Showing posts with label Friend Ceremony. Show all posts
Showing posts with label Friend Ceremony. Show all posts

17 March 2009

ulasan langsung dr majlis perkahwinan

-akhirnya pagi ni boleh curi skit masa untuk update blog, yes!!!-

Pernyatuan Aishah + Wahid (14/3/09)
Kita tayang gambar pengantin dulu. Biar derang jadik pembuka cerita.

Pengantin baru: En Wahid + Pn Aishah

Agak lambat ke majlis mereka, as sampai JB pun dalam 1.30, so siap2, terus heret Hakim jadik driver. Mak pun kita angkut sekali.
Hujan ko, dah lah takde payung dalam kete angah. Dah tak pasal-pasal berlari2 dalam hujan ngan baju kurung smua. Habis basah sampul hadiah *rosak rambut i u*

Dayu dan bonda *muka kami serupa eh??*

Bila sampai pengantin tengah bersamding. Lambat sebab hujan kot. So, sama-samalah mencelah nak amik gambar, sambil nak tunjuk muka kat pengantin. And yes, Aishah did recognized me, seb baik tak terlambai-lambai atas pelamin. Sengih2 je lah.

pelamin persandingan Aishah

Dah makan. Mak gi borak ngan mak pengantin jap. Pastu tengok pengantin makan beradab. Lama sungguh pengantin makan. Lapar agaknya kan.. so nak tak nak kena lah menyelit belakang pengantin nak amik gambar, sebab mak ada kenduri lain kan.

gambar wajib bersama pengantin
Tahniah dear!! Semoga terus berbahagia dan kekal bersama sepanjang hayat.

Dan malamnya baru En Ekwan sampai. Gedik dia ni, org dah kata tak yah balik. Nak gak balik. Yelah, dia dah rasa bersalah tu, nak memujuk agaknya. Layankan je lah. Dah dia nak balik kan, tak kan nak halang.

So esoknya,kami singgah ke Rengit pulak. Menghadiri kenduri kawin officemate Ekwan. Ni mmg betul-betul ikut peta, kalau peta dia silap, mmg sesat barat la kami. Pukul 4pm baru kitaorg sampai. Pengantin pun dah free..

see..see.. i'm wearing the same baju kurung. Ekwan lah ni. Konon sebab tak jadik nak gi wedding kawan dia ni, so tak bawak la balik baju. Hadiah pun tak bawak. Dah datang berlenggang je gi kenduri kawin org. Macam segan je..kita dtg tgn kosong, tapi balik dapat bekal nasik sampai 4 bungkus. Ngan VIP favor bag lagi.. *rezeki..rezeki*

Pengantin pompuan sangat peramah. Borak ngan dia macam dah lama kenal. Sampai Ekwan kena cakap byk2 kali 'jom balik' Heheheheh...
sengih je pengantin laki ngan bakal pengantin laki tgk kitaorg...

Dan on the way balik, boleh lagi singgah pekan Air Hitam. Makan tapai lah, putu bambu la *adooiiihai, tak reti kenyang ke korang berdua hah??*
Jammed kat area Seremban, asal time jammed je, mesti Dayu yang kena drive. Dah la 1st time bawak EG, isskkk..isskkk...kuar je Sg Besi passed balik kat Ekwan. Tak confident la nak bawak dalam KL.. sebelum pape jadik, bagi lah kat tuan dia smula.

:) dah siap potong

23 December 2008

They are married!!!

Selamat Pengantin Baru Shah + Hana
*korang penutup majlis S&B untuk 2008 ni*

All gathered at Seremban R&R, scheduled on 10am, and amazingly, all been punctual. Tahniah S&B!! *1st time ni, selalu lambat je, cuma Pijan je lah terlambat skit kan*
Ekwan only took 30mins from Hartamas to Seremban, so kalau dpt saman sila la pegi membayar ye En Ekwan. Jangan mengelat
So, berkonvoi lah 5 kete ni ke Batu Pahat, Johor. Dan sila lah semak speed trap ye, kamu semua bawak kete mcm pelesit, ada sedar kah?? Dari KL smpai Pagoh, habis smua kete kat lane kanan korang halau ke kiri *tak sedar diri, memasing bwk wira ngan myvi je pun*

Sampai tepat pada masanya, rombongan Shah pun je tiba. Ohhh, ada acara 'membayar tol' Amat seronok ni. Adat di Johor sungguh menarik ye. Nanti majlis sendiri pun kena apply ni.

Tol Pertama.. Sangat seronok melihat pengantin diusik habis-habisan

Tapi sekejap je memerhatikan mereka bergurau senda. Sebab Dayu menjaga Sara sementara mak bapak dia makan. Tapi seriously, Tol ni memeriahkan majlis. Alah, sampul tu buat syarat je. Bukan semestinya kena isi banyak2, RM 1 je pun boleh dah. Asal ada org kata.

ohhh, Sara terpegun melihat uncle Shah ye *mata sara dah bulat*

While pengantin bersanding di atas pelamin, kami pun memenuhkan perut masing2. Ohhh, sgt meriah lah majlis ini. Ada budak2 bersilat, menari zapin semua. Dan sebelum pengantin dibenarkan makan beradab, derang kena joget lambak sekali ngan bdk2 tu *amat best tapi tak sempat amik gmbr sbb kena pegang the babies*

Raiyan si tembam ni suka sgt melentok2, asal org dukung je dia landing kepala kat bahu kita.

