21 June 2010

kisah pengisian perut anak kecil saya

Nak buat benda baik mesti banyak dugaan kan. Tapi tu baru cabaran namanya, barulah kita ni reti nak appreciate something. Kalau tak smua dibuat main je. Semua amik senang je. Bila kena bersusah payah, baru lah bernilai usaha tu. Nak berbangga pun tak segan.

Peerrgghh!! Memang dugaan lah nak bagi anak menyusu badan sepenuhnya. Bila dah duduk mengepam nak dekat 30min tapi baru dapat tadah tak sampai 2oz. Rasa frust sungguh. Memang rasa sangat geram bila tengok air susu yang mengalir keluar tu setitik setitik. Kalau ikut rasa mudah kecewa dan malas, mesti trus tutup suis. Bungkus je pam tu. Itulah yang aku rasa masa mula mengepam dulu. Nak dapat 4oz, sejam lebih memerah. Tapi dah orang kata, mmg begitu selalunya bila mula memerah, aku layankan je lah. Bila dapat 4oz, dia punya gembira, mcm org dpt bonus 3 bulan. Terus tag, simpan dalam peti ais, dia punya rasa puas tu mmg tak boleh nak kata. Kagum semacam je ngan hasil badan sendiri. Rasa nak cium2 je bekas dadih tu.

Tapi alhamdullilah, masuk minggu ke-2, badan sudah mula memahami keinginan aku yang tak nak bagi Eisya minum susu tepung. Lagi-lagi bila bagi dia susu tepung, berhari-hari dia tak berak. Makin kental semangat aku nak bagi dia susu badan je. Sekarang sekali pam, dapatlah 4oz. Dapat 2 kali minum. Dan dia pun dah tak banyak meragam kalau disuruh minum guna botol. Kalau tak, melalak tak ingat dunia. Seboleh-boleh dia tolak puting tu, sedangkan lapar tahap kebulur dah. Punyalah degil tak nak hisap. Tapi sejak guna Nuk ni, oklah.. sumbat terus dia hisap. Tak banyak kerenah. Tapi malam-malam, bagi direct supply lah gak.. Direct supply gak senang kan, tak yah nak dengar dia merengek-rengek tunggu sementara nak re-heat susu tu.

aracha sedang kusyuk meneguk. sekali teguk dalam 2oz. ibu dia ni pulak secara average dpt sediakan 16oz je sehari, kadang2 nak dapt 12oz pun terpaksa mengepam berhabis-habisan.

Tapi bila penghasilan seakan merundum. Gundah gulana hati dibuatnya. Bila ingat tips kata, kena tenangkan diri semasa mengepam, aku buat2 lah cool. Tapi otak tetap pikir 'cukup ke nak bekalkan anak aku ni??' Takpe..takpe, orang kata jangan berhenti mengepam walaupun hasilnya sedikit. Jangan berhenti, walaupun kuar setitik-setitik. Semakin kerap mengepam, makin banyak susu yang terhasil katanya *penat wehh..tapi demi nak isi perut anak, teruskan jua* Bila time susu banyak, balun lah pump secara meriah. Jangan malas pulak.

So sekarang, malam-malam pukul 5 pagi aku akan bangun. Selalunya, Eisya pun akan merengek-rengek manja bagi signal kat ibu dia yang dia dah lapar dah, walaupun tadi dah isi perut jam 3 pagi. Biasalah budak sorang ni, lapar je tahunya. Siap susukan dia, tepuk2 skit peha ayam kfc dia tu, kasik tido smula. Dan mulalah aktiviti mengepam. Duduk la aku kat depan tu sorang-sorang bertemankan bunyi motor mesin breastpump tu. Dapat 2oz *kalau nasib baik dpt 3 oz* aku stop lah. Kalau Eisya tak menyusu dulu, pam pagi-pagi buta ni boleh dpt smpai 5oz.

Spectra 3 yang disewa pinjam sebelum membuat pelaburan membeli untuk kegunaan sendiri. terima kasih kepada kawan saya yang sgt prihatin tu.

