Tak pernah lagi aku share workstation aku selepas berpindah opis ni kan. Tak pernah nak share sebab sebelum ni aku macam takde masa ok, sangat busy. Tapi lately ni ada peluang sikit lepas 1 projek dah tender, adalah skit ruang untuk aku meneroka alam maya. Hadap balik blog yang lama terabai. Dan tiba-tiba macam kekurangan idea, apa nak merapu kat blog ni.
Dan terfikir nak share ruang kerja sendiri.
Aku berkongsi sebuah bilik yang di khususkan untuk pegawai atasan dengan seorang lagi pegawai yang hanya menurut perintah. Maka ruang memang agak terhad, tapi aku tak kesah. Dapat duduk dalam bilik adalah jauh lebih baik daripada kena duduk kat luar, kat partition sahaja. Dapat duduk dalam bilik banyak sikit privacy, walaupun berkongsi bilik. Lagipun takdelah bosan sangat, ada teman nak borak time bosan-bosan. Nak discuss apa-apa pun senang, takde idea nak karang surat, boleh minta idea org depan.
Jauh berza dengan tempat keje lama. Ibarat dari penthouse terus downgrade ke umah flat kot. Hahaha, tapi aku tak peduli pun. Asal kemudahan aku nak buat keje tersedia, aku puas hati dah. Kali ni lagi best, ada printer sendiri. Color printer je sharing. Tak jauh pun, kat pintu bilik je pun.
Bilik yang dikongsi bersama. Bape sqft aku tak tahu.
ruang untuk diri sendiri bekerja. agak sempit tapi cukup selesa untuk jalankan tanggungjawab yang diberi. Chewahh...
Denga ruang yang agak terhad memang aku kena pastikan barang-barang aku tersusun. Apa yang perlu je boleh ada atas meja. Dah siap kena letak semula tempat dia. Kalau tak memang takde ruang dah meja aku. Nasib baik ada rak besi ni. Senang aku letak semua benda berkaitan ikut projek. Takdelah huru-hara aku carik dokumen. Sebelum ni kena share rak dengan member dalam bilik ni, so aku banyak simpan dokumen dalam kotak letak bawah meja, kesian kan. Tu bila dapat rak baru, aku guna semua ruang. Balas dendam.
rak besi yang dimanfaatkan sepenuhnya. rasa nak bawak balik rak ni letak kat rumah.
ni dah kemas ni. kalau tak huru-hara. penuh dengan dokumen kontrak je atas meja tu.
Perabot kat opis ni banyak perabot lama. Nama pun opis lama. So memang macam kesianlah kan. Tapi gunakan je lah apa yang dah tersedia. Jangan nak demand sangat okay. Nak bilik besar-besar tunggu dah jadik bos nanti. Time hanya bergelar orang suruhan ni, terima je apa yang dah disediakan.
ok la tu dik siap ada tingkap.. boleh mengintai dari tirai kamar :-)
ReplyDeletetingkap tu memang paling saya suka kak, sbb kalau nak cabut balik awal, nak mengular ke.. letak handbag kat atas meja tepi tu.. dan capai dr luar..hahahahah
DeleteKalau ko ejas komputer tengah sikit, printer ke kiri tak ok? Macam kesian jugak nak buat keje sempit kat meja tu.
ReplyDeleteIngat aku je dok opis sempit. TSK
ok je aku rasa. sebab kalau buat2 keje aku buat kat tepi belah kanan tu. aku humban la segala fail atas kerusi..
Deletepernah merasa gak dok opis yang serba serbi barang lama..meja sejibik macam meja ko =)..printer pun sebijik..la ni baru dpt merasa perabot baru hikhik..takpe yg penting adela tmpt tuk buat keje n syiok dpt lihat pemandangan luar..
ReplyDeleteyg penting selesa :) happy working!
ReplyDelete