Ohh hoiii...dah 11 bulan umur anak aku. Dah nak setahun. Tak sangka. Besar dah anak 'raksasa' kecik aku tu. Elma garang. Dia yang buli kakak. Kakak yang menangis, Elma buat. Elma modal dia airmata je. Dan selalunya ibu abah akan memihak kat dia. Agaknya dia pun dah terbiasa, bila tak dapat buat rampasan kat barang kakak, dia teriak. Dapatkan bantuan. Sekarang ibu biarkan aje, 2-2 tak back-up. Pandai-pandailah korang berdamai semula. Tapi 2-2 pun sama, apa yang orang tu pegang lah korang nak kan. Tadi benda tu tergolek-golek kat situ takde lak nak amik, bila sorang dah pegang, barulah yang sorang lagi nak terkam gak. Jangan ingat ibu korang banyak duit nak beli 2 bijik setiap benda. Belajar berkongsi ye anak-anak.
Elma dah boleh berdiri sendiri, melangkah belum lagi. Memanjat sofa pun dah terror. Tahu-tahu tengah tersengih-sengih tepi dinding. Panjat katil pun dah pandai, tapi selalu dilarang sebab tak meyakinkan. Dah pandai explore satu rumah. Dulu dia tahu kawasan dia kat ruang tamu, bawah meja makan dengan dalam bilik tidur utama je. Sekarang dia dah berani pergi dapur sendiri, masuk stor, masuk bilik tengah yang gelap tu. Kalau tengok dia takde kat depan, memang aku carik kat area peti ais je. Mesti tengah berusaha gigih nak bukak peti ais. Kalau tolong bukak kan, tersengih-sengih dia. Pastu marah kalau orang angkat tak abgi dia menyelongkar.
Elma sekarang sangat pandai meniru semua perbuatan orang, buat 2,3 kali kat dia. Mesti dia boleh ikut. Lagi-lagi kalau Eisya yang mengajar. Aktiviti memanjat, Eisya lah yang mengajarnya. Aku tunggu aksi terjun tiruk dari sofa je ni. Elma ni boleh tahan berani. Benda palin dia suka buat sekarang geleng-geleng kepala sambil tunjuk jari. Gaya orang melarang. Ni sah selalu tengok cikgu-cikgu dia ni.
Elma dah terima Nestum. Dan disebabkan itu, ibu dia makin malas. Makin lebihkan tidur. Seminggu 1,2 kali je bekalkan bubur ke Elma, selebihnya 'makan Nestum eh Elma hari ni' Bukan apa, bagi dia makan nestum macam senang je habis 3,4 besar nestum. Kalau bagi bubur, terjuih-juih. Hmm, oklah.. Nanti ibu cuba upgrade menu awak. Hah, dengan Elma ni aku takde berpantang sangat. Bagi je dia makan apa yang aku makan, asalkan tak pedas, takde berempah sangat.. Makan je lah dik. Takdelah makan bersungguh, sekadar bagi dia rasa. Rimas sebenarnya dia dok nak mencapai makanan dalam pinggan aku 'hah, nah..rasalah..' Weekend hari tu aku lakukan ujian telur kat dia, Alhamdullilah nampak gaya tiada kesan negatif.
Tak tahu berapa berat Elma sekarang.. Sebab aku tak check-up Elma kat Klinik Kesihatan. Takde lah rekod progress dia setiap bulan. Timbang sendiri je selalu. Naik weight scale sama-sama, pastu tolak berat aku. Hehehe.. Tapi dukung dia lama-lama, terasa lenguh okay, stroller memang amat diperlukan. 9kg ada kot Elma ni. Okay balik ni kita timbang Elma.
Alhamdullilah, Elma aku kategorikan anak yang sihat jika berbanding Eisya dulu. Dia jarang sakit. Demam setakat ni baru 2 kali, baik pun cepat. Syukur. 2 bulan lepas lah kena telinga berair dan hampir-hampir bernanah. Lepas makan antibiotik, alhamdullilah, baik dah. Syukur sangat Elma dipermudahkan bab kesihatan. Jaga dia pun senang, tak banyak ragam dia ni. Mungkin sebab ada Eisya kan.. Eisya banyak tolong aku layan Elma. Bolehlah diharap si kakak tu teman adik sementara ibu nak masuk bilik air. Semoga terus membesar dengan sihat dan cerdas Elma. Bulan depan nak setahun dah. Nanti kita potong kek sama-sama dengan kakak Eisya eh..
eh eisya memang dah boleh berdiri sendiri ke sebelum ni?. ekekek cikgu dah dtg check entry ni kofkof.
ReplyDeletebtw. aku nak tanya riverside majestic dgn margharita, which one ko suggest stay utk anniv?. eheks, in terms of location wise yg x perlu jalan bebanyak sgt utk cari makan.
thanks beb
hahaha...mak konpius nama anak..
Delete2-2 hotel tu sama kampeni rasanya. lokasi pun dekat. bertentangan je. anniversry pilih magharita lah babe..sbb dia betul2 tepi sungai. minta bilik hadap sungai..malam2 boleh lepak balkoni tgk cruise..tgk sungai..kira bintang.. (:
Dari segi rege tak pasti, magharita mahal skit kot
KJP JE DH NK SETAUN ELMA NI EK..
ReplyDeleteamboi aktiviti pun kannn..mcm takde anak kecik kofs
ReplyDeleteok thanks will check it out later.
elma!!!
ReplyDeleteauntie tak sabar nk pegi besday party awk ni tau elma. eiiii gambo last tu geram betul tgk dia muka manis habis eiiiii gerammmnya
ReplyDelete