Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

02 February 2009

Kunjungan ke Gedung Tekstil

Ye, hari Sabtu adalah hari lawatan ke kedai-kedai kain, dan juga kunjungan wajib rasmi ke Jalan TAR yang dilakukan hampir setiap minggu. Huhu..rutin kehidupan untuk beberapa bulan. Dan semenjak office di Menara Tun Razak di Jalan Raja Laut itu, semakin kerap lah akan ke sana.

Dan semalam setelah puas men'tawaf Gulatis *abis smua level di terjah* Dan setelah En Ekwan memberi cadangan. Keputusan telah di ambil.. Berikut, adalah kain-kain yang telah berjaya terpilih untuk menjadi langsir penghias rumah pada majlis itu nanti.

kain, si watak utama yang dipilih En Ekwan setelah Dayu mcm tak boleh buat keputusan nak pilih yg mana. Bila dah penat ikut tunang dia ke hulu-hilir dalam Gulatis tu, kaki mcm dah penat, baru nak bersuara bagi pendapat, kalau tak 'ok..lawa lah tu' *nyampah*

Ok tak?? Sesuai tak kalau dinding umah cat kaler yg dah pilih tu?? Sila lah bagi cadangan, boleh pilih smula, suruh mak jgn tempah cat dulu.

ni untuk langsir dalam bilik mak ayah.. bilik mak ayah terserah lah diaorang nak cat kaler pe. nak sama ngan umah atau ikut kaler cat yang anak pompuan dia ni dah pilih untuk bilik pengantin *iaitu bilik dia sendiri*

ni kain untuk langsir bilik pengantin dan juga pintu bilik di ruang tengah (bilik adik-adik)
nak gak kaler maroon..hajat hati mesti dilaksanakan beb
so adik-adik sekalian, sila lah angguk je ye ngan pilihan satu-satunya akak korang ni. jangan banyak bunyi ok... dan sila la pilih kaler bilik korang.. mak kata korang nak hijau..issskkk...jgn nyusahkan mak ayah beli cat byk2 kaler boleh tak?? ikut je kaler pilihan along ko ni..pasti mengancam nyer...*haaahahahah*

Selesai sesi memborong kain langsir *beli yang murah-murah je, ikut pesan mak* Kami meneruskan lawatan ke Jakel pulak. Objektif mencari kain untuk membuat baju hantaran harus dilaksanakan dengan jayanya. Dan bila masuk je Jakel.. Fuiiyyooo!!! Rasa nak beli semua.. boleh?? Rasa kain tu smua lawa, kain best, harga pun murah... Kata 85% diskaun kan..pe tak murah...
Sangat suka sampai borong 3 pasang...En Ekwan membayar dengan hati terbuka.. terima kasih ye uncit...*terbuka ke?? ok lah, dalam kawalan harga yg dibenarkan kan*

niat nak beli sepasang je, tp sebab harga asal telah diberi diskaun 85%, harus lah guna kan peruntukan awal tu untuk membeli yang lain kan *mana konsep penjimatan ko dayu wehhh? mmg failed lah kalau tgh buta hati membeli, lupa segala niat nk berjimat*
En Ekwan lak menyokong *dan bagi kebenaran membeli* Dan dia hanya start kata 'cukup cukup lah tu uncit wehhh' bila dayu mula memilih untuk kain yang ke -4
Heheheeheh...mintak ampun..terlupa diri jap..
Dan En Ekwan membeli juga sepasang untuk adik di kampung

*sediakan je lah duit untuk membayar upah jahit kain2 tersebut ye. kalau sepasang dah rm50, 3 pasang bape?? ngan baju nikah lagi...
-tiba2 rasa duit akan mengakir dgn lajunya-

03 August 2008

I'm the best Baby Sitter and an evening at Sogo

Semalam kan melepak kat Mc'D sampai kul 3 pagi, maka pagi tadi rasa susah bebenor nak bangun. Sedangkan tahu, nak kena jaga Faris ngan Faiq. Tapi selagi Ekwan tak call, jangan harap lah i nak bangun cik dayu mmg suka tido

