14 December 2010

#17 mahu tukar badan dengan saya

Aku mahu bertukar tubuh sama siapa??

Kalaulah memang berpeluang, aku nak sgt menjadi salah seorang wanita-wanita terkaya dalam dunia. Tak kesah la sape, Oprah Winfrey ke, tapi macam tak hot lak. Okay, tukar badan ngan Jennifer Lopez lah. Cantik menawan, juga berharta. Dapat je tukar badan, terus tukar segala harta-harta hak milik dia kepada aku.

Janganlah kejam, separuh cukup la. Kesian lak dia nanti, tetiba muflis.

Ye, aku mata duitan. Nak jadik orang kaya saje.

Tapi itulah, sape tak mahu jadik orang yang berharta. Hidup senang lenang. Tak payah nak pikir-pikir hal duit ni. Duit sentiasa ada dan melebihi dari keperluan. Nak beli apa-apa, rembat je. Tak payah nak belek-belek price tag dulu. Asal berkenan, beli je. Ohh, sungguh bertuahnya kalau ada kehidupan yang macam ni. Mesti tak wujud istilah stress dalam hidup. Tenang je. Tak payah nak pikir hutang. Tak payah nak agih-agih duit gaji setiap bulan. Memang duit bukan segala-galanya, tapi bila ada duit semua benda boleh jadik kenyataan. Nak jalan-jalan menghiburkan hati pakai duit. Nak mencantikkan diri, lagi la banyak duit nak kena dilaburkan.

Aku ada banyak wishlist. Ada macam-macam yang aku inginkan. Tapi memikirkan keperluan lain yang lebih penting, aku letak tepi je lah dulu hasrat hati. Nak beli barang rumah, barang untuk diri sendiri. Asyik tertangguh. Yang asyik terbeli, barang-barang Eisya. Yang seakan dah terlebih dari perlu.

Hutang adalah sangat banyak. Hampir 50% gaji, camne.. Nak tak nak, kena lah rancang perbelanjaan secara berhemah. Tapi aku ni tak kuat, tak cukup cekal. Selalu terbabas. Gi lah alih Sogo tu kat tempat lain. Menggoda sangat. Tak pun, segeralah pindahkan aku dari sini. Hantar jauh-jauh skit dari sumber penghabisan wang. Tapi, takde mall, blogshop pulak melambak-lambak. Lagi sakan aku jadiknya. Argghh!! Bencilah.

Indahnya kalau tiba-tiba kerajaan announce kenaikan gaji *mimpi*

Dan lagi indah kalau tiba-tiba segala hutang piutang dimansuhkan. Tetiba debts free!!

*okay, Isnin depan gaji. seronok jap

10 comments:

  1. kalau barang untuk anak ni..
    main tutup mata je nak beli..
    tapi kalau kita punya..
    boleh pulak fikir 2 3 kali.. :P

    ReplyDelete
  2. haha. ada duit lebih mmg best. xsaba nak gaji +_____+ lambatnye isnin

    ReplyDelete
  3. cepat gaji..cepat lah habisnye ek.hehee..

    kadang2 best berangan kalau lah ada duit banyak nie,banyak nie...boleh wat tu...wat nie...
    berangan tu free.tak pe ;)

    ReplyDelete
  4. haaa..mun selalu jek berangan mcm dayu ckp tue..bestnye hidup kalau nak ape je dpt...tak pyh pikir pape.....tp boleh mimpi jelah

    ReplyDelete
  5. Mai duduk Labuan ni..memang boleh jimat..Shopping bak bak sogo mmg jgn mimpilah nak ada...panggung wayang pun tarak..yang ada cuma supermarket2 kecik ala-ala billion, the store gitu adalah..hehe

    ReplyDelete
  6. gaji naik...barang pun sama naik jugaaaaa....

    ReplyDelete
  7. semua org nk jadik org kaya.. hehehehe

    ReplyDelete
  8. kan..kan..seronoknya kalau jadik org yg sentiasa berduit
    tak yah dok pikir2 segala macam hutang. indahnya
    tapi mimpi je lah
    belum tentu jadik kenyataan

    tapi mana tahu kan
    rezeki tu bukan kita yg tentukan

    ReplyDelete
  9. dari dulu suka sgt dgn victoria beckham dan suka jugak dgn kimora. kalau kaya mcm kimora kan best. auww

    ReplyDelete
  10. Dayu, sgt sokong wishlist dlm perenggan2 akhir tu...
    alangkah bahagianya... oh... mimpi rupanya....

    ReplyDelete