Spectra 3 memang best. Tapi yang tak bestnya electric pump ni, dia bulky. Tak mudah alih. Tak boleh mengepam sambil berdiri, tak boleh bergerak-gerak. Yang bestnya, tak penat lah kan nak mengepam secara manual. Dan yang penting tak menyakitkan. Tak pasti lah kalau yang manual tu sakit. Sebab org asyik tanya 'sakit tak??' Senang kata, memuaskan hati lah. Ada tak org nak bagi pinjam Medela Harmony?? Nak cuba guna dulu. Ke ada sape2 dah guna boleh bagi review??

*tapi hari ni badan mcm tak nak produce susu dengan meriah. layan tuan badan yang sedang kerinduaan kat anak dia kot

25 comments:

  1. fashya guna medela harmony, mula pakai nipple sakit. lepas perah nipple jadik besar sket. tp kecik balikla pastu..hihi...asik sakit je fashya perah guna tgn...hasil pun sangat meriah jugak..

    bila dah lama2 guna pump, b dah xsakit..tp rasenye perah guna tgn lagi banyak hasil...xcaya tryla..tp kene ade cara dia...

    ReplyDelete
  2. owhh..fashya guna medela harmony.tak ok ek?baru cadang nak beli yg tu.hmmm...
    sori dayu,iklan jap ;P

    ada kawan zuris suggest ambil pil rangsang susu nie.alfafa nama dia.based on feed back,cam berkesan je.ingat nak try gak.

    ReplyDelete
  3. anak ikut muka mama dia lah,, hehehe.....

    ReplyDelete
  4. manual rasanya lg kurang sakit (if sakit pakai electric) dr yg electric. kite pakai Avent Isis, ok jerr. klu dayu pakai Spectra 3 ok, manual Insyallah xde masalah. anyway better beli spectra je dayu...letih la pakai manual nih. cam kite, Avent tue eventho besh jugak tp lame2 jd malas yg amat. lebih2 lg tang nk basuh parts dia tuhh. botol susu lagi..botol simpan EBM lagi..byk oo kene basuh huhuhh

    ReplyDelete
  5. utk mengelak sakit masa baby hisap susu or semasa mengepam susu, sila pakai nursing cream atau vaseline. ianya eatable/boleh dimakan. sgt selesa.

    ReplyDelete
  6. medela harmony is not efficient ye?? oohhh...perahan tgn lagi bagus dr harmony?? baru ingat nak beli yang tu je..nmpak gaya kena melabur untuk spectra je

    ReplyDelete
  7. sekadar ingin berkongsi ...

    saya gune Ameda Lactaline. dual phase. macam freestyle jugak..let down dulu.. baru pam. kalau kite let down dulu, susu senang nak terhasil. hisapan pun ok. tak sakit. tp konfirm xleh lawan freestyle.

    boleh gune bateri in case of xde power supply or nak ala2 freestyle. tak bulky sangat... puas hati... yang penting tak cecah ribuan.

    pernah jugak pinjam freestyle dari kawan, mmg sangat best... tak rase ape pun. anak hisap lagi sakit. cume perlukan pelaburan yang agak tinggi.

    apepun, setiap jenis pump tu ade pro n conts ...

    before, sy gune Anakku manual. ok je. susu pun tak liat nak keluar. cume penyakit malas menguasai diri.lenguh. kalau gune letrik o bateri, boleh sambil2 wat kije lain.

    selamat berBF

    ReplyDelete
  8. dayu...tahniah..!!!dapat susuka eisya...seronok nyer dengar dear...carilah pam susu yang seswai...tgk spec yang terbaik yang kt nak...kualiti barang sume tu mmg ade...cuma bergantung pada bajet dan keperluan kiter...all da best dear..

    ReplyDelete
  9. susah jgk ye pengalaman dayu. Erm, bagus jgk entri ni, membantu hanie utk cari pump yg sesuai ;)

    ReplyDelete
  10. w/pun nurul ni hnya bf raina bpa bln saja nurul rasa tips untuk elak rasa sakit nurul pki manual saja dulu.tak pe dayu slow2

    bagus ye dayu masa pakai kan barut kat little E. teruskan pemakaian selagi muat dan sesuai.

    nurul ada bls komen dayu kat blog nurul dgn panjang lebar. tips yg nurul ada kita kongsi bersama :)

    ReplyDelete
  11. Dayu, Aishah tak tahu ini dapat membantu atau tidak. Tapi, kebanyakkan review yang Aishah baca, benda alah ini sangat bagus untuk penghasilan susu badan yang banyak dan berkualiti. Cubalah baca dulu. :)

    http://adhatine2.blogspot.com/search/label/set%20B

    ReplyDelete
  12. go dayu go!! nurse selalu pesan. yang penting kite ade niat nak bf bb...bertambah semangat lah si eisya tembab tu. hehe...