Akhirnya pukul 10.30 Ekwan kejut kan i bangun. Dengan mengeliat2 nya, paksa gak diri ni bangun tau. Seb baik mengingatkan yang uncit saya tu nak gi opis, nak buat keje... mandi la gak sambil mata tertutup duduk bawah shower

Boleh pulak tadi beriya suruh org siap cepat2, pastu bila call dia masih kat Hartamas. Ni saje nak suruh org tido balik ni. *tapi demi cinta ku layankan je*

Akhirnya dalam pukul 11.45 am baru sampai Hartamas. Bekalan makanan untuk lunch pun dah beli awal2. Sian budak2 tu, belum makan pape pun lagi. Sampai2 umah terus tak sabar nak makan. Makcik Yu nak kemas umah pun tak sempat.

Lepas makan, dua-dua sibuk minta susu. Huhu...walaupun pernah buat kan susu derang, dah lupa lah sukatan dia. Kena lah call Achik Wan tanya bape sudu susu nak guna semua. *ampun..saya lupa*

Baringkan depan tv, bagi susu terus tertido si Faiq. Tapi Faris tu still aktif. Makcik Yu nak join Faiq tido pun tak boleh.

Asyik ajak org berborak je keje nya.

And around 1.30 pm, Kak Fatin balik. Borak2 jap ngan Kak Fatin, sebelum membawa diri ke bilik melelapkan biji mata.

Uncit Ekwan masih lagi di opis, berkeje dengan gigihnya sehingga pukul 6. Sedar2 dia kejut kan i yang sedang sedap tido kat atas katil dia tu bangun sambil tersengih2.

Kak Fatin ajak makan dulu sebelum balik, tapi malas lah. Nak balik umah mandi. Kata baru bangun tido kan. Nak mandi kat sana, mana bawak baju.

And on the way ke Sentul, Ekwan tanya soalan bonus kat i.. *iye cek gaji dia sudah clear..dayu suka...*

'nak kuar tak yang? gi sogo jom' -ekwan

Walaupun mcm ngantuk dan tak puas tido. Harus la Cik Dayu bersetuju 100% kan. Lagipun harus la i yang kena teman kan En. Ekwan tu shopping, kang pape je dia beli. Dia tu kalau dibiarkan, smua benda dia nak.. *konon kata i shopping tak ingat dunia, dia sama je*

Dan hasilnya, dia telah menghabiskan duit membeli sling beg timberland tu. Nak bawak gi keje katanya. Objektif tak tercapai, misi gagal. Sebab niat awal gi Sogo nak beli kasut ngan baju..tapi beg yang dibelinya..


Tak ingat nak snap gmbar Ekwan bergaya sakan ngan beg tu. I mcm tak setuju sgt dia nak beli beg tu, baik dia beli kasut atau baju..tapi dah dia nak sgt, bagi je lah. Kang merengek, berguling2 hentak2 kaki kang...sape nak menjawab... lagipun duit dia kan, bagi je lah..

Tapi beg tu lawa..suka!! Yang, nak pinjam boleh??

*heheheh..and he treat me a girdle and corset...huhu..dayu gemuk*

14 July 2008

I'm GOOD at this

Hoho...bab perabis duit mmg Cik Dayu terror. Kalau terasa duit tu dah melambak-lambak, tak reti camne nak abiskan, bagi je kat dayu, kejap je dia habis kan -ada ke org tak reti nak abis kan duit kat dunia ni?-

I need new shoes for tomorrow, so Cik Yun suruh i shopping. So apa lagi, tepat pukul 5.30pm terus la menuju ke Sogo yang hanya beberapa km je dr opis ni -gigih berpayung meredah ujan tau-

Hehehe,setelah hampir sejam kat dalam Sogo -sambil menunggu ujan teduh, tu yang lama tu- Kalau tak ujan mesti i beli kasut je pastu terus balik...hehehehehe....

konon nak beli kasut je, sekali 'terbeli' handbag ngan purse la pulak

Tadi kuar dinner ngan Ekwan, while dia sibuk nak 'jakun2' kat i ngan Nokia 6110 Navigator abang dia tu, i tunjuk la purse baru tu. And told him what else i had bought, tapi dia mcm tak endah je.

