29 March 2012

Kepuasan Peribadi

Hari ni dah 28hb, lagi 3 hari nak masuk April. Setiap tahun bila bulan 4 je aku macam teruja lebih. Anak nak bertambah umur kau, mahu tak teruja. Dalam tak percaya anak dah mkin besar, dah makin banyak akal, dah kuar perangai macam-macam.. aku sentiasa berniat nak menggembirakan dia. Lagi-lagi bila nak masuk umur 2 tahun ni dia dah faham banyak benda. Yang makin aku excited, dia dah tahu nanyi lagu birthday, biarpun yang aku dengar jelas butir perkataan dia 'to you' je. Yang lain.. entah bahasa apa dia nanyi. Tapi dia macam seronok sungguh nanyi lagu birthday tu. Yelah, minggu ni kat nursery 2 kali dah celeb bday kawan-kawan.

Bila tunjuk kan gambar desert/candy bar birthday party orang lain, tunjuk gambar kek comel-comel, mesti dia 'wow!!.. dap' pastu senyum kat kita 'Nakk!!'

Makin beriya lah mak dia ni nak buat kan majlis sambutan harijadi dia.

Dengan reaksi dan segala respon Cha ni, aku rasa aku boleh tolak tepi dakwaan-dakwaan dan juga kata-kata yang berbunyi 'dia baru 2 tahun kot, paham ke dia apa yang kau beriya buat untuk dia ni?' Dia dah faham. Cuma dia belum pandai je nak tanya 'bila nak birthday Cha ibu?'

Dulu masa genap umur setahun perancangan tak berjaya dilaksanakan. Tapi kali ni, InsyaAllah. Nak masuk bulan 4 ni makin lah aku rasa berdebar. Over. Gelisah macam nak buat kenduri kawin, hakikatnya birthday party anak je pun. Biasalah.. mak-mak, sentiasa nak memberi yang terbaik. Aiceehh, ayat cover baik punya. Dan menjadi aku, aku prefer DIY. Semua nak buat sendiri, konon perasan hasil kerja tangan sendiri adalah sangat best. Tapi memang aku jenis gitu kot, selagi DIY tu lebih menguntungkan, aku akan DIY. Selain jimat, aku puas hati. Dapat benda mengikut kemahuan aku.

Senarai  'Things To Do' macam sangat panjang. Tapi Alhamdullilah, dah banyak yang boleh potong.


Hari-hari keje aku ngadap preparation untuk birthday Cha je. Waktu lunch pun, makan cepat-cepat pastu naik atas main gunting ngan kertas. Biarlah orang nak kata aku over, beriya, bersungguh sangat ke.. Nak buat macam mana, achik memang suka. Tu yang buat sungguh-sungguh, lagipun bukan untuk orang lain.. Untuk anak sendiri. Ni namanya kepuasan peribadi.Dan jangan lah expect majlis Cha tu nanti akan jadik super-duper grand. Tidak. Sederhana je. Dah namanya pun budget ciput, siap kena buat paperwork bagai demi nak kawal kos. So tidaklah majlis itu nanti gah. Tapi InsyaAllah meriah.

Masak pun InsyaAllah aku masak sendiri. Jadual bekerja pun dah draft. Hari ni buat apa, esok kena buat apa. Tinggal nak tampal je kat dapur. Hah.. ada sesape nak datang tolong masak?? Sangat-sangat dialu-alukan. Tapi aku tak bayar upah lah.. buat kerja ikhlas semata. Kalau mahu, hubungi aku segera (:

Love You Sayang !!

*semoga aku akan mampu memberi benda yang sama untuk semua anak-anak aku nanti
* nampak gaya makin kerap lah aku tidur kul 12 ke atas lepas ni nanti

28 March 2012

DIY: Cupcake/Muffin Stand

Terdahulu aku ucapkan terima kasih kepada mereka-mereka yang sangat baik hati, murah hati sanggup share macam-macam tutorial yang sangat bermanfaat. Siap dengan video lagi. Sungguh berjasa la tutorial kamu itu. Dan TQ juga kepada Google. Sangat memudahkan kerja. Taip je 'How to make Muffin Stand' Hah!! Amik kau, berderet pilihan dia bagi. Pilih je nak ikut yang mana.

Menjadi aku.. harus aku amik sini skit, amik idea dia ni sikit. Cilok idea orang tu skit. Combine smua, bagi mudah. Bahan pun kita tukar, ikut availability pasaran kat sekitar Kuala Lumpur dan Selangor ni.

Mula-mula tu ingat nak beli je muffin stand ni, tapi macam mahal je. Pastu semua macam tak memenuhi selera. Aku pun saje lah google, nak try beli online. Tapi sekali google bagi few link ke pelbagai cara nak DIY Muffin Stand ni. Comel-comel pulak tu image yang dia tonjolkan. Apa lagi, harus aku tergoda. Terus lupakan hasrat nak membeli. Dah la mahal, simple je pun dah RM65. Maka, segeralah ajak laki mencarik bahan. Nasib baik suami aku pun rajin nak layan kehendak bini dia ni. Eleh, bab menyelamatkan wang ringgit haruslah dia bagi sokongan padu kan.

Serius. Tak payah lah beli cupcake/muffin stand. Buat je sendiri. Lagi best, boleh buat ikut selera masing-masing. Nak bulat, nak petak.. nak heart tier, semua adalah tak mustahil. Dan yang penting, sangat sekejap nak buat ni. Tak sampai 30minit kot. Tapi sebab aku buat sambil tengok tv, pastu sikit-sikit amik gambar.. jadiklah sejam. Hahaha..

Bahan-bahan diperlukan:


  • Cake board Circle- aku guna size 11', 9' ngan 7' 
  • Styrofoam (boleh beli kat kedai menjual kelengkapan pengantin)
  • Glue Gun
  • Art Glue - takde pun takpe, guna je gam pistol tu
  • Kertas untuk balut stereofoam tu -ikut selera masing-masing. nak guna kain pun boleh
  • Gunting
  • Ribbon
Cara-cara nak buat:
  • Balut styrofoam tu dengan kertas. Trace je bentuk bulat tu atas kertas, pastu potong. Kemudian tampal gunakan glue art/Glue gun. Aku guna art glue
bila dah balut/tampal kertas ke atas styrofoam, beginilah jadiknya. tapi sebab aku guna kertas color light pink,tak nampak sgt perbezaan dia
  • Kemudian tampal cake board kat bawah foam tu. Ni bertujuan nak bagi dia kukuh sikit. Yelah, muffin ngan cupcake tu boleh tahan jugak berat dia kan. Harapkan foam tu je, macam tak konfiden je *ni Ekwan yang suruh, dalam tutorial asal tiada*

tampal bahagian bawah foam yang telah dibalut dengan kertas/kain dengan cake board menggunakan hot glue.

