Tempat ni dah lama bukak sebenarnya, tapi aku baru je tahu kewujudan tempat ni. Dari Oktober hari tu tak silap. Tu pun secara tak sengaja ternampak orang check-in kat foursquare. Terus aku google. Kebetulan nak balik JB, bolehlah buat mengisi masa cuti. Tempat ni terletak kat Puteri Harbour, Nusajaya, Johor. Dekat-dekat Legoland jugak. Legoland ke kanan, Puteri Harour ke kiri. Tapi sebagai orang JB yang dah agak lama meninggalkan JB. Kalau balik pun lebih banyak duduk melepek kat rumah, aku tetap guna khidmat GPS untuk ke Puteri Harbour.
Ini adalah Indoor Theme Park, maka jangan risau hal cuaca. Kat luar hujan, panas terik korang tetap boleh bergelak sakan kat dalam tu. Kalau Legoland memang aku tunggu pokok besar dulu lah baru gi. Achik tak tahan panas terik (:
Harga Bayaran Masuk: Korang boleh pilih sama ada nak masuk Hello Kitty Town sahaja atau nak masuk both park. Kalau single park RM50 je untuk warganegara. Kalau nak masuk semua, RM85. Aku pilih both park. Alang-alang beza RM15 je. Lagipun Eisya free. Ye, kanak-kanak bawah 3 tahun adalah percuma. Tapi berbaloi sebab mostly semua game dia boleh main.
Pintu Masuk ke Hello Kitty Town: budak kecik tu dah tak menyabar
Kitty's Dream House: Masuk-masuk terus posing kat sofa ni. Masuk je "comelnya.. lawanya"
Family Potrait.
Kat sini derang ada sediakan perkhidmatan amik gambar, kat setiap tempat ada je photographer theme park ni. Tapi yang best, derang dengan sukarelanya akan offer untuk tolong amikkan gamabr kita. Sangat memahami. Bagus. Achik suka. Takdelah bila dah sediakan khidmat photagrafi tak boleh amik gambar pakai kamera sendiri. Memang orang mengamuk. Biasalah, gambar yang derang printkan haruslah mahal, RM30 sekeping kau. Tak kuasa. Membazir je laki achik beli DSLR mahal-mahal.
Hah, sila jangan lupa bawak flash je datang sini sebab pencahayaan sangat tak best tanpa flash. Nanti jadik macam gambar achik semua over exposure sebab laki achik tak bawak flash time ni.
masih di dalam Kitty's dream house: bagi anak feeling main piano.
achik nak dapur comel, cute, berkilau macam ni
Gambar kegemaran kali ini.
Nail Saloon: bapak cat tangan anak.
Jewellery Making: Rantai yang dihasilkan.
Kat Level 2 ni banyak playland. Eisya lepak lama giler dalam Bob The Builders punya kawasan. Seronok budak tu main soft block. Kat rumah main block kecik-kecik, kat sini merasa blok besar separuh badan, sukalah dia. Dapat buat rumah betul lak tu. Mahu tak seronok. Ada jugak tempat untuk belajar menari, berangan jadik ballerina. Aku teringin nak cuba tapi macam mengarut je lak, maka dah jangan nak malukan laki sendiri. Kat level ni ada Barney show. So pastikan anda berada di depan stage time Barney keluar.
susun...susun lah sesuka hati kamu. tapi kesian Esiya, beriya aku tolong dia susun pastu ada budak datang dari luar lari laju-laju rempuh block tu. nasib baik anak aku bantai gelak kena timbus ngan block tu.
bosan kena sabotaj, dia tolong orang je lah.
Bob the Builders
nasib baik Eisya sporting nak pakai tutu, telinga tikus tu semua.
Ballerina ibu.
Angelina the Ballerina
Kat level 3 khas untuk Thomas & Friends. Kat atas ni lagi best, ada macam-macam rides. Ada trains, helicopter, bumper car.. budak laki mesti suka. Tapi Eisya kan semua benda dia balun. Bumper car je dia tak main sebab tak cukup ketinggian. Bapak dia nak main sorang-sorang jangan harap.
kat entrance Little Big Club: Mak dengan anak sama naik. standard lah dulu kecik-kecik mak budak ni tak merasa semua ni
bapak budak ni control teruja. eleh, sebenarnya excited gak. cover je tu.
Eisya paling suka main helicopter ni. Pastu suruh naik kan tinggi-tinggi. Mula-mula naik ngan ibu, pastu abah lak. Ikutkan x puas lagi, tapi ibu malas dah nak main.
Naik keretapi Thomas sampai 2,3 round.
Naik kincir air.. aku yang terlebih gayat bila benda ni berhenti kat atas. Eisya rileks je, siap boleh lambai-lambai abah dia lagi. Lain kali naik ngan abah.. ibu amik gambar.
Bagi aku, berbaloi lah bawak anak gi tempat ni. Sebab mak bapak pun boleh main sama. Dan lagi sesuai kalau pergi bukan time cuti umum, kurang sikit orang. Takde lah kena beratur panjang nak main semua benda. Dan sila datang awal, dia bukak je serbu. Baru tak berebut-rebut nak main.
Selamat melawat!! Untuk lebih gambar, sila rujuk FB achik ye. TQ
*Johor sekarang sangat best. nanti Laguna Mersing dah siap, mesti lagi best. jom beli tanah kat Mersing sekarang!!
* hajat nak ke Legoland kita tangguh sampai pokok-pokok dah merimbun. alasan.. kata je lah mahal, x mampu
Thank you for the info, bagus untuk kami yang nak pergi sini maybe december nanti.
ReplyDeleteterBAEEEEKkk la dayu.. ini yg tak sabar nak balik kampung......
ReplyDeletemcm syiok jee..mcm nk p gak arr..
ReplyDeletemakin teruja aku nak pegi. Ada barney meh, husna mesti suka jumpa barney live...
ReplyDeleteok. xsbr nk ade anak gegurl jugak, blh la sampai sni nanti.. hahah
ReplyDelete#tetibe
hoiii..super best weyh....next month aku nk pegi bawak naurah lah...cuti xmas kan? sambung cuti sehari lagi ker..huwaaa...best
ReplyDeletejeles tgk rmbt Cha + +
Eh bukan ke entrance fees dia sama mcm masuk legoland? Yes, another reason to cuti-cuti ke Johor Bahru :)
ReplyDeletebestnye.. thanx dayu bagi info nie... dah antar proposal kat encik hubby..hahaha
ReplyDeletewah, bestla kat sini. aku yg dok JB ni pun tak gi lagi..nanti nak bawa budak kecik tu la..
ReplyDeletebestnyeee nak nak huhu
ReplyDeletewahhhh teruja nya. lenkali kalo hubby outstation ke JB nk menyebok ikut gak dgn alasan nk pegi sini bwk anak2.
ReplyDeletewahh seronoknya... macam macam ade...
ReplyDeleteTempat wajib di lawati ni review yang best thanks Dayu
ReplyDeletebest weehhh
ReplyDeleteberbaloi bawak anak ke sini.
wahhh...bestnyer..bulan 12 nie nk gi Johor..boleh ajak famili pergi sana...huhuhu...sebelum nie xtahu pulak ada tempat nie... =)
ReplyDeleteNak gi next week..tapi nak masuk the little big club je coz bawa boboyboy heheh. Mummy dia x minat HK :)
ReplyDeletebestnyee..menarik sgttt..bole la bwk ank nnt..tp kene tggu bsr sket..
ReplyDelete