Hp ni lah buat Ekwan ralit, smpai pe i ckp pun dia tak dgr
*huhu...ekwan tgh menyesal la tu sebab tak beli hp ni aritu masa abg dia nak jual

Navigator ni amat sesuai untuk orang2 mcm i yang selalu sesat barat. You just set the location, and dia akan kuar map -yang amat detail- siap bagi arahan lagi
'go straight 300m and turn left' -i pun mcm terkesima td, rasa nak je pinjam

Cukup...go back to main topic.

So masa makan tu Ekwan tegur 'uncit, beli purse baru eh' Arrrgghh!! Melekat la nama 'uncit' tu.

'tadi kan dg bgatau' -dayu

'ada ke? bila awak cakap?' -uncit ekwan

Harus la kena cubit pakcik tu. Time ni pun dia tengah godek2 hp tu. Uncit saya..uncit saya...

And just now he sms me: i'm browsing dis gps, and found very attractive place -selayang hotspring! Nk pegi la weekend ni'

Hehehee...boleh dijadikan bahan bukti ni nanti, bila nak menuntut di bawak berjalan. Janji tetap janji ye uncit!!!

11 July 2008

Semalam Sakit Kaki

Huhu...time tengah seronok shopping, memang tak rasa penat kan, tapi bila nak balik, time tu la baru nak rasa sakit kaki la, sakit pinggang lah...*seronok shopping mengatasi segala2nya*

Baca dalam majalah wanita yg Aziah beli semalam, ada satu artikel tu tajuk dia 'Wanita lagi Gemar shopping dari Seks'. Hah amik ko sampai gitu sekali penangan shopping..

Tapi betul ke? Sape2 yang boleh jawab, sila bagi komen+pendapat anda -dayu tak layak lagi-

Isskkk, tersimpang jauh. Actually nak cite pasal aktiviti memborong kain a.k.a Hari Shopping Sedunia Cik Dayu semalam. Takde la shopping bagai, carik kain untuk baju raya je..tapi habis semua tempat ditawaf. Semua kedai masuk kecuali Euro Moda -rasa mcm tak layak je nak beli kain kat situ-

Hasil rondaan hampir 2 jam kat Jalan Tar dan Masjid India, ini la hasilnya.

Chiffon Silk : rembat kat Harith, ingat nak beli yang kat Maya Silk tapi kat sini lagi murah RM135 free lining. Kat Maya Silk RM160 dan mcm tak bape berkenan ngan corak dia
Yang ni nak buat kurung moden

another chiffon, tapi yang ni biasa je.
2m chiffon dan 2m satin RM35 saje... Ni buat kurung biasa je lah

Chiffon kat Jalan Tar ni lagi murah dari Nilai tau. Aziah semalam mengeram je, sebab kain2 yang dia beli kat Nilai semua ada kat sini dan lagi murah...

So tepatlah tindakan Ekwan yang tak nak bawak i gi Nilai, beli je kat sini. So, kena gi lagi sekali untuk carik kain untuk my mom, Harus nanti terbeli lagi...hahhaaa...kan shopping mengatasi segala2nya.

Dan yang paling tak best, bila dah berhabis duit membeli kain pasang, bleh lak sambung perabis duit kat SOGO... Dugaan maha hebat la semalam..

*secret recipe ada promotion, set meal RM10, smlm dh mkn, nak ajak Ekwan makan la malam ni

15 April 2008

Aktiviti perabis Duit gaji

Tahniah!! Anda memang ada Bakat semulajadi!! Terus kan usaha dengan gigih agar terus menjadi perabis duit no. 1 kat Malaysia.

Hahahahahahah!!! Bengong je rasa.

