27 December 2010

melawat tapak

Hari ni angkut Eisya bawak gi office. Hajat dihati nak cuti je. Tapi sebab opis kosong, bos cuti, pengarah cuti. Apa ada hal, bawak je lah dia. Pagi-pagi dah mandi anak aku tu. Tapi mandi air suam, apa ada hal. Dah la skrg kalau bleh nak berendam lama-lama dalam besen tu. Tak nak keluar. Angkat keluar, menjerit.

Disebabkan bangun adalah seawal jam 5.15 am, dalam kereta balun tido je lah dia. Bagi susu, terus terlentuk. Bawak naik opis, baringkan sambung tido semula. Tapi kejap je lah. Jaga je trus nak bermain. Tak sempat nak isi perut. Merasa la aku makan sambil tangan sebelah pegang anak yang melompat-lompat, habis semua kotak tisu, cawan dia campak ke bawah. Ohhh, namopak je diam anak aku ni. Tapi lasak bukan main. Pandai dia ni, depan orang behave je. tersenyum-senyum. Duduk ngan ibu, habis ibu kena buli.

seronok la duduk atas meja ibu ni. Cha tolong kemas eh ibu eh

Hari ni (27.12.2010) ada sesi suaikenal kat nursery baru tu. Tu yang bawak Eisya ke opis tu. Eisya akan tukar school baru by next week. Lepas ni tido dalam kete lah anak aku setiap pagi.
Dan lepas ni kena set alarm baru. Nak bangun pukul bape la aku lepas ni. Kalau sebelum ni 5.30am, keluat rumah pukul 7..aku rasa lepas ni aku kena bangun pukul 5 lah kot. Pukul 6.30am mesti kena gerak dah.. Kita tengok la nanti macamana ye.

sampai-sampai trus terjah playroom, bukan nak gi jumpa teacher.

seronok dia tengok bola melambak-lambak. kawan-kawan ramai. lagi lah gembira dia. ohh, sekarang sangat suka bermain. dah pandai bersosial dah anak manja aku ni

Harap-harap Eisya dapat yang terbaik kat taska baru ni. Aku malas dah nak memendam rasa semua. Setakat ni ada 10 babies. Baby adalah berumur dari 0-2 tahun. Ada bilik asing untuk budak bawah setahun dan 1-2 tahun. Decoratioan bilik dia pun aku suka. Merah hitam putih. Pergghh, rasa nak tiru untuk bilik Cha kat umah.

Sape-sape opis area Titiwangsa, boleh lah antar anak ke nursery JKR ni.

11 comments:

  1. keje swasta pon boleh ek dayu? baik!! lega rase kalau dekat ngan titiwangsa.. boleh abah fahrin g anta jemput dia.. makteh dia jage sampai umur setahun jek..

    ReplyDelete
  2. fuhhh...dah boleh tarik nafas lega ek.
    best lah cha dpt ramai kwn2 pasnie

    ReplyDelete
  3. yg kt opis pst bndr damansara boleh hantar kt situ tak? ekekeke.
    tgk gaya cha mcm suka sgt dok situ.good girl

    ReplyDelete
  4. dayu, nampak OK snagat nursery tu. Cha pun happy so boleh tarik napas lega la lepas ni kan. Nursery tu area Titiwangsa?. Jauh lah kalau nk letak Kaisya kat situ. Sbb skang ni pun tengah survey nursery utk Kaisya for next year. :(

    ReplyDelete
  5. wahh syoknye la cha,
    nk antar abg zarif sane gak la :p

    ReplyDelete
  6. Dayu, nampak cha cam happy je
    harap pasni semuanya ok la kan
    dapat kawan2 baru
    mainan pun banyak tu hehe

    ReplyDelete
  7. Dayu, cam seronok je taska itu. bapekah rate dia ye?

    ReplyDelete
  8. nak tumpang rasa lega dayu bile cha dh masuk school baru ni. nmpk cha pon mcm enjoy je kt sana.

    tp dayu mmg bangun awal pkol 5am ke? aiyyooo..sgt taff mommy la awk ni. :)

    ReplyDelete
  9. ye..eisya kelihatan sgt gembira smlm
    main-main smpai penat
    bagi susu trus tido
    pastu bila bawak tour baby area trus jaga..nak tgk gak kot

    dan ibu pun lega dah
    tapi tak mahu taruh harapan tinggi sangat. takut nanti kecewa
    tapi tinjauan awal mmg memuaskan hati la. harap2 jgn indah rupa semata

    ReplyDelete
  10. dayu

    insyaallah cha serasi n eppy ngan nursery baru ni.

    ade kelebihan jgak baby hantar nursery..mereka lebih cepat belajar... sbb sana smua ade sistem.

    yg anta org jaga style jaga kat rumah la. sha pun harap qaish 2tahun nnt dpt anta qaish g nursery school plak.

    ReplyDelete