  • Balut juga styrofoam yang silinder tu. Pastu lekatkan la kat center foam yang bulat tu. Yang ni pepandai la korang camne nak pastikan, foam silider tu terletak betul-betul kat tengah. Aku ni gelojoh nak cepat.. maka aku main agak lebih kurang je center dia. Ukur lebih kurang, terus lekatkan.

  • Kemudian, lekatkan lah mereka bertiga keping itu.
okay, hampir siap. dan lekatkan la ribbon di sekeliling foam/tier stand tu. aku takde stok ribbon lagi ni. nanti aku dah lekatkan aku tunjuk final output dia eh..tak pun tggu je lah bila aku guna nanti, aku amik gambar (;

Kos nak buat foam cupcake stand ni RM20++ je okay. Murah sangat dibandingkan dengan nak membeli. Kalau nak lagi jimat, foam tu boleh digantikan dengan carboard kotak tu je. Tapi silalah gigih je nak memotong. Pastu nak dapat bentuk dia sangat smooth kat edge circle tu harus susah. Maka, tak salah kot kuar duit sikit beli styrofoam tu. Kos dia jadik mahal pun sebab styrofoam tu. Kalau korang ada stok percuma, memang jimat sungguh la jawabnya.

Dan silalah jangan jadik pemalas macam aku. Sila lah dapatkan kaedah yang lebih tepat dan accurate bagi mengenalpasti titik perletakan foam silinder tu. Penting okay bagi menjamin output yang lebih mengancam *ni Ekwan belum tengok lagi ni, kalau dia tengok mau dia suruh bukak balik, lekatkan elok2 kat center.. hahaha..laki aku tu adakalanya cerewet*

Aku nak buat apa ngan benda alah ni?? *sebelum orang tanya, baik aku tanya dulu*

Alah.. ada lah. *tapi ramai kot boleh agak apa tujuan aku buat benda ni*

*tengahari ni nak gi carik ribbon comel-comel lekat tepi tier tu*

27 March 2012

2 E's Kesayangan

Hari ni hari Selasa, tapi aku nak buat entry dengan sekeping gambar ni. Tengah-tengah clearkan pendrive, jumpa folder gambar ni. Terus rasa 'alaalala... so sweet' Dah lah minggu depan nak kena tinggalkan 2 beranak ni 3 hari. Tiap-tiap bulan terpaksa tinggalkan derang. 

Tuntutan kerja ni ada masanya menyesakkan jiwa. Tapi takpelah, tu lah namanya pengorbanan.

alalalala.. anak ngan bapak berdua ni.

Nasib baik rutin kerja Ekwan tak memerlukan dia out-station selalu. Keje dalam KL ni je. Bini dia ni je yang asyik ke hulu, ke hilir. Habis serata negera nak kena pergi. Kadang achik jeles okay sebab Cha tak pernah berpisah ngan abah dia. Ibu je yang selalu takde berhari-hari, pastu tiba-tiba muncul.

Ibu gi kerja. Cha duduk ngan abah elok-elok ye. Main geletek-geletek ngan abah eh..

26 March 2012

aktiviti menambah bil elektrik

Mem'baking macam dah jadik rutin mingguan. Kalau hari minggu tak membakar macam tak kena je rasa. Dari hari Jumaat lagi dah terfikir 'apa nak buat erk esok?' Dan kebetulan adik aku datang rumah Sabtu tu, terus aku bukak buku resipi. Carik yang simple dan yang semua bahan dah tersedia kat rumah.

Dan Vanilla Muffin menjadi pilihan.

Ada 2,3 resipi dalam buku, tapi pilih yang paling mudah. Yang tak payah kuarkan mixer. Sebab aku memang sedikit malas nak membasuh pemutar tu. Maka, pilihlah resipi yang sekadar gaul-gaul, pukul-pukul guna whisk je pastu campur bagi sebati. Aku memang suka benda yang mudah. Tu yang kalau jumpa resipi super mudah macam ni. Memang aku simpan baik-baik dalam buku resipi tu.

ni namanya Vanilla Muffin terlebih masak. aku saja masak lama sikit sebab risau tak masak. yelah, aku kan isi penuh. resipi isi 3/4, bakar 20min mungkin cukup. tu yang aku extra kan lagi 10minit tu. dan inilah hasilnya

Kalau tengok gambar dari resipi asal, muffin ni tak la garing macam ni. Dan tak lah membukit macam muffin aku ni. Tu lah, memandai lagi tukar resipi, tak ikut arahan. Ginilah jadiknya. Patutnya isi adunan tu 3/4 cup muffin tu je, tapi aku isi kasik penuh. Nak cepat punya pasal. Ikut resipi dia kata bleh dapat 12 bijik.. tapi aku dapat 10 je.. Takpe, jimat muffin cups.. Hahahaha..

Nak resipi.. seperti biasa no hal. *dah aku pun selamba amik resipi org apa kes nak kedekut share resipi*

VANILLA MUFFIN

Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandum (diayak) -tapi aku nak cepat, guna superfine sajo
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan susu segar
  • 2 table spoon baking powder
  • 1/2 teaspoon garam
  • 1 biji telur
  • 1/2 teaspoon esen vanilla
  • 8 table spoon butter -dicairkan *aku masuk dalam microwave je*

Cara-cara membuatnya:
  1.  Dalam mangkuk besar, campurkan tepung, gula, baking powder dan gula. Gaulkan.
  2. Dalam satu mangkuk lai, whisk telur, susu segar dan butter yang dicairkan. Kemudian campurkan ke dalam adunan tepung.
  3. Gaulkan sampai sebati
  4. Masukkan dalam bekas muffin. Bakar 20minit pada suhu 180C
Mudah kan.. kalau aku kata senang tu. Memang betul-betul senang lah..