Ye...yesterday i berjaya menghabiskan duit di Sogo sekali lagi -nape lah office ku ini bersebelahan ngan Sogo- Hajat di hati nak beli kasut sepasang je, sekali terbeli sampai 2 la pulak. Hmmm.. Dayu..Dayu...

the things bought: 2 pairs of shoes, make-up remover, facial cleanser and day cream for me.
actually, there fews things lagi yg i beli tp tak bleh la letak kat sini -dayu kan pemalu-

~Sogo tu everyday sales..tak tau bila tak sale~

19 March 2008

Wednesday evening in the office

This lately i was actively involved in online shopping -hahahaha..aktiviti perhabis duit-

And this morning, sekali lagi org Pos Laju mengunjungi office ku di tingkat 29 ini. Siap call dulu budak tu sebab dia carik2 i tak jumpa, org lak takde untuk dia bertanya. Cepat jugak je Pos Laju delivered barang, the seller posted the items yesterday, and i got it today, dari Perak lak tu. Bagus!!!

the one i got on last thursday -yg konon2 tak nak diupload gambarnya di sini-

and this the one i got this morning

Harus kedua-dua handbag itu is 'replica' -tidak mampu diriku nak memiliki the orignal one-

It's raining heavily outside, i can't see anything thru my window. Dah 2,3 hari hujan je petang and i just don't know where did i put my umbrella. Diriku terasa amat lapar di tika ini.

Kuala Lumpur yang kelam - about 10min before the rain-

pengisian perut yang kosong. malam ni harus tak boleh makan -jgn lah Ekwan ajak teman dia makan, kalau tidak failed lah niat ku itu-

~ye besok ada another gathering kat umah pa'a..celebrate Min's bday before she once again fly to UK for her pHd~ kami nak masak nasi ayam, masa nak kongsi resepi~

Already bought a present for Min, tapi macam tersuka dgn that thing (got it from Ikano) -selalu i berperangai tak senonoh macam ni- Should i find other for her? Kadang2 bila beli barang for mom pun, i boleh jadik tersuka, dan akan beli yg lain unt mom -anak tak beretika..hahahaha-

*tiba-tiba teringin nak further master..harus kah?*

17 March 2008

kehidupan di hari minggu

Weekend yang sarat dengan aktiviti menghabiskan duit -warrgghh!! lambat lagi lah gaji-

Saturday

As that evening Ekwan has to attend meeting tergempar at her sister's place, dia janji ngan i nak gi Jalan TAR around 11 -masa dia ckp tu, i macam tak caya je, ntah bangun ke tidak dia tu tapi setuju je lah- I woke up quite early that Saturday, siap buat jemput-jemput pisang lagi for breakfast. While menggoreng kat dapur, i gave Ekwan a call. Suara dia segar semacam je, siap bunyi2 bising lagi. Bila i tanya dia kat mana, dia kata dia kat Subang, kat workshop ngan abang dia. Macam hangin je tau. Masa tu dah around 9 lebih, harus dia tak kan sampai kat i by 11.

Tapi sebab malas nak marah2, terima je lah bila dia postponed ke pukul 2 -tak nak lah rosak kan mood nak keluar beli barang tunang kan- Maka, i pun layan la diri kat rumah, main sudoku NST -berangan boleh menang RM1000- Disebabkan leka nak solve sudoku tu, i tak sedar dah nak pukul 2 pun -susah ok level 3 sudoku tu, tapi i manage to solve the puzzle-

Tengok Ekwan tak sms@call. I gak yang kena call dia. Chiiaatt!! Dia kat Subang lagi, tak boleh harap punya bf. I dah buat suara tak puas hati -atau lebih tepat merajuk- Dia lak selamba badak, 'petang sikit la yang,nanti kita gi terus rumah Kak Ngah' I terus malas nak cakap and end the call. Pastu antar sms kat dia 'tak yah lah awak dtg, orang i sendiri je lah'

No replied. Bagus. Paham pun i tengah marah. Masa tu 2,3 msg i draft tapi tak hantar pun, tengah2 marah pun i boleh lagi fikir panjang, implikasinya kalau i sent the messages. Tengah i draft2 msg tu, sms from Ekwan came in. 'awak siap lah, 2.30 org sampai' Hahahaha... Petanda kemenangan!! Masa tu dah around 2.10pm, i boleh pulak main2 sudoku lagi -tanda protes kat Ekwan, biar dia lak tunggu i jap lagi- Around 2.20pm baru i bersiap.

