26 November 2008

Hari ni Dayu Kat Penang

*huhu...buat naya je out-station, site meeting semua ni tau, keje nya makan je. Jahanam diet aku, sia2 bertarung, tak makan nasik semua, sampai sini, abis semua kita tibai. Dah lauk mcm2 kan depan mata...pe lagi..dah lah smua org kata sedap, kena lah cuba kan*

Pagi tadi, lepas makan secara tamak kat hotel, terus gerak ke Sik. Janji ngan kontraktor kul 1, tapi kami yang kena tggu depa, amat tak senonoh!!
Kitaorg dah siap sembahyang, makan semua pun tak muncul2 lagi. Tak beretika sungguh kontraktor ni. Dah lah kita ni dtg nak T&C (penyerahan projek oleh kontraktor kepada client), boleh derang buat lengah2 *tak approve V.O tu kang*

Sementara menunggu tu, borak lah kami *kali ni out-station bersama sorang TA sorang QS, smua laki, dayu sorang pompuan, tapi memang seronok sebab masing2 ada perangai tersendiri*

'agak2 kau agak bape sewa umah teres tu dayu?' -abang man driver
'hmmm... 150 kot' -dayu
'aku rasa lagi murah, kat Alor Star tadi pun 150, Sik ni lagi lah' -abang man
'tak habis duit gaji aku duduk sini' -azhar TA

Huhu..kos sara hidup mmg murah lah kat sini. Makan 4 orang, termasuk air baru RM18, lauk punyalah melambak..*kat KL jangan harap*
Memang boleh jimat lah kalau dok kat daerah2 mcm ni, tapi kos jadik bertambah lah kalau nak balik JB/KL..dan duduk lah terceruk, semua jauh...
-dah pencen balik duduk kg lah-

Kul 2.30pm baru pakcik kontraktor tu muncul. Terus lah kami check bangunan yang akan jadik pejabat cawangan PPSPPA kat Sik, Kedah tu. QS terus gi nego harga V.O ngan kontraktor.
Ada lah sikit defect, tapi minor je. Keje2 touch-up je *bagus!! walau kelas F boleh buat keje molek mcm ni*

Kita ni dah siap dah check semua, tapi still tak dapat finalize harga kerja-kerja tambahan tu. QS ni masih lagi berdebat ngan sub-kon pakcik ni *aiiiyaaa!! manyak leceh owwhhh*
So keje kami pe lagi: Bergambar lah..

bukti saya di tapak projek ye *muka penat dah ni*
-gambar lain dlm kamera lah, takde cable-

4 jam ko nego harga!!! Giler la, tu pun ada yang tak diputuskan lagi. Berkira sangat kontraktor ni. Dia mintak sampai 10K++, kita approve 5k je..tu yang dok keje berdebat je
*seb baik experienced QS, so dah biasa dah mcm ni, rileks je lah dia, kita yg penat tengok dia*

Kul 6 lebih baru keluar dari site, terus menuju ke Penang. Bestnya!! Kali pertama jejak Penang, tapi dah malam, tak larat nak jalan2 *esok la lepas site meeting*
Azhar bawak makan ikan bakar kat tepi laut *sedapnya!!! dan hancur lebur diet ku!!*

-penat badan, tapi siap sedia lah balik opis jumaat ni..pecah paler otak-


7 comments:

  1. xpe dayu..mkn ikan bakar je..nasik jgn! heheeheee...sedap wooo ikan bakar fresssshhhhhh...

    ReplyDelete
  2. tapi kalau kita kerja kat sik tu, gaji sure kecik jugak kan?? hehe..

    muka kamu kelihatan letih dayu..

    ReplyDelete
  3. ~ diet tak menjadik ekh.. kalau nampak lauk yg sedap, makan lauk jer la. jangan la amik nasik. hehehehe...~

    ReplyDelete
  4. Hi, awat tak habaq mai penang, boleh saya belanja makan nasi kandaq...............he he he.
    Sori gurau. Nice blog dan sudi2lah ke blog saya www.askamakalikada.blogspot.com tapi tak semenarik blog dayu. Keep in touch. Jgn lupa linkkan blog saya dalam blog dayu. Bye n take care.

    ReplyDelete
  5. eh mcm tau je kedai mkn mn tu..hehe..

    ReplyDelete
  6. pergh!!
    ikan bakar tepi laut tu mmg sedap kak!
    heaven gile! hahaha

    enjoy ur day at penang :)

    ReplyDelete
  7. klu dah sampai Penang tu, jng mimpi la nak berdiet cik dayu ooiii

    Penang adalah dunia makanan ....

    ReplyDelete