Bab hiasan pepandai la korang. Aku memang failed. Tu pun main tabur je rainbow rice atas dia. Aku bakar sekali, tu yang macam hampeh je jadiknya. Kena letak kemudian eh patutnya.. ok, next time aku nak try hias guna buttercream topping.. (: *cita-cita kena tinggi*


*ni patut diaplikasikan untuk projek birthday Cha ni..

25 March 2012

laki ke pompuan ni?

Peerghhh!! Anak aku sekarang buas tak ingat. Lasak semacam. Jumaat lepas masa kat Mydin, sementara aku kat cashier counter nak membayar, dia boleh gi panjat mesin permainan yang jual bola-bola kecik tu. Masuk 50sen, kuar bola sebijik. Ada 2 budak laki besar, dalam umur 4,5 tahun. Agaknya budak 2 rang tu pun pelik 'ni budak ni apa kes siap nak panjat mesin ni' Terjerit-jerit aku tengok dia peluk mesin tu.

 Semalam masa kat IKEA pun.. aduhai!!! Poning mak kau tau. Lari sana, lari sini. Aku dah kecut perut je bila dia pegang itu, pegang ini. Tak tenang mak kau nak shopping nak.. Tapi abah kau metsi suka, tak ligat sangat tangan mak kau ni capai tu, capai ni.

Gi IKEA memang kena siap sedia duit keluar melebihi budget awal lah.. *geram*

ni anak sape lah ni *geleng kepala mak budak ni*

Suruh duduk dalam stroller tak mahu, sibuk nak tolak stroller sendiri. Pastu boleh lak dia berdiri atas besi kat belakang tu, pastu tersengih-sengih.. Aduhai, anak.. anak..

*camne lah kalau ngan Cha yang sedang melasak ni, pastu aku ada newborn, tak pun aku mengandung. tak terbayang. tu belum ngan aksi dia dalam kereta. kat kedai makan. tak keluar rumah jawabnya. tu yang buat aku ngan Ekwan asyik tertangguh je proses nak bagi adik kat dia. masing-masing fobia kau..

23 March 2012

Dating

tiap-tiap hari dating 

21 March 2012

Belon Panas

Weekend lepas kan Putrajaya tiba-tiba menjadi padat. Lagi-lagi kawasan sekitar Presint 2 dan Monumen Alaf Baru tu. Ada Pesta Belon Udara Panas. Maka, dah alang-alang ada kat area Kajang Sabtu lepas, aku pun ajak lah Ekwan singgah jenguk dan join'kan diri kat pesta tu. Peerrghh, giler ramai umat manusia. Tengah panas terik pun melambak-lambak orang bersepah sana-sini.

Aku tengok ke atas, takde pun belon. Yang ramai-ramai ni semua buat apa ni? Sudahnya, aku ajak lah Ekwan balik. Tidur lagi seronok. Badan dah lah memang letih, maka tak kuasa aku nak sibuk-sibuk tengah panas tu. Tapi esoknya pergi lagi. Konon pasang niat nak pergi awal pagi. Tapi pukul 10 gak baru sampai. Melepas lagi. Tengok je lah belon bulat. Belon kek, belon monyet semua entah mana.

ibu: mana belon ni Cha? ibu nak tengok belon kek
Cha: tu kat sana tu..tak nampak ke bu

ni belon bulat Cha, ibu nak tengok belon bentuk monkey

apa yang ibu sibuk sangat nak belon monkey, belon kek.. tu hah, melambak-lambak. dora ada, BoboiBoy pun ada. lagi best. suruh la abah amik 2,3 bijik.

Giler frust aku tak dapat tengok belon yang pelbagai bentuk tu. Bila check jadul pukul 7am rupanya. Dan siaran ulangan adalah di waktu petang. Entah kenapa, sanggup lak kami ni nak menunggu. Tapi sebelum tu, pusing la tapak karnival ni dulu. Tengok apa yang ada. Tapi panas giler okay. Berpeluh-peluh. Nasib baik ada payung, tapi payung warna-warni size XXL tu sangat memikat hati tau. Terus rembat sebijik. RM15 satu, rasa macam pembelian yang berbaloi-baloi.

model payung pelangi *silamuntah*

model payung junior

sian model junior ni kepanasan, peluh tak ingat. muka pun merah. risau aku kalau dia demam. nasib baik suhu maintain je malam tu.

nampak signage ni. terus 'yang, nak amik gambar kat sini' tapi laki aku macam tengah leka amik gambar apa entah, dia tak dengar. ada lak sorang budak, tiba-tiba dia yang snap gambar aku. pastu tersengih je sambil berlalu pergi. huhuhu..apakah??? Mungkin dia kesian kot kat aku, dah posing beriya tapi laki buat tak layan.. mungkin..mungkin..

Bila dah tak mampu bertahan dengan keadaan cuaca yang sangat terik, ke Alamanda lah kami. Nak isi perut. Tapi Alamanda adalah sangat padat dengan manusia. Pastu boleh pulak food court dia renovate kan. Semua tempat makan adalah penuh. Perghhh!! Perut aku dahlah dari tadi merayu-rayu minta diisi. Nasib ada orang Putrajaya boleh tunjuk arah membawa kami ke foodcourt kat Presint 16 tu. Eh, foodcourt ke erk nama tempat tu.. Situ pun penuh ngan manusia, tapi Alhamdullilah dapat juga meja untuk kami. Sedap makanan dia, harga pun berbaloi. Tapi kalau takde orang bawa, memang jangan harap nak jumpa kot.

Bila lah Perbadanan Putrajaya nak memperbanyakkan signages tunjuk arah kat Putrajaya ni hah?? Aku kalau dtg Putrajaya memang haru-biru.

belon bentuk simkad ni je lah yang aku dapat tengok yang tidak berbentuk bulat. jadiklah dari takde langsung

budak seluar belang-belang tu suka betul tengok 'beyon' besar bagak depan dia. siap nak panjat pagar nak pergi kat 'beyon' Alah, mak dia yang pakai cardigan belang-belang tu pun sama je. Terlebih juga excited dia.

