15 July 2013

Ramadhan Cleaning: Bilik Stor

Rumah aku adalah sebuah apartment lama dengan keluasan 710 sqft. Ada 3 bilik, 2 bilik air. Tapi satu bilik tu kecik je, so aku jadikkan dia bilik stor, bilik iron dan juga tempat sidai baju. Banyak kan fungsi bilik kecik tu. Dan bila dah banyak sangat fungsi, pastilah akan sangat banyak barang kat dalam bilik tu. Banyak, sangat banyak.

Oleh itu, Sabtu lepas aku memanfaat masa yang ada untuk mengenalpasti barang-barang yang tak perlu aku simpan lagi dan boleh nyah kan dari bilik stor tu. Habis aku buang nota-nota lama zaman belajar. Ada yang dah kuning kertas-kertas. Ikutkan macam sayang lah jugak nak buang, kenangan la konon. Tapi bila pikir rasional, simpan pun bukan guna. Kalau katakan nanti ada rezeki sambung belajar pun, tak guna dah kot semua tu. Maka, tetapkan hati dan terus sumbat dalam plastik hitam.

Baju-baju lama yang memang confirm tak kan pakai lagi, semua aku kumpulkan dalam plastik dan hantar ke donation box. Citer pasal donation/charity box ni pun satu hal gak, puas okay carik. 

Bila dah kemas-kemas dan buang mana yang tak perlu, banyak lagi okay ruang yang boleh dimanfaatkan. Mata pun sejuk je memandang. Kalau tak sendiri pun rimas. Dengan atas lantai pun penuh. So bila dah susun elok-elok, baru nampak lantai. Tapi ni tak habis kemas lagi sebenarnya. Tak cukup storage box nak isi barang-barang kat rak sebelah kiri tu. Dan barang-barang kat bahagian paling atas tu aku nak transfer ke balkoni belakang, tapi sebab belakang tu belum kemas lagi, duduk lah kau situ dulu.

giler serabut rak ni dalam gambar 'before' tu. tapi dapat kemas ke keadaan sekarang ni pun aku dah lega. rasa gembira tak terhingga. 

Rak kayu ni beli kat IKEA. RM 99 sebuah. Konon dulu nak sapu syelek dulu, baru nampak exclusive skit rak ni. Tapi tak kuasa dan malas, terus susun segala barang-barang ni atas dia. Dan sampai ke sudah lah tak bersyelek. Tunggu lah nanti kalau tiba-tiba aura rajin muncul dalam diri. Disebabkan pulun mengemas stor ni lah aku akhirnya tertidur kepenatan. Terus ke laut plan nak buat Tiramisu aku.

*oven kecik kat atas tu aku nak letgo je. tapi tak tau nak bagi sape. ada sesiapa yang nak? 18liter, aku bagi free je. asal stor aku kosong.

7 comments:

  1. Replies
    1. nak ke noleen?? ok, meh dtg umah amik. kau pun tak sampai lg umah aku kan

      Delete
  2. Wah.. Puas hatikan tgk blk kemas dan tersusun.. Mood nak raya ni mmg aku pun kdg bersmgt :-)

    ReplyDelete
  3. kak dayu, bg saya la oven tu ..hihi..

    ReplyDelete
  4. salam dayu, nak tanya dah jumpa ke kat mana ada charity/donation box tu..kat mana ada eh..saya pon ada byk baju nak donate..tq

    ReplyDelete
  5. wahhh jumpa lagi peminat susunatur :) hai!

    ReplyDelete