S&B bergossip sementara tggu pengantin free untuk bergambar. Teras mau makan lagi sekali sebab nasi dan lauk dia sgt sedap, tp sedar diri kan, batalkan la niat tu

amat suka melayan + mendukung Raiyan walaupun dia berat. tengok tu muka dia..

dan kami akhirnya dpt mengedik di atas pelamin bersama pengantin

Dan perjalanan balik ke KL adalah memenatkan, sebab jalan penuh. Dan malamnya, berlakulah peristiwa tertinggal hp di Mc'D itu. Tapi saya suka tgk kawan2 bahagia...
-owwhh Pijan hadir bersama Chot, cinta lama berputik kembali-
Default setting katanya...

23 June 2008

New Life for Sal + Apek

Apek + Sal : Selamat Penganti Baru
*cepat2 bagi geng baru kat Raiyan ngan Sara

The wedding held last Saturday (21.06.08) at Dewan Melati, Perbadanan Putrajaya. Majlis yang meriah sangat. Ramai kawan2 yang dtg, dh mcm reunion lak.

S&B janji nak gather at the hall by 1 pm, Cik Dayu yang bertanggungjawab mengatur semua itu tapi dia sendiri sampai lambat -kekeekek..mintak ampun- I gi blow curl rambut, ingat kan jap je, sekali lama lak dia buat rambut i tu.

nak buat gini je dah 45 min ok, blum i nak bersanggul ke apa
* seb baik i suka -terasa nk buat permenant cmni la

Sempat la i msg semua suruh jgn tunggu i, just proceed without me. Sekali ramai gak lagi yang tak sampai -aku mmg tau perangai korang la.... :) -

Masa tengah parking, Umi ngan Wak pun baru sampai. Terus serbu derang and gomol2 Raiyan. I mintak nak dukung Raiyan -geram sama itu bdk- Bila masuk je smua ahli tetap S&B tengah borak2 sambil makan.

'dayu, rambut ko ni lah buat ko lambat eh' -ahmad
'aku ingat jap je blow curl sekali smpai 45 min la' -dayu sambil tersengih

Raiyan asyik tido je tau, puas usik2 suruh bgn..tak dilayan nye

uncle ekwan pangku raiyan, aunty dayu sibuk2 nak interframe gak

aunty dayu and sara -ni pun sama, keje tido je

Sebab sampai lambat dan semua org dh siap makan. Derang dh start borak2 semua. I nak makan pun mcm tak sempat, sibuk layan kawan2. Ngan nak bergambar lagi semua.

awat pijan ni mcm tinggi sangat

the moms
pa's with her baby girl, Sara and Umi with her Raiyan

Skirts & Boxers
*gmbar agak blur -kena mintak copy dari sal nanti

*sebelum kena halau ngan cameraman faizah and me with the couple

with dearest frens, Faizah, Lisa & Awin *lisa dh pregnant 2 bulan

the three of us : Min, Dayu and Umi *korang, cuba tgk gmbar kita bertiga dulu2...cuba carik pe yang tak sama -kita gemuk dah wehh

sekali lagi kami
*sila la grab gmbar korang dari sini je k

That all. Rumusannya: Majlis Sal meriah. Her theme color is blue, which i had pre-choice for mine. Tapi not this kind of blue, i nak light lagi -lalalalala...dayu berangan di sini-

*next week is Min's wedding, i betul2 kena dtg awal sebab jadik pengiring pengantin

17 June 2008

Celebrate them : Jeri's Wedding

-excited nak post ngan broadband ku ini-

Everything was happened on last weekend (13th Jun 08)

Kan last week i gi Kuantan ngan Ekwan, ada kenduri kawin nak kena gi. Hebat tul majlis dia. Dewan dia semua!! Macam takjub jap i, terus terasa diri ku macam amat outdated. Yelah baju org lain semua mcm grand semacam je, i pakai baju gi opis je -hahahahah...kutuk diri sendiri-

Majlis start kul 8.00pm tapi pukul 7.50pm baru kitaorg gerak dari Bandar Puast Jengka ke Kuantan -harus la lambat kami smpai kan-

Luckily ada lauk lagi...tapi seronok gak, dapat borak2, amik gmbar puas2 ngan pengantin...

Here presenting the Bride & Groom, Diela & Jeri

pelamin mereka yang penuh satu stage. mereka sanding 2 couple ngan cousin Diela *semua bunga2 itu bunga hidup ok

love the cake!! amat lawa. nak cake camni gak for my wedding

kami bersama mereka
* i'm look so fat!! tak suka!! tak suka!!!

Jeri takut nak cium Diela time photographer tu suruh. takut kena kutuk ngan member2
*takmo lah amik gmbar cmni nanti -dayu malu-


acara wajib -mengedik amik gambar berdua-
*esoknya Kak Era ngan mak Ekwan belek2 kamera ni...adoi malu lak rasa

time ni tinggal family pengantin je tapi kitaorg lak mcm tak reti2 nak blah
*suka hati kitaorg la kan

Overall, majlis derang mmg best. Terus i ngan Ekwan terasa nak buat kenduri kawin kitaorang nanti malam -alahai gedik nya kamu- Bukan pe, mcm best je buat malam, ngan lampu2 yang pasti akan lebih mecantikkan gambar.

*bleh tak nanti nakrequest tetamu i pakai baju ikut color theme...*