Kali ni, Ekwan punctual. Dia sampai tepat on 2.30pm. I lak baru keluar bilik air. Maka kena la dia menunggu i bersiap jap. Masuk kereta, tersengih2 dia tengok muka i -sengaja i buat muka kelat-

Ekwan: Kita nak gi mana dulu ni yang?
Dayu: Gi carik kain dulu la..pastu baru gi sogo.

Dengan secara tiba-tiba, i sejuk hati. Tak kuasa dah nak merajuk2. Buat rosak mood je. So terus la kami ke Jalan TAR, penuh sungguh itu tempat. Yelah, ada pasar malam kan hari Sabtu. Parking pun susah amat nak carik. Kena la parking jauh sikit.

First, carik kain untuk baju i. I pilih kain batik lepas colour hitam motif coklat. Then masuk kedai barang hantaran, nak survey harga satin&lace alas dulang. But before tu, Salwa already sms me bout harga alas dulang yang dia sewakan. Harga kawan2 RM10 je satu set, selalu dia sewakan RM18 kat org lain -luv u sal!!- So, maybe untuk Ekwan je kami beli, tu pun kalau kakak2 dia takde lah alas dulang.

alas dulang -nak gak upload, sebab terasa macam tak seronok je post takde gambar-

Then, gi Sogo. Ingat nak beli tuala ngan kemeja untuk Ekwan. Tapi sebelum tu kami serbu foodcourt dulu, lapar yang amat. Lepas makan2, terus turun. Waktu dah pukul 4 lebih, Ekwan nak gi kat akak dia pukul 5.30pm. On the way nak ke gents dept tu tersinggah la pulak kat households. Nampak lak comforter set ngan tag 70% off bergayut2an -hahaaha...tiap2 hari tag tu ada kat sogo- Lastly, konon2 nak beli tuala ngan kemeja, tapi terbeli comforter set.

Konon nak quickly Turun bawah, beli kemeja. Tapi tiba2 terserempak ngan kawan Ekwan. Diaorg dok berborak lak. Sambil tu, i belek2 lah tuala kat situ. Bila Ekwan dah selesai berborak, abang dia dah call tanya nak pergi umah angah kul bape. So tak jadik la carik kemeja. Kena sambung esok.

So dia pun hantar i balik. Hujan punya la lebat masa tu, nak keluar kete pun leceh. Sempat lak kitaorg discuss briefly pasal hal2 nak bertunang tu, yelah, jap lagi kan dia nak kena clear out everything ngan family dia. I pun kena call mom nak sah kan fews things.

Naik je rumah, i terus call mom. Sebelum terus cakap pasal hal2 tunang, kena la bertanya macam dulu kan -tak la nampak gedik sgt..huhu-

Dayu: Mak, ni hah nak tanya?
Mak: Apa nya?
Dayu: Petang ni Ekwan ada meeting ngan family dia. Mak dia suruh tanya, duit hantaran nak kena bagi separuh ke masa tunang tu?
Mak: Tak payah la, kalau bagi pun mak tak nak amik.

Kemudian i dah gelak2 je dgr mak ckp gitu -sebenarnya tarik nafas lega- Kemudian mak cakap dia nak tukar tarikh, tak nak buat 31 Mei sebab Pak Man, my uncle yang nak jadik tukang cakap tak cuti hari tu. So, mak suruh tukar ke 7 Jun. Terus lah i msg Ekwan suruh dia bagitau mak dia.

Then lepas dah bincang2 semua, it now decided to be on 1 Jun 2008, pukul 2pm. Mula2 nak buat pukul 11, tapi my mom kata awal sgt, takut kelam-kabut. Isskkk...leceh tul, baru nak bertunang.. So, i ada 2 bulan lebih lagi nak prepare everything.

SUNDAY

Sabtu tu Ekwan tido umah kak ngah. So around 6 baru dia dtg amik i untuk sambung sesi membeli-belah kami. Hari ni, nak selesaikan semua barang yang i kena bagi kat dia. Nak carik kemeja, sejadah ngan tuala.