    ReplyDelete
  13. cuba amalkan makan brokoli...dan minum minuman yg cereal utk tmbahkan susu badan..xpun dayu amik suplement dr amway..member makan blh dpt 18oz sehari

    ReplyDelete
  14. sedang mencari segala jenis pemakanan yang boleh mengatasi masalah kurang susu ni. sangat kesian sama Eisya..
    skrg ni cukuplh lagi supply
    kang dia lagi dah besar,mesti lg byk minum nyerr...

    ReplyDelete
  15. Go Dayu!!

    Sue pn gune spectra3**recommended
    Dayu leh try sume breastpump kt kedaisusuibu.com...medela,spectra,Ameda hya rm20 je..

    spectra3 tu dayu leh jdkn die double pump..so dayu leh la WOot WOOT due2 belah..yg penting Dayu mesti rs happy slalu n susu kan kuar dgn MERIAH!!!..dapat susukan baby kite gan susu badan bangga giler kan..the way we show our love to our BB..^^

    ReplyDelete
  16. ayu, i also use spectra.mmg sgt teruja bila dapat pam.tapi since anak sy dua, saya terpaksa campur dgn susu.sy guna ssusu isomil.Tapi, everyday anak kembar saya akan merasa susu saya..

    skrg tak sempat nak perah.balik je dari skolah, diorg dah jaga minta susu..kebetulan dah bgkak susu, so bagi aje kat diorg...:)

    ReplyDelete
  17. bestnya dayu dpt fully breastfeed Baby Eisya...
    Shazreen still breastfeed Baby Kymie tapi x tiap2 hari..
    SUsah sgt nak pump, susu sket sgt..
    Shazreen guna Medela mini electric, tapi Shazreen rasa, picit nipple tu manually lagi dpt hasil yg byk, walaupun hanya dlm 1 oz selama 1 sejam :(

    ReplyDelete
  18. yelah, betul gak
    perah pakai tgn hasil lagi masyuk je rasa. pakai pump ni pun, kena sambil picit2 ngan tgn
    bukan pump semata, dulu masa pump takde pun, perah guna tgn je..
    penat lah skit kan..

    ReplyDelete
  19. kak ida pki medela harmony ok tak sakit langsung. hasil pun lumayan sekali pam dpt 8 oz utk 2 belah.ikut kesesuaian pd org kot

    ReplyDelete
  20. seronok baca pengalaman org bf baby.diri ni tak bertuah.tp xpela.as long as my baby sihat n ckup mkn okla kan.btw baju minnie mouse tu sbijik mya punya hehe

    ReplyDelete
  21. dayu, kite tak sempat nak g carik lagi...skang terkejar2 nak buat ape2...arini ingat nak g carik..kalo xde, nti fashya soh dayu beli jela eh...btw, bleh x nak no phone dayu..senang nak contact.. (hati tgh kalut, jiwa tgh kacau...hehehe)

    ReplyDelete
  22. maria tak boleh pakai manual..sbb jenis tak sabar nak tunggu..huhu..okla leh pam dpt 16oz..maria sll pam dpt 9oz ke 12oz je sehari..takpelah rezeki anak byk tu..alhamdulillah..apepun jom teruskan pam n pam..:D

    ReplyDelete
  23. maria tak boleh pakai manual..sbb jenis tak sabar nak tunggu..huhu..okla leh pam dpt 16oz..maria sll pam dpt 9oz ke 12oz je sehari..takpelah rezeki anak byk tu..alhamdulillah..apepun jom teruskan pam n pam..:D

    ReplyDelete
  24. hye dayu.., erm saya kawan kepada khairiah.., saya selalu baca blog awak dalam diam.., ehehehe..,

    erm tahniah laa sebab dayu nak susu kan baby.., saya mmg sokong penuh keinginan dayu tu.., erm kalau dayu nak susu dayu lbih produktif penghasilannya.., try minum air rebusan kurma cina campur dengan longan kering.., insyaAllah hasilnya mmg memberangsangkan..

    ReplyDelete