Aku jarang kan cerita hal penyusuan Eisya. Sebab aku rasa takde apa yang best nak share. Orang lain kalau cerita pasal breastfeeding, mesti share tips. Tayang stok EBM yang melambak-lambak. Aku nak cerita apa. Cerita hal Eisya yang terpaksa aku beri susu tepung masa umur 6 bulan sebab ibu dia dah tak mampu nak penuhi demand anak. Walau bertungkus lumus aku memerah, aku hanya mampu sediakan 12oz sehari. Sedangkan dia nak double dari tu.
Maka, kenalah top-up ngan susu tepung. Relakan aje dari anak kebulur kan.
Maka, kenalah top-up ngan susu tepung. Relakan aje dari anak kebulur kan.
Eisya aku berikan Dumex Dulac saja. Tak mahu dia merasa susu mahal yang sedap-sedap. Ye ke hah FM mahal tu sedap, aku buat anggapan melulu je ni. Lagipun dia masih dapat breastmilk di siang hari masa di nursery, bukan sepenuhnya FM. Susu tepung buat menampung keperluan sahaja. Dan selalunya, 1 kg tu boleh tahan lebih dari sebulan. Tapi sebab kat paket tu kata, tahan sebulan je. Tak habis dalam masa sebulan, aku buang. Nasib baik murah, tak la mengigil tangan nak campak dalam tong sampah.
Ada gak yang kata 'sian dia, minum susu murah je' Huhu, murah mahal bagi aku tak penting. Yang penting dia suka, sesuai sudah.
Bila Eisya diarrhea 2 minggu lepas, dan dia minum FM sepenuhnya. Aku terasa betapa cepatnya susu habis. 800gm tahan seminggu lebih je. Aku terbayang berapa banyak la ibu bapa yang bagi anak FM kena kuar duit setiap bulan untuk susu sahaja. Kalau setin dah RM50++, sebulan sekurang-kurangnya 3-4 tin. Dengan diapers smua, sebulan confirm RM 700++ kat anak aje. Dan terus aku syukur sebab berpeluang breastfeeding Eisya *dah berkali-kali aku luahkan rasa syukur ni.
Sepanjang hampir 2 minggu Eisya hanya minum Dumex Lactose Free sebab cirit-birit, susu badan aku memang seakan merajuk. Sehari nak dapat 4 oz pun macam seksa. Sedih aku. Tu sebab aku nekad je breastfeed Eisya 2 hari lepas. Kebetulan Dumex LF pun dah nak habis. Alhamdullilah, dia tak apa-apa. Pembuangan seperti biasa. Gembira hati aku. Tak payah lagi bangun malam-malam bancuh susu. Tak larat lah. Dan aku kembali bersemangat nak masak bubur untuk Eisya. Dan seminggu lebih aku stop bagi dia bubur. Dan mungkin juga sebab tu dia jadik sangat kuat menyusu. Sekali minum sampai 8oz. Bagi 4 oz, kejap je dah lapar semula. Dah lah Lactose free punya susu macam kurang mengenyangkan.
hanya ini stok EBM yang ada. anak tak menyusu seminggu lebih pun dapat banyak ni je.
Oleh kerana anakanda kesayangan kini bangun seawal jam 4 atau 5 pagi. Ada lah sebab kukuh untuk ibu bangun memasak bubur di pagi-pagi hari. Dapatlah dia merasa bubur fresh, makan panas-panas kat nursery. Hari ni ibu bekalkan bubur nasi+lobak+kentang+ayam ye. Eisya makan banyak-banyak ye. Kesian anak ibu, asyik minum susu je eh.. tu yang tak puas-puas. Sampai 8oz awak balun.
Mungkin kerana dah terbiasa dengan bubur dari awal, Eisya menolak mentah-mentah Nestum dan juga segala baby bites. Dia nak bubur je. Aku beli gak nestum, konon kalau malas dan tak larat nak buat bubur bagi je lah Nestum. Dijuih-juihnya. Kat nursery pun dia tak nak. Baby lain yang perabiskan. Takpelah Cha, ibu akan berusaha untuk sentiasa merajinkan diri. Bangun pagi, masak bubur awak.
demi mu anak
*tak dpt bagi susu ibu sepenuhnya, aku pasang impian berikan makanan pejal terbaik untuk Eisya. harap-harap impian aku termakbul
my doter pon susu murah jek..