Next year kalau ada lagi pesta belon panas ni kat Putrajaya memang tanpa segan silu lah aku minta menumpang umah sape-sape kat Putrajaya tu. Senang esok pagi nak gi tengok belon. Ni dari USJ je pukul 10, harus sampai Putrajaya semua belon dah siap bungkus.

*macam kesian je kat orang yang beratur lama-lama tunggu nak naik belon tu, tapi kejap je. nasib baik bayar RM10 je..


20 March 2012

Resepi: Cream Puff

Kembali kita ke sesi knowledge sharing bersama Achik Dayu. Kali ni achik nak kongsikan resipi yang achik juga google dan gunapakai kemudian syiok sendiri buat hebahan umum. Hehehe.. Alah, benda baik apa salahnya dikongsikan. Kan.. kan.. Lagipun sekali dah terpapar kat ruang maya ni, kira hak milik umum la kan. Takde pun tulis sebarang nota kaki kat situ 'Tidak dibenarkan berkongsi resipi ini. Ini resipi saya yang punya' Takde.. Maka, nah.. cepat copy, pastu paste dan print.

Senang je nak buat dia, antara gigih ngan tidak je.

Bahan-bahan untuk Choux Pastry: (anggaran: 20++ biji size besar)
  • 1 cawan air
  • 75gm butter
  • 1 cawan tepung (sila ayak dulu untuk mendapat hasil terbaik, kalau rajin sila ayak 3 kali)
  • 1/3 teaspoon garam -campurkan dengan tepung dan ayak sekali
  • 3 biji telur

Bahan-bahan untuk krim custard:
  • 200 ml susu segar
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar gula
  • 1 sudu butter

Cara-cara nak membuatnya:

Choux Pastry:
  1. Cairkan butter dan air dalam kuali/periuk. Pastikan butter cair keseleuruhannya dan biarkan mendidih. Tapi jangan lama sangat. Kemudian masukkan tepung. Kacau laju-laju sampai adunan sebati sehingga jadi doh. Masak lagi dalam masa 3 minit dengan api sederhana. Tutup api
  2. Keluarkan doh dan sejukkan doh. Bila doh dah sejuk, masukkan telur dan pukul dengan mixer. Masukkan telur sebijik demi sebijik
  3. Masukkan lah adunan ke dalam piping bag, dan picit lah ke atas dulang.
  4. Panaskan oven 15min pada suhu 220C. Sebelum bakar, spray air pada permukaan cream puff. Bakar guna api atas bawah. 15min pertama bakar suhu 220C, kemudian turunkan kepada 190C selama 15min
  5. Boleh je nak bakar lama sikit kalau nak perangkan lagi.
  6. Bila dah sejuk, potong bahagian tengah puff tapi jangan sampai terputus kemudian sumbat la custard.

Custard Cream:

1. Campur kan tepung gandum, tepung jagung, gula dan 2,3 sudu susu. 
2. Kacau laju-laju jangan sampai ada yang berketul. Gunakan api perlahan. Kemudian masukkan telur. Kacau lagi dan kemudian masukkan baki susu.
3. Sentiasa kacau dengan api perlahan hingga jadi pekat. Tutup api. Masukkan butter. Siap.

taburkan gula icing atas puff dan silalah makan

*nak membentukkan pastry tu pepandai la korang gayakan tangan. tu ikut kreativiti masing-masing. dulu 1st time aku buat, buruk giler kot. Dengan xde nozzle nya.. hahahaha..tapi makin lama, setelah melalui beberapa proses revolusi, cream puff aku makin comel (:

Baking Mega Project: Cream Puff

Sape yang terbaca status aku weekend lps mesti dah sedia maklum apa projek besar-besaran aku. Sampai amik cuti bagai. Yelah, achik ada komitmen nak dipenuhi. Dah berjanji kena tepati. Sebab khuatir termungkir janji, kenalah korbankan cuti. Yang penting misi tercapai.

Aku kena siapkan 400 bijik cream puff. Tapi tiba-tiba aku terniat, nak buat 500pcs. Hadiah untuk pengantin.

Ye, ye.. aku tiba-tiba berani amik tempahan sampai 500 bijik. Tak menyempat, 500 terus. Huhuhu.. nak buat camne, dah itu yang datang dulu. Rezeki namanya ni. Tak kan nak tolak. Dengan lapang dada achik terima. Tapi taklah lapang mana sebenarnya, risau adalah. Terfikir jugak 'boleh ke buat ni?" Entah larat entah tidak. Payment dah amik ni. Maka, larat tak larat.. kena jugak siapkan.


Seawal 9 pagi aku dah bertungkus-lumus kat dapur. Siapkan custard dulu. Sejuk je terus sumbat dalam peti. Dan bermulalah agenda utama membancuh adunan untuk choux pastry cream puff ni. 1st adunan aku bancuh 5 adunan terus. Tersenguk-senguk mixer aku. Kesian dia, kena keje kuat last week. Banyak sungguh jasa dia. Tapi.. tapi, aku ada new item dalam wishlist ni. Terus duduk no.1. Achik nak mixer berkuasa tinggi!! Dah lah semalam jalan-jalan kat Alamanda ada promosi oven, mixer segala ni. Terus rasa nak je peluk sebijik. Tapi tengok harga, achik terus membawa diri. Tak mampu...

