Lama tak buat review hotel. Sedangkan ada beberapa hotel baru aku cuba. Lagi-lagi sejak asyik kena outstation ke Malaysia Timur ni. Aku buat review hotel yang aku duduk masa gi Kuching hari tu dulu lah ye.
Seperti biasa, setiap kali nak gi holiday aku yang akan uruskan bab hotel. Dan aku adalah pengguna tegar segala kemudahan menempah hotel secara online dan selalunya aku akan gunapakai perkhidmatan agoda.com. Tapi untuk sesi percutian kali ni, setelah membuat beberapa semakan dan perbandingan harga yang ditawarkan, aku akhirnya memilik booking.com. Sebab harga yang dia tawarkan untuk hotel yang aku pilih tu yang paling murah.
Dan untuk edisi percutian ke Kuching kali ni, aku pilih 360 Xpress sebagai rumah hinggap kami. Rumah hinggap katanya. Hahaha... Selalunya aku akan survey butik-butik hotel yang berbaloi harganya untuk dihuni. Yelah nak duduk 2 malam kan. Walaupun sekadar untuk tidur dan tempat melepas lelah, kenalah carik yang selesa. Murah sangat pun kalau tak selesa tak guna juga. Dan setelah browse gambar-gambar kat website dia dan segala reviews, aku terus buat tempahan. Dengan yakinnya. Pastu cuak. Takde sebab pun tapi aku memang macam tu, tiap kali lepas buat payment online beratus-ratus cuak tak tentu pasal.
Sebaik ketibaan. Marilah kita posing dulu depan hotel.
Tapi dengan Booking.com, ada sesetengah hotel dia tak deduct terus dari kad. Just for guarantee. Tapi kalau kau tak muncul, dia tolak lah terus. Bagus juga. Tapi yang tak bagusnya, dah aku feeling duit dalam akaun masih menimbun, dah shopping lupa diri jap. Berbaloi harga bilik dia. Aku amik Standard Twin Room untuk 2 malam, RM224 je (tak termasuk segala taxes lah)
Masa mula sampai dan masa tengah carik hotel ni (ikut arah panduan oleh Papago) aku dah ala-ala cuak sebab rupa hotel tu macam sangat berbeza bagai yang ditayang kat website. Habislah aku kena bambu dengan rakan-rakan sepercutian. Tapi nasib baik, apa yang ditunjuk kat website adalah serupa dengan keadaan sebenarnya. Yang kami mula-mula nampak tadi adalah bahagian belakang hotel, memanglah buruk bebenor rupanya. Aku kagum gak sebab dia boleh offer facilities yang begini pada harga yang aku rasa mampu bayar untuk golongan marhaen macam aku ni.
Ruang menunggu di lobi. Best sofa dia. Keadaan sebenar 100% sama macam gambar dalam website. Tahniah kerana tidak memberi harapan palsu kepada kami.
Di ruang lobi hotel. Masing-masing sedang meng'google tempat makan.
Stairways to Lobby
Standard Twin Room
Bilik aku duduk serupa macam ni. Cukup selesa untuk kami 3 beranak. Seperti biasa, rapatkan katil dan terus dapat katil Super King size. Seronok kami anak-beranak golek-golek, main bawah comforter. Kalaulah kat rumah ada katil macam ni. Cuma tak baper seronok bilik air dia takde getah paip. Susahlah sikit nak beristinjak, kenalah cari apa-apa bekas yang boleh ditranform menjadi gayung.
Lokasi pun strategik. Dekat je dengan Waterfront. Tapi kalau nak jalan kaki berpeluh lah jugak ketiak. Kedai pun banyak. Turun-turun ada kedai runcit. Dengan Topspot pun dekat. Dan yang paling best, dia sediakan mesin basuh okay. Kau bawak sabun je. Kalau duduk lama memang bestlah, tak payah bawak balik baju kotor. Next time kalau kena outstation ke Kuching, 360 Xpress ni akan jadik antara pilihan aku. Tapi kalau Kerajaan dah bookingkan Grand Magharita ke, Pullman ke.. tak kan nak tolak rezeki pulak kan.
So kepada sesiapa yang ada perancangan nak ke Kuching dan mencari hotel-hotel yang ala-ala bajet tapi memuaskan, bolehlah pertimbangkan 360 Xpress ni.
Sekian, saya melaporkan.
**gambar-gambar dalam bilik tak boleh tayang sebab 'senonoh' sangat
tq dayu..plan nak ke sana jgk nanti
ReplyDeleteSalam. Dayu. Hotel ni agaknya jarak dari waterfront berapa meter yer. Ada x lebey kurang 500m. Untuk pergi ke muzium yg berdekatan agak dekat ker if tidak guna kereta. Nak pi sana bulan 12. nak booking otel.
ReplyDeletedlm 500m jugak rasanya. tp kalau gi x bawak anak kecik, xde hal lah nak jalan. sambil2 menikmati permandangan..
Deletesalam sis...nak tanya...tandas tu nampak cam transparent je...camne nak mandi ye?
ReplyDeleteyang dlm gmbr ni gmbar lama. yg skrg dia dah tampal something kat wall glass tu. so mmg tak nampak dlm. apa nama benda tu erk.. selalu tampal kat pintu2 masuk opis..nak bg org luar x nmpak dalam
Delete