19 December 2011

Alahai anak

Ini aktiviti kegemaran Eisya buat masa kini..

Tak pasti dari mana dia dapat idea na buat macam ni. Sebelum ni dia reti 'mengemas' je. Habis semua barang dalam laci tu dia punggah bawak keluar. Tapi 2,3 hari lepas dia start masuk dalam tu. Duduk sambil tersengih-sengih buat muka tak bersalah. Makin kita suruh keluar, makin galak dia kat dalam tu.

tengok muka dia.. geram

siap berjoget kau. ibu dah seriau je kalau laci tu patah. awak tahu eh abah nak dapat bonus bulan ni Cha..

bila suruh keluar, bukan dia turun. makin dia peluk TV tu adalah. Huhuhu..semoga laci itu terus kukuh, dan mampu menampung berat anak dara sorang ni. Nasib baik 10kg Cha.. kalau tak memang dah patah kot Cha.. 

Macam-macam okay gelagat budak ni sekarang. Dengan dah pandai merajuk, pandai marah. Ada masa rasa comel, ada masa memang menahan je. Tapi ada masanya, merasa jugak kena lepuk. Tak boleh dibiarkan, kang dilayan sangat kerenah dia, naik lemak. Mana boleh, nak dengar kata dia je. Kalau nak pakaikan diapers pun degil meronta-ronta, kaki tendang-tendang muka ibu.. harus merasa sedas peha tu. Sambil aku lepuk, sambil tu terangkan kenapa aku pukul dia. Dengan harapan dia akan faham, apa yang dia buat tu tak elok. Tak baik.

Biarpun kemudian dia nangis bersungguh-sungguh, kuar air mata, air hidung segala. Aku biarkan aje. Biar dia tahu. Kang penat-penat aku marah, pastu terus gi pujuk. Takde lesson learnt di situ

Selalu juga aku baca status-status kat FB tu orang yang meluahkan rasa bersalah sebab marah/pukul anak. Rasa teruk. Rasa umpama ibu yang sangat tak berguna. Jangan..jangan rasa sampai begitu. Itu salah satu cara mendidik anak, bagi aku. Kan pepatah melayu sendiri ada kata 'sayang anak, tangan-tangankan' Aku setuju dan percaya akan kenyataan tu. Anak tak boleh terlalu dimanjakan. Kalau dia memang salah, tanggungjawab kita sebagai mak bapa untuk perbetulkan. Dan kalau dengan 'naik tangan' sekali-sekala tu lebih berkesan, gunakan la. Tapi sila jelaskan, dan terangkan kenapa kita pukul dia. Biar dia tahu, kita bukan sengaja nak sakitkan dia.

Biar dia macam tak faham.. tapi mungkin kita yang rasa dia tak faham. Dia faham sebenarnya. Jangan rasa sia-sia je cakap berkali-kali. Dan jangan rasa kita adalah ibu yang teruk kalau kita adakalanya hilang sabar dan marah lalu terpukul anak kita. Kita pun manusia biasa.

Kan 'Parenting is Lifetime Learning'

*ni lagi satu kes budak bertuah ni, cukup tak suka pakai seluar sekarang. asal pakaikan, dia bukak. sudahnya, suka hati awak la Eisya Elyssa


3 comments:

  1. setuju dengan dayu..
    lepuk anak jgn rsa diri tak guna..
    sbg pengajaran...
    salah tetap salah dan yg penting, terangkan..
    berkali² kita cakap, lama² dia akan faham..
    bukan menurut shj kehendak anak..
    biar anak mendengar kata ibu bapa bukan sebaliknya..

    peace yo..:p

    :|entri baru|: Senyum Isnin...

    ReplyDelete
  2. kalo cha xsuka pkai seluar, mya pulak tak suka pakai baju.elok sgt lah dorang nih kita lagakan ekekeke

    ReplyDelete
  3. Setuju sgt dayu..anak dina pun kdg2 kena gak sedas dua.bukan kita nk ikutkn je ckp dia.

    ReplyDelete