Masuk 300++pcs tangan aku dah mula sengal-sengal dah.. pinggang pun dah mula sakit. Errkk..camne orang yang buat beribu tu hah?? Apa kaedah korang guna? Ekwan yang simpati kat bini dia ni, cuba nak membantu. Tapi aduhaiii, habis pecah piping bag tu dia kejekan. Tenaga orang laki katanya. Maka, dia tolong sumbat custard je lah.

tersenguk-senguk achik tapi demi janji, teruskan jua

menunggu sub-con untuk sumbat custard

assisstant yang lebih banyak menyibuk dari membantu (:

Alhamdullilah, pukul 1 pagi projek mega dapur aku berjaya ditamatkan. Sinki pun berjaya dikosongkan. Settle je sinki, terus aku campak badan atas katil, perrghh.. heaven giler rasa. Tak tunggu lama, terus nenyak. Sedar-sedar subuh. Bangun-bangun terus check cream puff 3 kotak atas meja. Alhamdullilah, semua selamat. Takde serangan semut berlaku. Dan sambung tabur icing sugar atas cream puff.. tapi macam tak memberi kesan je. Siap 1 kotak, 1st kotak hilang dah gulanya. Sudahnya aku tabur lebih kurang je, pastu susun dan wrapped
.
Aku janji nak hantar cream puffs ni pukul 11am ke Dewan perdana Penjara Kajang, tapi 10.30am aku dah sampai. Risau kau, biar awal. Jangan lambat. Sanggup keluar rumah tak breakfast, teguk air je. Terus zass.. Nasib baik Ekwan pun memahami. Laju je dia bawak kereta, sebab macam dah terlambat. Risau. Tak tahu tempat kan, base on google maps je. Risau la kalau tersesat. Kalau datang makan je takpelah. Tak jumpa balik je. Ni bawak bahan makanan orang, nak rasa kena sumpah ngan orang ke?? 

muka org control letih, control mengantuk.. hakikatnya 'katil..katil'

Bila sampai penganti tengah mekap, tak sempat nak bergambar dengan dia. Anyway, TQ Siti dan keluarga sebab beri kepercayaan ni kepada akak. Dan tak lupa kepada sepupu ku, yang memberi peluang aku menambah rezeki ni. TQ CharmBakers. Lain kali ada job lagi, mana dah tak mampu nak buat boleh la pass kat akak awak ni (;

Percaya tak kalau aku kata, resipi yang aku guna untuk projek mega ni adalah resipi cubaan kali pertama. Terus bancuh 5 adunan lak tu. Nasib baik menjadi. Nak resipi?? Nanti achik share eh..

*size agak tak konsisten, so mmg patut aku buat lebih.

16 March 2012

Hotel Review: Havanita Hotel,Mersing

Last week kan aku out-station ke Mersing. 3 hari 2 malam kat sana. Dalam sedih-sedih tinggal anak, tinggal suami, syiok juga. Tenang tidur malam aku. Biarpun mula-mula susah nak terlelap, tapi tak payah rebut-rebut bangun pukul 5.45 am. Pukul 7.30 boleh selamba je lagi peluk bantal bawah comforter. Dah la langsir tebal kan, tak sedar langsung dah siang. Tapi sebelum tu puaslah ulang tayang video ngan gambar anak dalam handphone. Rindu tetap rindu. Tipulah tak rindu. Bonding anak ngan ibu sangat susah nak diungkap ok.


Ni aku nak share sikit pasal pilihan hotel yang ada kat Mersing selain dari Seri Malaysia.


Mula-mula ingat 1st night tu nak menetap sehari kat resort-resort tepi laut tu. Nak gak merasa sebelum tidur dengar bunyi ombak kan. Memang banyak lah pilihan. Homestay pun melambak. Harga pun mampu milik, RM130 dah boleh dapat bilik mengadap laut. Tapi disebabkan hampir kesemua resort tidak ada menyediakan perkhidmatan pembayaran menggunakan kad kredit, maka terpaksalah kami akur. Awal bulan beb, nak tidur 2 malam. Mana ada budget weh. Takde rezeki nak tidur didodoikan dengan deruan ombak. Patah balik la ke kawasan bandar. Dan disebabkan badan dah terlalu letih travel dari KL ke Mersing, serbu je lah Seri Malaysia.


Peerghhh!! Mersing adalah sangat jauh ok. 5-6 jam perjalanan. Aku yang duduk belakang, dari KL sampai Ayer Hitam layan tidur pun boleh 'bila nak sampai ni??' Bayangkan macamana yang bawak kereta tu. Memang letih tahap maksimalah jawabnya.


Nothing special tentang Hotel Seri Malaysia. Tak payah citer pasal dia. Semua orang tahu kot pasal dia. Aku nak citer pasal hotel yang aku huni pada hari ke-2.


HAVANITA HOTEL nama dia.


Terletak di kawasan bandar Mersing, depan Petronas. Lepas turun dari jambatan, depan sikit je. Memang boleh nampak lah.

Hotel Havanita. Carik ni kalau sampai malam, siang-siang pun boleh jugak

Entrance. Bila sampai je pintu masuk dia aku dah kagum. Dengan pasu besar bagak dia. Terus rasa 'ni lepas tak rate aku ni

Masuk-masuk terus gi reception kaunter dia. Soalan pertama 'berapa harga bilik semalam dik?' Hahaha.. Patut tanyalah 'ada bilik tak dik' Ni terus tanya harga. Nampak sangat kurang kemampuan. Huhuhu..nak buat macamana, out-station awal bulan. Haruslah merancang kewangan dengan penuh teliti. Kang nak tunggu gaji melanguk makan roti kang.

lobi area dia. sekali lagi aku kagum dengan interior decoration dia. 

Terus adik tu hulur kertas senarai harga bilik. Okay, masih mematuhi pekeliling, tapi agak mahal. Apa lagi 'dik, ada goverment rate kan?' Eceh, buat-buat tanya konon. Haruslah kan. Harus bermanis mulut, walau hakikatnya nak je tanya 'orang gomen bape ringgit dik?' Tersengih-sengih adik tu jawab 'ada kak, tapi kena tunjuk ID' Dan terbaik. Aku mana bawak name tag aku kan. Kat mana pun aku tak tahu. Iye..iye achik memang tak bermanfaat. Nasib baik technician aku ni bawak, dan adik manis bersanggulkan chopstick tu kata 1 je dah cukup. Sayang la kamu adik. 

nah.. ni harga bilik-bilik dia. aku amik superior saje. lepas dapat diskaun, menggunakan kadar kakitangan awam, bilik tu semalam termasuk servis caj jadik RM116. Banyak kan diskaun dia.

