dan keje setel. Giler gigih bekerja ari sabtu..

ni bukan senyum terpaksa ye...

See..see..sape kata keje gomen takde banyak keje hah?? fitnah belaka semua tu..kami pegawai kerajaan tetap kena keje ari sabtu tau. Lagilah, keje free je. Takde OT ok...

Aga urgent report nak kena siap kan, dan kena prepare some material nak pass kat IT Dept. bu tuesday nexy week. Maka, nak tak keje lah saya hari ni..

-uncit, sila jgn lama2 kat umah boss kamu, saya menanti untuk dijemput pulang ini-

08 October 2008

Pengumuman!!!

Dayu kebusyan yang amat, namun dia masih berkesempatan nak buat pengumuman kat sini.

Pihak PPSPPA nak keluarkan SEBUTHARGA bagi kerja-kerja ubahsuai pejabat (kerja-kerja interior) di KELANTAN bagi daerah KUALA KRAI, KETEREH, GUA MUSANG, TANAH MERAH & PASIR MAS.

Kontraktor kelas F, Sub-Kepala: II, 8a atau 9

Maka, dgn bangganya saya menjemput mana2 kontraktor yang berkelayakan untuk masuk sebutharga ni. Free je sebutharga ni.

Camne nak masuk??

Sila hubungi saya ye di talian 03-22459481 untuk keterangan lanjut.

Sekian. Saya nak sambung buat dokumen sebutharga ni. TA pun dah bengkak2 mata ngadap lukisan je.

27 September 2008

mood raya di mana-mana

-mostly smua dah start cuti raya- smua org dah balik kg, tinggal dayu je kat umah. tak boleh balik JB lagi sebab kena tggu ekwan dulu.
Dia akan ke JB dulu, then baru ke Pahang *gigih lak dia, it's his idea k, not mine* Kita ni suka je lah,
:minimo_39:ikut plan awal, drive je lah sorang kan, layan mood syahdu kat highway tu. Tapi dah dia beriya nak antar, pe lagi..angguk je lah. Saya yang menurut perintah...*hahahahaah*

Semalam ada sesi bermaaf-maafan kat opis *owwhhh i start to love all these people* Dan agak melampau to say, tak kesah kalau JKR tak bagi i jawatan tetap, i rather to stay here *even keje mcm org giler* CEO kata bila PPSPPA dah dirasmikan (early next year), kemungkinan besar smua akan dpt post tetap...maybe i just should wait *harap2 bukan janji2 manis semata*
-apa ke hal ko dayu citer hal keje time2 ni..stopi it!!- *ye..ye..*

Ekwan fetched me *sbb dayu bawak balik kuih raya yg melambak2* and we went straight to One Utama *saya nak beli kasut raya, kasut kat Sogo tak begitu mengoda*
And bought a shirt for dad and adik. Sila kata suka ngan pilihan along ye, if not, takde la taun depan *haahahah, kejam sungguh kamu dayu*
Uncit saya juga pasti membeli. Dia mana bleh tgk i sorang je memborong. He bought a pair shirt from Dockers *kadang2 selera kamu ni pelik la uncit..tapi awak yg nak pakai kan, ikut suka mu lah*
-bila balik baru ekwan kata dia terpaksa cancel janji nak berbuka ngan membe2 ITM dia just for me...owwhhh..mintak maaf uncit..luv u!!!-
*org tau awak mmg selalu dulu kan org, dr zaman kita kat ITM lagi, sampai bdk2 kat 24 smua nyampah je ngan awak dulu..bertuah nya org kan*
:minimo_39:sayang bangat sama kamu!!!
-saya sayang sangat kat tunang saya-

Balik umah, susun2 kuih raya yang dah diborong. Huhu..mcm banyak pulak. Kang tambah yang mak beli, angah beli. Mau tak abis kuih2 ni. *tu pun ada ati nak carik kerepek lak kat Jalan TAR ptg nanti*
untuk bakal ibu mertua ku juga ada ye..*mana bleh tak bagi kan, kalau untuk mak sendiri ada, MIL pun kena la dapat sama kan*

kasut yang berjaya mengoda. lately ni suka sgt kasut2 ber'strap gini and also the color*

Tahun ni mcm tak shopping sakan, sayang lah nak membazir *huhu..nak kawin ni, byk kena sacrifice okay, nafsu membeli kena dikawal semaksima boleh*
-tapi ptg ni tetap nak gi Jalan TAR..tak kira..tak kira-

Ekwan tgh antar kete gi servis, and jap lagi saya nak buat kuih *oowwhhh, harap2 menjadi kalau tak tong sampah lah jawabnya*

27 August 2008

where i can be found from 8 am until 5 pm: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam (PPSPPA) Tingkat M, UOA Pantai

*ye..sepatutnya i post this entry more earlier, tapi before ni mcm takde mood nak citer pasal tmpat keje baru, masih dalam tempoh penyesuaian lah katakan*

Kini saya bukan lagi Engineer kontrak di JKR tapi secara rasminya, saya kini jurutera kontrak di Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam (PPSPPA). Iaitu sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
*sedikit pengetahuan am untuk smua ye* -ucapkan TQ kat Cik Dayu-

My current office is located at Wisma Pantai UOA, sebelah Menara TM je. Malah everyday, lunch kat Menara TM sebab kat situ je ada sumber permakanan. Sebulan keje, dah tak tau nak makan apa, sebab tiap2 ari ngadap menu yg sama *nasib la*

Pejabat PPSPPA located from level Mezzaine, 2,3 dan 4. Sewa 4 level ni korang agak2 baper sebulan.. if i told you, it almost a million, caya tak??

Bahagian Teknikal (at mezzaine level), di mana semua staff dan pegawai ber'gred J berkubu setiap hari. Ni kat bahagian tengah, where almost TA is placed.

Segala ruang yang ada dimanfaatkan ok..kata sewa mahal. Tapi actually ada another wing kat sebelah. Tapi sementara ni, smua duduk kat satu wing je. Senang, takde la nanti maklumat tak sampai lak..nak discuss pape pun senang

yeah..finally..
Ni la workstation Cik Dayu..ni lah spesifikasi ruang kerja untuk professional 3 *kategori 3 je J41*
Tapi actually dah lebih dari luas ni.
Lihatlah..there nothing on the table..penuh bersepah ngan kertas semata *lakonan smua tu*

ni kena bawak tiap2 arini, kalau tak, tak masuk opis la jawabnya..
i pernah tak jumpa pass ni sekali *rupanya ada bawah seat kete* nak parking kete free harus lah tak dpt, nak masuk opis pakai pass pelawat *leceh..leceh*

dan dipersembahkan Cik Dayu yang dah lama tak tayang muka kat blog sendiri
*warrgghhh!!! pipi saya makin terserlah ketembamannya..mampos lah*
dan juga eye bag itu...semakin ketara!!! any tips on this??

-ptg tadi ujan lebat yang amat. maka paksa Ekwan amik kat opis walaupun tahu time tu dia kat Panasonic, Bangi..paksa gak dia dtg. saja nak manja2 ngan uncit saya-

Kemudian kami mengadap jammed ke OU. Ekwan dah tak larat nak tekan clutch *penat siot bawak manual kat KL ni* so switch ngan dia time kete stop tu *lawak je rasa, tukar2 seat mcm tu* Makan Mc'D dan carik barang2 keperluan bulanan. Masuk shopping complex takde gaji ni menyakitkan hati lah *tak suka..tak suka!!!*

-balik JB weekend ni buat loan ngan mom and dad bleh tak? :) -