26 December 2010

aktiviti sehat di pagi Sabtu

Sudah lama rasanya tak menikmati hujung minggu yang agak lazat begini. Hahaha, habis jahanam bahasa aku. Okay maksud sebenar yang hendak disampaikan adalah, sudah lama tidak menghabiskan masa hujung minggu ber-3. Hanya keluarga kecil kami. Selalu ada je aktiviti kekeluargaan yang tersusun rapi dalam jadual hujung minggu. Maka, bila dapat peluang macam ni. Aku rasa macam terlebih happy. Biar pun kelihatan biasa. Macam takde apa pun yang menerujakan sangat, tapi bagi aku cukup bermakna.

Eisya bangun seawal jam 6 pagi. Aku dah sediakan diri nak melayan anak kesayangan. Abah dia pun jaga awal Sabtu ni. Bergelak ketawa la kami anak beranak jam 6.30 pagi. Dan Ekwan secara tiba-tiba 'jogging jom yang' Ohhh, sudah terlalu lama tak merangsang jantung. Terus aku setuju. Terus bangun masuk dapur siapkan breakfast nak tapau bekalan mengisi perut. Siap-siapkan Eisya dan terus ke Taman Bukit Jalil. Hahaha, dulu duduk Bukit Jalil tak pernah pun nak datang, dah duduk jauh-jauh, kena bayar tol bagai baru nak pegi.

Orang adalah ramai. Ingatkan lenggang. Tapi meriah. Parking pun penuh.

ibu: orang jogging tak duduk dalam stroller la Cha.
abah: Cha nak gi aerobik ke Cha?
Eisya *tersengih-sengih kegembiraan berjalan di pagi hari*

Eisya sangat behave, duduk je elok-elok dalam stroller. Asal orang lalu, kepala sampai teleng-teleng perhatika orang. Aku rasa semalam walaupun tak berjogging, aktiviti menolak stroller menaiki bukit adalah cukup untuk buat aku berpeluh.

Disebabkan aku terpaksa berjalan sambil menolak anak di dalam stroller, maka terpisah la kami suami isteri. Tanpa sebarang alat perhubungan. Handphone semua pada aku. Kunci kereta pun aku pegang. Maka telah terjadi peristiwa melilau-lilau di taman yang entah berapa besar tu. Semalam rasa dah nak nangis dah sebenarnya. Sebab tak reti carik jalan pulang ke tempat asal. Nasib baik anak sangat baik. Diam je sampai tertido. Kesian aku tengok dia. Nak tak nak, tolak je lah stroller mengikut gerak kaki dengan harapan bertemu jalan pulang.

Tengah melilau-lilau terpandang kelibat suami yang juga tengah memanjang-manjangkan kepala mencari anak dan isteri. Terasa macam jejak kasih lak, rasa terpisah sangat lama. Nasib baik tak berpelukan kat situ jugak, walau aku terasa teringin sebab rasa 'selamat dah hidup aku' Lepas ni jangan harap aku nak jalan sorang-sorang tanpa Ekwan bawak handphone. Susah okay. Pape jadik aku takde tempat nak mengadu nasib. Aku kan kememeh.

kesian anak ibu, sampai tertido-tido dia.

Balik umah, bagi Cha makan bubur. Tidokan dia dan terus masak untuk lunch. Ada agenda seterusnya yang hendak dijayakan. Baik punya aku susun. Ekwan setuju aje walau dia macam lebih suka duduk rumah je. Hahahaha.. jangan harap. Macam-macam benda dah tersusun dalam kepala aku ni.

*sabtu adalah indah..

10 comments:

  1. tuuu dia samoai cam tu si Cha' tidoo

    ReplyDelete
  2. mmg seronok bab kluar jalan2 ni..baru la fresh hujung mminggu..hahaha..yana pernah gak terkena hubby hilang xdpt nk jejak..dh la kt tmpt org..kunci kereta dgn die..mnangis jgk la..haha

    ReplyDelete
  3. dayu.. kat mana taman bukit jalil ni.. dah 2 tahun dok puncak jalil..tp tak pernah tau ada taman nie.. hihi nnt boleh bawak Putry

    ReplyDelete
  4. tetiba teringin gak bawa kysha jln2 kat taman.tengok org lain bwa anak cam best je.

    ReplyDelete
  5. huhu..tertido2 budak comey sorang tuh...geram tengok pipi dia...

    ReplyDelete
  6. hahaha.. minggu neh memang ramai orang ke taman.. reen pegi kepong.. nanti lagi 2 minggu kite jumpe ekkkk.. hehehehe

    ReplyDelete
  7. aktiviti yg menyihatkan..kami jugak yg tak terlaksana lg plan begini hahahaha

    ReplyDelete
  8. "Cha..stroller kita sama la" ammar:)

    ReplyDelete
  9. nanti bila cha dah pandai jalan..
    ibu dan ayah dah boleh kurus la nak kejar cha lari sana sini.
    tapi aunty tak kurus pun.. :P

    ReplyDelete
  10. bestnye taman bukit jalil. last pegi masa pregnant. nanti kena bwk imaan jugaklah.

    ReplyDelete