Masuk je bilik aku terus 'wahh!! bestnya'. Tanggal kasut, letak beg yang berat macam ada batu 8 bijik tu, pasang aircond terus campak badan atas katil. Heaven sungguh rasanya. Dah la penat-penat balik dari berjemur atas jalan kat site, memang aku rasa nak tidur je. Tapi mengenangkan badan melekit, berpeluh bagai nak rak kat site. Mandi lagi best dari tidur. Terus carik bilik air. Dan sekali lagi 'bestnya!! bestnya!!'

bilik aku duduk sebijik macam ni. bantal oren tu memang best. memang agak kecik, tapi duduk sorang, dah lebih dari selesa. kalau bawak family, boleh amik type deluxe. government rate RM140. 

bilik air. berendam dalam bathtub terus rasa nak terlelap kau. dah la air laju je. puas aku mandi, kat Seri Malaysia air punyalah slow. tak syiok langsung.

Lagi 1 yang best tentang Havanita Hotel. Siaran TV dia memang terbaiklah. Disney ada, HBO ada. CNN ada. Pastu ada 1 channel ni, aku tak pasti Hong Kong ke China. Tapi cerita dia smua pasal family. Stok meleleh air mata lah, tapi best. Baik-baik aku niat lepas Isyak nak tidur sampai ke tengah malam baru tutup tv. 

Breakfast pun bukan buffet ye. Ala-carte. Setiap pagi ada 2 menu, 1 tradisional, 1 lagi western. Sila pilih dan derang akan masak kan. Memang syiok habis la makan keow teow goreng panas-panas pagi hari kan. Dah la sedap, melambak lak tu. 1st time jumpa konsep macam ni. Dan aku suka, sebab each room dapat 2 kupon kan, dan selalunya aku akan stay sorang. Yelah, dah aku sorang je pompuan. So bila guna konsep ala-carte, dapatlah aku manfaatkan 1 lagi kupon tu. Dapatlah colleague aku balun 2 pinggan brakfast. Sendiri nak makan tak larat dah.

nak cakap lagi ni. aku kagum lagi ngan interior dia. yelah, Havanita ni kalau ikut harga kira standard hotel 3 bintang je, tapi hiasan dia sangat eksklusif ok. pada pandangan mata aku la. 

Sebelum aku akhiri review aku ni, aku ada 1 cadangan nak bagi kat management Havanita Hotel *andai pengurus dia tiba-tiba terbaca blog aku ni kan, mana tahu. Hahaha..perasan sungguh* Silalah cat dinding luar bangunan hotel anda. Lagi-lagi side yang dari arah jambatan tu. Buruk bebenor dah. Tak memberi good impression. Mesti orang expect hotel kamu hotel cikai yang entah apa-apa, walau hakikatnya 'peerghh!! terbaiklah hotel ni'

Aku buat review gaya macam dapat upah je kan, semua terbaik. Tapi serius beb, ni review ikhlas dari hati. Memang aku sangat puas hati. Aku suka orang yang business sungguh-sungguh gini. Impress customer at 1st visit. Serius, kalau aku kena gi Mersing lagi memang aku akan duduk Havanita. 

Eh, korang kalau gi Mersing memang patut cubalah Havanita Hotel ni. Berbaloi ok. Tapi dia takde lah swimming pool smua tu kan. Tapi dia ada karaoke room. Hah..Wi-fi dia pun laju. Sambil baring-baring boleh layan wi-fi free.

Okay, sekian terima kasih.

*semua gambar aku amik dari website dia.





15 March 2012

GERAM

Achik dah gemuk. Achik tension. Geram dengan lemak-lemak di perut. Tak memberi kerjsama langsung. Takpe..Takpe. I will do something. Tak rela lihat rupa sendiri yang begini. Buruk bebenor je rasa. Telinga pun dah tak tahan dengan gurauan manja suami tercinta. Menusuk kalbu terus ke jantung kau.



Lepas ni kena rajin sarung PB. Jangan ngelat. Jangan banyak cekadak, jangan banyak alasan.

Nak cantik ke tak nak??


I really need to do something!!!!

14 March 2012

Kek Pelangi atau nama lain dia Rainbow Cake

Sebelum ni banyak kali jugak aku dah nampak orang tayang Kek Pelangi ni. Lawa, menarik. Tapi tak pulak terasa nak mencuba. Tapi bila 2 hari lepas, sibuk semua dok kata pasal Rainbow Cake ni. Aku lak entah kenapa terus 'nak buat!!!' Terus minta resipi. Bila baca resipi macam simple. Pe lagi, malam tu jugak aku buat. Singgah Mydin jap beli cream cheese dengan whipped cream. Gigih kan. Tapi biasalah aku, kalau aku nak, memang aku pastikan aku dapat.

Eisya tidur je, terus aku masuk dapur. Boleh pulak dia tidur lambat malam tu, pukul 11.30pm baru aku mula pukul butter ngan gula. Pukul 1 lebih baru siap. Clearkan sinki, tidur.

Dan ini hasilnya. Taraa!!!

Giler hodoh aku rasa kek ni. Rasa frust sgt sebab sebelum diselaputi cream cheese tu, kek aku comel molek je. Sapu je cream cheese terus hancuss.. Rasa nak nangi. Tapi sebab tak mampu nak layan sebak di dada sebab penat dan katil memanggil-manggil, aku sumbat je lah kek ni dalam peti ais.

Esok bangun je terus aku serbu peti ais, keluarkan kek hodoh aku ni, amik pisau, baca selawat, bismillah banyak kali dan potong. Alhamdullilah. Adalah sikit rupa, kalau tak memang aku sumbat balik la kek ni dalam peti. 

Boleh lah, walaupun sebenarnya aku macam tak puas hati dengan lapisan kek tu. apsal lah dia macam nak tercampur. Kurang whipped cream kot. Ok, next time aku sapu banyak-banyak

potong masuk bekas buat edaran kepada mereka yang berkaitan.

Aku tak pasti apa size loyang yang aku guna, mungkin besar skit dari size 8' yang sepatutnya digunakan kot. Tu lapisan kek aku macam jadik nipis je. Dan kek aku pun rendah je lah. Compare dengan yang orang lain buat, macam tinggi je. Next time aku nak buat guna loyang petak lah. Hajat hati nak buat kek ni untuk birthday kek Cha, tapi cancel lah. Tak yakin aku bab sapu creamcheese tu. Buruk bebenor. Tapi kek ni memang sesuai la untuk birthday budak pompuan, colourful. Budak-budak tengok mesti suka kan. Rasa pun, sedap lah. Lembut je. 

