Pagi tadi (iaitu pagi 23/9/10) ketika sedang terkocoh-kocoh lari ke bilik
meeting sebab tersalah tgk time
presentation, ada dapat
message di FB dari
Mazni. Aku sempat baca gitu-gitu je. Nak
reply memang tak lah. So petang ni, lepas balik dari jamuan raya
KKR, aku baca lah semula.

Bila usaha kita dapat memberi dorongan kepada orang lain, menjadi inspirasi. Terasa macam sangat
best kan. Terasa mcm dah buat sesuatu yang sangat murni, Aiceh!! Over lak kau Dayu.
Sebelum ni aku banyak amik ilmu-ilmu yang dikongsikan oleh orang lain, mengukuhkan pengetahuan. Dan bila ada yang bertanya kini, aku rasa seharusnya aku kongsikan juga. Lagi-lagi segala maklumat mengenai
breastfeeding yang belum cukup meluas ni. Maka, aku adalah sangat berbesar hati nak
share segala maklumat yang aku ada. Biar segala kemusykilan dan kebimbangan yang Mazni rasa sekarang ni berlalu pergi. Bagi dia bertambah yakin nak meneruskan niat dia nak
breastfeeding baby dia nanti. Biar impian dia tu menjadi kenyataan.
Nursery dan EBM
Memang ada sesetengan
nursery/babysitter yang tak nak terima EBM. Siap pesan suruh bawak susu tepung lagi. Tapi tak perlu risau, penyusuan ibu ni dah menjadi salah satu modul dalam Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak yang wajib dihadiri oleh pengasuh-pengasuh yang nak bekerja kat nursery. Kebanyakan
nursery sekarang dah sedia maklum mengenai EBM ni.

Modul Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak. Syarat wajib, kau tak pergi, siap sedialah kena saman kau ye -nak baca lebih lanjut slik klik -
Maka adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai mak ayah untuk memilih
nursery yang cukup segala syarat dan peraturan yang JKM senaraikan. Pastikan
nursery tu berdaftar. Cakap siap-siap yang kita nak hantar baby bersama EBM. So kalau
nursery tu mcm teragak-agak nak terima, carik je yang lain. Tapi kalau dah terdesak sangat, kita
explain la siap-siap kat derang. Terangkan elok-elok. Dan seboleh-bolehnya jangan sampai membebankan derang. Mudahkan keje derang.
Isi siap-siap dalam setiap botol mengikut kuantiti yang anak kita minum sekali
feeding. Labelkan setiap botol mana yang perlu digunakan dulu. Memang la kita dah tag setiap botol tu mengikut tarikh dan masa perahan kan, tapi orang kat
nursery tu kan
busy. Bukan anak kita sorang je derang jaga. Mana lah sempat dia nak membelek satu-satu botol tu nak tengok tarikh semua. Anak dah menjerit2 minta susu.
Numbering the bottle is easier. Dan isi semua botol dalam
cooler bag. Kalau
nursery tu jaraknya agak jauh dengan rumah isi lah
ice pack sekali.

nursery Eisya 2 minit je dari rumah, maka penggunaan ice pack adalah tidak diperlukan. cuma bila bawak balik dari opis je baru guna ice pack
Sangat beruntung kalau dapat
nursery yang basuh siap-siap semua
breastmilk storage bottle tu. Tapi nak lebih yakin, basuh je lah semula. Pastu sterilkan skali. Baby yang minum
breastmilk lagi banyak botol susu dari baby yang minum
formula milk tau. Ohhh, Eisya ada 24 botol susu. Abah dia dulu siap kata '
anak-anak sedara org tak pernah ada botol byk gini' Hehehe...
Dan sila jangan hantar frozen EBM ke nursery. Sila cairkan dahulu. Tips yang
Puan Miera share cara nak
thaw frozen EBM ni sangat efisen. Aku pun gunakan cara ni. Dulu letak je kat tempat sejuk bawah tu, tapi dah semalaman pun tak cair-cair.

letak kan
frozen EBM dalam bekas berisi air, letak bekas kat tempat sejuk bawah
Dan mungkin masih ada yang masih belum sedia maklum yang EBM boleh dicampur. Yelah, tak semua orang sekali memerah dapat sampai 7-8oz kan. Macam aku ni, adakalanya dapat 2.5oz je. Selalunya bila dah memerah kali ke-3 kat opis, hasil mmg sikit je lah. Sama kesnya kalau memerah di pagi hari. Maka, EBM hasil 2 perahan ni akan aku campurkan dalam satu botol untuk dijadikan 1 feeding. Syaratnya :
1. kedua-dua EBM mesti pada suhu yang sama. sejuk + sejuk. tak pun suhu bilik + suhu bilik
2. EBM yang dicampur mesti lah perahan yang dihasilkan dalam tempoh 24 jam
Tak lah rasa terkilan kan kalau memerah cuma dapat 1-2oz. Masih boleh dimanfaatkan.
Adakalanya aku rasa org2 kat nursery patut rasa jaga baby minum EBM lagi senang dr baby yang minum FM. Yelah, susu dah siap2 dalam botol. Tinggal rendam dalam air panas je, pasang puting boleh bagi minum dah. Tak payah nak basuh2 botol smua. Baby nak minum lagi, amik
another bottle. Tak ke mudah tu namanya..
Dan untuk lebih maklumat berkaitan penyusuan, silalah manfaatkan sumber-sumber berikut:
- Dunia Susu Ibu
- SaraKids - aku pernah hubungi Puan Farah bertanya ttg kemusyikan menyimpan EBM. Pernah juga berjumpa dia live semasa expo parenthood di Mid Valley. Dia sangat ramah.
- Susu Ibu - tempat paling sesuai menajamkan ilmu
Banyak lagi yang lain, tapi selalunya 3 ni lah jadik sumber rujukan aku. Dan terlalu banyak
blog-blog ibu menyusu yang boleh dijadikan inspirasi. Dijadikan pembakar semangat dan motivasi diri. Sebab mmg banyak cabarannya nak menyusukan anak ni. Sokongan macam ni amat diperlukan. Biar pun hanya atas talian, tetap mampu menenangkan jiwa.
Oleh sebab entry ni macam dah terlalu panjang. Maklumat tentang
breastpump kita kongsi kat next entry ye. Oleh yang demikian, sekian dari saya buat kali ni. Harap-harap maklumat yang dipaparkan dapat dimanfaatkan. Sila nantikan keluaran akan datang ye.
Terima kasih.