ReplyDeletepd ony asalkan sesuai dgn die ckop..
xsmestinya susu mahal ank elok chat..
xsaba mau kasi si bambam mkn..cpt la besar..:D
emm betul lah dayu..awal2 dh bg bubur..sampaikan oat (nestum mmg x pnh bg) pn muadz takmo..dh kering idea ni nk pelbagaikan menu dia...adeh...mihun, mee suah pn amat sekali sekala..
ReplyDeletemudah2an niat baik akan terlaksana ;)
ReplyDeleteseronoknye dapat bagi anak susu badan lagi. aku dah tak berdaya dah. cukuplah kot utk imaan. baby kalau biasa mkn bubur mmg payah nak mkn yg instant, biasa aku tengok mcm tu ah. tapi dayu rajin takpe. hehe.
ReplyDeleteMak saya kata..masa saya kecik pun saya makan bubur jek. Tak mau segala bagai nestum-nestum ni..sebab tu membesar sehat bagai johan.huhu
ReplyDeletedpt bagi anak susu badan memang kepuasan yang terindah
ReplyDeleteaku pasang impin,nanti adik Eisya akan dpt lebih baik dr ni. blaja dr pengalaman
biar penat
tapi kepuasan dia tak tergambar bila anak makan bubur masakan kita kan
dayu, reen dapat semangat dari dayu tau! dulu kan bagi payin nestum, pastu payin seakan x suke.. skang macam2 boleh variasikan.. seronoknye masak bubur anak!!
ReplyDelete*next baby reen akan pastikan beli pam elektrik.. senang.. n nak full breastfeed!! sian fahrin..
amin.... byk nak kene tuntut ilmu solid food dr dayu ni.... share recipe k ;)
ReplyDeletekene jadikan mentor neh dalam bab2 mengisi perut anak2.
ReplyDeleteharap dapatlah tuan hamba membantu :p
Naurah campur ebm ngn anmum. Tak pk pon psl susu murah ke mahal. Sbbnye mase kt spital xde susu diorang bg anmum, tgk Naurah pon serasi, so bile terpaksa campur susu fm, teruskan jgk ngn anmum.
ReplyDeletetuelah dayu. seb baek x fully fm. klu fully, byknye kene belanja. perghh..rase cam x sggup jer. kompem kene catu mknn ibu & ayah..huhuh
ttg bubur, eventho dah terlajak bg Naurah mamam neslac yg manis2 dulu, syukur bile semakin membesar dia tolak pulak yg manis2 tu. nak makan bubur jer pulak. so ibu dia pon sungguh2 la buat bubur jgk bwk bekal ke nursery.
tp dayu lg rajin. kite masak byk2 pastu masok dlm fridge. tahan bekal seminggu naurah ke nursery. pagi2 panaskan masok dlm tupperware. MIL ckp tahan sampai tghari. petang pon x basi lagi. so teruskan jelah smpi skrg =)
hmm...niat yangbaik dayu...patut diteruskan...susu mahal, xmenjamin kesihatan anak yer...
ReplyDeletebukan tak nak berkongsi resipi
ReplyDeletetapi mcm segan lah
sebab biasa je
cuma bahan2 je dipelbagaikan
variasikan isi kandungan
cara nya sama je..
jgn terpedaya ngan kata2 yang kononnya kalau dah awal sgt introduce bubur kat anak. nanti dia tak nak dah makan bila nak masuk setahun
kita kena lah usahakan
pelbagaikan menu dia
baru dia selera
sy adalah salah sorang ibu yg berbelanja lebih utk susu ank.susu ank mahal.terpaksa coz ank dara I berkulit sensitif.alahan susu haiwan.tiap2 bulan bajet utk susu soya isomil ajer dekat RM200
ReplyDeletexpe,rezeki anak jua..yg penting anak membesar sihat jd anak solehah.. :)
ReplyDeletehihi Putry dari dulu mmg minum dumex.. jeles gak tgk budak lain minum susu mahal2..tp tengok dia serasi ngan susu tu... so wat pe tukar kan.. yang penting masih bf...fm tu wat back up je.. huhu elly pun suka rujuk ngan dayu pasal solid food nie
ReplyDelete