Birthday awak, ibu beli kek Chocolate Indulgence je lah Cha eh.. Tapi awak tak suka coklat, apa kata New York Cheese.. Ok?? Boleh lah eh..

Nak resipi?? Aku pun amik dari Puan Nano kita. Nah amik ni: RESIPI KEK PELANGI


13 March 2012

Pinjaman Pelaburan ASB

Rasanya ramai yang dah sedia maklum dan tahu pasal pinjaman pelaburan ASB kan. Buat pinjaman ngan mana-mana bank yang terlibat untuk long term investment. Pinjam 20K kat bank dan melabur dalam ASB. Benda ni dah lama ada kat pasaran kan. Aku rasa dari zaman aku sekolah lagi dah wujud sebab mak aku adalah salah sorang yang meminjam kat bank dan invest kat ASB. Mak aku buat ngan RHB.

Dulu lepas aku dah ada keje tetap je, mak aku suggest gak suruh aku join pelaburan ni. Tapi aku ni kan tahunya nak meng'enjoy je lebih. Duit gaji mana tahu nak simpan. Shopping je kejenya, bila nak kawin lagilah. Terus aku rasa dut gaji tu cukup-cukup je. Takde dah peruntukan aku nak sediakan nak bayar kat bank tiap-tiap bulan. Cukup-cukuplah dengan hutang sedia ada. Bila dah kawin, dah ada anak. Harus lagi aku rasa tak mampu nak join pelaburan ni. So aku tumpang gembira je lah bila mak ngan adik aku bergembira dengan keuntungan derang setiap hujung tahun.

Tapi adik aku dah stop dah. 2 tahun je kot dia join. Kenapa, aku tak tanya la pulak kenapa. Tapi maybe kewangan dia pun tak mengizinkan kot. Ngan housing loan lagi.. Mana lagi nak cekau nak bayar kat bank.. Bukan sikit. RM200++ jugak sebulan nak kena tolak dari gaji.

Dan pagi ni terbaca pulak kat blog kawan aku, Jong. Dia pun baru dipromosi oleh staff Maybank. Dia pun tengah berfikir-fikir sama ada nak join atau tidak. Baca apa yang Jong tulis mengikut kefahaman dia berdasarkan apa yang staff Maybank tu terangkan kat dia macam menarik. Aku tunjuk kat Ekwan, terus pakcik tu 'cuba kira betul-betul, sure ke bleh untung??' Biasalah laki aku, bab hutang ni memang dia kira habis-habisan. Bagi dia senang je 'Kalau dah namanya loan, ada bank interest, celah mana nak untung' Yelah, bank mana yang berbesar hati sangat nak bagi kita untung senang-senang je kan.

Dan pakcik tu tanpa disuruh rajin pulak dia buat calculation. Pakai excel je pun. Siap nak buat graf tu.


Maybank ASB Loan 20K 10years



Year Base Interest Profit New Balance after Interest Annual Rpymnt (216*12) net return per year
1 20000.00 6.00% 1200.00 21200.00 2592 -1392.00
2 21200.00 6.00% 1272.00 22472.00 2592 -1320.00
3 22472.00 6.00% 1348.32 23820.32 2592 -1243.68
4 23820.32 6.00% 1429.22 25249.54 2592 -1162.78
5 25249.54 6.00% 1514.97 26764.51 2592 -1077.03
6 26764.51 6.00% 1605.87 28370.38 2592 -986.13
7 28370.38 6.00% 1702.22 30072.61 2592 -889.78
8 30072.61 6.00% 1804.36 31876.96 2592 -787.64
9 31876.96 6.00% 1912.62 33789.58 2592 -679.38
10 33789.58 6.00% 2027.37 35816.95 2592 -564.63




Total Payment 25920




Absolute net Return 9896.95

Jadual di atas adalah pengiraan untuk pinjaman 20K dalam tempoh 10 tahun dengan Maybank. Ikut jadual ansuran bulanan yang Maybank keluarkan, untuk pinjaman 20K selama 10 tahun, setiap bulan kena bayar RM 216. So jumlah bayaran setahun adalah RM 2592. Dan selama 10 tahun, jumlah yang dibayar kat bank adalah RM 25,920. Jumlah dividen + jumlah pinjaman = RM 35,816.95. Memang seronok lah tengok buku akaun kan. Nampak banyak je nombor dalam buku. Tapi kalau dah ditolak dengan duit yang bayar tiap-tiap bulan kat bank, tak lah banyak mana untung sebenarnya.

RM 35,816 - RM 25, 920 = RM 9,896 (kira mudah lah, RM10K)

Ni kalau kita tak amik dividen hujung tahun tu. Kalau amik, takdelah dapat profit macam dalam jadual tu, balance pun tak lah sebanyak tu.

Ye, ye 10K tu pun  banyaklah jugak. Sape nak bagi kan. Tapi cuba kalau kita buat saving sendiri. Tiap-tiap bulan, buat potongan gaji siap-siap untuk simpan kat ASB. Jom tengok, macamana perbezaan dia. Mana lagi untung dan berbaloi.


Year Saving Per Year New Bal Include Interest Earn for 2nd year above Interest Interest Earn for Current Year
1 2592 2592.00 6.00% 155.52
2 2592 5339.52 6.00% 320.37
3 2592 8251.89 6.00% 495.11
4 2592 11339.00 6.00% 680.34
5 2592 14611.34 6.00% 876.68
6 2592 18080.03 6.00% 1084.80
7 2592 21756.83 6.00% 1305.41
8 2592 25654.24 6.00% 1539.25
9 2592 29785.49 6.00% 1787.13
10 2592 34164.62 6.00% 2049.88

Merujuk kepada jadual yang laki aku buat ni, after 10 years, dalam akaun kita akan ada RM34,164. Ni pun kalau kita sangat disiplin, tak usik, tak kacau duit dalam akaun tu. Sesak macam mana pun, tetap juga tak bawak buku ASB gi bank. Kalau tidak, jadual di atas adalah tidak boleh digunapakai. Sila maklum.

Kalau tengok memang macam kurang sikit dari jumlah kalau buat loan, buat loan bleh dapat RM35k. Simpan sendiri, lepas 10 tahun ada RM34K je dalam akaun. Tapi yang seronoknya, tak perlu nak tolak apa-apa dah. Takde bayaran bulanan nak kena buat kat bank. So kira bersih la kita dapat RM34K. Betul tak? Ke aku silap..

