12 July 2013

Kemas Dayu Kemas.

Aura mengemas memang sedang membuak-buak dalam diri ni. Alang-alang nak puasa, nak raya *walau lambat lagi.. sekaligus je* Makin semangat aku kemas rumah. Dan aku mulakan dari dapur. Dapur aku kecik je. Alhamdullilah, masa beli dulu Ekwan suruh owner buat kitchen cabinet siap-siap. Kalau takde kitchen cabinet ni lagi haru dapur ni aku rasa. Barang banyak katanya. Dapur aku dulu memang huru-hara. Siapa yang pernah datng rumah aku tahu lah macamana rupa dia.

Aku kemas slow-slow, sikit-sikit. Aku kagum giler dengan orang yang boleh kemas satu rumah dalam masa sehari. Dalam masa sehari dari bersepah bagaikan dilanggar todak dan kemas ala hotel. Memang aku tabik spring. Aku kemas dapur yang cinonet ni pun berminggu okay. Ke dapur aku yang dah tahap kritikal, tu yang berhari-hari nak kemas? Ye kot *malu* Aku kan dasar pemalas nak kemas rumah, mana boleh sorok, semua aku sorok. Bagus jugak tiba-tiba angin rajin mengemas ni muncul dalam diri. Kemas dan bersih rumah aku.

Dapur cinonet saya.

rasa macam nak ubah balik susunan dalam ni. sebab aku macam tak suka nak himpun kicap, sunquick semua dalam kabinet ni. tengok lah kalau rajin, kalau tak aku sumbat je dalam peti tak pun kat tepi bakul bawang, senang aku nak capai time masak.

bahagian atas memang tak kemas lagi, kekurangan bekas nak simpan keropok ikan tu. Weekend hari tu gi Daiso berkira-kira nak borong bekas lutsinar tu. Memang berbaloilah, RM5 je dapat storage box besar macam tu. Lepas ni aku nak buat kad Daiso lah.  

Gembira sungguh rasa hati tengok barang-barang tersusun rapi dalam kabinet. Asyiklah buka pintu kabinet tu. Rasa bangga berjaya susun barang elok-elok. Dan paling suka bila dah susun macam ni baru sedar banyak lagi ruang rupanya. Terus ligat kepala otak aku nak susun macam-macam kat dalam tu. Tapi yang aku tak suka dengan kabinet ni ialah dia tiada laci. Memang menyampah sungguh aku. Tapi masa beli dulu kabinet bahagian bawah tu memang dah ada. Dia tambahkan bahagian atas je. Tapi syukurlah dari takde langsung kan.

Rak bahagian bawah lupa nak amik gambar, kemudian lah. Lagipun aku macam tak puas hati, ruang tak dimaksimakan penggunaannya. 

*kini dapur adalah ruang kegemaran saya di rumah. selain bilik tidur dan depan TV
*belek katalog IKEA tak sudah-sudah nak beli wall shelf untuk dinding dapur

9 comments:

  1. tu aku dpt free, cabutan bertuah family day. kalau beli sendiri memang tidaklah, mahal kot set tu..sampai rm200++

    ReplyDelete
  2. Rajinnya.. Mood sudah mari :-)

    ReplyDelete
  3. bestnye rumah ada kabinet dayu.rumah elly mana ada.da la dapur kecik.nak tak nak beli sendiri then letak kat bilik bawah..hihi jadi dapur kering

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdullilah, kalau takde kabinet mmg kucar kacir kot dapur aku
      aku tak pandai nak susun-susun, maksimakan ruang

      Delete
  4. Bile lah agaknye aura rajin mengemas aku nk datang nih...?(T_T)

    ReplyDelete
  5. ehh? tak naik semut ker botol oren tu simpan lam kabinet?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak..tapi dah alih masuk dlm fridge dah (:
      serabut tgk dia kat situ

      Delete