02 March 2015

Ibu Berkerja.

Lama tak out-station. Last gi Labuan masa bulan Januari tak silap aku, pastu takde out-station dah. Tu pun kalau pergi selalunya tinggalkan anak-anak dengan abah derang semalam je. Takdelah kalut sangat Ekwan uruskan budak-budak tu. Ni nak pergi 3 hari 2 malam ni. Huhuhu...Siapalah aku nak kata 'tak nak lah bos pergi, suruh orang lain lah' Akur je lah. Dah namanya tugas kan. Tak kan nak pilih-pilih. 

Alhamdullilah, Ekwan boleh diharapkan untuk jaga anak-anak Eisya pun dah besar. Bab Elma lah renyah sikit. Hilanglah nikmat tidur malam Ekwan 2 malam ni. Kena bangun malam bancuh susu. Kalau suruh aku pun confirm mamai-mamai aku masuk dapur bancuh susu. Kalau dengan aku, senang je. Selak je. Sama-sama tertidur semula. Terima kasih sangat sebab paham dan sentiasa benarkan aku keje ke luar kawasan. Dan sangat bangga, dia mampu uruskan anak-anak sorang diri tanpa aku. Orang lain pun ramai yang kagum dia boleh jaga budak 2 orang bila aku out-station. Takde nak kena import mak dari kampung semua. Tak payah lah kot nak susah-susah kan mak kat kampung. Lagipun mak aku keje, mak dia tak sehat. Alah, anak dia kot, pandai lah dia jaga. 

Kali ni ke Sarawak. Balik nanti ibu bawak kan kek lapis pelbagai rasa dan warna ye.

Jaga diri ye anak-anak. Jangan buli abah sangat. Sian abah, nanti dia fobia kang kalau ibu nak out-station lagi. ibu pergi sekejap je. 2 malam je. 

*tiap kali nak out-station, memang ada kot entry dedikasi untuk anak dan suami

6 comments:

  1. take care dayu...

    iboh notty gilak di sarawak kelak...

    ReplyDelete
  2. harus la ada entry utk penguat semangat kite gak ken...hihihi..

    ReplyDelete
  3. hermm.. bagus kak dayu ni,kalau sue rasa alahaiii takmo pergi suh orang lain..dulu 1st time tinggalkan salman masa dia 7 bulan.. terus demam mak dia masa meeting.. rindu anak.. meeting kat KL aje pon..

    ReplyDelete
  4. Apedehal kan Elma. Abah jaga pun best kan hehehe

    ReplyDelete
  5. sendu kan menjadi ibu bekerja ni.. nak nak plak kena outstation..

    ReplyDelete