On the way tu, i tanya la apa keputusan mesyuarat semalam. Ekwan dengan bangga je cakap i macam ni 'orang sediakan cincin je, yang lain2 semua sponsor' Amboi!!! Bertuah nya badan. Siap dengan gubahan hantaran semua, akan diuruskan oleh kakak2 + mak dia.

Petang tu masuk la lagi Sogo tu, jadik regular customer sogo lak kami ni. Carik tuala,pastu baru carik kemeja. Tak tau lah sejak bila Ekwan ni cerewet pilih baju. Berkali-kali pusing gents dept tu. Last2 baju ni gak yang dipilihnya.

penat tau ikut dia ni pilih baju

sempat lak dia suruh i pose amik gambar -gedik la dia-

Selesai di Sogo, kembali ke Jalan TAR, carik sejadah. Perut dh lapar, i lak tetiba mengidam nak makan steamboat. So ke Wangsa Maju la kami. Nak makan kat Kak Eita, Sup tulang steamboat. Saja je kosong kan perut sebab malam tu nak melantak buffet steamboat -hahaha, entah bila nak diet ko tu dayu-

Malam tu rasa Ekwan ngan i la yang paling banyak makan. Orang kat sekeliling meja kitaorg dah bertukar ganti, i ngan dia tak gak bangun2, tak sudah2 lagi makan -kena maksimum kan harga buffet tu, tak la rugi nanti..heheheh-

orang makan rojak lepas dah siap makan main dish, ni tak, i sampai2 je terus gi amik rojak buah ni

Kemudian, sementara nak tunggu udang dan ketam tu masak, ngadap lah kerang rebus ni pulak. Panas betul terasa bahang api dapur steamboat tu.

dan ini la yang penuh dalam perut kami semalam

Ntah bape ekor Ekwan makan udang semalam, ngan ketam lagi

syok sangat makan sampai tak perasan Ekwan snap my picture

dan kemudian ngadap ice-crealm lak -2 mangkuk je kami makan ye-

Hhahaaha, bila balik je masing-masing kekenyangan. Nak duduk bersandar dalam kereta pun tak boleh -buruk lantak korang ni lah- Tapi puas hati la, seafood dia semua fresh, udang ngan ketam dia pun besar2, puas sikit makan. Kat Nelayan, Titiwangsa tu tak sedap compare to Kak Eita ni.

Dan begitu la berakhirnya weekend ku...dan jumlah di akaun simpanan tetap Maybank juga semakin berkurang -redha je..ko yang belanja kan-

~kini diriku di pejabat mengharung hari Isnin yang busy..lunch hour is over.. Back to work!!!~


14 March 2008

Got it!!

Yayy!! Selesai satu isu!! -hahaha, macam dlm meeting lak rase- One list to do boleh dikeluarkan dari senarai. Dah dapat dah baju nak pakai on 31/5 ni. Quick grab it from one of kedai at Jalan TAR yesterday. Balik keje, jalan2 jap. Dah nampak, pastu macam berkenan kan, pastu dah cuba2 bagai, budak salesgirl tu harus geram kalau i kata tak nak -nasib lah dik, kata keje- Maka, i bulatkan hati, amik baju tu.

Kebaja in light brown. I nak amik the one in orange, tapi dia punya sulam macam tak naik lah pulak, pastu jatuh hati gak with the green, tapi tak mengikut tema kan. So, take that light brown. Terasa nak display la baju tu kat sini, harus kah?

haha..teragak-agak nak upload ke tidak, tapi upload gak

Zek, Aziah & Ita suruh tambah labuci@manik kat sulam baju tu, tapi terasa macam tak nak..rasa dah cukup penuh baju tu ngan sulam, kang crowded sgt baju tu. So, sekarang kena carik kain dia pulak. Memang baju tu dijual sekali ngan kain tapi i tak suka kain dia semalam, kain corak batik yang macam dull je colour dia. Think of to use plain brown satin or batik jawa. Will think it later. Maybe esok boleh carik kat Jalan TAR.

