12 July 2013

Kedua

Nak tayang gambar makanan boleh?? Tergodakah?? Tak kan.. takde makanan hebat mana pun, masakan simple je tapi cukup mengenyangkan waktu berbuka. Menjimatkan dan pastinya memenuhi selera. Bila tengok FB masing-masing update status kata harga makanan kat pasar ramadhan mahal tapi rasa entah apa-apa, rasa berbaloi sungguh aku berlumba-lumba balik memasak. Alhamdullilah, walau sampai 6.30pm masih sempat nak siapkan juadah berbuka.

Semalam lauk berbuka kami: Asam pedas ikan kembung, sambal petai dan sotong bakar.

Menu utama: Asam Pedas Johor

yang terhidang atas meja semalam.

Menyelerakan sampai aku makan sepinggan nasi penuh. Baru berazam nak makan nasi separuh pinggan je. Pastu esok suku pinggan, tapi macam gagal je misi ni. Argghh..camne nak diet ni. Sahur pun balun nasi. Yelah sayang kan baki lauk tu. Memang ke laut lah konon nak sahur kurma dengan ESP je.

tukang masak *tiru style Kak Filla tayang muka tukang masak*

Resipi asam pedas nak ke? Tak payah lah, korang semua dah terror.

Takpelah bagi can kat perut ngan tekak minggu ni. Next week, diet!! Tapi yang bestnya, baru 2 hari puasa ni pun dah bleh rasa beza bila sarung baju. Sebelum ni rasa sendat sungguh, hari ni sarung kuranglan sikit ketatnya. Memang kena manfaatkan sepenuhnya bulan puasa ni. Jalankan kewajiban sambil lancarkan operasi mengecilkan badan. Malam ni selingkar carik premium beautiful. 

*tak tau nak masak apa petang ni

6 comments:

  1. sambal petai tu mmg tak boleh tahan..feberet..

    ReplyDelete
  2. Aku pun lebih suke masak sendiri. Loceng balik bunyi. Cikgu berlari ngalahkan anak murid. (aku la tu. Hahaha). Lauk2 kat param mahal kemain. Rasa belum tentu sedap...

    ReplyDelete
  3. kan kan.. masak sendiri lagi berbaloi..lagi2 kalau dapat ngan ulam petai tu.. mmg bertambah2 la..

    ReplyDelete