Tapi sebelum korang berbunyi, aku dah sound Ekwan siap-siap 'jangan harap lah kita boleh self saving, mesti selalu ngelat. kalau buat loan dah memang potong siap-siap' Dan merasalah aku kena sedas ngan pakcik tu 'sama je lah weh!! potong gaji siap-siap jugak la. tapi awak tak bayar ke bank, awak simpan direct ke ASB' Geleng kepala pakcik tu tengok bini dia macam susah sangat nak paham. A'ah kan, sama je lah konsepnya kan.

Insya Allah, sempena pengumuman kenaikan gaji kepada kakitanga awam ni, aku nak mula menyimpan secara tegar. Tak dapat simpan banyak, sikit pun jadiklah. Aku nak potong siap-siap dari gaji masuk ASB. Dan InsyaAllah, nak buat jugak potongan terus ke akaun SSPN/ASD cha. Kan orang selalu cakap 'duit banyak mana pun tetap tak cukup' Maka, duit gaji tu kalau naik 50% kalau aku tak asingkan untuk saving siap-siap, cukup bulan habis jugak. Semoga kesedaran ini bertahan lama. Maka, silalah jangan tangguh-tangguh, esok jugak aku gi admin mintak borang.

Eh, akaun ASD dah boleh tukar ke ASB kan.. tak payah tunggu budak umur 12 tahun.. Hari jugak aku uruskan ASD Cha..

Anak ibu lagi banyak saving dari ibu..

12 March 2012

Aleef Aufa is 2!!

Pantas sungguh anak-anak membesar. Serius!! Kejap je dah 2 tahun dah. Kang tup-tup dah masuk sekolah, pastu masuk U. Pastu merasalah gi kenduri kawin anak-anak kawan. Sekarang attend birthday party derang je. Huhuhu.. Imaginasi selalu melampau aku ni. Biasalah.. mak, mak gini lah.

Aleef ni sebaya dengan Cha. Parent dia kawin pun selang seminggu lepas aku kawin. Tapi Aleef lahir sebulan awal dari Cha. Hehehe.. Anak bunting pelamin ni namanya. Nanti masuk sekolah sama-sama. Kalau satu sekolah, awak tolong jaga Cha eh Aleef. Tapi kalau berdasarkan prestasi dia sekarang, minah tu agak brutal. Dia je keje lepuk orang.

birthday boy yang handsome siap sedia nak potong kek

Potong kek!!
family harus ada bersama.

Majlis diadakan di Umai D'Lake Cafe, Presint 2, Putrajaya. Okay, menjadi non-resident of Putrajaya, sekali sekala masuk Putrajaya memang kena bergantung hidup kepada signboard semata-mata lah jawabnya. GPS tak berjaya membantu kali ni. Umai Cafe is not listed okay.. Berpuisng-pusing aku kat dalam Presint 2 tu. Landmark yang diberi hanya Masjid Besi, Putrajaya. Huhuhu.. Achik tak tau mana masjid Besi. Telefon Puan Jue, dia tak angkat phone lak. Dia tak tau kot tu aku, yelah aku call guna no Ekwan kan.

Tapi Alhamdullilah, berjayalah jugak sampai. Dan syukur walaupun lewat sejam, upacara memotong kek masih belum dijalankan. Anyway, Cafe ni terletak berhampiran Monumen Alaf Baru. Bangunan paling dekat ngan dia JPN. Tu je landmark aku boleh share.

Abang Raiyan is 1st batch of SnB junior. Cha ngan Aleef sudah masuk 3rd batch

birthday boy dan mama dia yang sangat gorgeous. aku mmg super duper jeles la ngan ke'flawless'an kulit kau Jong. Memang berseri-seri bila anak bertambah umur kan

Tempat ni memang sesuai lah nak buat birthday party untuk anak-anak. Kawasan luas. Tapi pengudaraan kurang skitlah. Memang berpeluh-peluh budak dibuatnya. Nasib baik hari redup. Angin memang kuat, tapi kurang berasalah. Kalau dapat buat kat yang ada aircond kat bawah tu memang terbaik lah. Tapi harus lain harganya kot. Pakej yang member aku amik ni pakej minum petang. For details, jenguklah FB cafe ni. Makanan dia pun okay, sedap je. Tapi aku tak puas okay nak makan sebab Cha asyiklah 'takut..dukung' Entah apa lah dia nak takutkan.

Eisya Elyssa yang bila dah nak balik baru sibuk nak main itu ini. awal-awal tadi asyiklah berkepit je ngan ibu dia ni. dia takut bunyi kuat-kuat kot. alahai anak ibu.. Maka, memang sesuai la birthday awak nanti kita buat kat umah je Cha..

Syaqif Syadzili. 4th batch of SnB junior. 4th batch kot paling ramai. Tahun 2011 kami terima ramai keahlian baru. Seronok. Makin meriah la SnB lepas ni. Kalau dulu bergambar pun tak dah muat frame, lepas ni?? Ada 2 frame la jawabnya. Mak bapak, pastu anak-anak.

Nadra Omera. Ahli paling baru dan paling muda. Nadra, kira awak 5th batch la kan.. Nampak gaya macam awak sorang je SnB jr for 2012. Tapi takpe, kita tunggu eh.. Mana tau aunty Zuray nak buat any announcement (:

                           
anak-anak yang tak memberi kerjasama. this is motherhood. zaman nak berposing sakan dah berakhir

sebelum balik. sorry Sal ada hal sikit, tak dapat nak temankan ko makan. Tak dapat belek Syaqif puas-puas.

Anyway, TQ Jong. TQ Wea jemput kami sekeluarga sama-sama meraikan harijadi Aleef ni. Harap-harap Aleef suka dengan hadiah yang aunty bagi tu. Kalau tak berkenan, bagi Aqeef eh.. Aunty doakan Aleef akan membesar jadik anak yang bijak, dan sentiasa menenangkan hati mama ngan papa. Semoga Aleef sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dan jadik anak yang bijak nanti. Luv u Aleef!!

Happy 2nd Birthday Aleef Aufa!!