Semalam masa dok borak2 ngan Aziah + Zek + Nurul on hantaran decoration, suddenly we came out with idea to make bunga dip by our 0wn, masing-masing confident je -ntah apa jadik rupa bunga dip tu nanti- Mungkin idea yang tak berapa logik ni boleh dimansuhkan kemudian. Hahaha!!!

Salwa just emailed me alas dulang yang dia ada untuk i sewa. Cantik dan i berkenan. Sewa ngan Sal je lah senang sikit urus niaga. Another things can be put out from list to do! Sukanya hati!! Currently i tengah decide on hantaran decoration, so maybe next week/month -bulan ni budget burst la- boleh beli barang untuk buat gubahan tu, with Aziah's help. Mak dia kan selalu buat gubahan, haruslah dia berbakat kan. Gembiranya hati ku ini!!

~ terasa over excited lah ~

04 February 2008

Spending the Weekend wisely

The Saturday

As usual, i only woke up by 12 or 1 pm on Saturday... Nothing to do, so there no reason for wake up early on weekend, this is the day to being lazy.. Ahahksss... Tapi this Saturday tak boleh, got a wedding to attend lah.. Izan(our only QS in CPT) is married, i already agreed with Am (CPT's architect) to meet at Giant Batu Caves by 1 pm, kena bertolak dari Sentul by 12.30, have to fetch Nadia at Melur first. By 11 i bangun, terus carik Hp and called Ekwan, luckily he already woke up.

I keluar bilik tgk Zek tgh tgk TV, tegur dia jap and i terus iron baju nak pakai gi wedding Izan. Sambil borak-borak ngan Zek, tiba-tiba perut rasa lapar. Makan roti sekeping tapi lapar lagi, siap gosok baju goreng keropok ikan lak. Failed diet ku... Jap lagi makan nasik kenduri lak.

By 12.30 Ekwan come fetch me, around 1.10pm we got to Izan's place. Bleh tahan grand majlis dia, 10 khemah.. Gold theme.. She so pretty in her gold lace modern kebaya. Lepas Zek transfer the pics from her camera, i upload the pics.. Nasi kenduri pun sedap. Lepas pengantin berarak we leaved. After sent Zek and Nadi home, i ngan Ekwan heading to OU (kami memang regular customer OU). Bukan buat pe pun, jalan-jalan abis kan duit je, sempat lah beli new inner wear for me. Had our dinner and straightway go home, penat kata En. Ekwan...

Sunday and Another Shopping at SOGO

Perrgghhh.. Takde aktiviti lain agak nya kami ni kan. The plan is only to go to Jalan TAR, nak carik ready made baju kurung for my mom, tapi sempat lak singgah SOGO. Konon nak tengok-tengok je tapi membeli jugak akhirnya. En Ekwan lah yang berbunga riang, kasut Hush Puppies yang takde size kat Genting tu, ada lak size kat SOGO. Maka bulan ni saje dah 3 kasut dia beli.. Melampau sungguh dia shopping. I nak gak find something for me, tapi takde yang menarik la.


Sempat lagi bergambar sementara tunggu budak Sales Asst tu gi carik size kasut En. Ekwan.


Hari masih awal.. Nak buat pe erk? En. Ekwan ni lagi mau tanya, kang i cakap kang tak larat nak layan. So we headed to Cineleisure, Damansara. Nak tengok wayang, as his brother already there tgk Rambo 4 with his wife. Kami nak tgk Cuci tapi tiket sold out. So tak tengok la, jalan2 kat Cineleisure, i sempat membeli novel by Sidney Sheldon. Bahan bacaan di kala En. Ekwan have his monthly gathering with his fellow frens (nyampah..nak ikut takut boring lak).

Tiba-tiba teringin nak makan satay. So terus menuju ke mamak kat Sentul, malas dah nak pikir kat mana lagi ade jual satay, tapi sebab hujan.. Satay masih tak dibakar. Malas la nak tunggu, Ekwan sent me home. Mandi-mandi and terus tido.

That is how i spent my weekend.. Wisely..Sangat!!!!